Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.
Showing posts with label Galeri. Show all posts
Showing posts with label Galeri. Show all posts

20081202

Galeri Foto Sejarah Daerah Bera: Orang Lama

5
4
.
Kerja-kerja pengumpulan foto-foto lama telah saya mulakan pada bulan Julai 2007. Matlamat saya adalah untuk mendapatkan 50 keping foto-foto lama yang dimiliki oleh penduduk daerah Bera. Jumlah tersebut cukup untuk dijadikan bahan pameran. Cadangan asal adalah untuk dipamerkan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan pada bulan Ogos 2007. Sehingga ke bulan Ogos 2007 saya masih belum mendapat jumlah yang mencukupi. Bila saya fikirkan semula, sebenarnya memang mustahil untuk mengumpul 5o keping foto-foto lama dalam tempoh sebulan. Saya pernah berusaha mendapatkan kerjasama dengan Majlis Daerah Bera melalui Pegawai Daerah Bera. Usaha ini gagal kerana mereka mahukan foto-foto yang berjaya dikumpul, dipamirkan di bangunan Majlis Daerah Bera dalam saiz yang besar sekurang-kurangnya 11R. Pihak muzium pernah menghubungi saya sekali bertanyakan tentang usaha-usaha pengumpulan foto-foto di Daerah Bera. Tiada perbicangan lanjut dengan pihak muzium.
.
Semasa kerja-kerja pengumpulan saya perlu bergerak ke pelbagai tempat, malah kedai kaum Cina di bandar Triang saya ketuk satu demi satu. Hari Sabtu dan Ahad dihabiskan dengan bergerak ke kampung dan felda untuk mengesan foto-foto lama. Kebanyakan mereka yang telah berpindah ke rumah baru, telah membuang kesemua foto-foto lama keluarga mereka. Timbul rasa kesal kerana menunggu terlalu lama untuk menjalankan usaha ini.
.
Setelah gagal untuk adakan pameran foto-foto lama daerah Bera pada tahun 2007, saya sasarkan pada tahun 2008 pula. Kesemua 5o keping foto-foto tersebut telah di hantar ke Koleksi Negeri Pahang untuk dicuci. Setelah menerima 40 keping foto-foto lama yang siap di cuci daripada Koleksi Negeri Pahang, saya mulakan usaha untuk mendapatkan cerita tentang foto-foto lama tersebut. Dengan membawa 40 keping foto-foto lama tersebut saya bertanya tentang peristiwa dalam foto-foto tersebut. Kebanyakan mereka tahu serba sedikit dan perlu dirujuk kepada pihak yang lain untuk mendapat pengesahan. Tidak semua foto-foto tersebut dapat ditulis ceritanya. Pamiran Foto-foto lama telah berjaya diadakan sempena sambutan bulan kemerdekaan 2008.
.
Semasa pameran tersebut sedang berjalan, seorang pengunjung perpustakaan yang juga seorang guru besar yang telan bersara merasa terkejut dan amat terharu kerana terdapat gambar beliau semasa muda bersama pelajar-pelajar darjah enam SRJKC Kerayong. Guru tersebut menceritakan serba sedikit tentang semua guru-guru dan pelajar-pelajar yang berada dalam gambar tersebut.
.
Kini Pamiran Foto-foto Lama Daerah Bera telah tamat. Foto-foto tersebut telah mendapat penghargaan dari Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang apabila sebuah galeri foto-foto lama Daerah Bera telah dibina bagi pamerkan secara tetap foto-foto lama Daerah Bera.
.
Namun begitu saya masih meneruskan usaha untuk berjumpa dengan orang-orang lama dalam foto tersebut bagi menulis cerita-certa mereka. Pada 19hb. November 2008 saya telah berkunjung ke kedai kopi lama di Durian Tawar. Saya dimaklumkan pada setiap hari Rabu ada Pekan Sehari Durian Tawar. Pada hari tersebut ramai orang-orang lama kebiasaannya akan berada di Pekan Sehari Durian Tawar bagi membeli barang keperluan mereka.
.
Hari Rabu 19hb. November 2008 adalah hari yang sungguh bertuah kerana pada hari tersebut saya telah berjumpa dengan Haji Mohamed Shahdan. Beliau sungguh tidak sangka dapat melihat foto lama beliau bersama anak-anak beliau yang masih kecil. Foto tersebut dirakamkan semasa beliau masih betugas di Balai Polis Mengkarak. Terus beliau meminta salinan gambar tersebut untuk simpanan keluarga beliau. Anak sulung beliau yang kebetulan ada tersenyum lebar melihat gambar beliau semasa kecil. Mungkin terkenangkan kehidupan mereka sekeluarga di Balai Polis Mengkarak. Haji Mohammed Shahdan tidak lagi bertugas ketika kejadian komunis menyerang Balai Polis Mengkarak pada Oktober 1949. Cerita ini boleh anda baca di http://jpmohdnor.blogspot.com/.
.
Pada hari yang sama saya telah berjumpa dengan seorang lagi orang lama yang berada dalam koleksi foto-foto lama Daerah Bera iaitu Haji Baki. Ketika saya telah bersiap-siap mengutip semua gambar untuk kembali ke pejabat. Kawan-kawan beliau telah ternampah Haji Baki di Pekan Sehari. Haji Baki segera dibawa ke tempat perjumpaan. Beliau hampir-hampir tidak mengenali wajah muda beliau. Maklumlah dalam gambar umur 18 tahun, sekarang umur dah lebih 80 tahun, mata pun kurang jelas. Kawan-kawan beliau telah yakinkan bahawa itulah wajah beliau ketika. Haji Baki merasa malu dan segan melihat wajah muda beliau. Rupa Haji Baki semasa muda seakan-akan rupa Sudirman Hj Arshad.

