Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.
Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

20090727

SMK Chemomoi (03) Pelajar

Seterusnya mari kita bercerita dengan pelajar-pelajar Cikgu Nizam.
01
Yang ini bercita-cita nak jadi 'Usahawan Muda'. Bila dan tua tak pasti apa nak jadi apa. Yang pastinya masa muda nak jadi 'Usahawan Muda'. Mungkin bila dan tua nanti boleh jadi 'Usahawan Tua'.
Tetapi, usahawan ini luas. Nak jadi usahawan apa. Katanya dia nak jadi 'Usahawan Lintah'. Mungkin dia nak buat minyak dengan lintah tu. Banyak juga kegunaan minyak lintah ni. Tetapi bukan buat minyak masak. Buat masa ini boleh cari seekor lintah dan main-main atau biasa-biasakan dengan lintah tu. Nanti tak la takut sangat bila dah bela banyak-banyak. Semoga berjaya menjadi usahawan lintah.
02
Pelajar yang bercermin mata ini bercita-cita nak jadi ustazah. Tengok gaya pun dah ada gaya ustazah. Buat masa sekarang sedang mengajar adik-adik mengaji. Idolanya adalah Cikgu Nizam. Bukan Ustazah SMK Chemomoi. Pasal Cikgu Nizam bawa di ke Perpustakaan Awam Daerah Bera.
03
Yang ini pula cita-cita dia nak jadi perempuan lasak. Kalau tengok muka tak ada gaya nak jadi perempuan lasak. jadi pensyarah ada la. Tetapi pelajar ini nak jadi askar, nak jadi tentera, nak pakai uniform dan nak pergi berperang. Askar unit apa tak pasti. Yang pasti askar dengan Angkatan Tentera Malaysia, mungkin Tentera Darat, mungkin Tentera Laut atau mungkin juga Tentera Udara. Mungkin ada gaya jadi Komando GGK (Grup Gerak Khas).
04
Pelajar yang keempat ini bercita-cita untuk menjadi tukang masak. Dia ingin mencuba masakan-masakan yang baru yang orang belum pernah rasa. Jika ada masa lapang dia suka tangkap gambar pemandangan. kenapa pulak bukan gambar makanan?
lagi satu keunikan pelajar yang bercita-cita untuk menjadi tukan masak ini adalah, idolanya adalah A. Samad Said. Kenapa pulak bukan Chef Wan?

Kalau ada sesiapa yang nak menambah cerita, bolehlah klik pada 'comment' dibawah.

20090724

SMK Chemomoi (02) Cikgu Nizam


Cikgu Nizam b Ramli adalah Guru PSS SMK Chemomoi. Minat dalam fotografi. Beberapa tahun dahulu beliau datang dengan kamera Nikon D80. Pada tahun ini telah naik taraf lagi dengan bertukar kepada Nikon D300 yang kini harganya kepada RM4,650.00 untuk 'body' sahaja.

Cikgu Nizam sering belajar dan berkursus dengan pakar-pakar fotografi di Malaysia. Antara laman yang sering dilawati adalah laman Dr. Ali di http://photo.2121studio.com/.

Cikgu Nizam juga mengambil gambar orang kawin. Berdasarkan kameranya, bayaran perkhidmatan Cikgu Nizam adalah lebih kurang RM800.00. Yang berminat boleh klik pada 'comment' untuk bertanya.

Akhir sekali, terima kasih 'daun keladi' kerana berusaha membawa pelajar-pelajar cikgu ke Perpustakaan Awam Daerah Bera.

20090721

SMK Chemomoi (01)


Pada 20hb Julai, 2009 hari Isnin, Perpustakaan Awam Daerah Bera telah menerima kunjungan tak rasmi oleh pelajar dan guru SMK Chemomoi. Cikgu ini pernah membawa pelajar SMK Chemomoi ke Perpustakaan Awam Daerah Bera beberapa tahun dahulu. Mungkin ada sedikit kelapangan masa, maka pada tahun ini cikgu ini berkesempatan untuk berkunjung kembali ke Perpustakaa Awam Daerah Bera pada tahun ini.

