Blog ini sudah tidak aktif. Kandungan yang ada hanya untuk simpan peribadi.
20091029
Kursus Di Janda Baik (28) sesi fotografi
20091027
Kursus Di Janda Baik (27) pelukan perpisahan
20091026
Kursus Team Building Siri 2/2009
Tarikh: 2-4 November 2009
Tempat: Felda Residen Tekam, Bandar Jengka
Pendaftaran: 2.00 - 3.00 ptg pada 2.11.09
Tempat: Felda Residen Tekam, Bandar Jengka
Pendaftaran: 2.00 - 3.00 ptg pada 2.11.09
Mereka yang menghadirinya adalah serama 47 orang kakitangan yang berkhidmat di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang:
Fahizah, Fataruddin. Saharuddin, Norazmah, Ahmad Azmi, Nyawati, Rosilawati, Amizan, Jamaliah, Amiin, Zawadi, Saira Sabrina, Shaiful Asrahizam, Saudin, Juwahi, Lizune a/l Met, Liza, Irene, Aznira, Latifah Habibah, Roslan, Sabariah, Nooramin, Sabariah, Saliza, Fazlina, Farah Naz Alia, Rosnil Hawa, Fa'aisz, Shahril, Ismail, Jamal, Humaizi, Isham, Rahaja, Napi, Kamariah, Ruzimah, Norhaliah, Rosmaliza, Hamidi, Norazlin, Harul Azam, Jamaluddin, Equbal, Rusydi, Zukri dan Abdul Razak.
Selamat berkursus dengan jaya.
Hotel Vistana Kuantan -22.10.09 (Khamis)
Pada 22.10.2009 (Khamis) telah diadakan Mesyuarat Khas Pengurusan Bersama. Turut hadir adalah Ketua Bahagian, Ketua Unit, Ketua Daerah, Penolong Pegawai Perpustakaan Desa dan Pembantu Perpustakaan Desa yang tiada Penolong Pegawai Perpustakaan.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Dihormati Pemangku Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Puan Hajjah Faridzah Bt. Jaafar, AMP. Hadir sama adalah orang yang banyak berusaha untuk menjayakan mesyuarat di Hotel Vistana ini adalah Puan Murni Wizana Binti Abd Ghani, PKC.
Beberapa perkara yang ditegaskan oleh Puan Hajjah Faridzah perlu diberikan perhatian oleh semua kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang juga boleh dikongsi bersama oleh semua kakitangan kerajaan di seluruh Pahang atau Malaysia.
Pertama, kita perlu berusaha menepati masa bekerja. Kalau tak dapat hadir, maklumkan segera kepada ketua, tampal makluman. Jangan sampai pengguna keliru dengan jadual perkhidmatan. Tetapi jangan pula ada yang kata nak tengok mak ayah sakit dihospital pun tak boleh pasal nak kena kerja. Yang penting jika kita ada masalah peribadi dan keluarga jangan segan-segan atau malu-malu beritahu ketua. Jangan sampai orang bertanya kepada ketua, ketua pun tak tau.
Bagi perpustakaan desa yang ada dua kakitangan tentu lebih senang. Boleh bergilir-gilir cuti atau bergilir-gilir keluar. Jangan sampai ada yang tak boleh nak berbincang. Bila cuti, dua-dua nak cuti, bila keluar dua-dua nak keluar. Bila guna komputer, dua-dua nak guna sampai pengguna tak boleh guna. Bila main handphone, dua-dua main handphone. Mula la pengguna pula rasa semacam. Bila aduan dah sampai ke ketua, ketua pula rasa semacam. Nak marah, dah besar. Tak marah, makin menjadi jadi. Marilah kita satu hati sebagai satu pasukan. Beringatlah sebelum perkara ini melarat.
Kedua, kita perlu bijaksana menggunakan handphone masa kerja, terutama dihadapan pelanggan. Tambah pula perkara yang dicakapkan tiada kaitan dengan tugas masing-masing. Jangan sampai pengguna kecil hati dengan layanan petugas yang sibuk menjawab panggilan demi panggilan dan sms demi sms. Bila tak ada panggilan atau sms, sibuk pula mainkan lagu-lagu yang ada dalam handphone. Kalau sambil main lagu buat kerja yang berkaitan dengan tugas, kira ok juga. Ini sampai kakitangan lain rasa semacam je. Tambah-tambah lagi yang sibuk main handphone adalah kakitangan pernah terima anugerah cemerlang. Sementara yang sibuk kerja dan rasa semacam adalah kakitangan yang tak pernah terima anugerah cemerlang.
