Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090830

PD Batu Papan 9.8.09 - Pemantauan

Pada 9.8.2009 (Sabtu) saya telah membuat tinjauan ke PD Batu Papan sambil melihat satu program sukan yang diadakan dipadang. Saya dimaklumkan tentang program ini kerana ada 'orang basikal' di Temerloh mencari basikal yang mahal-mahal untuk digunakan pada hari tersebut. Selain acara basikal ada macam-macam acara pada hari tersebut untuk disertai oleh penduduk Kampung Batu Papan dan sekitarnya.
03
Acara pagi tersebut dimulakan dengan senaman.
02
Sebelum ke padang saya sempat meninjau di PPIK Batu Papan. Tutup. Mungkin telah berada di padang.
01
Sebelum ke padang juga saya telah singgah di PD Batu Papan. Tutup. Saya agak kedua-dua kakitangan PD Batu Papan telah berada di padang. Ini adalah antara cabarannya bertugas di kampung-kampung. Petugas PD mesti menyokong dan menyertai apa-apa program yang dijalankan di kampung. Kalau petugas PD tak berikan kerjasama, nanti susah nak dapatkan kerjasama daripada penduduk setempat atau jawatan kuasa setempat.

Kalau di buka juga PD Batu Papan pada hari ini, nanti akan ada yang tidak hadir ke padang untuk meramaikan orang. Nampak sangat pulak program mereka tidak mendapat sokongan penduduk kampung. Lagi pun, bukan senang nak dapatkan kerjasama penduduk kampung. Kena ada caranya. Kadang-kadang siap bagi makan dan minum sampai petang, pun, tak ramai orang datang. PD Batu Papan sendiri pernah bertungkul-lumus untuk mendapatkan sokongan penduduk kampung ketika menjalankan program di PD Batu Papan.

Sampai di padang Batu Papan, saya lihat ramai orang. Ada pihak menganggarkan lebih kurang 150 ke 200 orang. Ada juga gerai-gerai pameran (tapi tak ada gerai perpustakaan) untuk menambahkan ilmu penduduk. Antara gerai yang ada adalah polis, ADK, SPR, MARA dan Pertanian.

Semasa di padang saya telah dimaklumkan oleh En Takzir bahawa kedua petugas PD Batu Papan perlu ada di padang Batu Papan untuk menyokong program yang ada.

14.8.2009

20090828

Kakitangan Berhenti

Pada awal bulan Julai 2009 Pembantu Perpustakaan Desa Mengkarak telah mengakhiri zaman bekerjanya dengan perpustakaan. Kini Puan Rafidah bt Ismail telah bersama dengan Klinik Kesihatan Purun. Pakai baju serba putih. Nampak makin cantik.
02 Rafidah binti Ismail. Bekas pembantu Perpustakaan Desa Mengkarak(PPAP).

Semoga tempat baru akan memberi harapan baru dalam mengejar impian lama (mendapat jawatan tetap). Tidak dinafikan impian mendapatkan jawatan tetap adalah usaha berterusan bagi kakitangan berjawatan sambilan atau kontrak.

Puan Rafidah binti Ismail mula berkhidmat dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang pada 8hb April 2002.

Pada akhir bulan Ogos pula seorang lagi telah berhenti. Tiba-tiba sahaja sebelum sembahyang Jumaat hari ini (28.08.2009) saya dikejutkan dengan kehadiran Cik Noorul Amilin Bt Abd Samat Pembantu Perpustakaan Desa Batu Papan. Dia menyatakan bahawa semalam adalah hari terakhir dia berkhidmat dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Surat berhenti katanya telah dihantar ke Kuantan.

Katanya lagi dapat tugas Pembantu Kewangan di Pejabat Daerah Bentong. Lapur diri pada 1hb September 2009. Dah dapat pun rumah sewa di Bentong. Tak apalah, itu cara kakitangan PNM berhenti, terus hantar surat berhenti ke Kuantan. Kawan-kawan di didaerah dapat tau pun secara kebetulan sahaja. Pernah juga kakitangan Perpustakaan Desa Seri Buntar terus hantar surat berhenti ke PNM. Kita yang di daerah dan negeri dapat tau daripada PNM. Tiba-tiba PNM tanya senarai calon kakitangan pengganti.
01 Noorul Amilin Bt Abd Samat. Bekas Pembantu Perpustakaan Desa Batu Papan (PNM).

