Kalau kita rujuk buku Koleksi Bacaan Sosial: Gejala Ponteng & Melawan Ibu Bapa dan Guru oleh Irfan Hakimi b Sahazwan, jangan terkejut jika penulis menyatakan bahawa kawasan tumpuan ponteng yang pertama adalah perpustakaan.
Jika kita rujuk halaman pertama, ada dinyatakan tempat-tempat yang menjadi tumpuna pelajar ponteng adalah (a) Perpustakaan (b) Kantin Sekolah (c) Tandas (d) Kawasan Sekolah (e) Pusat Bandar.
Mungkin yang dimaksudkan oleh Irfan Hakimi bukan perpustakaan awam, mungkin perpustakaan lain-lain. Kelompok yang ponteng di perpustakaan juga tidak dinyatakan. Samada ponteng sekolah atau ponteng kelas atau ponteng kuliah.
Pada masa dahulu pernah dilakukan beberapa percubaan oleh pelajar-pelajar sekolah menangah (beruniform sekolah dan pada waktu sekolah) untuk ponteng di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Tetapi kami dengan cepat melakukan 'ramah mesra' dengan mereka. Setelah dapat kepastian bahawa mereka kaki ponteng, kami segera tidak membenarkan mereka masuk. Kami minta mereka pergi ponteng ke tempat lain. Kalau tidak pihak sekolah akan salahkan Perpustakaan Awam Daerah Bera kerana benarkan pelajar mereka ponteng sekolah di perpustakaan awam.
Sehingga kini tiada lagi cubaan pelajar berpakaian sekolah menengah untuk ponteng di Perpustakaan Awam Daerah Bera.
Buku Siri Koleksi Bacaan Sosial: Gejala Ponteng & Melawan Ibu Bapa dan Guru adalah terbitan EDU Quest Publisher yang dicetak pada tahun 2006. Buku ini boleh didapati di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Untuk maklumat lanjut tentang buku ini klik DISINI.