Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090428

Agensi Nuklear Malaysia

2 April 2009
Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2009
Hotel Cititel, Kuala Lumpur
21-22 julai 2009

Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) mahu mendedahkan kepada masyarakat tentang dunia penulisan dan penerbitan bagi meningkatkan mutu dan produktiviti penulisan sainstifik. Kepada sesiapa yang ingin menyertai Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2009, mereka perlu membayar RM780.00 seorang. Peserta boleh mendaftar terus pada hari pertama seminar jika terdapat kekosongan.

Seminar ini akan membincangkan:
-Cabaran penulisan dan penebitan sainstifik
-Hak cipta penulisan dan penerbitan saintifik
-Keselamatan maklumat
-Pengurusan editorial dan penyuntingan
-Masa depan penulisan dan penerbitan saintifik
-Aspek bahasa dan gaya dalam penulisan dan penerbitan
-Penulis dan penerbitan elektronik
-Undang-undang dan akta dalam penulisan dan penerbitan
-Pemasaran penulisan dan penerbitan saintifik

Menurut iklan seminar ini, penulis dan penerbit bahan saintifik adalah kunci dalam pembentukan dan penyebaran ilmu. Ia adalah nadi kepada sistem pendidikan dan pembentukan budaya bangsa. Kemajuan sesebuah negara dan masyarakat biasanya dilandas oleh khazanah penulisan dan penerbitan yang kukuh. Sejarah kebudayaan dan tamadun manusia membuktikan bahawa tanpa penulisan dan penerbitan yang aktif, kemajuan masyarakat tidak akan berkekalan.

Menurut iklan seminar ini lagi, prinsip penerbitan adalah mendukung aspirasi budaya, intelektual, sosial dan moral dalam menyampaikan ilmu. Penerbitan saintifik perlu diperkasakan dan dihidangkan dalam gaya yang menarik agar sampai kepada khalayak sasaran sejajar dengan saranan kerajaan untuk menjadikan membaca sabagai budaya di dalam melahirkan masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama.

Kita perlu sedar bahawa dunia penulisan dan penerbitan saintifik berdepan dengan pelbagai cabaran dalam era globalisasi. Lambakan penulisan dan penerbitan bahan hiburan telah memberikan saingan hebat kepada bahan saintifik. Penulis dan penerbit akan fokus pada bahan hiburan kerana mereka berpendapat itu minat masyarakat. Mungkin ada juga kebenarannya. Jika dilihat senarai Buku Popular 2008 di Perpustakaan Awam Daerah Bera, kesemuanya adalah buku novel. Bukan nak kata tak bagus baca novel, bagus. Cuma statistiknya begitu. Kerana fokus minatnya begitu. Keseronokan membacanya ada disitu.

Sebab itu ada usaha untuk menjadikan perpustakaan sebagai tempat rekreasi dan infomasi. Mahu disediakan cafe di dalam perpustakaan. Tetapi susah nak jumpa orang yang menganggap membaca bahan saintifik sebagai aktiviti rekreasi yang dapat tenangkan fikiran. Ramai yang menganggap jika membaca bahan saintifik akan kusutkan fikiran yang dan sedia kusut. Fikiran menjadi tidak tenang jika mengetahui data-data yang terperinci mengenai perkara yang kita minat.

Lembaga Muzium Negeri Pahang

22 April 2009
SEMINAR ANTARABANGSA TENUN NUSANTARA:
Kesinambungan Tradisi dan Budaya

Seminar ini adalah anjuran bersama Muzium Negeri Pahang, Jabatan Muzium Malaysia dan Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaysa. Seminar Antarabangsa Tenun Nusantara ini akan diadakan pada:

Tarikh: 13-14 Mei 2009
Tempat: Hotel Vistana, kuantan
Pendaftaran: 12 mei 2009 (Selasa) 2.30 ptg - 6.00 ptg

Seminar ini akan menghimpunkan beberapa tokoh akademik dan pengkaji dari dalam dan luar negara untuk bertukar fikiran serta pandangan berkaitan seni tenunan terutamanya di nusantara. yuran penyertaan adalah sebanyak RM200.00 seorang. Bagi pelajar IPT mereka hanya perlu membayar RM150.00 seorang. Tarikh tutup penyertaan adalah SEMINGGU sebelum tarikh pendaftaran.

Kalau tak sanggup bayar RM200.00 boleh bayar RM12.00 sahaja. Caranya datang ke Perpustakaan Awam Daerah Bera (Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang) bayar RM12.00 untuk jadi ahli dan boleh dapatkan buku-buku yang berkaitan dengan tenunan.

