Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.
Showing posts with label Terima Kasih. Show all posts
Showing posts with label Terima Kasih. Show all posts

20100108

Perpustakaan Desa Sg Pelong

Blog Satu Hati PPA Pahang ucapkan terima kasih kepada blog Perpustakaan Desa Sg Pelong kerana sudi senaraikan blog kami dalam blog Perpustakaan Desa Sg Pelong. Harap pengunjung blog Satu Hati PPA Pahang sudi berkunjung ke blog Perpustakaan Desa Sg Pelong. Sama-sama kita bertukar info.

Untuk pergi ke blog Perpustakaan Desa Sungai Pelong sila klik link ini:
[http://pdsungaipelong.blogspot.com/]

20091201

Terima Kasih


Blog Perpustakaan Awam Daerah Bera mengucapkan TERIMA KASIH kepadaSMK Seri Bera Group's [http://www.facebook.com/pages/Pahang/SMK-Seri-Bera-Groups/159184296455] kerana meletakkan link perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com dalam Facebook SMK Seri Bera , sebuah sekolah Rancangan Khas Negeri Pahang yang terletak di Bandar Bera , Pahang . Sekolah ini telah banyak mencapai kejayaan . Sekolah ini dinobatkan sebagai sekolah terbaik di Daerah Bera ."

Kami di Perpustakaan Awam Daerah Bera merasa amat gembira jika dapat membantu setakat termampu untuk menjulang SMK Seri Bera kepada kedudukan yang lebih tinggi.

20091119

Terima kasih



Blog Perpustakaan Awam Daerah Bera mengucapkan terima kasih kepada Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Bera [pdtbera.pahang.gov.my] kerana telah senarikan links Blog Perpustakaan Awam Daerah Bera dalam Direktori Daerah Bera.

Untuk melihat direktori tersebut sila klik DISINI.

20090911

Terima Kasih Firdee

Terima kasih kerana meletakkan link Perpustakaan Awam Daerah Bera dalam Laman Info dan Tutorial [http://infodantuto.blogspot.com/].

Dilaman ini anda boleh dapat pelbagai info tentang komputer. Jika anda ada masalah berkaitan dengan komputer bolehla cuba bertanya kepada Saudara Fridee. Antara kategori yang terdapat adalah:
  • antivirus
  • ccleaner
  • celcom 3g
  • celcom broadband
  • diy
  • firefox
  • firefox 3.5
  • info
  • kaspersky
  • masalah komputer
  • mozilla
  • mp3 cutter
  • nic problem
  • panda
  • pc fair
  • perisian percuma
  • photoscape
  • photoshop
  • speedtest
  • status 3g
  • teracopy
  • update
Selain Laman Info & Tutorial, Saudara Firdee juga adalah tuan punya Laman Kucing [http://lamankucing.via.my/]. Kepada peminat kucing, bolehlah mendapatkan info berkaitan kucing disini.

20090902

Terima Kasih PD Batu Sawar

Terima Kasih kepada PD Batu Sawar (http://pdbatusawar.blogspot.com/) kerana telah mendaftar sebagai penyokong blog Satu Hati (http://perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com/).

Tak kurang hebat juga Blog PD Batu Sawar. Ada macam-macam perkara yang berkaitan dengan Kampung Batu Sawar dan aktiviti galakan membaca boleh kita baca. Sehingga kini sebanyak 17 bahan telah diterbitkan dalam Blog PD Batu Sawar.

Antara bahan yang menarik adalah:
-Keindahan Gunung Senyum
-Petugas di Gigit Ular??
-Gendang Pahang versi Kg Batu Sawar
-Bagi.. bagi.. bagi ambil bagi... BAMMM!!!!

Jika ada sesiapa yang berminat untuk berkunjung ke PD Batu Sawar atau Gunung Senyum boleh hubungi: TK azhar- 017-9825609 atau KU abib - 013-9680464.

20090825

Puan Azizah Wartawan Sinar


Gembira rasanya pada hari ini kerana Puan Azizah Wartawan Sinar Daerah Bera ada sedikit kelapangan masa untuk singgah di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Apa yang kami ada pada hari ini adalah Pameran Buku-buku Tun Razak dan Sejarah Malaysia untuk dilaporkan dalam Sinar Harian. Pameran ini baru saja diadakan bagi menggantikan Pameran Buku-buku Dakwah yang diadakan Sempena Bulan Dakwah Peringkat Daerah Bera.

