Sempena bulan Ramadan ini saya ingin memohon ampun dan maaf jika saya ada menyebabkan orang lain kecewa, kecil hati, marah, berdendam, mengamuk, menangis dan sebagainya. Kadang-kadang kesilapan tu disengajakan, ingatkan orang tak terguris hati. Kadang-kadang kesalahan tu tak disengajakan tetapi orang tetap berduka. Kadang-kadang kita ingatkan kita buat orang ketawa, rupanya dia menangis. Kadang-kadang tak terasa nak bercakap pun tetapi tercakap juga. Kadang-kadang kita tak tau apa-apa pun tapi orang kata kita puncanya.Sesungguhnya saya bukanlah manusia yang sempurna. Sesungguhnya kita semua bukanlah manusia yang sempurna. Kita boleh cuba buatkan satu orang supaya sukakan kita selamanya. Tetapi, kalau kita cuba pun kita tak akan mampu nak buatkan semua orang sukakan kita selamanya.
Dalam kesempatan Tukar Wajah ini, saya menyusun sepuluh jari. Memohon ampun dan maaf, zahir dan batin. Mohon ampun dari hujung rambut. Mohon maaf juga sampai ke hujung kaki. Mungkin kedudukan anda disisi Allah SWT lebih baik dan mulia daripada saya. Kemaafan yang anda berikan kepada saya membolehkan saya mendapat keampunan daripada Allah SWT. Jika ada yang masih terasa berat hati nak maafkan saya, tak apalah. Saya tetap doakan anda supaya diberikan kedudukan yang baik dan tinggi disisi Allah SWT.
Saya juga bukanlah orang yang terbaik dan layak menulis tentang orang lain. Kebanyakan tulisan dalam blog ini adalah saya bercakap dalam diri saya sendiri. Mula-mula dulu rasa malu juga nak tulis tetapi sekarang dah kurang rasa malu. Malu kerana zaman persekolahan saya diharungi dengan label sebagai seorang pendiam. Dilantik menjadi ketua kelas pun saya masih seorang pendiam. Dilantik menjadi Ketua Belia 4b Kuala Sanggang, saya masih seorang pendiam. Dilantik jadi setiausaha MAYC Daerah Temerloh (Mentakab), masih juga seorang pendiam. Dan beberapa jawatan NGO lain, serupa juga.
Ketika tukar wajah adalah pada bulan Mei 2009, gambar yang digunakan adalah gambar kanak-kanak yang tengah sedih. Dia nak balik rumah tetapi atok dia masih nak berborak lagi. Ketika itu saya menulis seolah-olah saya bercakap dengan kanak-kanak yang sedang menangis.
Seterusnya tukar wajah pada Ogos 2009 pula saya menggunakan gambar kakitangan Perpustakaan Awam Daerah Bera (semua ada kecuali Su Bandar 32). Pada ketika itu saya sedar 'monolag' saya adalah lebih luar lagi. Mungkin kerana telah ramai yang berminat untuk membaca apa yang berkata-kata dalam diri saya. Monolog saya tidak lagi berkisar pada Perpustakaan Awam Daerah Bera. Tetapi merangkumi ke seluruh daerah Bera.
Akhirnya sampailah kepada tukar wajah pada bulan September 2009 ini. Monolog saya menjadi lebih luas. Merangkumi seluruh negeri Pahang. Diperingkat ini ... ada ketika difahami oleh orang yang disini tetapi tidak difahami oleh orang yang disana. Ada ketika juga ... orang disini maksudkan lain tetapi orang disana ingatkan benda lain. Semakin luas lingkungannya semakin banyak kekeliruan dan salah faham.
Sebab tu ada ketikanya akan timbullah cerita 'susahnya buat keputusan' (Julai 2009). Bila jadi ketua atau pemimpin kita akan berdepan dengan perasaan macam ini. Rasulullah SAW adalah pemimpin yang diutuskan untuk seluruh umat manusia. Banyak yang tidak mahu mendengar ajaran Rasulullah SAW. Bukan kata kepada orang bukan Islam tetapi orang Islam sendiri ada yang tak mahu mengikutinya.
Dalam sebuah keluarga juga berdepan dengan masalah ini. Kadang-kadang suami tak turut perintah ibunya. Kadang-kadang isteri tak dengar cakap suami. Kadang-kadang anak pula tak hiraukan kata-kata ibunya. Itulah susahnya buat keputusan sebagai ketua atau pemimpin.
Akhir sekali saya berharap semua warga Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) dapat Satu Hati. Semoga bulan Ramadan ini menjadi titik anjakan untuk kita semua Satu Hati. Jangan jadikan perkataan "PPAP" dan "PNM" sebagai jurang yang menyebabkan kita tak Satu Hati. Marilah kita 'Utamakan Tanggungjawab Sebagai Keutamaan Kita'.
Selamat Berpuasa, Selamat Bertarawih, Selamat Berzakat serta
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin
Links Satu Hati:
> http://www.satuhati.net/ [Indra & Lia]
> http://www.satuhati.nl/main/ [Yayasan Satu Hati]
> http://www.youtube.com/ [Peter Pan Satu Hati]
> http://www.zonelyrics.net [Dewa 19 Satu Hati]
> http://fightforheaven.blogspot.com/ [Solat Jemaah]