Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20091116

Kursus PNM Di Batu Rakit (ringkasan)

Berikut adalah ringkasan perjalanan KURSUS KEPIMPINAN DAN KECEMERLANGAN DIRI anjuran Perpustakaan Negara Malaysia. Kursus ini telah diadakan pada 10 - 13 November 2009. Tempatnya adalah Gem Beach Resort, Batu Rakit Kuala Terengganu. Kursus ini telah dijalankan oleh SAC Consultancy Sdn. Bhd.

Mula-mula mari kita lihat senarai pesertanya:
[JOHOR] Azli, Maslinda, Norliza (PD Puteri Menangis, Pontian), Thamayanti (PD Perumahan Lima Kedai, Gelang Patah) [KEDAH] Hashimi, Hasnah, Mohd Azhar (PD Masjid Padang Nyior, Kuala Terang), Nurizma (PD Bukit Raya, Pendang) [KELANTAN] Hj. Shamsuddin, Md. Hanif, Noor Hisan (PD Pondok Polis Kemubu, Kuala Krai), Zakaria (PD Pangkal Meleret, Machang) [PULAU PINANG] Azariah, Hazrawaty (Cawangan Georgetown), Zul Hasnizam (PD Dewan Mutiara, Sg. Pinang), Rohaida (PD Bakar Rata)

[MELAKA] Bahari, Muhammad Zaidee, Norairin (PD Taman Rambai Jaya, Tanjung Minyak), Siti Anisah (PD Kg Pasir Gembur, Tanjung Bidara, Masjid Tanah Melaka) [PAHANG] Mohd Aseri, Ahmad Nizam, Yuslan (PD Pondok Harmoni Kg. Cherating, Kuantan), Mohd Azlan (PD Runchang, Pekan) [PERAK] Junaimi, Haslina, Mohamed Anuar (PD BAtu 15 Lekir, Kuala Kangsar), Fendy Izuan (PD Kg. Senhhang, Kuala Kangsar)

[PERLIS] Machita, Zairina, Mohd Hairian (PD Kg. Wang, Ulu Bintong, Kangsar), Noorhayati (PD Kg. Bongkok, Padang Lati, Kangar) [NEGERI SEMBILAN] Suhana (PD Kg. Siliau, Port Dickson), Azizan (Taman Angsa Mas, Seremban), Ahaharin (PD Masjid Kariah Sikamat, Seremban), Mohd. Khairul (PD Pedas Hilir, Pedas), Md. Rashid, Nor Khairul Nizam, Mohd Zharif (PD Sg. Kelambu, Banting), Faniza Akmal (PD Estate Tengku Andul Rahman) [TERENGGANU] Mohd Azran (Daerah Besut), Zulfakar, Rizawati (PD Bukit Kuang), Norruby (PD Kg. Kuala Abang)

[SARAWAK] Angeline Karen Wilfred (PU Lembaga Kemajuan Bintulu), Habsah (Sibu), Sila (PD Kg. Sepinang, Betong), Jennifer (PD RPR Taman Muhibbah Indah, Kanowit) [SABAH] Normah, Mazod, Pulin (PD Kg. Sapuluh, Nabawan), Niterlie Meki (PD Gum-Gum, Sandakan) [WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN] Kamal, Haji Ismail, Muhamad Sapri (PD Kg. Durian Tunjang) dan Noreen (PD Lajau).

