20141226

CD Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan

05
04
03
02
01
Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan “Suatu Pengkisahan”

Terdapat 3 set DVD yang berkisarkan program Tun Abdul Razak , Bapa Pembangunan “ Suatu Pengkisahan” yang di adakan pada 22 hb November 2010 bertempat di Auditorium RTM Kuantan, Pahang iaitu Pelancaran, Pengkisahan, Teater dan manakala temubual eksklusif bersama Dato’ Hj.Khairuddin Mohd Kawi di adakan di Hotel Vistana, Kuantan. Kisah ini dirakam bertujuan untuk dijadikan sumber rujukan dan kajian pengguna perpustakaan bagi mengetahui dan memperingati kisah perjuangan hidup serta pengorbanan Tun Abdul Razak.

20141219

CD Penghasilan Gula Kabong


Penghasilan Gula Kabong

Gula kabong berasal dari pokok kabong atau nama saintifiknya “Arenga Saccehanfera” tergolong dalam jenis “Palmea”. Penerbitan ini memaparkan cara-cara penghasilan gula kabong secara tradisional melalui kemahiran, pemerhatian dan kepakaran yang tinggi.

20141212

CD Jejak Peninggalan Datuk Bahaman


Jejak Peninggalan Datuk Bahaman

CD ini mengisahkan tentang seorang pahlawan Melayu Pahang yang terbilang iaitu Datuk Bahaman atau lebih dikenali sebagai Orang Kaya Semantan. Beliau dikatakan mempunyai kelebihan ilmu dunia yang hebat dan mahir dalam selok-belok hutan sehinggakan digelar sebagai ‘Seman Tahan’ oleh penduduk sekitarnya. Beliau merupakan salah seorang pencetus kepada pemberontakan yang berlaku di Pahang. Punca pemberontakan adalah kerana beliau dan Orang-orang Besar Pahang tidak bersetuju dengan campurtangan Kerajaan British di Pahang. Jasa dan kepimpinan beliau amat disegani dan dihormati oleh pemerintah dan penduduk pada masa itu.

20141205

CD Zapin Raub


Tajuk : Zapin Raub
Harga : RM35.00 (seunit)

Ringkasan :
Tarian Zapin Raub ini mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri. Ia memaparkan cara hidup dan adat resam masyarakat Pahang pada masa dahulu. Ia telah menjadi warisan keluarga dan kini telah diperluaskan kepada generasi sekarang.Tarian yang lemah gemalai ini selalunya dipersembahkan semasa kenduri kahwin bagi menyerikan majlis tersebut.

CD Sungai Lembing El-Dorado Timur


Tajuk : Sungai Lembing (El-Dorado Timur)
Harga :RM30.00(seunit)

Ringkasan :
Sungai Lembing adalah sebuah pekan yang pernah menjadi tumpuan dunia kerana hasil bumi iaitu bijih timah pada era 1980 an. Perkembangan aktiviti perlombongan telah menjadikan pekan ini berubah kepada sebuah bandar serba moden pada waktu itu. Bandar ini diibaratkan seperti “El-Dorado Timur” kerana terletaknya sebuah perkampungan Inggeris yang sangat istimewa. Pada tahun 1987, harga bijih timah telah merudum di pasaran dunia dan menyebabkan kemerosotan penghasilannya. Sejak itu, bandar ini telah menjadi sepi berikutan penghijrahan para penduduknya.

(STOK ADALAH TERHAD)