Noorul Amilin Bt Abd Samat mula berkhidmat dibawah penyeliaan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang pada 1hb Oktober 2005.

Tak salahkan mereka. Kadang-kadang apabila dapat jawatan yang menjadi impian terasa seronok sangat. Sampai tak ingat nak beri tahu kawan-kawan di daerah. Mungkin selepas ini akan ada lagi yang berhenti. Sama-samalah kita tengok cara mereka berhenti dari Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Kita harap mereka dapat menjaga nama baik sebagai 'bekas kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang'.

Walaupun kakitangan Perpustakaan Desa batu Papan ada dua orang. Seorang telah berhenti tiba-tiba seorang lagi kena selsema H1N1. Terpaksalah Perpustakaan Desa Batu Papan tutup hari ini (Jumaat), Sabtu dan Ahad. Kalau ada yang 'komplin' kena mintak bantuan pada Encik Takhzir SU Umno Bahagian Bera) atau Puan Hajjah Manila (Ketu Wanita Bahagian Bera) untuk berikan penjelasan sebenar.

PD Seri Buntar 5.8.2009 - Pemantauan

Pada 5hb Ogos 2009 saya telah melawat PD Seri Buntar. Kebiasaannya jika kita pergi ke mana-mana perpustakaan desa kita akan bertemu dengan pelajar Melayu. Tetapi masa lawatan di PD Seri Buntar terdapat tiga orang pelajar Tamil sedang meminjam dan memulangkan buku. serta seorang sedang menggunakan komputer. Diharapkan pada lawatan akan datang saya akan bertemu pula dengan pelajar sekolah Cina pula. Itulah uniknya PD Seri Buntar.
02
Ketua Kampung ini adalah Tok Empat Zul. Beliau pernah bersama kakitangan perpustakaan Pahang ke Konvensyen Perpustakaan Desa di Johor.
01

20090827

Tukar Wajah


Sempena Bulan Puasa dan Bulan Merdeka 2009 ini kini kami bertukar wajah sekali lagi. Ini adalah perubahan bagi kali ketiga. Perubahan ini mengingatkan kita semua bahawa banyak perkara yang sentiasa berubah. Masyarakat kita dan pengguna perpustakaan juga sentiasa berubah. Ada perubahan yang dapat dijangka tetapi ada juga perubahan yang mengejut.

Dengan semangat Satu Malaysia dan semangat SATU HATI saya berharap bulan puasa kali ini membawa perubahan yang lebih nyata kepada kita semua. Bukan semua perkara boleh kita selesaikan dalam satu saat, satu minit, satu jam, satu hari, satu minggu, satu bulan, satu tahun atau satu abad. Sekurang-kurangnya kita semua SATU HATI dalam mencari penyelesaian terbaik untuk setiap perkara. Dengan izin Allah SWT serta semangat SATU HATI sesama kita, jalan penyelesaiannya yang terbaik pasti akan muncul. Kejayaan yang lebih cemerlang pasti akan dijulang.

Sempena dibulan Ramahan yang penuh berkat ini kita semua berusahalah untuk SATU HATI. Khususnya kepada warga PPAP yang berada diseluruh Negeri Pahang. Jangan 'PPAP' dan 'PNM' menjadi penghalang untuk kita SATU HATI. Jangan jadikan diri kita penghalang kepada pemimpin-pemimpin kita untuk SATU HATI. Jangan jadikan emosi kita penghalang untuk orang lain SATU HATI. Jangan jadikan orang lain penghalang kepada keluarga kita untuk SATU HATI.

Sekian.