Pelajar yang di bawa beberapa tahun dahulu, kini semuanya telah berada di universiti. Harap-harap pelajar yang di bawa kali ini akan membina masa depan yang cemerlang juga.

Nak tulis banyak sikit, rasanya tak sempat. Tiba-tiba Lizune dapat panggilan menyatakan ada saudara meninggal di Kampung Teluk Burung (Dekat Kampung Bukit Rok). Sebagai ahli yang bermasyarakat, Lizune perlu segera melawat untuk menunjukkan sifat-sifat kemasyarakatan sesama Orang asli. Nani pula tiba-tiba dapat panggilan telefon menyatakan ayah mertua kembali tenat semula. Tentulah susah hati. Mungkin ayah mertua Nani perlu segera dihantar ke Hospital Temerloh. Lagi susah hati. Susah hati juga Nani bila fikirkan Lizune terpaksa pergi melawat saudara meninggal dan Amrul pula belum masuk kerja akhirnya saya prelu bertugas di kaunter seorang. Amrul mungkin ada juga hal yang amat mustahak, sehingga tak berkesempatan untuk memaklumkan kepada kami. Biarlah dia selesaikan masalah-masalah yang dihadapinya. Jika masalah tersebut telah selesai mungkin dia dapat memberikan tumpuan 100% pada kerja sebenar. Mana-mana pekerja cemerlang pun pernah menghadapi masa-masa sukar, begitu juga dengan Amrul dan Lizune.

Lizune kata dia sekejap aja pergi melawat. Nani tak perlu risau pasal tak cukup kakitangan pagi ni. Saya boleh tunggu seorang diri di kaunter, bukan tak biasa. Semasa bertugas di Perpustakaan Awam Cawangan Temerloh dulu pun biasa bertugas seorang di kaunter. Maklumlah masa tu bertugas berdua dengan Napi.

Eh! ... lain cerita pulak. Tajuk, lawatan guru dan pelajar SMK Chemomoi, tiba-tiba tertulis cerita lain. Lain kali kita sambung cerita lawatan guru dan pelajar SMK Chemomoi. Ada sesuatu yang menarik.

Buku-buku Lizune dah sempat susun masuk rak. Rekod pinjaman dan pemulangan semalam Nani tak sempat masukkan kemaskini dalam Sistem Pengurusan Kaunter Berkomputer. Saya perlu sambung kerja Nani.

Sekian.
9.25 pagi. 21.07.2009 (Selasa)

20090515

Perhimpunan Pelajar SMK Seri Bera

Tarikh: 6 April 2009 (Jumaat)
Tempat: SMK Seri Bera
Sekali lagi pihak Guru Perpustakaan telah menjemput Perpustakaan Awam Daerah Bera untuk hadir ke sekolah mereka. Pada kali ini diminta memberikan sedikit ucapan motivasi kepada semua pelajar SMK Seri Bera. Ketika dijemput pada 27.03.2009 (Jumaat) kumpulan sasaran adalah petugas pusat sumber sahaja. Pada kali ini dihadapan semua pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Seri Bera. Waktunya pula adalah tengahari. Selepas berucap di SMK Seri Bera perlu ke Kuantan pula untuk menghadiri kursus KMK atau KIK.

Dalam perjalanan ke SMK Seri Bera, saya masih fikirkan macam mana nak menarik perhatian pelajar-pelajar dalam perhimpunan. Kalau dalam kumpulan yang kecil kita senang untuk membuat komunikasi dua hala antara penceramah dengan pendengar. Senang untuk mendapatkan 'respon' daripada pendengar dan senang untuk bertanyakan reaksi mereka.

Bila bercakap untuk kumpulan yang ramai kita akan mendapatkan komunikasi dua hala setelah mereka suka dengan 'respon' kita dan tertanya-tanya dengan reaksi kita. Untuk itu saya memulakan inti ucapan dengan mengajak semua pelajar untuk tidur. Tetapi bukan nak ajak tidur sekarang. Tidur malam nanti. Kerana tidur adalah alat yang penting untuk seorang pelajar yang cemerlang. Jangan ingat tidur boleh buat lebih kurang sahaja. Tak cukup makan kita kurang tenaga. Tak cukup tidur kita akan kurang tumpuan. Tak cukup tumpuan akan menyebabkan kita matlamat kita sering melencong.

