Ada yang dah bertanyakan gambar Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang yang dilangsungkan di Hotel Seri Malaysia Kuantan pada 6.9.2009.
Gambar tu kalau nak siapkan cepat memang tak dapat. Belum siap gambar kursus bercerita di Temerloh orang dah tanya. Tak sempat siap lagi orang dah tanya pasal gambar di Janda Baik pula. Tak sempat siap ada yang bertanyakan gambar Khidmat Cemerlang. Itu gambar yang berkaitan dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Belum lagi yang berkaitan dengan program-program peringkat daerah Bera. Belum juga berkaitan dengan individu-individu. Tokoh-tokoh tempatan. Belum lagi berkaitan dengan jabatan-jabatan yang mereka nampak saya ada mengambil gambar berkaitan dengan jabatan mereka. Itupun saya tak ambil gambar orang kawin melainkan keluarga/rodong rapat.
Dahulu saya hairan tengok kalau ada orang sibuk tak tentu arah sepanjang masa. Tetiba kena pada diri sendiri. Rasa-rasa terbayang masa tak sibuk. Boleh baca banyak buku. Petang-petang kayuh basikal sampai Triang atau Durian Tawar. Hari Sabtu atau Ahad boleh kayuh sampai Temerloh. Sekarang ni kalau baca buku maknanya terpaksa tinggalkan kerja lain. Kalau gi kayuh basikal ada kerja lain tak siap. Isteri pula terpaksa jadi jam loceng ingatkan macam-macam benda.
Balik cerita gambar. Gambar-gambar tu semuannya kena buat ikut giliran. Dalam masa yang sama gambar-gambar baru terus dirakamkan. Setiap gambar memang kena tunggu giliran. Kalau tak, nanti ada yang tertinggal. Kena tunggu ada masa lapang. Kena tunggu mood edit gambar datang. Kena sabar. Lagi pun lengoh tangan kalau edit gambar lama-lama. Harap bersabar. Kalau mengikut jadual, dijangkankan giliran gambar Majlis Khidmat Cemerlang 6.9.09 adalah pada penghujung bulan November 2009. Jangan marah. Jangan terkejut. Dan jangan keciwa. Kemungkinan bermula pada 25.11.2009. Jangan tak sabar. Kalau nak cepat mintak pada Izam.
Akhir sekali kepada semua pembaca blog ini saya ucapkan Selamat Habiskan Berpuasa, Selamat Bertarawikh, Selamat Menyambut Hari Raya dan mohon Maaf Zahir dan Batin. Kalau ada apa-apa yang terguris dihati harap maafkan. Kalau sudi bagi la tau supaya saya boleh baiki diri.
Sekian
Cerita lain sikit.
Semalam amrul tak datang kerja katanya cuti. Nani tolong buatkan laporan ke beberapa tempat pasal rumah mertuanya terbakar. Pergi balai polis, Majlis Daerah Bera, Pejabat Kebajikan Masyarakat, JPJ dan Pejabat pendaftaran. Hari ini Amrul cuti lagi. Nani nak mencari orang yang menyelamatkan nyawa mak dan ayah mertuanya. Dah pun jumpa orangnya. Kalau sesiapa nak tengok gambar rumah mertua Nani yang terbakar sila klik DISINI.
Sekian lagi sekali.
Blog ini sudah tidak aktif. Kandungan yang ada hanya untuk simpan peribadi.
Showing posts with label Foto. Show all posts
Showing posts with label Foto. Show all posts
20090120
Buku Popular 2008 (Foto)
Ini adalah gambar kulit depan dan belakang Buku Paling Popular 2008 di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Bagi senarai Buku Paling Popular 2003-2007 saya tidak tunjukkan gambar bukunya. Pada kali ini kita boleh melihat buku-buku tersebut yang telah di pinjam oleh ahli di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Sebanyak 16 kali pinjaman buku 'Sepi Tanpa Cinta' tidak dapat mengalahkan buku 'Dah Kata Daaah!' yang telah dipinjam sebanyak 80 kali oleh ahli belia dan dewasa.
20080610
FOTO: Cameron 23
Dalam perjalanan balik, mesti singgah makan di Gua Musang Kelantan.
Dalam perjalanan pergi kami terkena kedai makan yang 'makan orang'. Nasi dengan ikan dan air suam berharga RM7.00. Dalam perjalanan balik kami singgah di kedai yang lain, kami berpuas hati dengan harga makanan yang dijual.
8
7
6
Inilah lauk yang boleh dijadikan pilihan bagi mengubat perut yang lapar.
kemaskini 24.12.2008
Perpustakaan Awam Daerah Bera
FOTO: Cameron 22
Dalam perjalanan turun kami telah singgah di Kampung Raja Cameroh Highlands. Sempat juga melihat kraftangan yang dijual di Kampung Raja.
9
8
7
6
kemaskini 24.12.2008
Perpustakaan Awam Daerah Bera
FOTO: Cameron 21
Ini adalah gambar-gambar Zul and The Gang membeli belah di Kea Farm Cameron Highlands. Tidak banyak barang yang dibeli oleh gang ini. Seterusnya gambar no. 4,3,2,&1 adalah aksi Asri and The Gang membeli macam-macam benda sampai penuh kereta Vios En. Razi.
8
7
6
5
Inilah gaya Asri and The Gang di Kea Farm cameron Highlands.
4
3
2
1
kemaskini 24.12.2008
Perpustakaan Awam Daerah Bera
Inilah gaya Asri and The Gang di Kea Farm cameron Highlands.
kemaskini 24.12.2008
Perpustakaan Awam Daerah Bera
FOTO: Cameron 20
Subscribe to:
Posts (Atom)