Bukan kata, orang cemerlang main handphone masa kerja dan orang tak cemerlang main handphone masa habis kerja. Orang cemerlang perlu ada tanggungjawab lebih berat untuk menjaga nama baik anugerah yang diterima. Orang yang belum teruskan kesungguhan kerja anda seperti biasa. Ada rezeki anda juga akan menerimanya. Tetapi yang amat penting adalah bagaimana anda tingkatkan kerja anda setelah terima anugerah cemerlang. Bagaimana anda menjada nama baik anugerah cemerlang yang diterima. Jangan sekejap rajin, sekejap malas, sekejap datang awal, sekejap datang lewat atau terus tak datang. Jangan sampai gaji yang diterima rasa tak cukup tak berkat, cuti tahunan yang diberi pun rasa tak cukup sampai terpaksa ambil cuti tahun depan. Jangan sampai surat cuti MC lebih banyak dari borang cuti rehat. Maaf la terlajak jauh pulak bercerita pasal anugerah cemerlang. Gambar APC di Hotel Seri Malaysia Kuantan sedang diedit, mungkin akan diterbitkan dalam bulan November 2009.
Berbalik semula kepada cerita asal, jangan pula ada yang kata, "Handphone saya punya dan topup saya bayar, ikut suka la apa saya nak buat"... jangan la sampai ada yang jawab macam tu. Bukan tak boleh guna, boleh, handphone anda punya dan topup anda bayar. Tetapi waktu kerja banyakkan urusan yang berkaitan dengan kerja. Waktu dilihat oleh pelanggan, banyakkan urusan yang berkaitan dengan kerja. Waktu dah habis kerja, handphone anda punya dan topup anda bayar, buat la apa nak buat. Jangan sampai buat panggilan palsu 999 pulak. Jangan buat kacau laki orang, bini orang, anak dara orang, anak teruna orang atau tunang orang. Marilah kita satu hati sebagai satu pasukan. Beringatlah sebelum perkara ini melarat.
Ketiga, kita semua perlu galakkan pengguna mencari maklumat di MyLibrary atau MyLib's [http://mylib.pnm.my/index.php]. Terdapat banyak maklumat yang ditawarkan oleh portal MyLib's ini.
Antara maklumat yang ada dalam MyLib's adalah:
1. EBSCO Information Services is a worldwide leader in providing information access and management solutions
2. GMID (Global Market Information Database) is a powerful reference tool for any business researcher. It is an online business information system providing business intelligence on countries, consumers and industries.
3.CLJ Legal Network is the first and only comprehensive and interactive information database of Malaysia's Legal System.
4. BLIS (Bernama Library and Infolink Service) is an electronic library providing news and information on Malaysia.
5. BOND is to assist organizations in undertaking benchmarking activities
6. MASTICLink (MOSTE) is a product of MASTIC which is the national reference centre for scientific and technological information.
7. SIRIMLINK rovides access to a huge collection of technical information, stored in SIRIM (Standards and Industrial Research Institute of Malaysia) , live to your office.
8. MPOB has developed a database service called Palm Oil Information Online Service (PALMOILIS) to provide an electronic delivery information service on palm oil to the Industry, Government departments/universities and the general public.
Kalau waktu operasi perpustakaan kita boleh benarkan pengguna mengguna MyLib' sebagai 'Privite Domain'. Kalau dah habis waktu perpustakaan mereka perlu gunakan MyLib's sebagai 'Public Domain'. Tetapi, sebelum mencadangkannya kepada pengguna, kakitangan sendiri perlu melayari MyLib's ini. Kalau boleh kita jadualkan waktu untuk layari MyLib's kurang-kurang tiga kali sehari, pagi, tengahari dan petang. Lagi bagus kalau dapat buat lima carian sehari. Lepas ni jangan ada yang sibuk dengan Tagg, tinggalkan Tagg dan tumpukan pada MyLib's. Kalau layari Tagg kena sorok-sorok bimbang ketua nampak, bila tengah layari MyLib's boleh bagi tau dan tunjukkan pada ketua apa kita tengah buat.
