Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090909

Gambar Majlis Khidmat Cemerlang 6.9.2009

Ada yang dah bertanyakan gambar Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang yang dilangsungkan di Hotel Seri Malaysia Kuantan pada 6.9.2009.

Gambar tu kalau nak siapkan cepat memang tak dapat. Belum siap gambar kursus bercerita di Temerloh orang dah tanya. Tak sempat siap lagi orang dah tanya pasal gambar di Janda Baik pula. Tak sempat siap ada yang bertanyakan gambar Khidmat Cemerlang. Itu gambar yang berkaitan dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Belum lagi yang berkaitan dengan program-program peringkat daerah Bera. Belum juga berkaitan dengan individu-individu. Tokoh-tokoh tempatan. Belum lagi berkaitan dengan jabatan-jabatan yang mereka nampak saya ada mengambil gambar berkaitan dengan jabatan mereka. Itupun saya tak ambil gambar orang kawin melainkan keluarga/rodong rapat.

Dahulu saya hairan tengok kalau ada orang sibuk tak tentu arah sepanjang masa. Tetiba kena pada diri sendiri. Rasa-rasa terbayang masa tak sibuk. Boleh baca banyak buku. Petang-petang kayuh basikal sampai Triang atau Durian Tawar. Hari Sabtu atau Ahad boleh kayuh sampai Temerloh. Sekarang ni kalau baca buku maknanya terpaksa tinggalkan kerja lain. Kalau gi kayuh basikal ada kerja lain tak siap. Isteri pula terpaksa jadi jam loceng ingatkan macam-macam benda.

Balik cerita gambar. Gambar-gambar tu semuannya kena buat ikut giliran. Dalam masa yang sama gambar-gambar baru terus dirakamkan. Setiap gambar memang kena tunggu giliran. Kalau tak, nanti ada yang tertinggal. Kena tunggu ada masa lapang. Kena tunggu mood edit gambar datang. Kena sabar. Lagi pun lengoh tangan kalau edit gambar lama-lama. Harap bersabar. Kalau mengikut jadual, dijangkankan giliran gambar Majlis Khidmat Cemerlang 6.9.09 adalah pada penghujung bulan November 2009. Jangan marah. Jangan terkejut. Dan jangan keciwa. Kemungkinan bermula pada 25.11.2009. Jangan tak sabar. Kalau nak cepat mintak pada Izam.

Akhir sekali kepada semua pembaca blog ini saya ucapkan Selamat Habiskan Berpuasa, Selamat Bertarawikh, Selamat Menyambut Hari Raya dan mohon Maaf Zahir dan Batin. Kalau ada apa-apa yang terguris dihati harap maafkan. Kalau sudi bagi la tau supaya saya boleh baiki diri.

Sekian

Cerita lain sikit.

Semalam amrul tak datang kerja katanya cuti. Nani tolong buatkan laporan ke beberapa tempat pasal rumah mertuanya terbakar. Pergi balai polis, Majlis Daerah Bera, Pejabat Kebajikan Masyarakat, JPJ dan Pejabat pendaftaran. Hari ini Amrul cuti lagi. Nani nak mencari orang yang menyelamatkan nyawa mak dan ayah mertuanya. Dah pun jumpa orangnya. Kalau sesiapa nak tengok gambar rumah mertua Nani yang terbakar sila klik DISINI.

Sekian lagi sekali.