Berikut adalah gambar yang sempat disiapkan lebih-lebih kurang, dalam keadaan sibuk dan tergesa-tergesa. Kalau ada peserta yang berminat ... silakan ambil.
31
Kumpulan bertuah.
30
Kumpulan penguatkuasa kecil.
29
Kumpulan penguatkuasa besar.
28
Kumpulan timbalan penghulu.
27
Kumpulan penghulu.
Yang tak ada gambar adalah kumpulan penyajak.
26
Kumpulan peserta bersama Tuan Haji Rosham bin Haji Abdul Shukor (Pengarah Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Perpustakaan Negara Malaysia) dan Dr. Haji Nordin bin Haji Mispari (Pengerusi AZM Resources Group)
25
Sesi pelukan mesra sesama gadis. Gadis-gadis ini diminta melakukannya setiap pagi. Habis dua lagu baru mereka siap.
24
Sesi pelukan mesra sesama lelaki. Kami juga perlu melakukannya setiap pagi. Mula-mula kekok, lama-lama seronok.
23
Sesi bergambar bersama Cik Murni, penyanyi SAC Consultancy Sdn. Bhd.
22
Orang sabah bersama orang Lubuk Paku Maran Pahang.
21
Dr. Haji Nordin bin Haji Mispari bersama Tuan Haji Rosham bin Haji Abdul Shukor.
20
Setelah tamat acara mencari yang tersembunyi.
19
Inilah yang kami dapat ... satu bendera, satu hati dan satu pasukan.
18
Timbalan dan penghulu sedang membuka peti besi.
17
Mencari kunci peti besi.
16
Masih lagi mencari kunci peti besi.
15
Menegakkan tiang bendera. Kumpulan kami berjaya menggunakan 12 batang tiang. Rekod sebelum ini adalah 13 batang tiang.
14
Menggunakan tali untuk tegakkan tiang bendera.
13
Taklimat awal sebelum kerja-kerja membina tiang bendera.
12
Persembahan hebat oleh 'klon' Zamani.
11
Persembahan sajak oleh kumpulan penyajak yang segak dan ayu.
10
Filem terbaru 'Pok Amai-amai' sedang dalam pembikinan.
09
Sehati menari tarian 'kain batik kain pelikat'
08
Persembahan dikir barat lagu 'Anak tuk'pai makan mu'ktan' dengan tukang karut Kelantan bersama ahli-ahlinya yang tak tahu cakap Kelantan.
07
Abang Asri dengan senjata paintball yang dibungkus muncungnya supaya tidak tertembak orang Sabah. Jika berminat untuk melihat lain-lain foto berkaitan dengan Abang Asri sila klik DISINI. Juga DISINI. DISINI. DISINI. DISINI. DISINI. DISINI. DISINI. DISINI.
06
Kak Lina memberikan kata-kata perangsang kepada semua peserta. "Marilah kita bersatu untuk perjuangkan nasib kita". Senjata paintball dihalakan ke langit kerana bimbang tertembak orang yang tak bersemangat.
05
Encik Hashimi sedang membidik botol air mineral dengan senapang paintball yang diisi dengan 20 biji peluru. Setiap orang hanya dibenarkan menambak menggunakan 10 bijik peluru sahaja.
04
Menyusup bawah jaring. Badan jangan kena jaring. kalau terkena jaring ... perlu diulang semula.
03
Tertidur bawah jaring.
02
"Satu, dua, tiga lari" Major memberikan arahan.
01
Gambar terakhir adalah gambar sesi outdoor yang pertama kami iaitu memanah. Ada juga yang panahannya tersasar jauh dan terpaksa mengadakan sesi mencari anak panah.

Dikesempatan awal ini saya nak ucapan TERIMA KASIH kami semua kepada Bahagian Rangkaian Perpustakaan & Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Perpustakaan Negara Malaysia. Terima kasih kepada Ketua Pengarah YBhg. Datuk Raslin bin Abu Bakar. Terima kasih kepada Timbalan Ketua Pengarah Puan Siti Rodziah binti Othman. Terima kasih kepada Pengarah Pasaranan Ilmu dan Maklumat Cik Salbiah Mohammad Yusof. Terima kasih kepada Pengarah Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Tuan Haji Rosham bin Haji Abdul Shukor. Terima kasih kepada Penyelaras kursus Puan Norlida binti Shuib dan Cik Norizan binti Abdul Hamid. Terima kasih kepada Penolong Pengarah Encik Mohammad bin Musa, Encik Mohd Azmi bin Aziz, Puan Suhaila binti Abdul Rahman, Encik Razman bin Abd. Rani dan Encik Nabil bin Shafiee. Terima kasih kepada Pembantu Perpustakaan Kanan Puan Norashikin Lee binti Abdullah (masih ingat saya), Pembantu Tadbir Rendah Encik Ridzuan bin Wahab dan Pembantu Am Pejabat Encik Muhamad Sefudin bin Suhdi.

Inilah gambar dan cerita yang sempat ditulis pada masa ini. Saya telah membawa dua kamera untuk digunakan di Batu Rakit ini. Kamera Fuji S7000 berjaya merakamkan 609 keping gambar. Sementara kamera Sony W35 berjaya merakamkan 366 keping gambar.

Kalau berkesempatan saya nak simpan semua gambar-gambar tersebut dalam blog ini. Terutama gambar yang menggunakan kamera Fuji S7000 (kamera lama yang masih digunakan jarang-jarang dan masih sayang untuk menjualnya). Supaya boleh dijadikan tatapan bersama dalam blog ini. Foto kita sejarah kita. Kalau saya tengok gambar-gambar tersebut ada rasa terhibur hati. Nampak kita semua 'satu hati'. Bagi kita yang berada di dalam gambar tersebut kita tahu bagaimana emosi kita pada masa tersebut.

Kalau dikira-kira, saya tidak berkesempatan untuk edit dan upload gambar di Batu Rakit sehingga akhir tahun ini. Mungkin awal tahun depan baru sampai giliran edit. Banyak gambar-gambar lain yang masih menunggu giliran. Nak dipintas giliran edit/upload ... tak patut, semuanya saya sayang dan amat bermakna. Jadi ... sabar aja lah. Buat masa ni inilah yang ada.

Sekian, terima kasih.