Kalau ada sesiapa yang nakkan contoh bagi 'Project Add Math 2009' sila klik DISINI. Ingat , untuk dibuat contoh. Penerangan perlu disusun semula mengikut kefahaman masing-masing.
Gambar bulatan yang ada perlu ditukar, yang ada dalam contoh ini adalah:
(1) Wheel of a bicycle
(2) Circles on water surface
(3) School park (4)Fish pond
(4) Round table at school compound.
Kalau ada kamera digital boleh ambil gambar bulatan yang ada di sekeliling sekolah.
Lain-lain Links:
@http://addmathsproject2009.blogspot.com/ - ada bahan untuk di 'download Question 1(boleh cuba download) dan Question 2 (jangan download).
@http://hisamudin.com/2009/02/13/add-math-project-2009-form-4-form-5-for-spm/ -ada 16 perbincangan mengenai add math project 2009. Yang terakhir adalah oleh mardi on May 3rd, 2009 11:28 am.
@http://www.kongsiproject.com/ForumQ.aspx -ada 21 perbincangan berkaitan add math bermula 1 Mei 2009 hingga 4 Mei 2009.
@http://geminigeek.com/blog/archives/2004/08/addmath-project-tips-1/ - ada 18 perbincangan bagai mana nak buat add math 2009 ini. Semua dalam Bahasa Inggeris.
Blog ini sudah tidak aktif. Kandungan yang ada hanya untuk simpan peribadi.
Showing posts with label Tugasan. Show all posts
Showing posts with label Tugasan. Show all posts
20090504
20080625
TUGASAN: Wau
Inilah adalah bahan yang dicari bagi membantu pelajar menyiapkan tugasan mereka mengenai wau. Tugasan yang dipaparkan di Blog Perpustakaan Awam Daerah Bera ini bolehlah dikarang semula oleh pelajar.
Karangan 1
Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit.
Latar Belakang Wau
Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut. Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wauSelain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.
Jenis WauBerbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.
Sejarah Wau Malaysia
Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.
Mitos Permainan Wau
Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi. Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.
Membuat Wau
Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.
Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya. Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan. Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau.
Cara Bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.
Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negaraUnsur-unsur Wau Bulan juga boleh didapati pada;
Seni Pertukangan
Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung di sebaliknya menghikut daya imiginasi jiwa pencipta itu sendiri.Kebanyakan barangan memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan ini antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.
Tarian Siti Wau Bulan
Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti gendang dan serulingDikir BaratSelain daripada permainan wau, wau juga turut dinyanyikan dalam
Dikir Barat.
Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Antara lagu Dikir Barat yang terkenal ialah :-
1. Karut Selampit
2. Karut Menora
3. Karut Jenaka Mak Yong
4. Karut Wau Bulan Lirik Lagu Wau Bulan Dalam Dikir Barat
Eh Wau Bulan
Eh Wau Bulan
Wau Bulan teraju tiga
Ini malam sama-sama
Sama-sama bersuka-ria
Karangan 2
Teknik Pembuatan Wau Tradisional
Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau.Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti. Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.
Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh
Mencari dan Menebang Buluh
1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di waktu tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.
7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu
8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini”.
Penyimpanan Buluh
Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada dilangkah manusia.Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat ialah :-
1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.
2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.
3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.
Meraut Buluh
Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan.
Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-
1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan sederhana keras.
2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5 sentimeter
4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk memudahkan ia dibentuk.Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok pula dengan kertas pasir.
Membuat Bingkai
Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.
Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau
1.Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian tersebut.
2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu
3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang
4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut seimbang di kedua-kedua belah.
5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap
6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau.
7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.
Proses Memasang Tanah Wau
Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :-
1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.
2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari rangka bingkai.
3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.
4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji. Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau tersebut unik dan istimewa.
Antara langkah-langkah yang terlibat :
1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas bagi wau.
4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyapu gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi.
5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.
6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada bahagian tepinya sahaja. Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna
Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu
Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau. Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk membentuk rambu
Proses Membuat Serta Memasang Belalai
Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau
Proses Membuat Serta Memasang Busur
Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan. Terdiri daripada empat komponen iaitu ‘bok’, daun ibus, inas dan buluh penyepit.
1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau.
2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut kesesuaian bunyi yang dikehendaki.
4. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang dua sentimeter dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur.
5. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada kepala wau dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat menggunakan benang nilon.
Jenis Koleksi Wau Tradisional-Wau bulan -Wau kucing -Wau jala budi -Wau merak
Kesimpulan
Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.
