Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.
Showing posts with label Tukar Wajah. Show all posts
Showing posts with label Tukar Wajah. Show all posts

20100111

Satu Hati PPA Pahang

Pada hari ini iaitu 11.01.2009, blog ini perlu bertukar wajah. Pertukaran wajah ini bersempena pertukaran nama blog ini kepada Blog Satu Hati PPA Pahang. Bukan lagi Blog Perpustakaan Awam Daerah Bera. Untuk tahun 2010 ini nama Perpustakaan Awam Daerah Bera tidak lagi sesuai dengan isi kandungan blog ini. Banyak bahan-bahannya telah berkisar kepada skop yang lebih luas lagi. Kalau dahulu, blog ini menjadi sumber rujukan untuk Puan Azizah Wartawan Sinar Harian Bera. Mungkin selepas ini boleh menjadi sumber rujukan untuk wartawan-wartawan Sinar Harian Pahang yang berada di daerah lain.

Sehingga kini sebanyak 342 bahan telah disiarkan dalam Blog Satu Hati PPA Pahang. Sehingga kini juga Blog Satu Hati PPA Pahang telah menerima 27 kali hits. Sementara google telah indekskan sebanyak 293 halaman daripada kandungan dalam blog ini.

Memang pada mulanya dirasakan perlu dibina satu blog lain yang tidak menggunakan nama daerah. Supaya dapat gambaran bahawa isi kandungan blog ini adalah meluas. Meliputi hal-ehwal perpustakaan yang berlaku di seluruh Pahang atau dinegeri-negeri lain. Tetapi disinilah "http://perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com/" semuanya bermula. Saya sendiri tidak sangka ianya akan berkembang sehingga ke peringkat ini. Blog ini dibina ketika menghadiri kursus komputer USP di Flaminggo Hotel di Ampang.

Sebenarnya masih banyak gambar-gambar 2009 yang tidak sempat disimpan dalam blog ini. Antaranya adalah gambar di Gambang City Resort dan Kursus di Batu Rakit. Jika berkesempatan saya akan 'uploadkan' gambar-gambar ini.

Selain gambar-gambar terbaru, saya juga ingin berkongsi gambar-gambar lama Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Rasanya ramai sangat antara kita yang tidak mengenali pengarah yang pertama Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang iaitu En. Yunus. Bagi kakitangan yang baru tentu tidak akan menegur bekas pengarah yang tidak pernah mereka kenali. Jika ada kesempatan saya ingin menunjukkan koleksi gambar-gambar lama En. Yunus. Semoga En. Yunus akan merasa dihargai apabila ada kakitangan baru dan muda yang menegur beliau. Kerana kita semua mahu dihargai.

20090915

Tukar Wajah

Sempena bulan Ramadan ini saya ingin memohon ampun dan maaf jika saya ada menyebabkan orang lain kecewa, kecil hati, marah, berdendam, mengamuk, menangis dan sebagainya. Kadang-kadang kesilapan tu disengajakan, ingatkan orang tak terguris hati. Kadang-kadang kesalahan tu tak disengajakan tetapi orang tetap berduka. Kadang-kadang kita ingatkan kita buat orang ketawa, rupanya dia menangis. Kadang-kadang tak terasa nak bercakap pun tetapi tercakap juga. Kadang-kadang kita tak tau apa-apa pun tapi orang kata kita puncanya.

Sesungguhnya saya bukanlah manusia yang sempurna. Sesungguhnya kita semua bukanlah manusia yang sempurna. Kita boleh cuba buatkan satu orang supaya sukakan kita selamanya. Tetapi, kalau kita cuba pun kita tak akan mampu nak buatkan semua orang sukakan kita selamanya.

Dalam kesempatan Tukar Wajah ini, saya menyusun sepuluh jari. Memohon ampun dan maaf, zahir dan batin. Mohon ampun dari hujung rambut. Mohon maaf juga sampai ke hujung kaki. Mungkin kedudukan anda disisi Allah SWT lebih baik dan mulia daripada saya. Kemaafan yang anda berikan kepada saya membolehkan saya mendapat keampunan daripada Allah SWT. Jika ada yang masih terasa berat hati nak maafkan saya, tak apalah. Saya tetap doakan anda supaya diberikan kedudukan yang baik dan tinggi disisi Allah SWT.

Saya juga bukanlah orang yang terbaik dan layak menulis tentang orang lain. Kebanyakan tulisan dalam blog ini adalah saya bercakap dalam diri saya sendiri. Mula-mula dulu rasa malu juga nak tulis tetapi sekarang dah kurang rasa malu. Malu kerana zaman persekolahan saya diharungi dengan label sebagai seorang pendiam. Dilantik menjadi ketua kelas pun saya masih seorang pendiam. Dilantik menjadi Ketua Belia 4b Kuala Sanggang, saya masih seorang pendiam. Dilantik jadi setiausaha MAYC Daerah Temerloh (Mentakab), masih juga seorang pendiam. Dan beberapa jawatan NGO lain, serupa juga.