Jika tak cukup duit, anda boleh lihat foto-foto berkaitan dengan Tenun Pahang, sila klik DISINI. Ada 68 keping gambar berkaitan tenunan. kebanyakannya dihasilkan oleh@Rejim (Pahang's Tenun Centre), @House of Royal Silk (Tenun Raja Pahang) dan @Elaine Ikran (Butik Sutera Sulaman).

Tajuk-tajuk yang akan dibentangkan semasa SEMINAR ANTARABANGSA TENUN NUSANTARA:

13 mei 2009 (Rabu)
1. Falsafah Tradisi Tenun Alam Melayu
2. Kain Tenun Pahang.
3. Falsafah Di Sebalik Motif-motif Songket Melayu Terengganu.
4. Songket Palembang: Sejarah, Filosofi Dan Perkembangannya.

5. Kain Songket Sambas Corak - Insang Pontianak
6. Tenun Ketapang: Warisan Budaya dan Potensi Ekonomi Nasional Berbasis Kerakyatan
7. Pakaian Adat Jambi Yang Pernah terlupakan
8. Tekstil Koleksi Muzium Negeri Terengganu
9. Kain Tenun & Songket Koleksi Muzium Seni Asia
10. Cara Pakai Melayu

11. Sejarah dan Perkembangan Songket Melayu Riau
12. Tenun Melayu Pattani
13. Songket Melayu Batu Bara: Satu Kajian Struktur Dan Fungsional
14. Songket Minangkabau: mengikut Perkembangan Songket-songket Nusantara

14 Mei 2009 (Khamis)
15. Ragam Dan Motif Tenun Melayu

Pengerusi: En. Abd Aziz Abdul Rashid
16. Tenun Kain Pua Dalam Budaya Iban Di Sarawak
17. Ulos Dan Sejenisnya Dalam Budaya Batak Di Sumatera Utara: Makna, Fungsi dan Teknologi
18. Kaligrafi Dalam Tenun Melayu

Pengerusi: YH Dato' Yaakub Isa
19. Motif Tenun Melayu: Perubahan Dan Kesinambungan
20. Tenun Melayu: Kreativiti & Inovasi
21. "Contemporary Malaysian Handwoven Textile for Export Market"
22. "Tenun Pahang: Traditional and Modern Usage"

Pengerusi: En. Ahmad Farid Abd. Jalal
23. Forum Bersama Pengusaha Tenun:
(1) Legar Warisan, Kompleks Budaya Kampung Pulau Keladi
(2) Perniagaan Sutera Pulau Keladi
(3) Ayun Emas, Kompleks Budaya Kampung Pulau Keladi

Kepada mereka yang berminat sila hantar borang pengesahan penyertaan kepada:
Lembaga Muzium Negeri Pahang
Jalan Sultan Ahmad
26600 Pekan
Pahang.

20090421

KANDUNGAN: Konvensyen Perpustakaan Desa 2009

@Perjalanan Balik (31)
@Bergambar Bersama Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (30)
@Kenangan (29)
@Mendengar (28)
@Bertanya (27)
@Bercerita (26)
@Berucap (25)
@Menunggu (24)
@Balon (23)
@Melawat (22)
@Bangunan PPAJ (21)
@Pelakon (20)
@Penyanyi (19)
@Jamuan (18)
@Tarian (17)
@Selesai (16)
@Persembahan (15)
@Perasmian (14)
@Sekitar The Zone (13)
@Forum (12)
@Perasmian (11)
@Penceramah (10)
@Pamiran (09)
@Peserta (08)
@Bersedia (07)
@Tropical Inn (06)
@Pintu Ke Pintu (05)
@LC Catering (04)
@Restoran Nusantara (03)
@Leban Condong (02)
@Peserta Pahang (01)
.
MAKLUMAN: Jika ada sesiapa lagi yang tidak mahu menjadi sebahagian dari sejarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang yang dilakarkan melalui blogspot ini, harap maklumkan segera. Sila klik pada 'comments' dan nyatakan gambar nombor berapa. Gambar anda akan dikeluarkan semuanya secara berperingkat.

