Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.
Showing posts with label CCD CIDB-UMP. Show all posts
Showing posts with label CCD CIDB-UMP. Show all posts

20091215

Kursus CCD CIDB-UMP (sesi fotografi)

Susah payah menyusun dan berbaris untuk bergambar tak kan sekeping aja yang keluar. Inilah gambar aksi-aksi peserta ketika sesi fotografi bersama Sinar Harin Bera. Macam-macam gaya yang kita dapat lihat. Ada yang terang-terang ingin pastikan gambarnya dirakamkan. Ada juga yang malu-malu dan menyorok belakang kawan. Ada juga yang tak berjaya untuk senyum. Walaupun dah mencuba beberapa kali. Ada juga yang berjaya senyum akhirnya. Kalau senyum masih juga tak menjadi setiap kali bergambar, lepas ni kena gi kursus senyum pula.

Cubalah tengok wajah-wajah peserta Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD CIDB) , senyum siapakan yang paling kacak dan jelita?

04

"klik pada gambar untuk melihat saiz yang lebih besar"

03

"klik pada gambar untuk melihat saiz yang lebih besar"

02

"klik pada gambar untuk melihat saiz yang lebih besar"

01

"klik pada gambar untuk melihat saiz yang lebih besar"

Jika ada penduduk di Negeri Pahang yang amat berminat untuk menyertai kursus Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD CIDB), sila klik DISINI [http://phd.hafizalramli.com/hubungi-saya].

Kursus CCD CIDB-UMP (Sinar Harian)

Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada Wartawan Sinar Harian Bera, Puan Azizah kerana sudi datang untuk memeriahkan lagi Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD CIDB) yang dijalankan di Perpustakaan Awam Daerah Bera.

Inilah gaya ketika Puan Azizah menjalankan tugas. Sungguh bersungguh-bersungguh. Bukan boleh main-main. Silap cakap akan menyebabkan silap dengar. Silap dengar akan menyebabkan silap tulis. Silap tulis akan menyebabkan kecil hati. Bukan senang tugas wartawan.

Kali ini siapa pula yang ditemuramah oleh Puan Aziziah ni. Kata orang besar dan hebat tentang jejaka hebat ini adalah:
1. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah: "Melihat pada bulan kelahiran Sdr Hafizal Ramli, sememangnya beliau mempunyai komitmen dan “passion” yang amat tinggi ..."

2. Prof Madya Dr Hj Kasim Hj Md Mansur: "... dan mempunyai kebolehan berkomunikasi yang baik."

3. Prof. Madya Dr. Hamzah Samat: "... saya yakin dan percaya beliau mampu melaksana ..."

05 Tengok betul-betul.

"Hafizal Ramli merupakan anak jati Pahang kelahiran Felda Chemomoi yang terletak di daerah Bentong. Beliau mendapat didikan formal di Tabika Kemas Felda Chemomoi dan seterusnya menyambung pelajaran di Sek. Kebangsaan Karak. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Sek. Menengah Agama Simpang Pelangai, Bentong sehingga tingkatan tiga dan seterusnya menyambung pelajaran di Sek. Menengah Agama Al-Wosto, Temerloh, Pahang."

04 Tulis betul-betul.

"Kecemerlangan di dalam SPM membuka jalan kepadanya untuk melanjutkan pengajian di Kolej Matrikulasi Melaka, Kementerian Pelajaran Malaysia. ketika itu, beliau dan rakan-rakan merupakan generasi perintis kolej matrikulasi anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Seterusnya beliau dan rakan-rakan berpindah ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, kementerian Pelajaran Malaysia dan juga merupakan generasi pertama di kolej tersebut."
03 Dengar betul-betul.

"Beliau meneruskan kecemerlangan akademiknya dengan menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Perancangan dan Pembangunan) dengan kepujian di Universiti Malaysia Sabah. Setelah menimba pengalaman bekerja di HR Department, Petronas Carigali Sdn Bhd dan Oscar Villa Sdn Bhd, beliau menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Ekonomi (Perancangan dan Pembangunan) di universiti yang sama."
02 Cakap betul-betul.