20090826

Temerloh - Bengkel Bercerita (13) Penutup

Akhirnya jam 5.00 petang sampailah kepada acara penutup program. Terima kasih kepada Puan Murni kerana berkesempatan untuk bersama kami semasa Bengkel Teknik Bercerita anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur.
05
Puan Murni sedang menyampaikan cenderahati kepada Puan Saki.
04
Puan Murni sedang memberikan ucapan penutup.
03
Puan Saki Sasamori dilahirkan pada bulan Disember 1957. Beliau bertugas sebagai Pengarah Eksekutif dengan Education Kanak-kanak Orgaization. Puan Saki Sasamori telah mendapat pendidikan di:
Tokyo Kasei University - mendapat ijazah dalam 'Early Childhood Education'
Tokyo Kasei University Graduate School - mendapat sarjana dalam 'Early Childhood Education'
Tokya Kasei University Graduate School - mendapat Ph.D dalam 'Early Childhood eduacation'

Tokya Kasei University adalah salah sebuah 'private university' di Jepun. Pada tahun 2007 sahaja di Jepun terdapat 568 'private universities', 87 'national universities' dan 89 'public universities'.
02
Puan Murni Wizana bt Abdul Ghani. Pegawai Tadbir Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
01
Tuan Haji Mohamad Yussop Ishak, Pengarah DBP Wilayah Timur.

20090825

Puan Azizah Wartawan Sinar


Gembira rasanya pada hari ini kerana Puan Azizah Wartawan Sinar Daerah Bera ada sedikit kelapangan masa untuk singgah di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Apa yang kami ada pada hari ini adalah Pameran Buku-buku Tun Razak dan Sejarah Malaysia untuk dilaporkan dalam Sinar Harian. Pameran ini baru saja diadakan bagi menggantikan Pameran Buku-buku Dakwah yang diadakan Sempena Bulan Dakwah Peringkat Daerah Bera.

Kebetulan pula pada masa itu ada ramai budak-budak sekolah rendah yang baru tamat aktivit mewarna 1Malaysia dan Kuiz 1Malaysia. Mereka inilah yang digunakan untuk bergambar.

Pihak Perpustakaan Awam Daerah Bera memang amat menghargai usaha Puan Azizah ini. Kerana ini adalah usaha besar Sinar Harian untuk menyemai budaya membaca di daerah Bera dan seterusnya menggalakkan masyarakat Bera berkunjung ke Perpustakaan Awam Daerah Bera. Kadang-kadang usaha sebegini mengambil masa yang lama untuk memberikan kesan yang besar kepada masyarakat Bera. Sesungguhnya gabungan usaha Perpustakaan Awam Daerah Bera dan Sinar Harian Bera akan dapat membina masyarakat yang berbudaya membaca dan mencintai ilmu. Terlebih dahulu kami ucapkan terima kasih Sinar Harian.

Anda juga boleh membaca:

Pertandingan Tak Jadi


Ini adalah iklan Pertandingan Foto 1Malaysia peringkat Daerah Bera. Tetapi pertandingan ini tak jadi. Nasib baik iklan ini tak sempat diedarkan (walaupun dah ada yang telefon kami bertanyakan tentang pertandingan ini). Memang pada awalnya Perpustakaan Awam Daerah Bera diminta untuk mengadakan Pertandingan Foto 1Malaysia. Disebabkan tiada duit untuk mengadakannya maka tak jadilah pertandingan ini. (kami baru sahaja menerima makluman tentang ketiadaan duit untuk mengadakan pertandingan ini).

Kalau ada yang dah bersedia dengan foto yang nak dipertandingkan, boleh la hantar pada kami. Boleh disiarkan dalam blog untuk dikongsi bersama. Setakat cenderamata kecil-kecil atau sijil penyertaan boleh kami berikan. Hadiah tak ada.

Untuk melihat pemenang pertandingan Foto 1Malaysia anjuran 1malaysia.com.my klik DISINI.

20090824

Temerloh - Bengkel Bercerita (12) Pemerhati

Patutlah Cikgu Saki Sasamori kelihatan bersungguh-sungguh menunjukkan kita pelbagai cara untuk menarik perhatian kanak-kanak. Rupanya ada seorang pemerhati yang ditugaskan untuk menetukan tahap kerja beliau. Bagi sesetengah kita pula, bila ada orang perhati sepanjang masa terus tak boleh buat kerja.

Bagi orang Jepun pula bila ada orang perhati kerja kita terus bertambah semangat untuk menunjukkan prestasi kerja yang lebih baik. Dalam pada itu Cikgu Saki Sasamori sempat juga bergurau dan bermain dengan pemerhati beliau.