20090415

Johor: Konvensyen PD (PNM) -Perjalanan Balik (31)

KONVENSYEN PERPUSTAKAAN DESA (PNM) 2009
Tarikh: 15-16hb. Mac, 2009. Tempat: The ZONE Regency Hotel, Johor Bahru.
.
Bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNYA kami semua selamat sampai semula ke Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
21. Waktu 7.15 pagi, 17.03.2009.
20. Waktu 12.58 pagi, 17.03.2009.
19. Waktu 12.52 pagi, 17.03.2009.
18. Waktu 12.04 pagi, 17.03.2009.
Mersing
17. Waktu 9.37 malam, 16.03.2009.
16. Waktu 9.25 malam, 16.03.2009.
15
14. Waktu 9.21 malam, 16.03.2009. Pemandu bas telah berhenti untuk makan malam di Mersing. dapat berjumpa semula dengan teh tarik dan roti canai.
13. Waktu 8.31 malam, 16.03.2009.
Solat
12. Waktu 7.08 petang, 16.03.2009.
11
Air Hitam
10. Waktu 5.28 petang, 16.03.2009.
9
8
7
6. Waktu 4.56 petang, 16.03.2009.
Kulai
5. Waktu 3.21 petang, 16.03.2009.
4
3
2
.
Foto 1. Waktu 3.14 petang, 16.03.2009.
[dikeluarkan pada 27.04.2009]
.
[15.04.2009] [21.04.09] [27.04.2009] Perpustakaan Negara Malaysia. Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Perpustakaan Awam Daerah Bera. "Masyarakat Membaca Masyarakat Berilmu"

Johor: Konvensyen PD (PNM) -Kenangan (29)

KONVENSYEN PERPUSTAKAAN DESA (PNM) 2009
Tarikh: 15-16hb. Mac, 2009. Tempat: The ZONE Regency Hotel, Johor Bahru.
.
Syukur kepada Allah swt kerana peserta Pahang telah dapat menghadiri dengan jayanya Konvensyen Perpustakaan Desa 2009. Semuanya akan menjadi ' Kenangan Terindah ' buat kami semua. Ilmu yang dikumpul akan dikongsi bersama.
8
Lambaian selamat tinggal oleh pengiring pasukan Pahang.
7
Sepanjang pasukan Pahang berada di Konvensyen Perpustakaan Desa 2009 beliau sentiasa ada untuk pastikan Orang Pahang rasa selasa dan seronok berada di Johor.
6
Terbang-terbang Si Burung Kedidi
Berhijrah Ke Selatan Mencari Jerami
Terima Kasih Daun Keladi
Kerana Bersungguh Membantu Kami
5
Kakitangan Perpustakaan Negara Malaysia.
4
Kakitangan Perpustakaan Negara Malaysia.
3
Kakitangan Perpustakaan Negara Malaysia bersama Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia.
2
Peserta Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang bergambar kenangan bersama Ketua Pengarah perpustakaan Negara Malaysia.
1
Setiap peserta yang hadir menerima sijil kehadiran.
.
[15.04.09]Perpustakaan Negara Malaysia. Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Perpustakaan Awam Daerah Bera. "Masyarakat Membaca Masyarakat Berilmu"

Johor: Konvensyen PD (PNM) -Mendengar (28)

KONVENSYEN PERPUSTAKAAN DESA (PNM) 2009
Tarikh: 15-16hb. Mac, 2009. Tempat: The ZONE Regency Hotel, Johor Bahru.

10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
[15.04.09]Perpustakaan Negara Malaysia. Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Perpustakaan Awam Daerah Bera. "Masyarakat Membaca Masyarakat Berilmu"

20090414

Johor: Konvensyen PD (PNM) -Bertanya (27)

KONVENSYEN PERPUSTAKAAN DESA (PNM) 2009
Tarikh: 15-16hb. Mac, 2009. Tempat: The ZONE Regency Hotel, Johor Bahru.
.
Sudah semestinya peserta konvensyen diberikan peluang untuk bertanya.
5
4
3
2
1

[14.04.09]Perpustakaan Negara Malaysia. Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Perpustakaan Awam Daerah Bera. "Masyarakat Membaca Masyarakat Berilmu"

Johor: Konvensyen PD (PNM) -Bercerita (26)

KONVENSYEN PERPUSTAKAAN DESA (PNM) 2009
Tarikh: 15-16hb. Mac, 2009. Tempat: The ZONE Regency Hotel, Johor Bahru.
.
Puan Filzah Ibrahim, berumur 40 tahun, mempunyai dua orang anak, mempunyai suami yang tidak sihat untuk bekerja dan beliau sendiri menghidapi penyakit poliomyelitis. Walaupun Puan Filzah Ibrahim mempunyai hati yang kuat, tetapi beliau tidak mempunyai kaki yang kuat. Puan Filzah Ibrahim perlu menggunakan alat bantuan untuk bergerak. Penyakit poliomyelitis telah dihadapinya semenjak kecil lagi.

