KONVENSYEN PERPUSTAKAAN DESA (PNM) 2009
Tarikh: 15-16hb. Mac, 2009. Tempat: The ZONE Regency Hotel, Johor Bahru.
.
Puan Filzah Ibrahim, berumur 40 tahun, mempunyai dua orang anak, mempunyai suami yang tidak sihat untuk bekerja dan beliau sendiri menghidapi penyakit poliomyelitis. Walaupun Puan Filzah Ibrahim mempunyai hati yang kuat, tetapi beliau tidak mempunyai kaki yang kuat. Puan Filzah Ibrahim perlu menggunakan alat bantuan untuk bergerak. Penyakit poliomyelitis telah dihadapinya semenjak kecil lagi.
Terbukti bahawa poliomyelitis tidak mampu untuk menghalang Puan Filzah Ibrahim untuk cemerlang dalam pelajaran. Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang telah menjadi saksi bahawa Filzah Ibrahim mampu memiliki "BSc (Honours) in Chemistry". Pernah bertugas sebagai 'laboratory assistant' di Melaka Medical Centre untuk seketika. Rupanya hati waja beliau tidak tertumpu untuk membantu masyarakat di bidang yang dipelajarinya. Pada tahun 1993 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah tawarkan jawatan sebagai editor. Sehingga kini beliau telah berkhidmat dengan DBP selama 16 tahun.
Minat yang mendalam dibidang 'child development' telah membawa Puan Filzah Ibrahim ke Konvensyen Perpustakaan Desa 2009 ini. Sebelum ini Puan Filzah Ibrahim pernah menjadi hakim pertandingan bercerita peringkat kebangasaan. Dijemput menjadi hakim dalam “Who Will Win – The Nestle Koko Crunch Challenge” oleh NTV7. Menjayakan program "Puspanita and Friends at Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)".

13
Puan Filzah Ibrahim, menyambut harijadi pada 2hb November setiap tahun. Bertugas sebagai pegawai penyelidik di Pusat Penyelidikan Sastera Kanaka-kanak dan Remaja (PURNAMA), DBP (
Dewan Bahasa dan Pustaka) telah menyebabkan beliau rapat dengan kanak-kanak.

12
Ketika pergi berubat di Singapura, Puan Filzah Ibrahim telah singgah di perpustakaan Singapura. Ketika memasuki pintu perpustakaan beliau ternampak seorang lelaki Inggeris sedang bercerita kepada sekumpulan kanak-kanak. Apabila ternampak Puan Filzah Ibrahim, lelaki inggeris tersebut terus memanggil 'come, come' supaya beliau menghampiri kumpulan kanak-kanak- yang sedang mendengar cerita. Setelah beliau menyertai kumpulan kanak-kanak tersebut, sesi membaca cerita diteruskan.
Begitulah cara negara asing menyemai budaya membaca dikalangan masyarakat mereka. Yang tak minat disemai minatnya. Yang dah ada minat perlu ditumbuhkan minatnya. Yang dan tumbuh minat perlu dijaga supaya tumbuhnya berterusan. Yang dan tumbuh berterusan perlu dipastikan supaya dapat berpucuk, berbunga dan berbuah. Yang dah berbuah perlu dipastikan supaya buahnya dapat dimanafaatkan oleh masyarakat.

11
Seronoknya membaca: Meningkatkan minat membaca kanak-kanak: Kalau sains itu penting. Kita perlu dedahkan dunia sains kepada kanak-kanak melalui sesi bercerita menggunakan buku-buku sains. Antara buku yang pernah digunakan oleh Puan Filzah Ibrahim adalah: Mamalia, Serangga, Haiwan Kenit, Haiwan Laut, Burung, Reptilia, Dinosour, Gunung Berapi, Hurikan dan Gempa Bumi. Dengan buku ini Puan Filzah Ibrahim bercerita kepada kanak-kanak tentang kitaran hidup haiwan serta habitatnya bagi menambahkan pengetahuan mengenai alam di sekeliling kanak-kanak.

10
Sebagai editor buku kanak-kanak DBP, sesi bercerita yang disampaikan oleh Puan Filzah Ibrahim menjadi lebih menarik. Puan Filzah Ibrahim menceritakan kitaran hidup serangga dengan nada dan alunan suaran yang menarik perhatian kanak-kanak. Cerita tentang rama-rama dimulakan dari telur, ulat beluncas, kepompong dan akhir-nya menjadi seekor rama-rama yang cantik melalui proses metamorfosis. Kanak-kanak juga diajak menggunting kertas pelbagai warna dan menampalnya untuk membentuk seekor ulat beluncas. Sebagai penyedap sesi bercerita, kanak-kanak diajak menya-nyikan lagu ABCku, Satu Dua Tiga, Ulat Beluncas dan Bangau O Bangau sambil diiringi petikan gitar Saudara Marjuni Plera.

