Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.
Showing posts with label Ulasan Buku 2013. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku 2013. Show all posts

20141031

Buku: KOLEKSI HEBAT KISAH MORAL oleh Faye Jones

Buku: KOLEKSI HEBAT KISAH MORAL oleh Faye Jones

No Perolehan: 2013-03524  
ISBN 978-967-5055-89-8     
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

Ringkasan/ Ulasan
Koleksi Hebat Kisah Moral ini  menceritakan tentang kisah-kisah menarik dari seluruh dunia . Setiap pembaca akan dapat manfaat yang maksimum di samping terhibur dengan cerita yang dipaparkan.

Cerita-cerita dalam siri ini juga sarat dengan nilai-nilai yang dapat diteladani oleh kanak-kanak. Struktur ayat yang ringkas dan mudah difahami berserta suku kata, ditambah dengan ilustrasi yang ceria dan berwarna-warni akan menarik minat kanak-kanak untuk membaca koleksi cerita ini.

Judul: KOLEKSI HEBAT KISAH MORAL oleh Faye Jones
Pengarang: Jones,Faye
Penerbit: Noon Publication,Kuala Lumpur.
Tahun terbitan: 2012              Harga: RM 19.90
Mukasurat: 100 ms

20141024

Buku: Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Perniagaan Kecil oleh Azudin Bahari, Hanum Hassan dan Tunku Salha Tunku Ahmad

Buku: Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Perniagaan Kecil oleh Azudin Bahari, Hanum Hassan dan Tunku Salha Tunku Ahmad

No Perolehan: 2013-03470  
ISBN 978-967-5415-16-6     
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

Ringkasan/ Ulasan

Kebanyakan perniagaan kecil tidak mewujudkan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang menyeluruh. Kemalangan sering berlaku ke atas para pekerja di sektor-sektor perniagaan .Dengan mengambil kira isu-isu keselamat dan kesihatan yang sering wujud,majikan perlu mengambil berat tentang aspek keselamatan dan kesihatan para pekerja.

Bertitik tolak daripada isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan ,buku ini mengetengahkan beberapa aspekyang dapat membantu perniagaan kecil untuk mewujudkan suasana kerja yang selamat dan sihat. Ia akan membawa para pembaca dan sesiapa yang terlibat dalam sektor perniagaan kecil untuk mengenali Undang-Undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja dan kaedah Pengurusan Risiko di tempat kerja.

Buku ini juga sesuai sebagai panduan kepada para pengusaha perniagaan kecil, para pelajar institusi pengajian tinggi dan juga ia  dapat  memenuhi keperluan pekerja dan majikan, terutama kepada mereka yang terlibat dalam pengurusan keselamatan.

Judul: Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Perniagaan Kecil oleh Azudin Bahari, Hanum Hassan dan Tunku Salha Tunku Ahmad

Pengarang : Azudin Bahari, Hanum Hassan dan Tunku Salha Tunku Ahmad
Penerbit:. Universiti Malaysia Perlis,Kangar, Perlis.
Tahun terbitan: 2010              Harga: RM 40.00
Mukasurat: 146 ms    Rating: 

20141017

Buku: Dari Sungai Pahang ke Sungai Nil – MENONGKAH ARUS - Meneraju Menara Gading Biografi Abdul Shukor Hj. Husin. oleh Mohammad Haji Alias

Buku: Dari Sungai Pahang ke Sungai Nil – MENONGKAH ARUS -  Meneraju Menara Gading Biografi Abdul Shukor Hj. Husin. oleh Mohammad Haji Alias

No Perolehan: 2013-03447   ISBN 978-967-5295-97-3     
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

Ringkasan/ Ulasan:

Biografi ini adalah tentang seorang tokoh Ulama dan akademik. Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin adalah seorang tokoh yang terkenal di peringkat antarabangsa, serantau dan kebangsaan.