Pihak pemerhati pula tentu akan melaporkan yang sebenar-benarnya. Tak ada nak tambah, nak kurang atau nak masukkan penilaian berdasarkan 'mood' peribadi. Pemerhati Cikgu Saki Sasamori turut terhibur dengan persembahan Cikgu Saki Sasamori. Walaupun kami diberitahu kononnya pemerhati ini tak tahu langsung Bahasa Melayu.
05
Ketawa.
04
Senget ke kiri, mungkin dah lengoh.
03
Ketawa lagi. Gaya-gayanya faham Bahasa Melayu.
02
Encik Azizul dan pemerhati Jepun. Macam ...
01
Encik Zul dan pemerhati Jepun. Macam dah biasa dengan orang Jepun.

20090822

Temerloh - Bengkel Bercerita (11) Memasak

Kini waktu menunjukkan jarumnya pada 4.30 petang. Cikgu Saki Sasamori menunjukkan bagaimana kita boleh bermain masak-masak tanpa menggunakan peralatan memasak yang sebenar. Persembahan yang sungguh menarik dan penuh dengan kejutan oleh Cikgu Saki Sasamori.
05
Masak.
04
Anak itik bertkuar warna nenas.
03
Anak itik bertukar warna ungu.
02
Anak itik bertukar warna kuning.
01
Cuba teka anak siapa berdasarkan raut wajahnya.

20090821

Kuiz 1 Malaysia

Jika untuk pelajar sekolah rendah dan tadika diadakan Mewarna 1 Malaysia. Untuk pelajar sekolah menengah diadakan Kuiz 1 Malaysia. Soalannya tak banyak tetapi mungkin ada yang terlepas pandang sehinggakan soalan ini dirasakan susah. Untuk mendapatkan makluman lanjut peserta boleh mencari maklumat dengan klik DISINI.

Kuiz 1 Malaysia ini turut di adakan di:
Perpustakaan Desa Batu Papan.
Perpustakaan Desa Bandar 32.
Perpustakaan Desa Seri Buntar.
Perpustakaan Desa Seri Hamzah.

Bagi perpustakaan desa yang tersebut, sila gunakan soalan ini untuk Kuiz 1 Malaysia peringkat desa masing-masing.
21.08.09

Mewarna 1 Malaysia

Sempena sambutan Kemerdekaan Ke-52 Peringkat Daerah Bera, Perpustakaan Awam Daerah Bera telah mengadakan aktiviti mewarna untuk kanak-kanak sekolah tadika dan sekolah rendah. Mereka yang berminat boleh datang ke Perpustakaan Awam Daerah Bera pada setiap hari Jumaat untuk menyertai AKTIVITI MEWARNA 1 MAALAYSIA dan lain-lain 'Aktiviti Hari Jumaat". Pelbagai aktiviti telah diadakan, untuk melihat aktiviti yang telah dijalankan sila klik DISINI (sinarpintar.blogspot.com).

Aktiviti mewarna 1 Malaysia ini turut di adakan di:
Perpustakaan Desa Batu Papan.
Perpustakaan Desa Bandar 32.
Perpustakaan Desa Seri Buntar.
Perpustakaan Desa Seri Hamzah.


Bagi perpustakaan desa yang tersebut, sila gunakan gambar ini untuk aktiviti/pertandingan Mewarna 1 Malaysia peringkat desa masing-masing.
21.8.2009

20090820

Temerloh - Bengkel Bercerita (10) Puzzle

Sekarang waktu menunjukkan hampir pukul 4 petang. Tanpa melengahkan masa Cikgu Saki
Sasamori telah menunjukkan bagaimana kita boleh menggunakan pelbagai barangan terbuang disekeliling kita untuk dijadikan bahan menghiburkan kanak-kanak. Kali ini Cikgu Saki Sasamori telah menggunakan bekas kosong air kotak. Mulanya ingatkan nak main minum-minum.

Enam kotak diperlukan untuk membuat puzzle ini. Rapatkan kesemua kotok tersebut. Lukis gambar pada sekeping kertas. Tampal kertas tersebut padak kotak minuman. Akhir sekali potong gambar tersebut. Dah jadi puzzle.
04
03
02
01

20090819

MAMPU

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BLOG BAGI AGENSI SEKTOR AWAM pada 17 Julai 2009.
Kandungannya adalah seperti berikut:

