Antara yang menghadiri temuduga tersebut adalah Nor Azlin Binti Abdullah.
Nor Azlin pernah bersekolah di SMK Mengkarak. Tak jauh daripada Perpustakaan Desa Mengkarak. Tamat di SMK Mengkarak beralih ke Politeknik Merlimau Melaka. Semasa belajar di Politeknik, Nor Azlin pernah mewakili Politeknik dalam Teakwando. Dapat pula menjadi johan.
Selain tu, mewakili Pahang dalam Kejohanan Silat Kebangasaan. Mewakili Daerah bera dalam Sukan Remaja Pahang. Itu adalah sumbangan beliau pada Pegeri Pahang dan Daerah Bera pada tahun 2007.
Tahun-tahun sebelumnya pula, Mewakili Pahang dalam Acara Silat Seni di Sukma Kedah 2006. Mewakili Pahang di Festival Silat Seni di Terangganu 2006. Mewakili Pahang ke Pendekar Seabad di Universiti Malaya 2006. Mewakili Pahang di Kejohanan Silat Remaja Kebangasaan 2005. Mewakili Pahang di Festival Silat Diraja Pahang 2005. Pendek kata banyak kali mewakili Pahang dan Daerah Bera. (Kita mewakili Pahang setakat Kejohanan Sukan Perpustakaan Awam Semelaysia sahaja)
Dengan izin Allah SWT Nor Azlin ditawarkan jawatan sebagan Pembantu Perpustakaan di Perpustakaan Desa Mengkarak. Nor Azlin melaporkan diri di Perpustakaan Awam Daerah Bera pada 1 September 2009.
Kini bermulalah detik-detik Nor Azlin bersilat pula dengan buku-buku.
01 Wajah yang ceria kerana dapat berkhidmat dengan PPAP.Kepada sesiapa (kumbang nakal) yang ingin berkenalan lebih rapat dengan Nor Azlin pastikan anda pandai bersilat atau bertekwando. Silat mata tak boleh diambil kira sebagai salah satu kategori silat.