Terbukti bahawa poliomyelitis tidak mampu untuk menghalang Puan Filzah Ibrahim untuk cemerlang dalam pelajaran. Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang telah menjadi saksi bahawa Filzah Ibrahim mampu memiliki "BSc (Honours) in Chemistry". Pernah bertugas sebagai 'laboratory assistant' di Melaka Medical Centre untuk seketika. Rupanya hati waja beliau tidak tertumpu untuk membantu masyarakat di bidang yang dipelajarinya. Pada tahun 1993 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah tawarkan jawatan sebagai editor. Sehingga kini beliau telah berkhidmat dengan DBP selama 16 tahun.

Minat yang mendalam dibidang 'child development' telah membawa Puan Filzah Ibrahim ke Konvensyen Perpustakaan Desa 2009 ini. Sebelum ini Puan Filzah Ibrahim pernah menjadi hakim pertandingan bercerita peringkat kebangasaan. Dijemput menjadi hakim dalam “Who Will Win – The Nestle Koko Crunch Challenge” oleh NTV7. Menjayakan program "Puspanita and Friends at Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)".
13
Puan Filzah Ibrahim, menyambut harijadi pada 2hb November setiap tahun. Bertugas sebagai pegawai penyelidik di Pusat Penyelidikan Sastera Kanaka-kanak dan Remaja (PURNAMA), DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) telah menyebabkan beliau rapat dengan kanak-kanak.
12
Ketika pergi berubat di Singapura, Puan Filzah Ibrahim telah singgah di perpustakaan Singapura. Ketika memasuki pintu perpustakaan beliau ternampak seorang lelaki Inggeris sedang bercerita kepada sekumpulan kanak-kanak. Apabila ternampak Puan Filzah Ibrahim, lelaki inggeris tersebut terus memanggil 'come, come' supaya beliau menghampiri kumpulan kanak-kanak- yang sedang mendengar cerita. Setelah beliau menyertai kumpulan kanak-kanak tersebut, sesi membaca cerita diteruskan.