Ketika tukar wajah adalah pada bulan Mei 2009, gambar yang digunakan adalah gambar kanak-kanak yang tengah sedih. Dia nak balik rumah tetapi atok dia masih nak berborak lagi. Ketika itu saya menulis seolah-olah saya bercakap dengan kanak-kanak yang sedang menangis.

Seterusnya tukar wajah pada Ogos 2009 pula saya menggunakan gambar kakitangan Perpustakaan Awam Daerah Bera (semua ada kecuali Su Bandar 32). Pada ketika itu saya sedar 'monolag' saya adalah lebih luar lagi. Mungkin kerana telah ramai yang berminat untuk membaca apa yang berkata-kata dalam diri saya. Monolog saya tidak lagi berkisar pada Perpustakaan Awam Daerah Bera. Tetapi merangkumi ke seluruh daerah Bera.

Akhirnya sampailah kepada tukar wajah pada bulan September 2009 ini. Monolog saya menjadi lebih luas. Merangkumi seluruh negeri Pahang. Diperingkat ini ... ada ketika difahami oleh orang yang disini tetapi tidak difahami oleh orang yang disana. Ada ketika juga ... orang disini maksudkan lain tetapi orang disana ingatkan benda lain. Semakin luas lingkungannya semakin banyak kekeliruan dan salah faham.

Sebab tu ada ketikanya akan timbullah cerita 'susahnya buat keputusan' (Julai 2009). Bila jadi ketua atau pemimpin kita akan berdepan dengan perasaan macam ini. Rasulullah SAW adalah pemimpin yang diutuskan untuk seluruh umat manusia. Banyak yang tidak mahu mendengar ajaran Rasulullah SAW. Bukan kata kepada orang bukan Islam tetapi orang Islam sendiri ada yang tak mahu mengikutinya.

Dalam sebuah keluarga juga berdepan dengan masalah ini. Kadang-kadang suami tak turut perintah ibunya. Kadang-kadang isteri tak dengar cakap suami. Kadang-kadang anak pula tak hiraukan kata-kata ibunya. Itulah susahnya buat keputusan sebagai ketua atau pemimpin.

Akhir sekali saya berharap semua warga Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) dapat Satu Hati. Semoga bulan Ramadan ini menjadi titik anjakan untuk kita semua Satu Hati. Jangan jadikan perkataan "PPAP" dan "PNM" sebagai jurang yang menyebabkan kita tak Satu Hati. Marilah kita 'Utamakan Tanggungjawab Sebagai Keutamaan Kita'.

Selamat Berpuasa, Selamat Bertarawih, Selamat Berzakat serta

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin

Links Satu Hati:
> http://www.satuhati.net/ [Indra & Lia]
> http://www.satuhati.nl/main/ [Yayasan Satu Hati]
> http://www.youtube.com/ [Peter Pan Satu Hati]
> http://www.zonelyrics.net [Dewa 19 Satu Hati]
> http://fightforheaven.blogspot.com/ [Solat Jemaah]

20090827

Tukar Wajah


Sempena Bulan Puasa dan Bulan Merdeka 2009 ini kini kami bertukar wajah sekali lagi. Ini adalah perubahan bagi kali ketiga. Perubahan ini mengingatkan kita semua bahawa banyak perkara yang sentiasa berubah. Masyarakat kita dan pengguna perpustakaan juga sentiasa berubah. Ada perubahan yang dapat dijangka tetapi ada juga perubahan yang mengejut.

Dengan semangat Satu Malaysia dan semangat SATU HATI saya berharap bulan puasa kali ini membawa perubahan yang lebih nyata kepada kita semua. Bukan semua perkara boleh kita selesaikan dalam satu saat, satu minit, satu jam, satu hari, satu minggu, satu bulan, satu tahun atau satu abad. Sekurang-kurangnya kita semua SATU HATI dalam mencari penyelesaian terbaik untuk setiap perkara. Dengan izin Allah SWT serta semangat SATU HATI sesama kita, jalan penyelesaiannya yang terbaik pasti akan muncul. Kejayaan yang lebih cemerlang pasti akan dijulang.

Sempena dibulan Ramahan yang penuh berkat ini kita semua berusahalah untuk SATU HATI. Khususnya kepada warga PPAP yang berada diseluruh Negeri Pahang. Jangan 'PPAP' dan 'PNM' menjadi penghalang untuk kita SATU HATI. Jangan jadikan diri kita penghalang kepada pemimpin-pemimpin kita untuk SATU HATI. Jangan jadikan emosi kita penghalang untuk orang lain SATU HATI. Jangan jadikan orang lain penghalang kepada keluarga kita untuk SATU HATI.

Sekian.

20090528

Tukar Wajah

Setelah berjaya menerbitkan 180 tajuk dan mendapat seorang 'Follower' (http://mohdhazairi.blogspot.com/) kini Blog Perpustakaan Awam Daerah Bera berwajah baru bermula Jun 2009.