Selain tu ada pembentangan tentang U-Library, Pintu ke Pintu dan Perancangan Strategic. Pada sebelah paginya ada pembentangan oleh Jabatan Audit Pahang tentang Pengurusan Aset. Kalau nak cerita semuanya nanti jadi panjang meleret-leret. Cukup takat ni dahulu. Kalau ada sesiapa yang nakkan maklumat lanjut boleh la tanya kepada ketua masing-masing.
20091025
Kursus Di Janda Baik (26) cenderahati
Tempat: Seri Dinar Janda Baik Bentong Pahang. Kursus Anjuran: Perbadanan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Tarikh: 10-12.8.09
04 Terima kasih.
03 Terima kasih.
02 Cara yang betul menyebut nama penuh Ansthio.
01 Terima kasih
"SMART Builder Consultant adalah konsultan untuk motivasi pelajar / dewasa yang menjadi penggerak kepada keseimbangan ibadah, sahsiah & ilmu pengetahuan. Banyak menjalankan aktiviti seperti ceramah motivasi, pengukuhan pasukan (teambuilding), perkhemahan dan lain-lain. Klien utama terdiri daripada pihak kementerian, swasta, ipta/s dan sekolah."
"Syarikat ini telah diasaskan pada 16 Nov 2001 di daerah Bentong, Pahang Darul Makmur. Saudara Farizan bin Taju Ariffin adalah pengasas dan memangku jawatan sebagai pengarah urusan."
untuk maklumat lanjuk sila klik DISINI (http://promarr.com/)
"SMART Builder Consultant adalah konsultan untuk motivasi pelajar / dewasa yang menjadi penggerak kepada keseimbangan ibadah, sahsiah & ilmu pengetahuan. Banyak menjalankan aktiviti seperti ceramah motivasi, pengukuhan pasukan (teambuilding), perkhemahan dan lain-lain. Klien utama terdiri daripada pihak kementerian, swasta, ipta/s dan sekolah."
"Syarikat ini telah diasaskan pada 16 Nov 2001 di daerah Bentong, Pahang Darul Makmur. Saudara Farizan bin Taju Ariffin adalah pengasas dan memangku jawatan sebagai pengarah urusan."
untuk maklumat lanjuk sila klik DISINI (http://promarr.com/)
20091023
Kursus Di Janda Baik (25) Chikara
Tempat: Seri Dinar Janda Baik Bentong Pahang. Kursus Anjuran: Perbadanan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Tarikh: 10-12.8.09
07 Puan Hajjah Faridzah turut memberikan sokongan kepada kumpulan-kumpulan yang akan membuat persembahan chikara masing-masing.
06 En. Hazairi sedang panas telinga mendengar godaan pasukan lawan ketika hendak memulakan pertunjukkan.
05 Kumpulan Zul sedan menunjukkan kemampuan.
04 Bagi bagi bagi, Bagi ambil bagi. Bump
03 Kumpulan chikara Abang Asri bersedia untuk menunjukkan kemampuan.
02 Kumpulan chikara Abang Zul, kecuali seorang (Puan Fazilawati)
01 Abang Zul meminta untuk bergambar bersama kumpulan chikaranya.
20091021
Kursus Di Janda Baik (24) senaman pagi
Tempat: Seri Dinar Janda Baik Bentong Pahang. Kursus Anjuran: Perbadanan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Tarikh: 10-12.8.09
03 Yuslan Cherating. Kawan baik Zul Pulau Rusa, Sham Cherating, Amrul Bera dan Humaizi Kuantan.
02 Mendengan petua Puan Rohaida. Masa bersahur elok kalau kita minum susu di campur dengan buah kurma (Susu Kurma). Boleh menjadikan badan kita kuat dan segar sampai ke petang.
01 Yang malu-malu tompang bergambar di belakang adalah Imam bagi kursus di Janda Baik ini.
20091019
Kursus Di Janda Baik (23) ketawa
Tempat: Seri Dinar Janda Baik Bentong Pahang. Kursus Anjuran: Perbadanan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Tarikh: 10-12.8.09
05 Ketawa sikit-sikit dan tepuk tangan
04 Ketawa lebih sikit dan tutup mulut
03 ketawa banyak sikit sambil tepuk tangan dan tutup mulut (sopan)
02 Tak berapa nak ketawa
01 Ketawa bersungguh-sungguh sambil tepuk tangan dan tutup hidung.
20091017
Kursus Di Janda Baik (22) debat
20091015
Subscribe to:
Posts (Atom)