"Pernah berkhidmat sebagai tenaga pensyarah dan pensyarah jemputan di Universiti Malaysia Sabah, Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Terbuka Malaysia. Kini beliau meneruskan legasi kecemerlangan akademiknya dengan menyambung pengajian ke peringkat Ph.D (Ekonomi Pembangunan) di sebuah universiti tempatan."
01 Betul-betul semua dah betul.

"Berpengalaman sebagai penceramah bebas dan fasilitator di pelbagai program motivasi antaranya dibawah kelolaan HR Syabas Consultancy dan Biro Tatanegara. Beliau sering dijemput untuk menyampaikan ceramah dan seminar berkaitan pariotisma di seluruh negara. Berpengalaman mengendalikan bengkel, kursus dan ceramah motivasi serta program bina insan, program bina pasukan kepada pelajar sekolah, penuntut IPTA/IPTS, usahawan, kakitangan kerajaan termasuklah persatuan dan juga kelab."

Inilah Encik Hafizal Ramli yang telah menubuhkan HR Syabas Consultancy pada tahun 2006. Encik Hafizal Ramli adalah penyelaras Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD CIDB) yang telah dilantik oleh CENFED, Universisti Malaysia Pahang (UMP).


LINKS KELUAR
o Siapa Saya [http://phd.hafizalramli.com/siapa-saya]
o Hubungi Saya [http://phd.hafizalramli.com/hubungi-saya]
o Testimoni Saya [http://phd.hafizalramli.com/testimoni]
o Program Saya [http://phd.hafizalramli.com/program]

Sehingga saat ini telah:
19,894 pengunjung telah singgah di phd.hafizalramli.com. Semoga lebih ramai lagi akan muncul.

20091214

Kursus CCD CIDB-UMP (Peserta)

Inilah gambar peserta-peserta yang menyertai Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD - Continuous Contractor Development) CIDB Malaysia yang diadakan di Perpustakaan Awam Daerah Bera.
03 Mintak sudu.
02 Mintak tisu
01 Bera Best

Terima kasih banyak-banyak kepada Puan Azizah Wartawan Sinar Harian Bera kerana sudi datang membuat liputan berita tentang kursus ini.

Terima kasih juga kepada CIDB Malaysia, CENFED, Universisti Malaysia Pahang (UMP) dan HR Syabas Consultancy kerana bersetuju untuk adakan kursus Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan ini di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Sedikit sebanyak pemilihan tempat ini akan menyuntik budaya membaca dan budaya ilmu dikalangan kontraktor. Terutama kontraktor yang berasal dari Daerah Bera. kalau ada kelapangan bolahlah mereka galakkan anak-anak mereka berkunjung ke Perpustakaan Awam Daerah Bera.

Terima kasih juga kami kepada Encik Halid kerana berani mencadangkan kepada CIDB Malaysia, CENFED, Universisti Malaysia Pahang (UMP) dan HR Syabas Consultancy supaya menjalankan kursus ini di Perpustakaan Awam Daerah Bera.

Link Kursus:
o Kursus Jahit Manik.

Kursus CCD CIDB - UMP


Sedang berlangsung di Perpustakaan Awam Daerah Bera adalah Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD - Continuous Contractor Development) CIDB Malaysia. Kursus ni berlangsung selama 4 hari iaitu Isnin(14.12.2009) hingga Khamis(17.12.2009) bermula jam 9.00 pagi hingga 5 petang.

Kursus ini adalah anjuran CIDB Malaysia dengan kerjasama CENFED dan Universisti Malaysia Pahang (UMP) serta rakan kerjasama korporat HR Syabas Consultancy.

Kursus ini amat penting kepada kontraktor yang berdaftar dengan CIDB. Bermula pada 1hb Januari 2010, tempoh pembaharuan perakuan pendaftaran dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia hendaklah disertakan dengan sejumlah pungutan mata CCD. Kursus Modul Bisnes yang sedang dijalankan di Perpustakaan Awam Daerah Bera sekarang menawarkan 16 mata point CCD.

