Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090331

Johor: Konvensyen PD (PNM) -Pintu Ke Pintu (05)

KONVENSYEN PERPUSTAKAAN DESA (PNM) 2009
Tarikh: 15-16hb. Mac, 2009. Tempat: The ZONE Regency Hotel, Johor Bahru.

Pada jam 9.00 malam selepas menikmati makanan di LC Catering kami dibawa ke Hotel Selesa untuk menikmati penerangan mengenai perkhidmatan Pintu ke Pintu. Kisah Pintu ke Pintu ini bermula di Dewan Parlimen pada 11 Disember 2008. Ahli Parlimen Padang Terap YB Mohd Nasir Zakaria bertanya tentang langkah agresif kerajaan bagi memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dari aspek teknologi dan minat membaca. Soalan Ahli Parlimen Padang Terap telah dijawab oleh Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Teng Boon Soon yang juga Ahli Parlimen Tebrau.

Secara mudahnya, melalui perkhidmatan 'Pintu ke Pintu' ini kita perlu menawarkan pinjaman buku kepada penduduk luar bandar dengan berkunjung dari 'Rumah ke Rumah' oleh petugas perpustakaan desa. Matlamat Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan adalah hendak kurangkan jurang pencapaian maklumat dan tingkatkan kadar membaca di kalangan rakyat khususnya di luar bandar. Kakitangan perpustakaan desa perlu melaksanakan tugas ini secara proaktif dengan cara berjumpa pelanggan/pembaca/peminjam/ahli dari rumah ke rumah. Sebanyak 1,089 perpustakaan desa seluruh negara akan menjalankan perkhidmatan ini secara berjadual.

Semasa sesi menjawab, YB Teng Boon Soon menerangkan satu lagi perkhidmatan yang akan dijalankan. Perkhidmatan ‘meja ke meja’ pulak. Perpustakaan Negara akan dapatkan kerjasama perpustakaan yang terdapat di setiap kementerian/ jabatan/institusi latihan bagi melancarkan perkhidmatan pinjaman buku dari 'meja ke meja' untuk pegawai dan kakitangan agensi masing-masing. Dan satu lagi yang juga diterangkan adalah, program 'Bacaton Penulis Sasterawan Negara' juga akan diadakan bagi membolehkan karya sasterawan dibaca kepada murid-murid sekolah menengah. Penulis-penulis tempatan akan dijemput untuk melakukan kegiatan berkenaan supaya dapat tingkatkan minat membaca di kalangan pelajar. Wow! hebat tugas perpustakaan desa pada tahun 2009 ini.

(Rujukan: Program 'pintu ke pintu' galak penduduk membaca. SINAR HARIAN: JUMAAT 12 DISEMBER 2008.)

14

.

.

.

.

.

.

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) : Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Encik Raslin Abu Bakar berkata menerusi perkhidmatan dari 'Pintu ke Pintu' itu, para pertugas perpustakaan desa akan pergi ke rumah penduduk desa dengan buku yang sesuai untuk mereka baca tanpa menunggu penduduk datang ke perpustakaan untuk membuat pinjaman. Respons yang diterima setakat ini amat menggalakkan terutamanya di kalangan masyarakat Orang Asli. Kempen agresif yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara kini berjaya meningkan kadar pembacaan seorang rakyat Malaysia sebanyak lapan hingga 12 buku setahun.

10
Jangan bimbang dan jangan risau. Belum cuba belum tau. Tak kenal maka tak cinta. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Akhir sekali, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Sama-sama kita jayakan. Apa yang penting ... kerjaaaaaa...samaaaaaaa.
9
Ada yang tertanya-tertanya, Ini Hanya Gimik ataupun Serius? Ramai yang terkejut dengan cadangan ini baik orang dalam perpustakaan mahupun orang luar perpustakaan. Terkejut kerana ianya sesuatu yang tidak logik dilakukan pada zaman ini. Lebih menjimatkan jika digunakan telefon atau sms. Kata mereka lagi "Kita dapat menarik kuda ke tepi air, tetapi kita tidak dapat memaksa kuda itu minum". Kata mereka lagi, "kerajaan sepatutnya menggunakan media TV dan radio untuk tingkatkan budaya membaca, bukan dengan cara ini". Pendapat satu pihak.