Rujukan
“Brief History of the Kite.” http://www.kiteman.co.uk/KiteHistoryBothPages.html. 12 Oct. 2004
“Dikir Barat”. http://www.e-genius.com.my/sukan_kebudayaan03.html. 22 Dec. 2004
“Ekite model.” eKITE Website. http://www.e-kite.wakaf.net. 7 Oct. 2004
“Filigree.” www.kraftangan.gov.my/maklumatkraf.html#filigree. 22 Dec. 2004
“Kedai Wau.” http://www.smarttravelasia.com/klshop.html. 15 Dec. 2004“Kites In Malaysia, kites in Penang.” Discovery Kites. http://www.discovery-kites.com/. 5 Oct. 2004
“Malaysian Kite Festival Pasir Gudang 6th Internatioal Kite”. Pasir Gudang Kite Festival Malaysia 2001. http://www.bhc.com/malaysia2001/. 2 Oct. 2004.
“Malaysia’s Independent Kiting Portal.” http://www.kites.org/malaysia. 11 Oct. 2004
“SkyDancer Sports Kites.” http://www.skydancer-kites.com. 7 Oct. 2004
“Traditional Kite Plans.” Kite Building Plans. KiteBuilder.com. http://nordnet.fr/~amoreaux/cv/waubu.htm. 15 Oct. 2004.
“Wau.” http://tourmalaysia.tripod.com/wau.htm. 12 Oct. 2004
“Wau, gendang, gamelan (Terengganu)”. Selangor : Pustaka Murni, 2003. J 394.309595122 Wa
“Wau Sebagai Perhiasan.” http://www.cybermelayu.com/newriang/. 15 Dec. 2004
“World Sport Kite Campionships Langkawi, Malaysia.” http:// www.aka.kite.org. 6 Oct. 2004
“WOW!!! Wau!.” http://www.usu.edu/~masa/selection.html. 12 Oct. 2004Fieda.
“Permainan Wau”. Petaling Jaya : Oak Enterprise, 2003. J796.109595 FiMaznan Noordin.
“Wau”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992. YF MazMohd Nazri Ahmad.
“Wau Dan Seni Tekat”. Selangor : Pustaka Mawar, 2000.Wan Basiron Wan Ahmad.
“Wau Tradisional Malaysia = Traditional Kites of Malaysia.” Pasir Gudang : Muzium Layang-layang, 2002. R 796.1589595 Wau

20080606
TUGASAN: PMR - Gasing
Karangan ini dihasilkan berdasarkan rujukan di beberapa tempat di internet. Diharap serba sedikit dapat memudahkan tugas mencari bahan oleh pelajar-pelajar yang terlibat. Maklumlah, kadang-kadang tugas mencari bahan ini diserahkan pula oleh pelajar kepada emak, ayah, abang dan kakak mereka. Ada yang terkial-kial menghadap internet bagi mendapatkan bahan yang diperlukan. Sekarang kami dah tolong carikan, tulislah semula dengan ayat masing-masing.
-------------------------------------------------------------------------------
KARANGAN 1
-------------------------------------------------------------------------------
Gasing satu permainan tradisi masyarakat melayu sejak berkurun lagi. Gasing tidak mempunyai nama lain, tetapi ia mempunyai pelbagai jenis bentuk. Terdapat beberapa jenis gasing yang popular di beberapa buah negeri di Malaysia.
ASAL-USUL
Mengimbas mengenai permainan gasing itu, ada cerita yang mengaitkan bahawa asal usul permainan terbabit dengan buah berembang. Berembang yang mudah diperoleh di tepi pantai berbentuk bulat, licin dan leper itu dikatakan menimbulkan idea orang zaman dulu untuk meniru bentuk berembang bagi dijadikan sejenis permainan.Ketika gasing berputar ligat, ia dipanggil ‘gah’ bermaksud tegak dan kuat ketika berpusing. Mengikut cerita masyarakat di Kedah, ia berasal daripada permainan laga telur yang kerap dimainkan di kalangan kanak-kanak. Di situ timbul idea mengikut kayu dalam bentuk telur dan dipasangkan paksi. Bagi memastikan ia berputar ligat, tali digunakan untuk memusingkannya.
NEGERI YANG MEMPOPULARKAN PERMAINAN INI
Negeri yang paling popular dengan permainan in adalah Kelantan. Sebagai contoh, Gasing Begelen, berbentuk agak leper diperbuat daripada kayu jenis ringan. Ia popular dimainkan di Sabah, Johor dan Brunei. Gasing Toyol, dimainkan di Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan. Gasing pangkah pula merupakan permainan rakyat yang telah dimainkan sejak di Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Pendapat lain mengatakan, negeri yang mempopularkan permainan gasing adalah:~ Kelantan ~ Kedah~ Terengganu~ Pahang~ Selangor~ Johor.
KAUM / ETNIK YANG TERLIBAT
Permainan gasing ialah permainan rakyat yang popular dikalangan orang Melayu. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.
Pendapat lain mengatakan, kaum/etnik yang terlibat adalah: ~ Kaum Melayu ~ Kaum Cina~ Kaum Bajau~ Kaum Lampung~ Kaum Jambi.