Kebetulan pula pada masa itu ada ramai budak-budak sekolah rendah yang baru tamat aktivit mewarna 1Malaysia dan Kuiz 1Malaysia. Mereka inilah yang digunakan untuk bergambar.

Pihak Perpustakaan Awam Daerah Bera memang amat menghargai usaha Puan Azizah ini. Kerana ini adalah usaha besar Sinar Harian untuk menyemai budaya membaca di daerah Bera dan seterusnya menggalakkan masyarakat Bera berkunjung ke Perpustakaan Awam Daerah Bera. Kadang-kadang usaha sebegini mengambil masa yang lama untuk memberikan kesan yang besar kepada masyarakat Bera. Sesungguhnya gabungan usaha Perpustakaan Awam Daerah Bera dan Sinar Harian Bera akan dapat membina masyarakat yang berbudaya membaca dan mencintai ilmu. Terlebih dahulu kami ucapkan terima kasih Sinar Harian.

Anda juga boleh membaca:

20090724

SMK Chemomoi (02) Cikgu Nizam


Cikgu Nizam b Ramli adalah Guru PSS SMK Chemomoi. Minat dalam fotografi. Beberapa tahun dahulu beliau datang dengan kamera Nikon D80. Pada tahun ini telah naik taraf lagi dengan bertukar kepada Nikon D300 yang kini harganya kepada RM4,650.00 untuk 'body' sahaja.

Cikgu Nizam sering belajar dan berkursus dengan pakar-pakar fotografi di Malaysia. Antara laman yang sering dilawati adalah laman Dr. Ali di http://photo.2121studio.com/.

Cikgu Nizam juga mengambil gambar orang kawin. Berdasarkan kameranya, bayaran perkhidmatan Cikgu Nizam adalah lebih kurang RM800.00. Yang berminat boleh klik pada 'comment' untuk bertanya.

Akhir sekali, terima kasih 'daun keladi' kerana berusaha membawa pelajar-pelajar cikgu ke Perpustakaan Awam Daerah Bera.

20090706

Nasihat Y.A.B. Menteri Besar Pahang

Pagi ini 6 Julai 2009 (Isnin) kakitangan kerajaan di Negeri Pahang berpeluang sekali lagi mendengar nasihat dan amanat Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Adnan bin Haji Yaakob Menteri Besar Pahang.

Apa yang paling menarik adalah pasal along. Kadang-kadang kita tak sangka, masih ada diantara kawan-kawan kita yang meminjam dengan along. Kalau dulu jika kita meminjam dengan lintah darat sebegini, pinjam RM1,000 kita dapat RM900. Sekarang pinjam RM1,000 kita dapat RM1,000 tetapi kena balik balik berkali-kali ganda.

Meninjam dengan along ni macam isap dadah. Senang nak mula tetapi amat susah nak berhenti. Berulang-ulang kali diingatkan jauhi dadah, najis dadah, dadah membawa padah dan macam-macam lagi. Macan tu juga dengan meminjam dengan along. Kita kempen siang malam jauhi along, tepis along, along membawa polong dan macam-macam lagi. Kesannya tetap sama. Yang tidak, tidak lah. Yang kaki hutang, hutang juga.

Dulu mak ayah cukup risau kalau anak-anak mereka terjebak dengan dadah. Sekarang ni anak-anak pula cukup risau kalau mak ayah mereka terjebak dengan along.

Kenapa ada yang terdesak sangat nak meminjam duit. Duit yang ada tak cukup ke. Kalau tak cukup pasal apa?