Tetapi ada juga yang terkejut kerana ianya idea yang sungguh dinanti-nantikan. Jika 'Pintu ke Pintu' berjaya dilaksanakan, sudah tentu akan berlaku perubahan yang besar pada kadar membaca masyarakat Malaysia. Masyarakat tidak dapat menggunakan alasan 'tiada masa' untuk tidak ke perpustakaan. Mungkin rama yang menanti-nantikan perkhidmatan ini sampai ke rumah mereka. Masyarakat dunia telah lama menjalankan keadah ini. Sehingga berjaya mengubah budaya berfikir masyarakat mereka. Inilah masa kita, masih belum terlambat.
8
Peserta Konvensyen Perpustakaan Desa 2009 juga ditunjukkan dengan tayangan video tentang cara perkhidmatan 'Pintu ke Pintu' dijalankan. Melalui tayangan ini peserta dapat melihat bagaimana petugas Perpustakaan Desa di sebuah penempatan Orang Asli di Perak telah berkunjung ke rumah-rumah masyarakat sekitar. Sejumlah buku dibawa bersama. Buku tersebut ditunjukkan kepada tuan rumah untuk dipilih. Setelah siap tuan rumah membuat pilihan, petugas Perpustakaan Desa tersebut beredar ke rumah yang lain pula. Petugas tersebut turut berjumpa dengan kumpulan orang dihentian bas dan tempat kaum wanita berkumpul. Petugas tersebut akan menunjukkan buku yang dibawa tanpa segan-silu dan dengan ramah mesra. Ketika ditunjukkan tayangan video, ada peserta Konvensyen Perpustakaan Desa 2009 yang terkejut dan malu tapi mahu sehingga menekup mulut dengan kedua tangan.
7
Berdasarkan pengalaman sendiri, semasa di Perpustakaan Awam Daerah Temerloh saya pernah melakukan perkhidmatan Pintu ke Pintu. Tetapi lain sikit, bukan pintu rumah tetapi pintu kedai, perkhidmatan "Kedai ke Kedai". Perkhidmatan ini hanya meliputi kawasan Temerloh dan Mentakab sahaja.

Caranya begini. Terdapat ramai ahli yang selalu meminjam buku di Perpustakaan Awam Daerah Temerloh. Tiba-tiba ada antara mereka bertukar menjadi ahli yang selalu lewat pulang buku. Berdasarkan Sistem Pengurusan Kaunter Berkomputer, buku-buku yang pernah dipinjam oleh ahli tersebut dapat disenaraikan. Berdasarkan senarai buku tersebut saya akan memilihkan buku yang mempunyai kandungan yang sama yang dijangkan akan diminati oleh ahli tersebut. Saya akan ke kedai ahli tersebut untuk mendapatkan buku yang telah lewat pulang dan menggantikan dengan buku yang dibawa sebagai ganti. Seterusnya saya meminta ahli supaya cuba melapangkan masa untuk berkunjung ke Perpustakaan Awam Daerah Temerloh. Bermacam reaksi saya terima. Ada pekedai yang amat terharu, ada yang merasa segan kerana lewat pulang dan ada yang amat gembira kerana telah menyelesaikan satu masalah mereka.

Selain 'Kedai ke Kedai' saya juga menjalankan kempen 'Pejabat ke Pejabat'. Jika ada ahli yang terlewat memulangkan buku, saya akan ke pejabat mereka untuk urusan pemulangan buku. Ada yang tidak mahu urusan pemulangan buku dilakukan di pejabat, mereka akan datang sendiri petang nanti setelah mendapat kebenaran ketua mereka. Ada yang minta dicarikan buku-buku tertentu untuk mereka datang ambil di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Ada juga yang minta maaf banyak-banyak tak sudah-sudah. Lebih teruk lagi, ada ketua yang nak ambil tindakan dalaman terhadap kakitangan mereka yang lewat memulangkan buku Perpustakaan Awam Daerah Temerloh. Ada juga masanya saya berpeluang menjalankan kempen ahli baru di pejabat tersebut. Hinggakan diperingkat awal pertukaran saya ke Perpustakaan Awam Derah Bera masih ramai yang telefon minta dicarikan buku-buku yang tertentu.
6
Berbalik kepada taklimat, satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan untuk memudahkan masyarakan tahu tentang apa yang akan dijalankan oleh petugas Perpustakaan Desa. Sebelum bermula petugas perlu sediakan senarai rumah-rumah yang sesuai dilawati. Nanti ada yang hairan dengan kunjungan petugas perpustakaan. Akan ada yang disangka sebagai penjual buku, penjual insuran, penjual 'direct selling' dan macam-macam. Akan ada yang dikatakan selalu meninggalkan tempat kerja untuk bertandang ke rumah-rumah rodong-rodong nak bergosip 'membuat ketupat'. Bagi yang belum kawin pula dikatakan selalu ke rumah kekasih hati semasa bertugas kononnya nak bagi 'ayat ayat cinta'. Melalui peranan ketua kampung dan pemimpin tempatan masyarakat akan dapat menerima baik perkhidmatan ini.
5
Diingatkan, petugas juga kena tahu memilih masa yang sesuai untuk membuat kunjungan Pintu ke Pintu. Pukul 10 atau 11 mungkin masih masa tidur bagi pekerja kilang yang baru balik bertugas giliran malam. Jururawat pun ada juga yang bertugas giliran malam. Mereka ni balik rumah terus tidur. Bangun untuk menjemput anak di sekolah atau memasak untuk anak yang akan balik sekolah. Kalau nak juga berkunjung ke rumah mereka hubungi mereka terlebih dahulu untuk dapatkan kebenaran. Silap caranya nanti petugas sibuk tunjukkan buku tuan rumah sibuk tertidur. Berkempenlah dengan kucing.
4
Perlu juga dibuat kajian tentang rumah-rumah yang sesuai dikunjungi khususnya bagi petugas perempuan. Jangan pergi rumah yang dipenuhi dengan pekerja Indon, Banggla, mat pit, mat rempit dan seumpamanya. Jangan lalu kawasan-kawasan yang sunyi dan menegakkan bulu tengkok. Jangan sengaja menyusahkan diri, keluarga dan jabatan.
3
Petuga Perpustakaan Desa juga diminta sediakan borang bagi mengumpul data-data mengenai penghuni rumah yang dilawati. Borang tersebut boleh diubah suai sendiri atau menggunakan format yang disediakan. Dengan borang tersebut kita akan dapat maklumat mengenai minat dan bidang yang disukai oleh mereka. Supaya tak tersilap bawa buku. Nanti susah payah kendong bag sarat dengan buku, tak ada orang kampung yang minat nak pinjam.
2
The Seattle Public Library (Columbia Branch) - Perpustakaan Cawangan Colombia telah dibuka pada 30hb. Disember 1915. Pustakawan pada masa tersebut Laurentine Meissner telah menjalankan perkhidmatan Pintu ke Pintu (Door to Door ) bagi galakkan penduduk kampung berkunjung ke perpustakaan. Laurentine Meissner telah edarkan senarai buku-buku yang ada di Perpustakaan Cawangan Columbia. Usaha tersebut gagal kerana kebanyakan penduduk kurang pandai membaca. Kebanyakannya bekerja sebagai mekanik, tukang kayu dan buruh. Masa petang mereka dikhususkan untuk berihat setelah penat kerja dan tiada masa untuk membaca. Tetapi mereka rupanya berminat jika ditawarkan buku yang berkaitan dengan pekerjaan mereka.
Maksudnya petugas Perpustakaan Desa kena tau apa pekerjaa tuan rumah sebelum mengetuk pintu. Pastikan membawa buku yang berkaitan dengan pekerjaan mereka atau peluang untuk mereka menambah pendapatan ditunjukkan. Barulah mereka gembira dan sasaran kerajaan tercapai.
1
Kita tak boleh gagal dalam melaksanakan progran Pintu ke Pintu ini. Kalau kita gagal melaksanakkannya, seseorang perlu menjawab mengenainya di Dewan Parlimen. Apa nak dijawab?

20090328

Johor: Konvensyen PD (PNM) -LC Catering (04)

KONVENSYEN PERPUSTAKAAN DESA (PNM) 2009
Tarikh: 15-16hb. Mac, 2009. Tempat: The ZONE Regency Hotel, Johor Bahru.

Sebelum sampai ke Tropical Inn kami telah singgah di Simpang Felda Tenggaroh. Ada urusan yang perlu ditunaikan. En. Abu Bakar (Tok Empat Zul Kampung Seri Buntar) sempat berkenalan dengan seorang peneroka Felda Tenggaroh. Beliau telah menjadi peneroka Felda Tenggaroh selama 20 tahun.













Pukul 6.00 petang sampai di hadapan Tropical Inn Johor. Semua selamat sampai.
.
Sebelum menghadiri taklimat "Perkhidmatan Pintu-pintu", peserta Konvensyen Perpustakaan Desa 2009 telah di bawa menjamu selera di LC Catering.

LC Catering menyediakan menu dan sajian yang beraneka jenis maskan seperti Masakan Thailand, Masakan Indonesia, Masakan Barat dan berbagai-bagai lagi. LC Catering juga menyediakan khidmat HomeStay bagi yang memerlukan 'privacy' bagi mengadakan majlis keluarga seperti menyambut Hari Jadi, Majlis Perkahwinan, atau untuk berriadah bersama keluarga.
Restoran LC Catering di Jalan Tebrau ini terkenal dengan menu nasi ayam penyek. Harga Nasi ayam penyek mereka RM8.90. Sebaik saha pelanggan LC Catering duduk di meja pilihan, mereka terus dihidangkan dengan kacang rebus (tak perlu mintak). Harga kacang rebus ni RM3.00 sebekas kecil.
Hj. Zaini bin Atan dan isteri, Roslina Bte Ahmad telah bermula dengan sebuah warung yang kecil pada tahun 1992 di Jalan Kuning, Tmn Pelangi Johor. Pada tahun 1995 Hj. Zaini dan Roslina telah berjaya menaikkan taraf warung mereka kepada sebuah restoran juga di Jalan Kuning, Tmn Pelangi Johor. Akhirnya pada tahun 2000 berdiri megah Restoran LC Catering di Jalan Tebrau.
Hari hujan. Penyambut tetamu bersedia dengan payung.





[30.03.09] [02.04.09] Perpustakaan Negara Malaysia. Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Perpustakaan Awam Daerah Bera. "Masyarakat Membaca Masyarakat Berilmu"

20090325

Johor: Konvensyen PD (PNM) -Restoran Nusantara (03)

KONVENSYEN PERPUSTAKAAN DESA (PNM) 2009
Tarikh: 15-16hb. Mac, 2009. Tempat: The ZONE Regency Hotel, Johor Bahru.

Untuk Solat dan makan tengahari bas syarikat Tazben telah membawa peserta Pahang singgah di Restoran Nusantara Endau milik Encik Abu Bakar Kamu. Kata Encik Zamri Sham harga makanannya pun murah. Sebuah restoran yang terkenal. Restoran yang sungguh menarik pembinaannya. Sebahagian tempatnya masih dalam proses ukiran. Bila siap sepenuhnya Restorant Nusantara Endau ini akan menjadi tempat tarikan pelancong. Sudah tentu banyak wang yang dihabiskan oleh Encik Abu Bakar untuk mengindahkan Restoran Nusantara Endau ini. Cerita-cerita orang kononnya, pemilik restoran ini mendapat wang pampasan insuran kemalangan bagi menaik taraf Restoran Nusantara Endau sehingga seindah ini. (Saya tak sempat nak bertanya kerana masih kelu lidah bila dikenakan harga RM7.00 oleh Encik Abu Bakar untuk sepinggan nasi dengan sedikit daging cincang dan sedikit sayur taugeh serta air suam.)

Pada pendapat Encik Abu Bakar b Abd Kadir, AMN, PJK. Ketua Kampung Seri Buntar Triang, "Makanan tak sesuai untuk orang tua", beliau tak ada selera nak makan nasi. Maklumlah orang orang lama suka makanan cara kampung. Macam ikan bakar, ada sambal kicap yang diperah dengan limau nipis dan pucuk ubi kayu celur. Jadinya, kumpulan Tok Empat berempat (Tok Empat Seri Buntar, Tok Empat Batu Papan, Tok Empat Batu Sawar dan Tok Empat Sanggang) ambil keputusan untuk makan mi sahaja. Harga untuk mi hanya RM4.00 sepinggan.