Begitulah cara negara asing menyemai budaya membaca dikalangan masyarakat mereka. Yang tak minat disemai minatnya. Yang dah ada minat perlu ditumbuhkan minatnya. Yang dan tumbuh minat perlu dijaga supaya tumbuhnya berterusan. Yang dan tumbuh berterusan perlu dipastikan supaya dapat berpucuk, berbunga dan berbuah. Yang dah berbuah perlu dipastikan supaya buahnya dapat dimanafaatkan oleh masyarakat.
11
Seronoknya membaca: Meningkatkan minat membaca kanak-kanak: Kalau sains itu penting. Kita perlu dedahkan dunia sains kepada kanak-kanak melalui sesi bercerita menggunakan buku-buku sains. Antara buku yang pernah digunakan oleh Puan Filzah Ibrahim adalah: Mamalia, Serangga, Haiwan Kenit, Haiwan Laut, Burung, Reptilia, Dinosour, Gunung Berapi, Hurikan dan Gempa Bumi. Dengan buku ini Puan Filzah Ibrahim bercerita kepada kanak-kanak tentang kitaran hidup haiwan serta habitatnya bagi menambahkan pengetahuan mengenai alam di sekeliling kanak-kanak.
10
Sebagai editor buku kanak-kanak DBP, sesi bercerita yang disampaikan oleh Puan Filzah Ibrahim menjadi lebih menarik. Puan Filzah Ibrahim menceritakan kitaran hidup serangga dengan nada dan alunan suaran yang menarik perhatian kanak-kanak. Cerita tentang rama-rama dimulakan dari telur, ulat beluncas, kepompong dan akhir-nya menjadi seekor rama-rama yang cantik melalui proses metamorfosis. Kanak-kanak juga diajak menggunting kertas pelbagai warna dan menampalnya untuk membentuk seekor ulat beluncas. Sebagai penyedap sesi bercerita, kanak-kanak diajak menya-nyikan lagu ABCku, Satu Dua Tiga, Ulat Beluncas dan Bangau O Bangau sambil diiringi petikan gitar Saudara Marjuni Plera.
9
Dengan gaya yang ceria dan peramah (seolah-olah tak ada masalah) Puan Filzah Ibrahim berjaya menyebabkan semua peserta memberikan tumpuan kepada perkongsian ilmu yang dibentangkan oleh beliau. Terasa masih banyak perkara lagi yang belum sempat diceritakan oleh Puan Filzah Ibrahim.
8
Untuk menjadikan sesi bercerita kita menarik perhatian kanak-kanak perlu diselitkan dengan lagu. Beberapa lagu didendangkan oleh Puan Filzah Ibrahim untuk dijadikan panduan oleh peserta konvensyen.
7
Semua peserta dan VIp sama-sama menyanyi:
Tangan dikepala
~Tangan di pinggang
~~Lompat-lompat tinggi 123
~~~Mari-mari adik dengar cerita
~~Mari-mari adik dengar cerita
~Mari-mari adik bersuka ria
Mari-mari adik gelak ketawa
6
Ada banyak lagu kanak-kanak yang boleh disesuaikan dengan satu-satu sesi bercerita. Berikut adalah antara koleksi lagu kanak-kanak yang boleh dipilih: @Air Pasang Pagi @Alphabet Song @Anak Ayam @Anak Itik Tok Wi @Anak Kucing Comel @Anaklah Ikan @Angin @Awan Putih @Ayah Dan Ibu @Ayam Didik @Baca @Bila Rasa Gembira Tepuk Tangan @Buai Laju-Laju @Burung Kakak Tua @Can Mali Can @Di Hujung Pelangi @Embun Sok Sek @Enjit-Enjit Semut @Gadis Bertocang Dua @Gelang Si Paku Gelang @Gigi @Harijadi @Hidup Bantu Membantu @Hujan @If You Are Happy And You Know It @Jam Berbunyi @Jambatan Tamparuli @Jing Kling Nona @Jong-Jong Inai @Kenek-Kenek Udang @Lagu Tiga Kupang @Lenggang-Lenggang Kangkung @Lina Adikku @Lodeh Mak Lodeh @Lompat Si Katak Lompat @Mahu Main Sembunyi @Mari Belajar Abc @Mari Bergembira @Mari Bersukaria @Mari Mengira @Nelayan @Nenek Nenek @Oh Bangau! @Padi Mahsuri @Pesanan Ibu @Puteri Santubong @Rama-Rama @Rambut Noni Panjang @Rasa Sayang Hey! @Seringgit Si Dua Kupang @Si Comelku @SiKembar @Sungai @Suriram @Taman Bungaku @Tepuk Amai-Amai @Tidurlah Adikku @Twit Twit Twit @Ulek Mayang @Wau Bulan @Ya Bani Ya Badang
5
Hidup Ibarat Mengembara?
Hidup ini adalah pengembaraan. Bila mengembara kita pergi dari satu tempat ke satu tempat. Selalunya tempat yang belum pernah kita pergi. Sudah tentulah kita tidak tahu selok belok tempat itu, cuaca serta buday juga berbeza apatah lagi tiada orang yang kita kenal. Inilah antara kiasan oleh Filzah Ibrahim Dalam Majalah Dewan Pelajar keluaran Januari 2008.
Bekerja juga ibarat mengembara:
Bila bekerja kita bertanggungjawab lakukan satu tugas ke satu tugas. Kadang-kadang tugas yang belum pernah kita buat akan menjadi lebih seronok pengembaraannya. Sudah tentulah kita tidak tahu selok belok tugas itu, cara kerja serta suasana juga berbeza apatah lagi kita berurusan dengan orang yang tidak dikenali. Bersediakah untuk aksi pengembaraan yang akan kita tempoh selepas konvensyen ini?
4
Meringankan bebanan organisasi atau agensi tertentu/ sedekah. Peluang bersosial dalam suasana sihat. Membina potensi diri. Meningkat dan menambah kemahiran. Kepuasan diri setelah selesai membantu.
3
Pengorbanan:
Keluarga: -tanggungjawab suami/isteri/awam
masa: -bersama keluarga/ sahabat/ ambil cuti rehat /diri
2
Kerja sukerela bukanlah suatu kerja yang boleh menyara pendapatan tetapi kerja seumpama ini dapat memberi kepuasan diri kepada individu yang mempunyai motivasi dan kepercayaan dalaman bagi menyempurnakan kepuasan diri untuk membantu masyarakat.
1
Puan Filzah Ibrahim boleh dihubungi melalui email: filzah@dbp.gov.my .
"Very enlighting I don't know what will I do without you".

[14.04.09]Perpustakaan Negara Malaysia. Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Perpustakaan Awam Daerah Bera. "Masyarakat Membaca Masyarakat Berilmu"