9
Dengan gaya yang ceria dan peramah (seolah-olah tak ada masalah) Puan Filzah Ibrahim berjaya menyebabkan semua peserta memberikan tumpuan kepada perkongsian ilmu yang dibentangkan oleh beliau. Terasa masih banyak perkara lagi yang belum sempat diceritakan oleh Puan Filzah Ibrahim.

8
Untuk menjadikan sesi bercerita kita menarik perhatian kanak-kanak perlu diselitkan dengan lagu. Beberapa lagu didendangkan oleh Puan Filzah Ibrahim untuk dijadikan panduan oleh peserta konvensyen.

7
Semua peserta dan VIp sama-sama menyanyi:
Tangan dikepala
~Tangan di pinggang
~~Lompat-lompat tinggi 123
~~~Mari-mari adik dengar cerita
~~Mari-mari adik dengar cerita
~Mari-mari adik bersuka ria
Mari-mari adik gelak ketawa

6
Ada banyak lagu kanak-kanak yang boleh disesuaikan dengan satu-satu sesi bercerita. Berikut adalah antara
koleksi lagu kanak-kanak yang boleh dipilih: @
Air Pasang Pagi @
Alphabet Song @
Anak Ayam @
Anak Itik Tok Wi @
Anak Kucing Comel @
Anaklah Ikan @
Angin @
Awan Putih @
Ayah Dan Ibu @
Ayam Didik @
Baca @
Bila Rasa Gembira Tepuk Tangan @
Buai Laju-Laju @
Burung Kakak Tua @
Can Mali Can @
Di Hujung Pelangi @
Embun Sok Sek @
Enjit-Enjit Semut @
Gadis Bertocang Dua @
Gelang Si Paku Gelang @
Gigi @
Harijadi @
Hidup Bantu Membantu @
Hujan @
If You Are Happy And You Know It @
Jam Berbunyi @
Jambatan Tamparuli @
Jing Kling Nona @
Jong-Jong Inai @
Kenek-Kenek Udang @
Lagu Tiga Kupang @
Lenggang-Lenggang Kangkung @
Lina Adikku @
Lodeh Mak Lodeh @
Lompat Si Katak Lompat @
Mahu Main Sembunyi @
Mari Belajar Abc @
Mari Bergembira @
Mari Bersukaria @
Mari Mengira @
Nelayan @
Nenek Nenek @
Oh Bangau! @
Padi Mahsuri @
Pesanan Ibu @
Puteri Santubong @
Rama-Rama @
Rambut Noni Panjang @
Rasa Sayang Hey! @
Seringgit Si Dua Kupang @
Si Comelku @
SiKembar @
Sungai @
Suriram @
Taman Bungaku @
Tepuk Amai-Amai @
Tidurlah Adikku @
Twit Twit Twit @
Ulek Mayang @
Wau Bulan @
Ya Bani Ya Badang
5
Hidup Ibarat Mengembara?Hidup ini adalah pengembaraan. Bila mengembara kita pergi dari satu tempat ke satu tempat. Selalunya tempat yang belum pernah kita pergi. Sudah tentulah kita tidak tahu selok belok tempat itu, cuaca serta buday juga berbeza apatah lagi tiada orang yang kita kenal. Inilah antara kiasan oleh Filzah Ibrahim Dalam Majalah Dewan Pelajar keluaran Januari 2008.
Bekerja juga ibarat mengembara:
Bila bekerja kita bertanggungjawab lakukan satu tugas ke satu tugas. Kadang-kadang tugas yang belum pernah kita buat akan menjadi lebih seronok pengembaraannya. Sudah tentulah kita tidak tahu selok belok tugas itu, cara kerja serta suasana juga berbeza apatah lagi kita berurusan dengan orang yang tidak dikenali. Bersediakah untuk aksi pengembaraan yang akan kita tempoh selepas konvensyen ini?

4
Meringankan bebanan organisasi atau agensi tertentu/ sedekah. Peluang bersosial dalam suasana sihat. Membina potensi diri. Meningkat dan menambah kemahiran. Kepuasan diri setelah selesai membantu.

3
Pengorbanan:
Keluarga: -tanggungjawab suami/isteri/awam
masa: -bersama keluarga/ sahabat/ ambil cuti rehat /diri

2
Kerja sukerela bukanlah suatu kerja yang boleh menyara pendapatan tetapi kerja seumpama ini dapat memberi kepuasan diri kepada individu yang mempunyai motivasi dan kepercayaan dalaman bagi menyempurnakan kepuasan diri untuk membantu masyarakat.

1
Puan Filzah Ibrahim boleh dihubungi melalui email:
filzah@dbp.gov.my .
"
Very enlighting I don't know what will I do without you".
[14.04.09]Perpustakaan Negara Malaysia. Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Perpustakaan Awam Daerah Bera. "Masyarakat Membaca Masyarakat Berilmu"