Perpustakaan Awam Daerah Bera menganjurkan Pertandingan Foto Sejarah Daerah Bera sempena sambutan sambutan kemerdekaan ke 55 peringkat Daerah Bera. Pertandingan ini akan berlangsung pada 28 OGOS hingga 18 SEPTEMBER 2012.
SYARAT PENYERTAAN
1. Terbuka kepada masyarakat umum
2. Penyertaan adalah percuma.
3. Foto-foto bersejarah,lama dan unik yang berkaitan dengan Daerah Bera di Negeri Pahang sahaja.
4. Koleksi foto-foto tersebut tidak pernah dihantar dan dipamerkan di mana-mana jabatan seperti Muzium, Arkib Negara Malaysia dan lain-lain.
5. Keadaan fizikal foto perlu jelas , sempurna dan ianya adalah foto asal(salinan gambar tidak diterima).
6. Pelbagai saiz foto diterima dan setiap foto perlu ada keterangan gambar(caption) seperti tarikh, tempat dan sedikit keterangan gambar tersebut).
CARA PENYERTAAN
1. Setiap peserta diminta menyerahkan foto kepada pihak Perpustakaan Awam Daerah Bera untuk dibuat salinan. Foto asal akan dipulangkan semula kepada pemiliknya.
2. salinan foto( yang telah dinyatakan sumbernya) akan dipertandingkan dan dipamerkan dalam bilik Pameran Galeri Foto Sejarah Bera.
3. Penghakiman akan dilaksanakan pada 18 September 2012
4. Pemenang akan dihubungi melalui telefon.
HADIAH (serta sijil)
1. Tempat pertama : RM 200.00
2. Tempat kedua: RM 150.00
3. Tempat ketiga: RM 100.00
4. Saguhati: RM 50 x 10
Sebarang pertanyaan sila rujuk kepada: Puan Afzainani Bt. Jamaluddin atau Amizan Bin Ramli di talian No. 09-2506541.