Sekolah Menangah Seri Bera adalah sekolah cemerlang dalam akademik. Pelajar diterima masuk di SMK Seri Bera adalah pelajar yang bagus-bagus dalam akademik. Bukan dalam sukan. Kalau semasa MSSD Bera, SMK Seri Bera dapat tiga pingat emas, apa nak dirisaukan. Semasa mula-mula masuk ke SMK Seri Bera dulu bukan nak dapat pingat emas dalam sukan. Biarkanlah jika ada sekolah yang dapat tiga belas pingat emas.

Tetapi lingkungan pelajar SMK Seri Bera tidak sama dengan lingkungan pelajar SMK Bandar Kerayong. Di SMK Seri Bera pelajarnya bersaing dengan pelajar-pelajar yang setaraf taraf akademiknya. Boleh dikatakan kebanyakannya 5A UPSR. Sementara pelajar-pelajar SMK Bandar Kerayong adalah pelajar yang tidak layak belajar di SMK Seri Bera dan tidak layak untuk bersaing dengan pelajar yang dapat 5A UPSR.


Masuklah mereka ini di sekolah yang sepatutnya iaitu SMK Bandar Kerayong. Dapat 3A atau 4A UPSR tentu dapat masuk kelas A di SMK Bandar Kerayong. Dalam kelas A tersebut ada pula 7 atau 8 atau 9 orang pelajar yang dapat 7A UPSR (SRJKC). Pelajar 3A atau 4A UPSR (SK) ini terpaksa bersaing dengan pelajar 7A UPSR (SRJKC).

Pelajar SMK Seri Bera amat beruntung. Dapat belajar bersama-sama dan bersaing dengan kawan-kawan yang setaraf. Tidak sesusah pelajar SMK Bandar Kerayong. Sudahlah tidak layak belajar di sekolah terpilih, terpaksa bersaing dengan pelajar-pelajar SRJKC yang jauh lebih cerdik. Dalam masa yang sama terpaksa menghadapi gangguan daripada pelajar-pelajar yang agak kurang minat untuk belajar yang berada di kelas bukan A.

Apa yang membezakan pelajar di sekolah yang terpilih dan pelajar di sekolah yang tak terpilih adalah fokus masing-masing. Tumpuan pelajar-pelajar ini berbeza. Pelajar di kelas A fokusnya jelas. Masuk kelas B fokusnya 'sedang-sedang' dan masuk kelas C fokusnya 'lebih kurang'. Bagi pelajar yang belajar di sekolah tak terpilih atau berada di kelas B atau kelas C, apa yang anda perlu lakukan adalah membetulkan fokus anda. Jangan biarkan fokus terganggu oleh main sms, berkekasih, ponteng, lawat masuk kelas, tak buat kerja sekolah, melawan guru dan macam-macam yang biasa didengar. Jika mereka ini berjaya mengawal fokus masing-masing tidak mustahil mereka akan dapat mengalahkan pelajar sekolah terpilih atau pelajar kelas A.

Bagi pelajar yang berada di sekolah budak-budak terpilih atau berada di kelas A, ingat anda jangan jadi pelajar yang tak berapa cerdik dikalangan pelajar yang cerdik. Jangan berasa selesa dengan kedudukan sekarang. Sentiasa menjaga tumpuan masing-masing.

Macam mana nak jaga tumpuan? Senang atau susah terserah kepada diri masing-masing. Yang pertama dengar cakap ibubapa dan yang kedua dengar cakap guru. Akhir sekali yang ketiga berhati-berhati kalau nak ikut cakap kawan. Rujuk dengan ibubapa atau guru. (lain kali cerita pasal ibubapa kena berkawan dengan anak-anak yang dah sekolah menengah).
06
05
04 Guru-guru bergambar bersama jurugambar sekolah.
03 Petugas perpustakaan dalam kelas.
02 Semasa perhimpunan di SMK seri Bera.
01 Pelajar SMK Seri Bera membaca ikra.