1. TUJUAN
..2. BLOG AGENSI SEKTOR AWAM
....2.1 Definisi
....2.2 Konsep
....2.3 Faedah

3. KRITERIA-KRITERIA BLOG AGENSI SEKTOR AWAM
....3.1 Kriteria Mandatori
....3.2 Kriteria Tambahan
....3.3 Larangan
....3.4 Pematuhan Akta, Arahan Pentadbiran Dan Garis Panduan

4. KESELAMATAN BLOG
....4.1 Kawalan Keselamatan Blog
....4.2 Pengurusan Maklumat

5. TADBIR URUS BLOG
....5.1 Tanggungjawab Pasukan Pengendali Blog
....5.2 Terma rujukan Pasukan Pengendali Blog

6. SENARAI SEMAK
7. PENUTUP
8. MAKLUMAT LANJUT

Untuk membacanya klik DISINI.

SENARAI JADUAL
Jadual 1 Senarai Semak

SENARAI RAJAH
Rajah 1 Contoh Penafian
Rajah 2 Tadbir Urus Laman Web/Portal Sektor Awam

SENARAI LAMPIRAN
Lampiran A Contoh Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan

Untuk membacanya klik DISINI.

Petikah halaman 2 dan 3 adalah seperti berikut:

Berikut adalah kelebihan menggunakan blog:
(a) Medium maklum balas
(b) Kumpulan sasaran yang luas
(c) Pengurusan kandungan
(d) Memberi penjelasan

Untuk membacanya klik DISINI.

20090818

Temerloh - Bengkel Bercerita - (09) Bercerita

Kini kami telah sampai kepada sesi bercerita menggunakan pinggan kertas. Terlebih dahulu Cikgu Saki Sasamori perlu menunjukkan teknik menukar gambar pinggan kertas. Setelah pandai memusing/menukar gambar pada pinggan kertas, barulau kami diminta untuk bercerita.
10
Satu jari dibawah.
09
Satu jari lagi diatas.
08
Peserta yang dipilih sebagai peserta lelaki terbaik.
07
Penonton kanak-kanak yang mendengar cerita yang disampaikan oleh kakak-kakak, abang-abang, pakcik-pakcik dan makcik-makcik.
06
Peserta wanita terbaik sedang membuat persembahan.
05
Juga peserta terbaik sedang bercerita.
04
Juga peserta lelaki terbaik sedang berdebar-debar menunggu giliran untuk bercerita.
03
Dua peserta lelaki terbaik sedang berihat setelah selesai membuat persembahan yang paling hebat.
02
Antara peserta terbaik wanita, kelihatan gembira menanti giliran masing-masing untuk bercerita.
01
Peserta wanita terbaik sedang berlatih berkumpulan.

20090817

Satu Malaysia

Perpustakaan Awam Daerah Bera bercadang untuk mengadakan kuiz Satu Malaysia Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-52 Peringkat Daerah Bera. Links ini telah digunakan untuk mencari maklumat berkaitan Satu Malaysia.

<1> "1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa.". Untuk membaca lebih lanjut klik DISINI. (1malaysia.com.my)

<2> "Satu Malaysia, ada kaitan dengan usaha Jabatan Penerangan dalam Kempen Malaysia Perkasa dengan slogan Satu Jiwa, Satu Malaysia". Untuk membaca lebih lanjut klik DISINI. (pmr.penerangan.gov.my)

<3> "Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara." Untuk membaca lebih lanjut klik DISINI. (sitiselasih.blogspot.com)

<4> "Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’ ". Untuk membaca lebih lanjut klik DISINI. (suaramembakut.blogspot.com)

<5> "Bukakan minda tanpa menyelitkan ideologi Parti. Renung sejenak dengan hati yang bersih dan telus." Untuk membaca lebih lanjut klik DISINI. (poyosede.blogspot.com)

<6> "Disediakan Oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara" Untuk membaca lebih lanjut klik DISINI. (azamrashid.com)

<7> "Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Untuk membaca lebih lanjut klik DISINI. (surayamohdsw.blogspot.com)

<8> "Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia " Untuk membaca lebih lanjut klik DISINI. (pengajianamsemega.blogspot.com)

17.08.09 (Isnin)