Dalam pembangunan pendidikan dan pengajian tinggi Islam negara nama beliau tidak asing lagi. Tan Sri telah memainkan peranan dan memberi  sumbangan yang amat signifikan dalam penubuhan dan pembangunan USIM daripada fasa conceptualization kepada fasa realisasi dan pemantapannya.

Dengan penubuhan USIM pengajian Islam dimartabatkan ke dalam arus pendidikan negara. Tokoh ini berasal dari Kampung Tebing Tinggi,Jerantut,Pahang.

Beliau telah Berjaya mencatat kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai sudut: sebagai ketua keluarga, pemimpin ,pentadbir   ulama, ahli akademik serta pemikir. Beliau telah Berjaya menongkah pelbagai arus.

Untuk mencapai kejayaan ini pada peringkat awal Tan Sri perlu menongkah arus : keadaan ekonomi keluarga yang sederhana; system pendidikan yang tidak sistematik terutama dalam pendidikanIslam ; pemikiran dam persepsi masyarakat terhadap pendidikan agama.

Beliau merupakan lulusan Madrasah Aljunied, Singapura dan Universiti Al-Azhar, Mesir. Sebelum menerajui USIM beliau telah bertugas di Fakulti Pengajian Islam UKM sebagai professor dan Dekan.

Pencapaian Tan Sri terlalu banyak. Diantaranya ijazah PhD dalam bidang Usuluddin daripada Universiti Al-Azhar(pelajar Melayu yang pertama) ; penyampaian Syarahan Perdana( pengukuhan jawatan Profesor di UKM) ; sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa,Majlis kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia; anugerah jawatan Profesor Emeritus daripada USIM ( Majlis Kovokesyen ke-8 2010 ); Naib Canselor pertama bagi sebuah Universiti awam di Malaysia ; Ijazah Kehormat Doktor Falsafah( Pengajian Islam) dari UKM (Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia ke -38 ,7-10 ogos 2010) ; dan anugerah Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011 peringkat kebangsaan.

Judul: Dari Sungai Pahang ke Sungai Nil – MENONGKAH ARUS -  Meneraju Menara Gading Biografi Abdul Shukor Hj. Husin.

Pengarang: Mohammad Haji Alias et al.
Penerbit: USIM Bandar baru Bangi,nilai Negeri Sembilan.
Tahun terbitan: 2012              Harga: RM 50.00
Mukasurat: 196ms    Rating: 

20141003

Buku : Biografi Syed Mokhtar Albukhary oleh Premilla Mohanlall

Buku :  Biografi Syed Mokhtar Albukhary oleh Premilla Mohanlall

Ringkasan / Umum :

Buku berjudul ‘Biografi Syed Mokhtar Albukhary’ ditulis oleh Premilla Mohanlall terbitan PVM Comunications Sdn. Bhd. sangat baik dibaca oleh individu yang inginkan kecemerlangan dalam kehidupan dan seterusnya berbakti kepada masyarakat.

Buku ini menceritakan seorang insan yang bernama Syed Mokhtar Albukhary merupakan anak Malaysia yang unggul dan berjaya. Beliau seorang hartawan dan dermawan yang amat pragmatik dan merendah diri, dan sentiasa meletakkan kepentingan nasional melebihi kepentingan peribadi dalam kehidupannya.

Beliau berjaya membina empayar dalam perniagaan dan kekayaannya disalurkan dalam kepentingan pendidikan. Beliau juga Berjaya menyediakan peluang pekerjaan terjamin kepada lebih 110,000 orang dan 250,000 orang secara tidak langsung.

Biografi Syed Mokhtar Albukhary sebagai wadah dan inspirasi kepada anak anak muda yang bersemangat tinggi dan ahli korporat yang berhati mulia.