20090504

Pusat Sumber SMK Seri Bera

Pada 27.03.2009 (Jumaat) SMK Seri Bera telah menjemput Perpustakaan Awam Daerah Bera untuk memberi sedikit ceramah motivasi kepada Pengawas Pusat Sumber Sekolah mereka. Tiada tajuk yang dikhususkan. Masanya satu jam bermula 3.30 petang hingga 4.30 petang. Dalam sesi ini Perpustakaan Awam Daerah Bera perlu ceritakan sesuatu yang berkaitan dengan minat membaca dan ilmu perpustakaan. Bagi menyegarkan suasana pelajar diajak untuk menyatakan dengan sepintas lalu apa yang mereka ingat apabila di sebut tentang perpustakaan.

Seorang demi seorang bangun menyatakan apa yang terlintas dalam fikiran mereka. Kebanyakannya memulakan kenyataan mereka dengan "Perpustakaan Adalah ...". Ada yang mengambil masa yang lama untuk menyusun kata-kata. Ada yang dengan pantas dapat membayangkan perpustakaan ini sebagai apa. Ada yang tercari-cari apa ungkapan yang terbaik yang melintas dalam fikiran masing-masing. Ada juga yang terang-terang minta tolong bantuan rakan-rakan. Akhir semua berjaya membina mutiara kata masing-masing.

Daripada ungkapan tersebut banyak perkara yang dapat diceritakan semula. Ada yang dengan pantas dan yakin menyatakan ' Saya Berasa Tenang Di Perpustakaan'. Mungkin selama ini kita ingatkan orang mencari ilmu di perpustakaan. Rupanya ada juga yang mencari ketenangan di perpustakaan dan dia dapat ketenangan tersebut. Fikiran menjadi tenang apabila otak mendapat fakta atau cerita melalui pembacaan.

Selain berkeupayaan menyimpan pelbagai fakta dan cerita, otak juga perlu dilatih menganalisa dan mengeluarkan semula fakta atau cerita yang disimpan. Seelok-eloknya kita dapat berkongsi dengan orang lain tentang apa yang kita baca. Rugi la kalau kita tak dapat keluarkan apa ilmu yang telah kita baca untuk diamalkan. Amat rugi jika kita mempunyai ilmu untuk merungkaikan sesuatu masalah tetapi tidak dapat nak dilaksanakan atau nak diterangkan keadahnya atau prinsipnya atau falsafahnya supaya kita atau pihak lain dapat menggunakannya. Kadang untuk menyelesaikan sesuatu masalah kita perlu melihat kedudukan sesuatu masalah tersebut. Ada masalah yang perlukan kita faham keadahnya. Ada masalah perlukan kita faham prinsip atau falsafahnya. Ada masalah yang sebenarnya bukan masalah dan tak perlu diselesaikan. Banyak juga ilmu yang dapat dipelajari ketika bersama dengan pengawas-pengawas Pusat Sumber SMK Seri Bera.

5 Pelajar SMK Seri Bera bersama guru perpustakaan sedang bergambar kenangan di hadapan Pusat Sumber SMK Seri Bera.

4 Ruang membaca.

3 Ruang santai, membaca sambil bersila.

2 Kaunter peminjaman dan pemulangan buku.

1 Rak majalah.
Buku Wasiat Cinta & Bahagia oleh Dr. Aidh Al-Qarni.
Antara perkara yang menarik dalam buku ini adalah 'Menghindari Buku-buku Yang Berbahaya' yang terdapat di halaman 148. Petikannya adalah seperti berikut: "Seorang muslim hendaklah menghindari karya-karya sastera yang berlebihan dalam mengekspos kecabulan, hawa nafsu, kisah kecintaan, kerinduan, kemesuman, keengganan untuk taat kepada Allah SWT, pacaran, dan sebagainya. Sebab, hal-hal semacam ini bisa merusak hati dan sulit untuk disembuhkan." Buku ini boleh diperolehi di Perpustakaan Awam Daerah Bera.