Berikut adalah sesi perjumpaan dengan orang-orang lama di kedai kopi lama Kampung Durian Tawar. Mereka banyak bercerita tentang bagaimana saya nak dapatkan cerita-cerita berkaitan dengan foto-foto lama Daerah Bera.
3
2
1
Akhir sekali nak kena nyatakan juga, Durian Tawar ini berada dibawah Parlimen Bera dan DUN Guai. Y.B. mereka disini adalah Encik Norolazali bin Sulaiman. Sementara Ahli Parlimen mereka adalah Y.B. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob.

20081029

Galeri Foto Sejarah Daerah Bera: Lampu

Pada hari semalam, 28hb. Ogos, 2008 hari Selasa, kontraktor telah datang semula untuk kerja-kerja pemasangan lampu. Mereka telah berjaya sampai lebih kurang pukul tujuh malam, terpaksalah saya tunggu dari jam lima petang sampai tujuh setengah malam. Dalam masa menunggu tersebut saya sempat kemaskini blog Kelab ICT Pahang, siapa yang nak tengok gambar masa kursus portal ICT klik http://kelabictpahang.blogspot.com/ . Siap 'upload' gambar dalam blog Kelab ICT Pahang saya tinggalkan mereka bertiga untuk siapkan kerja-kerja pemasangan lampu.
.
Inilah lampunya yang akan menceriakan galeri foto Perpustakaan Awam Daerah Bera. Lampu asal bilik serbaguna dinyalakan, lampu galeri tidak dinyalakan.
1 2 3 4 5 6 7
8

Kalau ada yang 'tertanya' lampu tu nyala ke tidak. Buat pamiran macam gambar aja ke? Berikut adalah keindahan lampu tersebut apabila dinyalakan.
9 10 11 12 13
Berkesan ke pada foto yang dipamirkan? Seterusnya kita lihatlah betapa cantiknya pencahayaan yang dihasilkan oleh lampu tersebut. Lampu asal tidak dinyalakan supaya kita dapat nikmati kesan lampu galeri.
14 15 16 17 18 19 20 21 22
Kalau nak bagi kongsi ilham, boleh la klik pada 'comments'. Bagi la tip macam mana nak bagi orang ramai suka datang. Kena ada buku pelawat ke, perlu ada cenderamata ke atau apa-apa ilham yang mustajab dan mujarab.

20081020

Galeri Foto Sejarah Daerah Bera

Pembinaan Galeri Foto-Foto Bersejarah Daerah Bera masih lagi dalam pembinaan di peringkat akhir. Terlebih dahulu Perustakaan Awam Daerah Bera mengucapakan jutaan terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang kerana telah menyediakan peruntukan untuk membina satu galeri foto di daerah Bera. Adalah diharapkan geleri ini menjadi tempat rujukan mengenai:

1. Perkara bersejarah di daerah Bera.
2. Tokoh bersejarah di daerah Bera.
3. Tempat bersejarah di daerah Bera.
4. Tarikh Bersejarah di daerah Bera.
5. Peristiwa Bersejarah di daerah Bera.

Pihak Perpustakaan Awam Daerah Bera juga akan berusaha mengumpul foto-foto bersejarah Daerah Bera yang berada di Daerah Bera atau pun yang berada di luar Daerah Bera. Galeri ini akan dibuka kepada orang ramai setelah sempurna pembinaannya.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10