Disediakan oleh:

Zulkepli Haron
PAD Maran

20140926

Buku : Pengucapan Awam: Tips untuk menjadi pengacara yang baik. oleh Saidah Shahid

Buku :  Pengucapan Awam: Tips untuk menjadi pengacara yang baik. oleh Saidah Shahid

Ringkasan / Umum :

Buku berjudul ‘Pengucapan Awam: Tips untuk menjadi pengacara yang baik’ ditulis oleh Saidah Shahid terbitan Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd. sangat sesuai dibaca oleh individu, kakitangan awam dan swasta yang sering terlibat tugas mengacara sesuatu majlis atau program.

Buku ini menggariskan tips untuk menjadi pengacara yang baik.

Setiap bab menghuraikan pengacaraan, pantang larang, penyediaan teks, kegugupan, analisis, penyampaian dan contoh teks ucapan. Buku ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan dan pedoman untuk persediaan menjalankan tugas sebagai pengacara majlis. Pengacara yang baik akan menentukan keseluruhan majlis atau program itu menarik dan berkesan atau sebaliknya.

Selamat membaca semoga menjadi pengacara yang baik, disenangi dan dihormati.

Disediakan oleh:

Zulkepli Haron
PAD Maran

20140912

Buku : Aku Terima Nikahnya {Edisi Istimewa} oleh Hasrizal Abdul Jamil



Ulasan Ringkas:
Buku ini banyak member panduan kepada remaja yang akan menempuh alam perkahwinan.Banyak isu-isu yangdiketengahkan dari hasil pengalaman penulis sendiri.

Bacalah buku Aku Terima Nikanhnya kerana ia sesuai untuk seisi keluarga khususnya kepad ibubapa yang ingin mengenali lebih jauh lagi erti sebuah perkahwinan.

Aku Terima Nikahnya bukan sahaja naskah cinta gerbang perkahwinan,malah ia membawa bersama serangkaian cinta kepada Allah dan manusia yang wajar dijadikan koleksi keluarga.

Tajuk Buku: Aku Terima Nikahnya
Penulis: Hasrizal Abdul Jamil
Penerbit    : Galeri Ilmu  Sdn.Bhd
Tahun Terbitan: 2012
Halaman    : 562
Harga: RM 55.00

Disediakan Oleh :
Zulkifli Bin Mohd Ali

20140905

Buku : 78 Tip Hidup Bahagia

Judul Buku : 78 Tip Hidup Bahagia
No Perolehan: D 12/00026
No Panggilan: D 297.57
ISBN: 978 967 0267 555
Bahasa: Melayu

Ulasan Ringkas:
   
Sebuah buku yang padat dengan nasihat kehidupan.
78 tip hidup bahagia dihimpun dan dihuraikan didalam buku ini amat besar nilainya.Himpunan panduan dalam buku ini boleh dijadakan panduan kepada kita untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Menciptakan dan Maha agung,Allah.Buku ini telah menjadi rujukan ramai ulama dan cendikiawan islam yang terkenal dari dahulu sehingga sekarang.

20140829

Buku: Travelog Haji oleh Muhd Kamil Ibrahim

Buku: Travelog Haji oleh Muhd Kamil Ibrahim

No Perolehan: DCAM 04056
ISBN: 9831923553
Kategori: Agama
Ringkasan/ Ulasan:
Travelog Haji; Mengubah Sempadan Iman bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji yang merujuk kepada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah. Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia.

Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada beberapa persoalan yang merunsingkan. Buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja. Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji mendapati buku ini mempunyai nilai yang hebat. Ia mempunyai kemampuan yang luar biasa.

Judul: Travelog Haji: mengubah sempadan iman
Pengarang: Muhd Kamil Ibrahim
Penerbit: PTS Islamika
Tahun Terbit: 2007
Harga: RM29.00
Muka surat: 278
Rating: 5

20140822

Buku: Kiamat Sudah Dekat oleh Dr. Muhammad al-‘Areifi

Buku: Kiamat Sudah Dekat oleh Dr. Muhammad al-‘Areifi

No Perolehan: DCAM 04312
ISBN: 978-979-1303-56-9
Kategori: Agama

Ringkasan/ Ulasan:
Bersediakah kita untuk menghadapi Hari Kiamat? Hari Kiamat adalah rahsia Allah s.w.t. Kita sebagai hamba Allah s.w.t. wajib mempercayai kedatangan Hari Kiamat. Buku ini membawa pembaca mengetahui tentang tanda-tanda kecil dan tanda-tanda bersar Hari Kiamat mengikut Al-Quran dan Hadis.