Jika ada kontraktor yang gagal mengumpul mata, mereka akan diberikan kelulusan bersyarat untuk tempoh satu tahun. Jika mata CCD masah gagal dikumpul dalam tempoh tersebut permohonan, pembaharuan perakuan pendaftaran berikutnya tidak akan diperbaharui sehingga jumlah mata CCD seperti yang ditetapkan dapat dikumpul.

Tempoh pembaharuan boleh dipohon antara satu tahun hingga tiga tahun.
Gred G1/G2 : 1 tahun (10 mata) - 2 tahun (20 mata) - 3 tahun (30 mata)
Gred G3/G4 : 1 tahun (20 mata) - 2 tahun (40 mata) - 3 tahun (60 mata)
Gred G5/G6 : 1 tahun (30 mata) - 2 tahun (60 mata) - 3 tahun (60 mata)
Gred G7 : 1 tahun (40 mata) - 2 tahun (80 mata) - 3 tahun (120 mata)

Skima mata CCD sebenarnya tidak barasaskan kursus sebegini sahaja. Ada banyak lagi acara yang boleh memberikan markah. Ada markah berdasarkan acara dan ada markah tahunan. Tujuh aktiviti CCD yang boleh memberi markah CCD adalah:

1. Konvensyen, Forum, Seminar, Bengkel, Syarahan, Lawatan teknikal, Kursus, latihan

_a. Menghadiri konvensyen, persidangan, forum, seminar, bengkel, kursus pendek dan program yang berkaitan sebagai peserta yang dianjurkan oleh CIDB dan agensi kerajaan yang berkaitan

_b. Menghadiri konvensyen, persidangan, forum, seminar,bengkel, kursus pendek dan program yang berkaitan sebagai peserta yang dianjurkan oleh pihak lain yang diiktiraf oleh CIDB

_c. Lawatan teknikal / Misi Pelaburan Antarabangsa yang
dianjurkan oleh CIDB atau pihak lain yang berkaitan
yang diiktiraf oleh CIDB

_d. Latihan kemahiran pembinaan yang dianjurkan oleh Akademi Binaan Malaysia (ABM) atau pusat latihan yang diiktiraf oleh CIDB (Belia & Personel Binaan)
- Kursus Business
- Kursus Teknikal

2. Terlibat di dalam Program-program Pembangunan CIDB

_a. Ahli Lembaga Pengarah CIDB

_b. Jawatankuasa CIDB (kumpulan; pakar/khas/gerak kerja dan sebagainya) -(Kehadiran mesyuarat minima sebanyak 60%)

_c. CIDB's Mediator, Adjudicator, etc

_d. Penyertaan di dalam pertandingan MCIEA

3. Persembahan ucaptama, kertas kerja dan sebagainya

_a. Penceramah, Pengerusi atau ahli panel terlibat di dalam penyediaan dan persembahan ucaptama atau kertas kerja bagi persidangan, konvensyen, forum, seminar, bengkel, kursus dan sebagainya. Dianjurkan oleh CIDB atau pihak lain yang diiktiraf oleh CIDB

4. Berkhidmat kepada profesion

_a. Pemilik berdaftar kepada syarikat pembinaan yang berkhidmat dengan persatuan/pertubuhan pembinaan yang diiktiraf oleh CIDB; samada di peringkat kebangsaan atau negeri

_b. Mewakili persatuan ke mana-mana acara rasmi

5. Penerbitan buku atau artikel

_a. Penerbitan buku berkait dengan profesion > 100 muka surat

_b. Penerbitan buku berkait dengan profesion

6. Sumbangan kepada aktiviti persatuan berkaitan pembinaan

_a. Menghadiri mesyuarat agong persatuan pada peringkat kebangsaan, negeri dan cawangan

7. Lain-lain

_a. Anugerah dan pengiktirafan berkaitan dengan aktiviti pembinaan oleh badan / institusi yang diiktiraf oleh CIDB

b. Penglibatan dan sumbangan yang berkaitan dengan aktiviti pembinaan serta diiktiraf oleh CIDB

LINKS KELUAR: