Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090924

Jamuan Raya Durian Tawar 2009

Hari semalam (23.09.09) dan hari ini (24.09.09) saya kerja berdua dengan Lizune. Tak ada masalah. Tanggungjawab mesti diutamakan. Jangan kata tak ada orang lepas-lepas raya ni. Soal ada orang tak ada orang, soal lain. Perkhidmatan diberikan seperti biasa. Di Perpustakaan Awam Daerah Bera, kedatangan pengunjung pada 23hb adalah 11 orang. Sementara pada 24hb pula adalah sekali ganda iaitu 22 orang. Ada yang datang pulang buku, pinjam buku, baca akhbar, guna internet dan ada juga yang nak siapkan tugasan. Ada juga yang datang bawa anak-anak.

Semalam terima fax jemputan ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2009M/1430H anjuran Pusat Khidmat Rakyat ADUN Guai, Pertubuhan Peladang Kawasan Bera dengan kerjasama Premier Agro Sdn Bhd. Acara berlangsung di Tapak Pekan Sehari Durian Tawar. Pada tahun lepas acara telah diadakan di Sekolah Kebangasaan Durian Tawar. Rasanya elok diadakan di Sekolah Kebangasaan Durian Tawar. Tempat letak kereta banyak. Tak bahayakan orang yang datang atau pengguna jalan raya.

Ramai yang datang pada hari ini. Pelbagai kaum tidak mahu ketinggalan untuk beramah mesra dengan YB mereka. Dianggarkan lebih kurang 1,000 telah hadir. Malah ada yang datang dengan bot dari seberang Sungai Pahang. Katanya lebih jimat masa dan duit.
06
Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah sungguh menyambut Aidilfitri
Ramai sungguh sahabat bertandang
pantun ini ada sedikit pindaan
05
Udara dingin dihening pagi
Tabuh berbunyi memulakan hari
Raya Aidilfitri menjelma lagi
Semua memakai pakai berseri
pantun ini ada sedikit pindaan
04
Tanpa mengira miskin kaya
Besar kecil semua ceria
Sama-sama menyambut raya
Bermaaf-maafan dihari bahagia
pantun ini ada sedikit pindaan
03
Aidilfitri hari kemenangan
Setelah menempuh pelbagai halangan
Supaya merasa sedikit kesenangan
Zakat diberi kepada yang kekurangan
pantun ini ada sedikit pindaan
02
Aidilfitri hari kita bermafan
Menebus kesalahan sesama insan
Pupuklah perpaduan dan keinsafan
Supaya kukuh tali persaudaraan
pantun ini ada sedikit pindaan
01
Cincin disarung hati berdebar
Jari nan lembut wajah pemurah
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut penuh meriah
pantun ini ada sedikit pindaan

sumber asal pantun:
budiey.com [http://www.budiey.com/pantun-lawak-hari-raya-dan-pantun-aidilfitri/]