Tanda-tanda ini setiap satuya dikupas dengan mendalam beserta peristiwa dan fakta yang menarik. Pelbagai peristiwa dan fenomena yang sedang dan sudah berlaku di dunia ini akan dikaitkan dengan tanda-tanda kiamat. Dapatlah kita menilai dan merenung kejadian-kejadian ini dengan keinsafan.

Judul: Kiamat Sudah Dekat
Pengarang: Dr. Muhammad al-‘Areifi
Penerbit: Qisthi Press
Tahun Terbit: 2011
Harga : RM69.00
Muka surat: 377
Rating: 5

20140815

Buku: Over 1000 Fantastic Earth Facts diterbitkan oleh Miles Kelly Publishing

Buku: Over 1000 Fantastic Earth Facts diterbitkan oleh Miles Kelly Publishing

No Perolehan: DCAM 04627
ISBN: 978-1-84810-544-7
Kategori: Sains Tulen

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini memuatkan 1000 fakta menarik mengenai bumi dan isinya. Fakta yang dinyatakan mengikut turutan nombor 1 hingga 1000.

Setiap fakta disertakan gambar-gambar yang menarik dan diterangkan dengan mudah. Buku ini amat bagus untuk dibaca atau dimiliki oleh sesiapa sahaja kerana kandunganya mengikut fakta yang benar.

Judul: Over 1000 Fantastic Earth Facts
Pengarang: -
Penerbit: Miles Kelly Publishing
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM77.95
Muka surat: 512
Rating: 5

20140808

Buku:The Indoor Gardener oleh Diana Yakeley

Buku:The Indoor Gardener oleh Diana Yakeley

No Perolehan: DCAM 04590
ISBN: 978-0-7548-2064-2
Kategori: Sains Teknologi

Ringkasan/ Ulasan:
Anda terfikir untuk membuat taman di dalam rumah? Dapatkan buku ini kerana ia amat sesuai bagi anda yang meminati tanaman dan menghiasnya di dalam rumah. Buku ini dilengkapi dengan 120 gambar tanaman yang menarik untuk dijadikan inspirasi bagi menghias rumah.

Pelbagai jenis tanaman boleh anda tanam untuk dekorasi rumah anda, daripada jenis bunga dan juga herba serta sayuran. Lengkapkan rumah anda dengan kesegaran alami dengan membaca dengan teknik yang diajar di dalam buku ini.

Judul: The Indoor Gardener
Pengarang: Diana Yakeley
Penerbit: LORENZ BOOKS
Tahun Terbit: 2010
Harga : RM37.35
Muka surat: 64
Rating: 5

20140801

Buku : Dampingi Aku Di Syurga Kekasihku oleh Dr Najla Sayyid Nail

Buku : Dampingi Aku Di Syurga Kekasihku  oleh Dr Najla Sayyid Nail

No Perolehan: 05569
Call No.  297.577 NAJ
ISBN: 978-967-5426-35-3
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama

Ulasan:
Buku ini membincangkan tentang suami, isteri dan sebuah perkahwinan. Bagi menjayakan sesebuah perkahwinan, kedua-dua belah pihak perlu melakukan pengorbanan. Pengorbanan yang dimaksudkan adalah dari segala aspek yang berkaitan seperti emosi, fizikal, masa, tenaga dan lain-lain lagi.

Oleh itu, persiapan yang harus dilakukan amat besar untuk mempersiapkan diri bagi setiap individu sebelum melangkah kea lam mahupun gerbang perkahwinan. Buku ini sesuai dijadikan panduan dalam melayari bahtera berumah taangga agar sentiasa indah, bermakna dan diredhai Allah S.W.T.