Mungkin jawab mereka, 'Orang lain ada hobi, aku ada juga hobi, aku suka berjudi. Kalau menang, menangnya besar, anak isteri boleh tompang senang'

Mungkin ada juga yang menjawab 'Orang lain boleh pakai kereta besar atau handphone mahal. Aku pun nak pakai juga. Pangkat dan gaji aku yang kecil tak boleh dijadikan halangan. Ingat orang macam akau tak boleh berlagak macam orang berpangkat atau bergaji besar. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih'

Mungkin ada yang menjawab 'Aku nak buat business. Kalau tak pinjam kat along nak pinjam kat sapa?. Kat along cepat dan mudah'

Mungkin ada yang menjawab 'Nenek sakit. Aku tak sanggup tengok nenek sakit (walaupun bukan nenek aku). Duit simpan tak ada. Apa lagi jumpa along la'.

Kalau difikirkan jawapan-jawapan yang mungkin diberikan oleh orang yang ketagih along ini, jawapannya lebih kurang dengan orang yang ketagih dadah. Kalau mereka ni bertaubat macam sungguh-sungguh punya taubat. Kalau orang yang tak cukup ilmu psikologi, memang dengan mudah percaya.

Bagi yang dan terkena penyakit ini berusahalah bersungguh-sungguh-sungguh untuk membuangnya. Bagi yang belum terkena berhati-hati-hati, jangan terikut denga cara hidup orang lain.

Kalau orang pakai baju berharga RM333, biarkan biarkan kita pakai baju RM3 sahaja. Itupun beli baju terpakai kat pasar malam. Kalau orang pakai handphone RM2,500, biarkan biarkan kita pakai yang harga RM500 sahaja. Yang penting kewangan kena jaga. Hidup kena kreatif. Satu masa nanti kita tetap akan berpeluang hidup senang tanpa berhutang dengan along.

Sekarang pakai handphone RM2,500, pendapatan bersih sebulan RM500. Harga handphone adalah 5 kali pendapat bersih. Ada yang beli kereta sampai berhutang RM80,000. Duit sinpanan dalam Tabung Haji adanya cuma RM800 sahaja. Tinggal pula di rumah yang berharga RM40,000, separuh daripada harga kereta. Sampai masa kereta dan tak ada harga.

Untuk tidak terikut-ikut dengan cara orang lain memang amat susah. Hati kena betul kuat. Kalau diberikan kesempatan oleh Allah swt, ingin saya berjumpa dengan Encik Yunus bekas pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Nak belajar ilmu-ilmu besar tentang berjimat cermat.

Akhir sekali sama-sama kita berterima kasih pada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Adnan bin Haji Yaakob Menteri Besar Pahang atas nasihat dan ingatan yang diberikan. Terima kasih daun keladi.

20090528

Tukar Wajah

Setelah berjaya menerbitkan 180 tajuk dan mendapat seorang 'Follower' (http://mohdhazairi.blogspot.com/) kini Blog Perpustakaan Awam Daerah Bera berwajah baru bermula Jun 2009.

20090112

Bekas Kakitangan: PD Batu Papan

BERA. 30hb. Disember, 2008. (Ahad)
Encik Mohamad Nassir Jaafar pernah menjadi kakitangan desa di Daerah Bera dan bertugas di Perpustakaan Desa Batu Papan pada tahun 2006. Khidmat beliau di Perpustakaan Desa Batu Papan sehingga 31hb. November, 2006. Seterusnya Encik Nassir dapat masuk maktab untuk jadi cikgu. Kini beliau adalah cikgu Pendidikan Khas di Jengka. Cikgu Nassir telah datang ke Perpustakaan Awam Daerah Bera bersama isteri baru beliau. Baru kahwin semalam, dengan cikgu juga. Inilah gambar Cikgu Nassir bersama Cikgu Nor Nazirah Jamaluddin. Guru Pendidikan Khas yang bertemu jodoh dengan Guru Kafa. Pasangan muda ini mengajar di SK Jengka 22. Semoga berbahagia selalu.

3. Macam pasangan kekasih yang baru berkenalan, takut nak duduk dekat-dekat.

2. Puan Nor Nazirah sedang memperkenalkan diri kepada kakitangan Perpustakaan Awam Daerah Bera.

1. Bila bergambar dekat-dekat baru nampak macam pasangan suami isteri. Tak sabar pula rasanya nak melihat pasangan cikgu ini menimbang 'cahaya mata'.

[12.01.09] [13.01.09]Perpustakaan Awam Daerah Bera