Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.
Showing posts with label Perpustakaan Desa. Show all posts
Showing posts with label Perpustakaan Desa. Show all posts

20090903

PD Batu Papan - Pemantauan 16.08.09

Setelah menjenguk bangunan PD Bandar 32 di Felda Tementi, saya terus ke PD Batu Papan. Jalan yang dipilih adalah melalui jalan kampung Orang Asli. Melalui jalan ini kita tak perlu kembali ke Kerayong. Jalan kampung orang asli ini agak sempit dan melalui kawasan tanaman kelapa sawit dan getah. Laluannya muat-muat untuk satu kereta walaupn jalan tar. Melalui jalan ini kita akan menempuh Kampung Orang Asli Ibam, Kampung Orang Asli Bukit Rok, Bukit Serdang, Kuala Bera dan seterusnya sampai ke Batu Papan. Sebelum sampai di PD Batu Papan kita akan berjumpa dengan Pejabat Penghulu, jambatan panjang, Balai Polis Batu Papan, Klinik Desa Batu Papan, Risda Batu Papan dan PD Batu Papan.
05
04
03
02
01

20090902

Terima Kasih PD Batu Sawar

Terima Kasih kepada PD Batu Sawar (http://pdbatusawar.blogspot.com/) kerana telah mendaftar sebagai penyokong blog Satu Hati (http://perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com/).

Tak kurang hebat juga Blog PD Batu Sawar. Ada macam-macam perkara yang berkaitan dengan Kampung Batu Sawar dan aktiviti galakan membaca boleh kita baca. Sehingga kini sebanyak 17 bahan telah diterbitkan dalam Blog PD Batu Sawar.

Antara bahan yang menarik adalah:
-Keindahan Gunung Senyum
-Petugas di Gigit Ular??
-Gendang Pahang versi Kg Batu Sawar
-Bagi.. bagi.. bagi ambil bagi... BAMMM!!!!

Jika ada sesiapa yang berminat untuk berkunjung ke PD Batu Sawar atau Gunung Senyum boleh hubungi: TK azhar- 017-9825609 atau KU abib - 013-9680464.

20090830

PD Batu Papan 9.8.09 - Pemantauan

Pada 9.8.2009 (Sabtu) saya telah membuat tinjauan ke PD Batu Papan sambil melihat satu program sukan yang diadakan dipadang. Saya dimaklumkan tentang program ini kerana ada 'orang basikal' di Temerloh mencari basikal yang mahal-mahal untuk digunakan pada hari tersebut. Selain acara basikal ada macam-macam acara pada hari tersebut untuk disertai oleh penduduk Kampung Batu Papan dan sekitarnya.
03
Acara pagi tersebut dimulakan dengan senaman.
02
Sebelum ke padang saya sempat meninjau di PPIK Batu Papan. Tutup. Mungkin telah berada di padang.
01
Sebelum ke padang juga saya telah singgah di PD Batu Papan. Tutup. Saya agak kedua-dua kakitangan PD Batu Papan telah berada di padang. Ini adalah antara cabarannya bertugas di kampung-kampung. Petugas PD mesti menyokong dan menyertai apa-apa program yang dijalankan di kampung. Kalau petugas PD tak berikan kerjasama, nanti susah nak dapatkan kerjasama daripada penduduk setempat atau jawatan kuasa setempat.

Kalau di buka juga PD Batu Papan pada hari ini, nanti akan ada yang tidak hadir ke padang untuk meramaikan orang. Nampak sangat pulak program mereka tidak mendapat sokongan penduduk kampung. Lagi pun, bukan senang nak dapatkan kerjasama penduduk kampung. Kena ada caranya. Kadang-kadang siap bagi makan dan minum sampai petang, pun, tak ramai orang datang. PD Batu Papan sendiri pernah bertungkul-lumus untuk mendapatkan sokongan penduduk kampung ketika menjalankan program di PD Batu Papan.

Sampai di padang Batu Papan, saya lihat ramai orang. Ada pihak menganggarkan lebih kurang 150 ke 200 orang. Ada juga gerai-gerai pameran (tapi tak ada gerai perpustakaan) untuk menambahkan ilmu penduduk. Antara gerai yang ada adalah polis, ADK, SPR, MARA dan Pertanian.

Semasa di padang saya telah dimaklumkan oleh En Takzir bahawa kedua petugas PD Batu Papan perlu ada di padang Batu Papan untuk menyokong program yang ada.

14.8.2009

20090811

PD Mengkarak 5.8.2009 - Siap dikemas

Kini Perpustakaan Desa Mengkarak telah bersedia untuk menerima kedatangan Pembantu Perpustakaan yang baru bagi menggantikan Puan Rafidah yang telah memulakan tugas baru di Poliklinik Purun. Terima kasih Puan Rafidah atas perkhidmatan yang diberikan selama ini. Semoga Puan Rafidah akan lebih berjaya di tempat baru bersama Kementerian Kesihatan.
07
06
05
04
03
02
01
Warna bahagian dalam ini adalah seperti warna bahagian dalah Perpustakaan Awam Daerah Bera. Malah warna bahagian luar juga seperti warna bahagian luar Perpustakaan Awam Daerah Bera.

20090716

PD Mengkarak 15.7.2009

Pada hari semalam 15.7.2009 saya sempat juga melihat perkembangan kerja kerja mengecat di bangunan PD Mengkarak. Selain itu pintu juga telah diganti dengan pintu kayu yang baru.
01
02
03
04
05

20080517

DESA SERI HAMZAH

PERPUSTAKAAN DESA SERI HAMZAH
Alamat: Perpustakaan Desa Kampung Seri Hamzah, No 4 Deret Kedai, Kampung Dato' Seri Hamzah, 28380 Kemayan, Pahang Darul Makmur.
4 3
2 1
KAKITANGAN

MAKLUMAT KAMPUNG SERI HAMZAH

@Kekal Sebagai Kampung Tradisi @Generasi Muda @Kepelbagian Bangsa Tiada Sengketa @Peladang dan Petani @Menganjurkan Pasar Malam @Perasmian Kampung @Belia Cemerlang @Merapatkan Hubungan @Berbudi Pada Tanah @Sate Dingin Beku @Kolam Di Lereng Bukit @Keselesaan Penduduk @Riadah Menyihatkan Badan @Poliklinik Komuniti @Penyuluh Hidup @Depoh Imigresen @Memupuk Kesedaran

PERPUSTAKAAN DESA SERI BUNTAR

SELAMAT DATANG
Foto bangunan Perpustakaan Desa Seri Buntar, Triang.
1 2 3
Perpustakaan Desa Seri Buntar berada dalam kawasan DUN Triang. Ahli Parlimen bagi kawasan ini adalah Y.B. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri belia dan Sukan Malaysia.

KAKITANGAN


SEJARAH BANGUNAN
Pada asalnya bangunan Perpustakaan Desa Seri Buntar adalah bangunan kedai untuk Taman Seri Buntar. Oleh kerana tak ada orang Taman Seri Buntar yang nak berniaga maka Ketua Kampungnya En. Abu Bakar b Abdul Kadir (Tok Empat Zul) telah menjadikannya dewan serbaguna.
Ketika Perpustakaan Negara Malaysia sedang mencari tapak untuk dibina perpustakaan desa di Daerah Bera, Ketua Kampung Seri Buntar telah menerima peluang ini. JKR Daerah Bera telah dipertanggungjawabkan untuk menjadikan Dewan Orang Ramai Kampung Seri Buntar sebagai sebuah perpustakaan Desa. Dibangunan yang sama juga terdapat Pejabat Rela Seri Buntar.
Setelah bangunan siap diubah suai oleh JKR Daerah Bera, bangunan tersebut menjalankan dua fungsi. Pertama sebagai Perpustakaan Desa Seri Buntar untuk kegunaan masyarakat Seri Buntar dan khususnya anak-anak Taman Seri Buntar. Kedua sebagai tempat mesyuarat JKKK Seri Buntar. Hampir kesemua aktiviti penduduk seri Buntar dipusatkan berhampiran dengan Perpustakaan Desa Seri Buntar. Sebagai kebiasaannya Perpustakaan Desa Seri Buntar akan digunakan sebagai tempat makan vip.
Kini penduduk kampung Seri Buntar telah mendapat sebuah lagi bangunan iaitu bangunan Komuniti. Bangunan ini berjauhan sedikit dangan Perpustakaan desa Seri Buntar. kawasan Perpustakaan Desa Seri Buntar masih menjadi kawasan utama kerana di kawasan bersebelahan dengan Perpustakaan desa seri Buntar terdapat Tadi Kemas Seri Buntar dan Surau seri Buntar.
---------------------------------------------------------------
[17.05.08][05.03.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar

DESA BATU PAPAN

Bangunan Perpustakaan Desa Batu Papan. Bagunan ini pada asalnya adalah untuk kegunaan JKKK Kg. Batu Papan. Oleh kerana keinginan yang mendalam En. Takzir untuk mendapatkan sebuah perpustakaan desa untuk penduduk kampung, maka beliau sanggup menyerahkan bangunan tersebut kepada Perpustakaan Negara Malaysia untuk dijadikan perpustakaan desa.
06
05
04
03
02
01

Kakitangan Perpustakaan Desa batu Papan.

Penolong Pegawai Perpustakaan: Cik Nurul Afzan bt Mohamed

Pembantu Perpustakaan: Cik Noorul Amilin Bt Abd Samat

DESA BANDAR 32

PERPUSTAKAAN DESA SIBER BANDAR 32



WAKTU OPERASI


KAKITANGAN

DESA MENGKARAK

PERPUSTAKAAN DESA MENGKARAK






WAKTU OPERASI



KAKITANGAN