Judul: Dampingi Aku Di Syurga Kekasihku
Pengarang: Dr Najla Sayyid Nail
Penerbit: Must Read Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2010
Harga: RM 14.40
Muka surat: 159
Rating : 4/5

20140725

Buku : Fahamilah Perasaanku 30 Luahan Perasaan Suami oleh Hasan Mohd. Ali

Buku : Fahamilah Perasaanku 30 Luahan Perasaan Suami oleh Hasan Mohd. Ali

No Perolehan : DPEK 00839
Call No. : 306.872 HAS
ISBN : 978-983-3603-45-9
Bahasa : Melayu
Kategori : Sains Kemasyarakatan

Ulasan :
   
Buku yang bertajuk fahamilah perasaanku (30 luahan perasaan suami ) ini bertujuan untuk menyemarakkan perasaan cinta, moga kasih mekar selamanya………Apa yang mahu diluahkan oleh seorang suami? Bahagiakah suami di samping permaisuri hati? Selami hati……..fahami peribadi….perbaiki situasi bagi mendapat perhubungan yang hakiki.
   
Buku ini menyelami 30 bisikan hati seorang suami buat isteri tercinta…..Isteriku, iktiraflah kepimpinanku. Isteriku, hiasilah dirimu. Isteriku, janganlah leteri aku. Isteriku, jagalah makan dan minumku. Isteriku, janganlah cemburu buta. Isteriku, jadikan anak-anakku insan berakhlak mulia. Isteriku, jangan boros dan banyak lagi.
   
Hayatilah keluhan hati dan bisikan nurani seorang suami. Semoga istana bahagia teguh berdiri, kekal abadi. InsyaAllah. “SELAMAT MEMBACA”.
       

Judul : Fahamilah Perasaanku (30 Luahan Perasaan Suami)
Pengarang : Hasan Mohd. Ali
Penerbit : PTS Millennia
Tahun Terbit : 2009
Harga : RM 16.00
Muka surat : 161
Rating : 4/5


Disediakan Oleh :
Pn. Rohaida bt. Zainudin
KPD Pekan

20140718

Buku : Kerja Bukan Kerana Pangkat oleh Mumtaz Begam Abdul Kadir

Buku : Kerja Bukan Kerana Pangkat  oleh Mumtaz Begam Abdul Kadir

No Perolehan : DPEK 02951
Call No. : 658.3
ISBN : 978-967-61-2401-2
Bahasa : Melayu
Kategori : Sains Teknologi

Ulasan :
   
Selain daripada mencari rezeki, salah satu tujuan kita bekerja adalah untuk memberi khidmat kepada organisasi. Selain itu, kita juga perlu menilai dan mengenal pasti kelemahan-kelemahan untuk dijadikan panduan dan teladan bagi member perkhidmatan yang terbaik. Setiap perkara yang dibuat itu, sudah tentu akan ada ganjaran sama ada ganjaran sementara seperti upah, kepuasan diri, penghormatan atau ganjaran kekal seperti balasan nikmat akhirat. Kesemua bentuk ganjaran itu selalu melingkari pemikiran kita yang terbatas sehingga kita lupa apakah tujuan sebenar kita menjalankan sesuatu tugasan itu. Orang lain tidak tahu apa sebenarnya yang ada dalam pemikiran kita semasa membuat sesuatu melainkan kita sahaja boleh memikirkannya secara diam-diam.
   
Apa salahnya sekali sekala kita bertanya diri sendiri “where did I go wrong” . Seorang yang memandu kereta perlu melihat cermin atas atau tepi bagi melihat apa yang ada di belakang. Dengan melihat apa yang berlaku di belakang, dapat juga sedikit sebanyak dibuat penilaian sendiri sama ada kita telah memandu dengan betul ataupun telah tersimpang jauh selama ini.
   
