Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.
Showing posts with label Koleksi Negeri Pahang. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Negeri Pahang. Show all posts

20141226

CD Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan

05
04
03
02
01
Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan “Suatu Pengkisahan”

Terdapat 3 set DVD yang berkisarkan program Tun Abdul Razak , Bapa Pembangunan “ Suatu Pengkisahan” yang di adakan pada 22 hb November 2010 bertempat di Auditorium RTM Kuantan, Pahang iaitu Pelancaran, Pengkisahan, Teater dan manakala temubual eksklusif bersama Dato’ Hj.Khairuddin Mohd Kawi di adakan di Hotel Vistana, Kuantan. Kisah ini dirakam bertujuan untuk dijadikan sumber rujukan dan kajian pengguna perpustakaan bagi mengetahui dan memperingati kisah perjuangan hidup serta pengorbanan Tun Abdul Razak.

20141219

CD Penghasilan Gula Kabong


Penghasilan Gula Kabong

Gula kabong berasal dari pokok kabong atau nama saintifiknya “Arenga Saccehanfera” tergolong dalam jenis “Palmea”. Penerbitan ini memaparkan cara-cara penghasilan gula kabong secara tradisional melalui kemahiran, pemerhatian dan kepakaran yang tinggi.

20141212

CD Jejak Peninggalan Datuk Bahaman


Jejak Peninggalan Datuk Bahaman

CD ini mengisahkan tentang seorang pahlawan Melayu Pahang yang terbilang iaitu Datuk Bahaman atau lebih dikenali sebagai Orang Kaya Semantan. Beliau dikatakan mempunyai kelebihan ilmu dunia yang hebat dan mahir dalam selok-belok hutan sehinggakan digelar sebagai ‘Seman Tahan’ oleh penduduk sekitarnya. Beliau merupakan salah seorang pencetus kepada pemberontakan yang berlaku di Pahang. Punca pemberontakan adalah kerana beliau dan Orang-orang Besar Pahang tidak bersetuju dengan campurtangan Kerajaan British di Pahang. Jasa dan kepimpinan beliau amat disegani dan dihormati oleh pemerintah dan penduduk pada masa itu.

20141205

CD Zapin Raub


Tajuk : Zapin Raub
Harga : RM35.00 (seunit)

Ringkasan :
Tarian Zapin Raub ini mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri. Ia memaparkan cara hidup dan adat resam masyarakat Pahang pada masa dahulu. Ia telah menjadi warisan keluarga dan kini telah diperluaskan kepada generasi sekarang.Tarian yang lemah gemalai ini selalunya dipersembahkan semasa kenduri kahwin bagi menyerikan majlis tersebut.

CD Sungai Lembing El-Dorado Timur


Tajuk : Sungai Lembing (El-Dorado Timur)
Harga :RM30.00(seunit)

Ringkasan :
Sungai Lembing adalah sebuah pekan yang pernah menjadi tumpuan dunia kerana hasil bumi iaitu bijih timah pada era 1980 an. Perkembangan aktiviti perlombongan telah menjadikan pekan ini berubah kepada sebuah bandar serba moden pada waktu itu. Bandar ini diibaratkan seperti “El-Dorado Timur” kerana terletaknya sebuah perkampungan Inggeris yang sangat istimewa. Pada tahun 1987, harga bijih timah telah merudum di pasaran dunia dan menyebabkan kemerosotan penghasilannya. Sejak itu, bandar ini telah menjadi sepi berikutan penghijrahan para penduduknya.

(STOK ADALAH TERHAD)

20141128

CD Lagu Rakyat Oleh Aripin Said

02
01
Tajuk : Nyanyian Rakyat : Untung-Untungan dan Puteri Kayangan
Harga : RM49.90 (dua CD)

Ringkasan :
Terdapat 2 cd nyanyian rakyat iaitu Untung-Untungan dan Puteri Kayangan yang dinyanyikan oleh Datuk Prof. Aripin Said. Lagu-lagu rakyat ini mengandungi lagu-lagu lama yang pernah dinyanyikan oleh masyarakat Melayu pada masa dahulu. Ia mempunyai unsur nasihat dan pengajaran yang diselitkan ke dalam setiap rangkap lagu. Selain daripada itu, ia juga memaparkan cerita, pantun, kehidupan dan permainan kanak-kanak yang sudah lama dilupakan.

(STOK ADALAH TERHAD)

20141121

CD Puteri Kayangan Oleh Aripin Said


Tajuk : Nyanyian Rakyat : Puteri Kayangan
Harga : RM49.90

Ringkasan :
Puteri Kayangan yang dinyanyikan oleh Datuk Prof. Aripin Said. Lagu rakyat ini mengandungi lagu –lagu lama yang pernah dinyanyikan oleh masyarakat Melayu pada masa dahulu. Ia mempunyai unsur nasihat dan pengajaran yang diselitkan ke dalam setiap rangkap lagu. Selain daripada itu, ia juga memaparkan cerita, pantun, kehidupan dan permainan kanak-kanak yang sudah lama dilupakan.

(STOK ADALAH TERHAD)

20141114

CD Mitos Cerita Rakyat Pahang (Projek Digital Perdana)


Tajuk :
Mitos & Cerita Rakyat Pahang

Harga :RM35.00 (seunit)

Ringkasan :
Ia mengisahkan mitos dan cerita masyarakat pada zaman dahulu kala. Di dalamnya,ia mengandungi cerita-cerita lama yang diperturunkan dari satu generasi kepada generasi secara lisan. Dengan ini, kita boleh mengetahui cara hidup dan adab masyarakat pada masa dahulu.

(STOK ADALAH TERHAD)

20141107

CD Kaedah Tradisional Memburu Ayam Hutan (Menekut & Meracik)


Tajuk :
Menekut & Meracik
(Kaedah Tradisional Memburu Ayam Hutan)

Harga : RM35.00 (seunit)

Ringkasan :
Menekut dan meracik ayam adalah satu kaedah tradisi untuk menangkap ayam hutan di kawasan pendalaman kebanyakan daerah di Negeri Pahang. Ia merupakan ikhtiar hidup masyarakat dahulu bagi menampung kehidupan harian keluarga.

(STOK ADALAH TERHAD)

LINKS:
1. Meracik ayam hutan - Meracik ayam hutam lebih menenangkan daripada melayari berita gusti
2. Ayam hutan - Dicuping telinganya ada bintik putih. Kakinya agak hitam. Tubuhnya agak kecil. Besar sedikit dari ayam kapan dan kecil sedikit dari ayam kampung.
3. Badi dalam masyarakat Melayu - Rusa, kijang dan ayam hutan yang dikatakan menjadi binatang belaan makhluk-makhluk halus yang akan bertindak melindunp binatang peliharaannya ketika binatang itu diburu.