20090816

Temerloh - Bengkel Bercerita (08) Pegang

Setelah siap makan, rehat dan solat Cikgu Saki Sasamori meneruskan bengkel dengan sesi bercerita dengan menggunakan aprom tukang masak. Selama ini kita tidak terfikir apron tukang masak boleh digunakan untuk bercerita. Ceritanya pula tiada kaitan dengan memasak. Sepatutnya kita kena jadi keratif macam ni. Tambah kreatif lagi apabila Cikgu Saki Sasamori telah menjemput Eja dan Izam untuk menjadi pelakon tambahan yang memegang watak sebagai tukang pegang baju.
01kanak 01kiri
Ceritanya begini, ada seorang datuk hendak mengeluarkan daun dari poket baju Cikgu Saki Sasamori. Jadi datuk pegang daun.
02kanan 02kiri
Datuk pegang daun, nenek pegang datuk, anjing pegang nenek, kucing pegang anjing dan izam pegang kucing (kononnya).
03atas 03bawah
Datuk pegang daun, nenek pegang datuk, anjing pegang nenek, kucing pegang anjing dan izam pegang kucing (sebenarnya baju Cikgu Saki Sasamori), Eja pegang (baju) izam.

Eja sungguh terharu kerana diberikan peranan tersebut (pegang baju Izam) oleh Cikgu Saki Sasamori. Izam pula sungguh .... tenang dapat pegang (baju) Cikgu.
04atas 04bawah
Datuk pegang daun, nenek pegang datuk, anjing pegang nenek, kucing pegang anjing dan izam pegang kucing (sebenarnya baju Cikgu Saki Sasamori), Eja pegang (baju) izam, Along pegang (baju) Eja.
05
Datuk pegang daun, nenek pegang datuk, anjing pegang nenek, kucing pegang anjing, Izam pegang kucing (sebenarnya baju Cikgu Saki Sasamori), Eja pegang (baju) izam, Along pegang (baju) Eja, Syukri pegang Along dan Nyawati pegang (baju) Syukri.
06
Penyelia Cikgu Saki Sasamori menjadi pelakon paling utama. Kata Cikgu Saki Sasamori, penyelia beliau ni tak pandai Bahasa Melayu. Mungkin betul-betul tak pandai kot!

20090814

Pameran Buku Merdeka (01) Tun Razak

Sempena Sambutan Kemerdekaan ke-52 Peringkat Daerah Bera Tahun 2009, Perpustakaan Awam Daerah Bera mengadakan "PAMERAN BUKU TUN RAZAK DAN SEJARAH NEGARA KITA".

Kunjungilah Perpustakaan Awam Daerah Bera untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Tun Razak dan Sejarah Negara Kita. Mungkin ada sesuatu yang boleh dijadikan panduan bagi mengenali diri kita, masyarakat kita, daerah kita, negeri kita dan negara kita. Mungkin daripada buku-buku tersebut kita boleh melihat bagaimana bermulanya SATU MALAYSIA. Mungkin ada urutan sejarah bermula 1MALAYSIA daripada Perdana Menteri Kedua Malaysia (Tun Abdul Razak) dengan Perdana Menteri Keenam Malaysia (Dato Seri Najib Tun Razak).
01

Anda juga berpeluang melihat foto-foto lama yang dipamerkan di Galeri Foto Sejarah Daerah Bera. Galeri ini juga berada di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Sama-samalah kita melihat dan fikirkan hala tuju pembangunan minda masyarakat kita. FOTO KITA SEJARAH KITA.

14.08.2009

Temerloh - Bengkel Bercerita (07) Sampul Surat Lagi

Ini adalah sesi terakhir kami berhenti makan tengahari berlaukkan ikan patin Temerloh. Sebenarnya masih banyak lagi ilmu kraftangan sampul surat ini mahun disampaikan oleh Cikgu Saki Sasamori. Tetapi masa makan telah sampai. Ikan patih telah memanggil-manggil.
07
Puan Ruzimah bersama Cikgu Saki Sasamori.
06
Puan Nyawati bersama Cikgu Saki Sasamori.
05
Puan Norizan bersama Cikgu Saki Sasamori bergambar dengan bangunan kertas yang dibuat.
04
Cikgu Saki Sasamori sedang memeriksa keunikan kraftangan Puan Norizan.
03
Berjalan menggunakan selipar jepun kertas.
02
Terima kasih kepada model yang mempersembahkan selipar jepun kertas.
01
Cikgu Saki Sasamori sentiasa tersenyum. Sentiasa nampak muda walaupun anak telah remaja.