Orang-orang muda mana cukup dengan makan mi, mesti makan nasi. Harga nasi yang dikenakan adalah RM6.50 paling murah. Belum campur air. Ambil lebih lauk, lebih banyak kena bayar. Kalau di warung boleh dapat dua pinggan nasi kat sini boleh dapat satu pinggan. Ada juga yang makan roti, lagi jimat 60 sen sahaja. Maklumlah gaji belum masuk. Datang pulak dengan bas bukan dengan kereta mewah. Tetapi tempat memang cantik. Sedap makanannya, sedap mata memandang dan sedap tangan membayar. Diharap semua peserta Pahang merasa gembira kerana dapat merasa singgah dan makan di Restoran Nusantara Endau Rompin yang terkenal. Lihatlah foto-foto sekitar Restoran Nusantara:
20

19

18
17
16
15
14
13 Ketua Kampung Sanggang, Encik Osman.
12
11
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
Semasa perjalanan balik, nasib baik pemandu bas Tazben tak singgah sekali lagi di Restoran Nusantara Endau. Kalau tak kena sekali lagi. Kami dibawa singgah di Mersing. Pemandu bas tak perlu risau pasal harga makanan, kat mana mereka singgah selalunya restoran yang berkenaan akan bagi mereka makan, minum, rokok dan buah percuma. Pemandu bas 'Perpustakaan Bergerak' tak dapat ke makan minum percuma macam pemandu bas eksperss?
.
LINKS BERKAITAN RESTORAN NUSANTARA ENDAU:
(1) http://haniefkhalid.blogspot.com/2008/12/cheras-pagoh-kluang-mersing-endau.html - kami sekeluarga dgn 3 org staff ayah aku tu g la makan makanan laut kat restoran nusantara,endau,johor....sgt laa byk mknn yg ayah aku pesan
(2) http://kelab-sahabat.blogspot.com/2007/12/jumpa-kak-g.html -kat Restoran Nusantara yang memang dekat dengan Seri Malaysia tu.
(3) http://suerianni.blogspot.com/2008/05/last-weekend.html -Kami singgah Restoran Nusantara yang paling famous kat Endau.

20090323

Johor: Konvensyen PD (PNM) -Leban Condong (02)

KONVENSYEN PERPUSTAKAAN DESA (PNM) 2009
Tarikh: 15-16hb. Mac, 2009. Tempat: The ZONE Regency Hotel, Johor Bahru.

Perjalanan rombongan Pahang ke KONVENSYEN PERPUSTAKAAN DESA (PNM) 2009 di Johor bermula pada jam 11.05 pagi dengan menaiki dua buah bas syarikat Tazben. 11.25 pagi bas no. 2 menungu bas no. 1 di hadapan Giant Hypermarket Kuantan. 11.50 pagi bas memasuki Daerah Pekan Bandar Diraja Pahang. 12.48 tengahari berhenti di sekatan polis. 12.19 tengahari berselisih dengan konvoi motosikal besar.(Suzuki, Kawasaki, Honda, Ducati, Yamaha dan Aprilia) 12.22 tengahari berhenti sekejap. 12.36 tengahari jarak menunjukkan 250km ke Johor Bahru. 12.44 tengahari penumpang bas dihidangkan dengan vcd senario. 1.15 petang berhenti di Leban Condong. 2.15 petang singgah di Restoran Nusantara untuk makan dan solat. 3.00 bas meninggalkan Restoran Nusantara Endau bagi meneruskan perjalanan ke Johor. 4.15 petang berhenti sekita d Simpang Felda Tenggaroh. Jam 6.00 sampai di Tropicana Inn.
12 Leban Condong. Ketua Kampung Sanggang sedang berihat sambil menunggu penumpang yang lain membuat urusan di tempat khas (lihat foto no. 11).
11 Tempat khas di Leban Condong. Ramai yang sedang beratur.
10 Leban Condong.
9 Leban Condong. Superman, Ultraman, Spiderman dan macam-macam man lagi.
8 Leban Condong.
7
6
5 Pekan Bandar Diraja.
4 Pekan Bandar Diraja.
3
2 Puan Hajah Faridzah bt Jaafar mengucapkan terima kasih kepada ketua-ketua kampung yang sudi menerima jemputan untuk menyertai Konvensyen Perpustakaan Desa (PNM) 2009.
1
Bas yang disediakan adalah milik syarikat Tazben Travel & Tours. Mereka boleh dihubungi di alamat Level 1, Lorong Lengkuk Kanan 2, Taman LKNP, Tanah Putih, 25150 Kuantan Pahang Darul Makmur. Menurut cerita pemandunya, nama Tazben ini berasal dari gabungan dua nama iaitu Taz= Tengku Azlan dan Ben=adalah nama seorang India. Tengku Azlah telah berkongsi dengan Ben untuk membuka syarikat Tazben ini. Tetapi syarikat ini telah dijual oleh mereka berdua dan di beli oleh seorang Haji Kadir.