Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.
Showing posts with label PD Mengkarak. Show all posts
Showing posts with label PD Mengkarak. Show all posts

20091217

PD Mengkarak 12.9.2009

08
Datang-datang nak main congkak.
07
Orang PD Seri Buntar turut hadir membantu Orang PD Mengkarak memulakan operasi seperti biasa.
06
Buku-buku yang telah disiapkan di Perpustakaan AWam Daerah Bera.
05
Nenek Luyah menjadi orang yang awal datang singgah di PD Mengkarak setelah mendapat tau ianya telah beropreasi seperti biasa.
04
Ingat sikit-sikit pasal zaman jepun.
03
Ingat juga sikit-sikit pasal zaman komunis.
02
Anak ramai tetapi semua ada tanggungjawab masing-masing. Semua orang begitu nanti.
01
Sedang mewarna Satu Malaysia.

PD Mengkarak merancang untuk mengadakan promosi khas untuk penduduk Kampung Mengkarak pada 11.10.2009. Dengan sokongan penduduk kampung, harap-harap perancangan ini berjaya.

20091107

Kampung Asli Bukit Rok, Pahang. Malaysia


Pada hari ini 7.11.09 (Sabtu) Perpustakaan Awam Daerah Bera telah diminta mengadakan pameran di Pelancaran Rakan Alam Sekitar Parlimen Bera. Perpustakaan Desa yang paling hampir dengan Kg Asli Bukit Rok ini adalah PD Afzan iaitu, Perpustakaan Desa Batu Papan.

Kalau saya nak siapkan gerai pameran berdua sahaja tentu tak larat. Lizune tak boleh kemana-mana sekarang ni, tengah 'on call'. Nani pula 'alah sangat' masa ni. Amrul .......... tak boleh nak gerak pulul 7 pagi dari pejabat. Terpaksalah minta bantuan PD Zura (PD Seri Buntar) dan PD Azlin (PD Mengkarak). Dengan adanya mereka bertiga dan seorang lagi sukarelawan maka dapatlah kami menyiapkan gerai pameran yang ala kadar. dan tak kurang hebatnya dibandingkan dengan orang lain.

Tetapi .... baru sahaja siap susun buku , gerai kami dah diserbu oleh kanak-kanak. Rupanya mereka nak sangat buku-buku cerita.

Afzan ditugaskan menjaga pendaftaran ahli baru untuk PD Batu Papan. Zura pula ditugaskan menjaga buku-buku PD Batu Papan yang boleh dipinjam. Kalau dah pinjam mereka kena pulangkan di PD Batu Papan. Azlin pula menjaga buku-buku yang tidak boleh dipinjamkan. Saya menjaga pameran foto-foto lama.

Turut diadakan adalah pertandingan yang mudah-mudah dan senang-senang. Sambutan sungguh menggalakkan. Stok-stok lama hadiah yang ada dikeluarkan pada hari ini. Awal-awal pagi lagi gerai perpustakaan dah bising dengan budak-budak. Ada gerai lain yang belum siapkan bahan pameran masing-masing.

Mengikut perancangan saya memang beginilah. Tak nak kami disibukkan dengan kerja-kerja menghias dan mencantikkan gerai sahaja. Kami mahu disibukkan dengan asakan budak-budak yang inginkan buku-buku. Buku yang dibawa pula adalah buku untuk kanak-kanak sahaja.

Saya pula diasak dengan pelbagai pertanyaan tentang gambar-gambar lama.
Siapa orang ni? Dia buat apa? Tahun bila gambar ni? Polis ni lelaki ke perempuan? Ini patung batu apa?. Kenapa penggantin ni hisap rokok? Saya pula tak dapat nak layan mereka sepenuhnya kerana selain mengadakan pameran saya juga diminta untuk oleh urusetia untuk tangkap gambar semasa berlangsung program ini. Sekejap-sekeja di gerai dan sekejap-sekejap gi ambil gambar.

Ada juga yang memanjangkan cerita-cerita tentang gambar-gambar lama yang ada. Ada yang kagum melihat gambar-gambar lama. Sanggup membelek satu demi satu. Tak sangka rama orang asli yang tertarik dengan gambar-gambar lama. Gambar yang paling menari adalah: gambar buaya sungai triang yang telah ditembak, gambar banjir tahun 1971 di kawasan Kompleks Rakan Muda Daerah Bera, gambar kereta lama (kelihatannya tertarik dengan nombor kereta tersebut, mungkin nak buat sesuatu dengan nombor tersebut). Paling menghairankan Orang Asli Semelai Kg bukit Rok dan Ibam ini adalah gambar adat menghisap rokok oleh pengantin Malayu. Pada sangkaan mereka, hanya mereka yang ada adat hisap rokok ini. Rupanya telah ada dikalangan orang Melayu cuma kini tidak diteruskan dikalangan orang Melayu. Tetapi masih diteruskan oleh Orang Asli Semelai.

Paling saya seronok pada hari ini adalah, akhirnya saya bertemu dengan Orang Asli Abbas Lubuk Burung. Telah beberapa tahun saya cuba mencari dan merapatkan diri dengan Orang Asli Abbas Lubuk Burung. Tetapi YB dah sampai dan kami terpaksa menyambung cerita di lain kali.

Turut diadakn pada hari ini adalah pertandingan menyumpit kategori: lelaki dewasa, perempuan dewasa, remaja perempuan dan remaja lelaki. Hebat sungguh melihat mereka menyumpit. Kembang kuncup kembang kuncup pipi bila menyumpit.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Afzan, Zura dan Azlin kerana menjayakan geri pameran di Sk Bukit Rok kali ini. Terima kasih juga kepada YB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob kerana melantik orang perpustakaan sebagai Jawatankuasa Rakan Alam Sekitar (RAS) Parlimen Bera.

Jika ada kesempatan masa saya akan masukkan gambar-gambar sekitar gerai perpustakaan di Pelancaran Rakan Alam Sekitar Parlimen Bera pada 7 November 2009.

Sekian.

20091013

PD Mengkarak- aktiviti 11.10.09

PD Mengkarak adalah bangunan yang disiapkan oleh Pejabat Daerah Bera seterusnya diserahkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan akhirnya dirasmikan oleh Ahli Parlimen Temerloh semasa Ahli Parlimen Maran menjadi pengarah.

Dugaan yang paling hebat dihadapi oleh PD Mengkarak adalah dilanda banjir pada bulan Disember 2007. PD Mengkarak telah bermandikan air banjir hampir keparas bumbung. Buku siap proses dan buku belum proses habis melekat menjadi seketul. Sedih sungguh melihat nasib yang menimpa buku-buku yang amat disayangi dan dijaga selama ini.
05
Setelah diduga dengan banjir besar 2007, kakitangan PD Mengkarak yang telah telah bersama dengan PD Mengkarak bermula pada tahun 2002 telah berhenti. Terhentilah seketika perkhidmatan perpustakaan desa di Kg. Mengkarak.

Kakitangan yang telah lama bersama PD Mengkarak terpaksa melangkah pergi meninggalkan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Rezeki beliau telah bersambung di Klinik Kesihatan Purun (masih dalam daerah Bera, Pahang). Rupanya masih ada 'ayat-ayat cintanya' kepada PD Mengkarak, pada hari ini beliau turut hadir untuk turut membantu kakitangan baru PD Mengkarak menjayakan aktiviti hari ini.
04
PD Mengkarak telah mengadakan promosi kepada penduduk sekitar Kg. Mengkarak tentang perkhidmatan PD Mengkarak. Bersempena dengan promosi ini diadakan gotong royong membersih sekitar PD Mengkarak. Pertandingan membuat kad ucapan dan pertandingan mewarna turut diadakan.
03
Pada awal pagi lagi telah ramai kanak-kanak yang teruja untuk menyerti aktiviti yang telah lama terhenti. Macam-macam gelagat boleh dilihat. Ada yang terlampau seronok hingga tak terkata. Ada yang masih malu-malu dan takut-takut. Tak kurang juga yang sibuk mengusik rakan-rakannya. Itulah kanak-kanak, kadang-kadang orang dewasa pun masih ada yang macam kanak-kanak.
02
Hasil sokongan kuat Cikgu Mat Syah, En Johari, En. Abdulah dan En. Baharom, program hari ini berjalan lancar. Semak samun yang terhimpun dihadapan bangunan perpustakaan telah menjadi bersih. Macam-macam idea untuk memajukan perpustakaan timbul. Sama-samalah kita tunggu hasil kerjasama pemimpim-pemimpim tempatan memajukan kampung yang disayang.

Sebenarnya ramai lagi orang-orang seperti Cikgu Mat Syah, En Johari, En. Abdulah dan En. Baharom. Mereka semua turut sama berusaha membangunkan semula perpustakaan yang pernah dilanda 'Tsunami Sungai Pahang' ini. Semoga usaha gigih mereka akan menjadi contoh kepada penduduk kampung lain di Daerah Bera ataupun di Negeri Pahang.
01
Selepas ini adalah diharapkan promosi dapat diperluaskan kepada penduduk kampung berhampiran dengan Kampung Mengkarak. Bukan semestinya PD Mengkarak untuk penduduk Kampung Mengkarak sahaja. Penduduk Jelam, Durian Tawar, Balai Polis Mengkarak Stesyen, Tuk Tangguk, Seberang Guai dan sekitanya. Satu Perpustakaan Satu Mukim.

Setelah penyampaian hadiah kepada pemenang dan peserta aktivi, maka berakhirlah program.

Rupanya program kecil-kecilan yang dijalan di PD Mengkarak ini dapat juga dihidu oleh Puan Azizah Wartawan Sinar Harian Bera. Semalam (12.10.09) beliau telah singgah di Perpustakaan Awam Daerah Bera bertanyakan tentang program promosi Perpustakaan Desa Mengkarak. Malu juga rasanya bila Wartawan Sinar bertanyakan tentang program yang tak seberapa yang takat mampu diusahakan.

Apa-apa pun terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan secara tak langsung. Terima kasih daun keladi, kalau boleh bantulah lagi.

20090906

PD Mengkarak 4.9.2009 - mengemas

Setelah melapurkan diri sebagai , Nor Azlin diminta menyemak buku-buku PD Mengkarak yang diletakkan di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Selain itu Nor Azlin diajar bagai mana nak memproses buku-buku baru. Merekod majalah dan lain-lain barang.

Pada sebelah pagi 4.9.2009 saya, Lizune dan Nor Azlin telah pergi melihat keadaan dalam bangunan PD Mengkarak. Amrul ditinggalkan sekejap di pejabat. Nani terpaksa balik kerumah kerana orang jaga anak tak dapat jaga anak.

Keadaan dalam bangunan tak berserabut sangat. Rak perlu disusun semula. Meja perlu disusun semula. Gambar-gambar perlu digantung semula. Banting-banting juga perlu digantung semula. Banyak habuk dimerata tempat. Nampak gayanya lantai juga perlu dimop.

Cadangnya nak jalankan aktiviti mewarna 1Malaysia pada hari Sabtu dan Ahad ni. Sempena sambutan Kemerdekaan ke-52. Desa-desa lain sepatutnya telah menjalankannya. Harap-harap sempat mengemas.
09
08
07
06
05

Kebetulan pula pada masa itu kakitangan PPIK Mengkarak hendak tompang letak barang-barang PPIK dalam bangunan PD Mengkarak. Pada masa ini balai raya yang dijadikan pusat perkhidmatan PPIK Mengkarak sedang di baik pulih. Jadi kakitangan PPIK tak dapat nak bertugas.

Bila diminta membantu Nor Azlin di PD Mengkarak, kata Petugas PPIK "Kena tanya bos".
04
03
02
01
4.9.2009

20090905

PD Mengkarak - orang baru

Pada 20hb Ogos 2009 telah diadakan temuduga untuk jawatan Pembantu Perpustakaan untuk Perpustakaan Desa Mengkarak. Yang memohon semuanya perempuan. Antara mereka adalah: Azlin, Tun, Imah, Fina, Ate dan Mar. Jawatan ada satu sahaja. Sesiapa yang tak dapat tu maksudnya belum ada rezeki disini. Mungkin ada rezeki yang lebih baik di tempat lain. Kita tak tau, hanya Allah SWT yang maha mengatahui.

Antara yang menghadiri temuduga tersebut adalah Nor Azlin Binti Abdullah.
02 Wajah ketika belum bertugas di PPAP.

Nor Azlin pernah bersekolah di SMK Mengkarak. Tak jauh daripada Perpustakaan Desa Mengkarak. Tamat di SMK Mengkarak beralih ke Politeknik Merlimau Melaka. Semasa belajar di Politeknik, Nor Azlin pernah mewakili Politeknik dalam Teakwando. Dapat pula menjadi johan.

Selain tu, mewakili Pahang dalam Kejohanan Silat Kebangasaan. Mewakili Daerah bera dalam Sukan Remaja Pahang. Itu adalah sumbangan beliau pada Pegeri Pahang dan Daerah Bera pada tahun 2007.

Tahun-tahun sebelumnya pula, Mewakili Pahang dalam Acara Silat Seni di Sukma Kedah 2006. Mewakili Pahang di Festival Silat Seni di Terangganu 2006. Mewakili Pahang ke Pendekar Seabad di Universiti Malaya 2006. Mewakili Pahang di Kejohanan Silat Remaja Kebangasaan 2005. Mewakili Pahang di Festival Silat Diraja Pahang 2005. Pendek kata banyak kali mewakili Pahang dan Daerah Bera. (Kita mewakili Pahang setakat Kejohanan Sukan Perpustakaan Awam Semelaysia sahaja)

Dengan izin Allah SWT Nor Azlin ditawarkan jawatan sebagan Pembantu Perpustakaan di Perpustakaan Desa Mengkarak. Nor Azlin melaporkan diri di Perpustakaan Awam Daerah Bera pada 1 September 2009.

Kini bermulalah detik-detik Nor Azlin bersilat pula dengan buku-buku.
01 Wajah yang ceria kerana dapat berkhidmat dengan PPAP.

Kepada sesiapa (kumbang nakal) yang ingin berkenalan lebih rapat dengan Nor Azlin pastikan anda pandai bersilat atau bertekwando. Silat mata tak boleh diambil kira sebagai salah satu kategori silat.

20090828

Kakitangan Berhenti

Pada awal bulan Julai 2009 Pembantu Perpustakaan Desa Mengkarak telah mengakhiri zaman bekerjanya dengan perpustakaan. Kini Puan Rafidah bt Ismail telah bersama dengan Klinik Kesihatan Purun. Pakai baju serba putih. Nampak makin cantik.
02 Rafidah binti Ismail. Bekas pembantu Perpustakaan Desa Mengkarak(PPAP).

Semoga tempat baru akan memberi harapan baru dalam mengejar impian lama (mendapat jawatan tetap). Tidak dinafikan impian mendapatkan jawatan tetap adalah usaha berterusan bagi kakitangan berjawatan sambilan atau kontrak.

Puan Rafidah binti Ismail mula berkhidmat dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang pada 8hb April 2002.

Pada akhir bulan Ogos pula seorang lagi telah berhenti. Tiba-tiba sahaja sebelum sembahyang Jumaat hari ini (28.08.2009) saya dikejutkan dengan kehadiran Cik Noorul Amilin Bt Abd Samat Pembantu Perpustakaan Desa Batu Papan. Dia menyatakan bahawa semalam adalah hari terakhir dia berkhidmat dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Surat berhenti katanya telah dihantar ke Kuantan.

Katanya lagi dapat tugas Pembantu Kewangan di Pejabat Daerah Bentong. Lapur diri pada 1hb September 2009. Dah dapat pun rumah sewa di Bentong. Tak apalah, itu cara kakitangan PNM berhenti, terus hantar surat berhenti ke Kuantan. Kawan-kawan di didaerah dapat tau pun secara kebetulan sahaja. Pernah juga kakitangan Perpustakaan Desa Seri Buntar terus hantar surat berhenti ke PNM. Kita yang di daerah dan negeri dapat tau daripada PNM. Tiba-tiba PNM tanya senarai calon kakitangan pengganti.
01 Noorul Amilin Bt Abd Samat. Bekas Pembantu Perpustakaan Desa Batu Papan (PNM).

Noorul Amilin Bt Abd Samat mula berkhidmat dibawah penyeliaan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang pada 1hb Oktober 2005.

Tak salahkan mereka. Kadang-kadang apabila dapat jawatan yang menjadi impian terasa seronok sangat. Sampai tak ingat nak beri tahu kawan-kawan di daerah. Mungkin selepas ini akan ada lagi yang berhenti. Sama-samalah kita tengok cara mereka berhenti dari Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Kita harap mereka dapat menjaga nama baik sebagai 'bekas kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang'.

Walaupun kakitangan Perpustakaan Desa batu Papan ada dua orang. Seorang telah berhenti tiba-tiba seorang lagi kena selsema H1N1. Terpaksalah Perpustakaan Desa Batu Papan tutup hari ini (Jumaat), Sabtu dan Ahad. Kalau ada yang 'komplin' kena mintak bantuan pada Encik Takhzir SU Umno Bahagian Bera) atau Puan Hajjah Manila (Ketu Wanita Bahagian Bera) untuk berikan penjelasan sebenar.

20090811

PD Mengkarak 5.8.2009 - Siap dikemas

Kini Perpustakaan Desa Mengkarak telah bersedia untuk menerima kedatangan Pembantu Perpustakaan yang baru bagi menggantikan Puan Rafidah yang telah memulakan tugas baru di Poliklinik Purun. Terima kasih Puan Rafidah atas perkhidmatan yang diberikan selama ini. Semoga Puan Rafidah akan lebih berjaya di tempat baru bersama Kementerian Kesihatan.
07
06
05
04
03
02
01
Warna bahagian dalam ini adalah seperti warna bahagian dalah Perpustakaan Awam Daerah Bera. Malah warna bahagian luar juga seperti warna bahagian luar Perpustakaan Awam Daerah Bera.

20090803

PD Mengkarak 3.8.2009 - Atap dan longkang

Sebenarnya kerja-kerja ini telah lama siap . Tetapi pihak kontraktor tiada masa untuk memaklumkan bahawa semuanya telah siap. Tambahan Pembantu Perpustakaan Desa Mengkarak telah mendapat kerja tetap dengan Kementerian Kesihatan.
03
Longkang.
02
Longkang.
01
Atap.

PD Mengkarak 3.8.2009 - Grill

Semua grill telah digantikan dengan yang baru. Begitu juga dengan tingkap
05
04
03
02
01

PD Mengkarak 03.08.09 - Dalam bangunan

Pada jam 2.00 ptg hari ini (3.8.2009) kontraktor yang membaiki telah menunjukkan kerja-kerja pembaikan yang telah dijalankan oleh beliau. Bahagian dalah telah di cat mengikut warna bahagian dalam Perpustakaan Awam Daerah Bera. Kesemua pintu kayu telah digantikan dengan pintu baru.
05
04
03
02
01
Bahagian dalam masih berselerak. Rak masih belum disusun kembali seperti asal. Pihak kontraktor akan menyiapkan dalam tempoh terdekat, mungkin hari ini.

20090716

PD Mengkarak 15.7.2009

Pada hari semalam 15.7.2009 saya sempat juga melihat perkembangan kerja kerja mengecat di bangunan PD Mengkarak. Selain itu pintu juga telah diganti dengan pintu kayu yang baru.
01
02
03
04
05