Diharapkan buku ini dapat membantu kita mencapai kepuasan bekerja dan menjadi panduan kepada kita dalam menjadi pekerja cemerlang. InsyaAllah. “SELAMAT MEMBACA”

 Judul : Kerja Bukan Kerana Pangkat
Pengarang : Mumtaz Begam Abdul Kadir
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
Tahun Terbit : 2010
Harga : RM 16.50
Muka surat : 158
Rating : 3/5

Disediakan Oleh :
Pn. Rohaida bt. Zainudin
KPD Pekan

20140711

Buku :Variasi Seni Jahitan oleh Rosita Jaafar

No Perolehan : 020634
Call No. : 646.2 ROS
ISBN : 983-124-121-5
Bahasa : Melayu
Kategori : Sains Rumahtangga

Ulasan :
   
Pemilihan fesyen dalam berpakaian boleh mempengaruhi penampilan dan citra seorang wanita. Biar apa juga rekaan, sama ada moden atau tradisional, yang penting setiap wanita ingin tampil anggun mempesona.
   
Namun begitu, memilih rekaan yang berpadanan dengan diri ada kalanya memeningkan. Ada masanya baju cantik, rekaan menarik tetapi tidak sesuai dengan potongan badan. Kadang-kadang semuanya sudah sepadan, tetapi harga pula menjadi halangan. Jadi, dengan variasi Seni Jahitan ada jawapannya. Buku ini dilengkapi dengan panduan membentuk imej diri agar penampilan lebih menarik dan bergaya. Kaedah melukis pola, memotong fabric dan menjahit pola rekaan fesyen. Pelajari 33 jenis rekaan fesyen kasual, pejabat, kontemporari, tradisional, majlis dan pengantin. Panduan menjahit sulaman, ros satin, manic dan labuci bagi menyerikan rekaan fesyen.
   
Jika difahami dan diteliti tentang kehalusan seni jahitan ini, kita akan mendapati ia sebenarnya begitu menyeronokkan untuk dibuat sendiri. Apa kata……tunjukkan bakat terpendam anda hari ini juga. “SELAMAT MENCUBA”.   

 Judul : Variasi Seni Jahitan
Pengarang : Rosita Jaafar
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
Tahun Terbit : 2003
Harga : RM 21.00
Muka surat : 199
Rating : 3/5

Disediakan Oleh :
Pn. Rohaida bt. Zainudin
KPD Pekan

20140704

Buku : Membumikan Erti Kasih Sayang oleh Aziz Jamaludin Mhd. Tahir

Kulit Buku : Membumikan Erti Kasih Sayang oleh Aziz Jamaludin Mhd. Tahir

No Perolehan : DPEK 03923
Call No. : 297.567 AZI
ISBN : 978-967-5126-22-6
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama

Ulasan :
   
Melalui tajuknye jelas difahami buku ini ialah tentang manusia sebagai makhluk Allah yang mempunyai sifat kasih sayang. Al-Quran menjelaskan kepada manusia tentang dirinya dan dunianya. Namun, sebahagian manusia mempunyai kecenderungan membahas masalah-masalah yang luar daripada dirinya dan meninggalkan kesedaran untuk mengenal hakikat kewujudannya serta misi yang dipikulnya. Melalui buku ini, penulis berusaha mengingatkan kembali erti kasih sayang yang ada di dalam hati sanubari manusia untuk disedari dan direnungkan.

Diharapkan, goresan pena dalam buku Membumikan Erti Kasih Sayang ini dapat memberi manfaat kepada kita semua dan mendapat keredhaan daripada Allah SWT.” SELAMAT MEMBACA”.

Judul : Membumikan Erti Kasih Sayang
Pengarang : Aziz Jamaludin Mhd. Tahir
Penerbit : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Tahun Terbit : 2012
Harga : RM 21.00
Muka surat : 529
Rating : 3/5

Disediakan Oleh :
Pn. Rohaida bt. Zainudin
KPD Pekan