TUJUAN DIMAINKAN
Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada suatu ketika dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang Melayu dahulu mencari alternatif untuk bergembira tanpa mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan bahan terbuang. Selain dijadikan sebagai hiburan dan juga memanfaatkan bahan terbuang, permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-idea masyarakat Melayu, dan ini terbukti dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing serta teknik permainan. Permainan gasing juga dapat menyerikan lagi rumah tradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannya dibina di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang yang meredupkan gelanggang. Permainan gasing bagi orang Melayu juga mengukur tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi.
Pendapat lain mengatakan, tujuan gasing dimainkanadalah: ~ Melepaskan tekanan atau kepenatan sewaktu bekerja~ Untuk meriangkan perasaan~ Mengasah minda dan akal~ Memupuk persefahaman dan perpaduan
ALAT – ALAT YANG DIGUNAKAN
Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.
CARA DIMAINKAN
Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Dalam permainan gasing langkah - langkah yang paling ada bagi setiap pemain untuk bermain gasing ialah:-
1) Melilit Tali Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua - dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan llilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri manakala bagi pemain gasing uri Kelantan mereka tidak melilit tali sendiri, tetapi lilitan dibuat oleh orang lain dan setelah kemas barulah pemain mengambilnya. Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengankat atau menegak uri.
2) Melilit Gasing Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit disekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradidional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji dibahagian bahu gasing. Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang.
3) Memusing Gasing: Terdapat berbagai - bagai gaya dalam memusing gasing, memusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat Gambarajah di bawah ditunjukkan cara melakukan teknik pusingan sorong tarik. Bagi pusingan sentap(rujuk gambarajah di bawah), gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat.
4) Memangkah Gasing: Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.
•Pangkah totok: Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.
•Pangkah hentak: Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan. Kaedah melakukan pangkah hentak. Kedudukan gasing yang tinggi memberikan kekuatan pada gasing untuk menghentak gasing lawan.
•Pangkah layang: Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.
•Pangkah tebang: Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.
5) Mengangkat GasingSetelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi. Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan pusingan gasing.
-------------------------------------------------------------------------------
KARANGAN 2
-------------------------------------------------------------------------------
Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada suatu ketika dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang Melayu dahulu mencari alternatif untuk bergembira tanpa mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan bahan terbuang. Ini telah menimbulkan idea kepada masyarakat Melayu untuk mencipta permainan gasing yang diperbuat daripada saki baki kayu yang terbuang. Pelbagai faedah boleh didapati daripada permainan gasing ini. Selain dijadikan sebagai hiburan dan juga memanfaatkan bahan terbuang, permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-idea masyarakat Melayu, dan ini terbukti dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing serta teknik permainan. Permainan gasing juga dapat menyerikan lagi rumah tradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannya dibina di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang yang meredupkan gelanggang. Permainan gasing bagi orang Melayu juga mengukur tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. Kemahiran dan kebolehan ini diaplikasi secara sistematik dalam gelanggang gasing. Kepantasan dan ketepatan amat jelas dalam permainan gasing dan ia juga memupuk semangat kekitaan yang tinggi. Permainan gasing harus terus dimainkan oleh generasi muda sekarang sebagai langkah mengekalkan daya kreatif bangsa Melayu mencipta permainan berasaskan serpihan kayu. Jika usaha gigih diteruskan pasti suatu ketika nanti gasing akan menjadi permainan yang digemari. Pemulihan permainan ini diharap dapat memaparkan kepada umum tentang warisan bangsa Melayu yang telah dilupakan agar terus berkekalan.ASAL USUL:
Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di dunia dan tidak mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat. Masyarakat Melayu tradisional juga tidak ketinggalan dalam soal ini. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri mereka telah mengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati. Antara kegiatan yang dilakukan ialah bermain gasing. Gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Mereka bermain gasing untuk beradu kemahiran, kecekapan, kepantasan, dan kerjasama berpasukan. Disamping itu, mereka juga dapat mengeratkan hubungan sesama mereka dan berpeluang berbincang tentang pelbagai perkara.
Terdapat pelbagai cerita yang timbul berkaitan asal-usul permainan gasing dan inilah yang menyebabkan corak permainan gasing berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Terdapat cerita yang mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah berembang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, agak leper dan licin. Ia pula mudah dipusing dengan tangan. Buah yang lama dan ligat pusingannya dikira menang.
Bagi ahli silat, satu daripada latihan menguatkan tangan ialah memusingkan buah berembang. Lama-kelamaan timbul ilham meniru bentuk buah ini dan diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat ia disebut "gah", yang bermaknategak dan kuat semasa berpusing. daripada istilah inilah dikatakan bermulanya permainan gasing.Menurut seorang tua di Kulim, Kedah, permainan gasing berasal daripada permainan "laga telur" yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya, kanak-kanak ketika itu begitu asyik memusingkan dan melagakan telur. Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuktelur dan dipasangkan paksi. Seutaas tali digunakan untuk memusingkannya kerana memusingkan dengan tangan kurang ligatdan pusingannya tidak tahan lama.
Seorang pemain gasing veteran, yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang yang berbentuk leper dan bulat. Apabila dilemparkan alat ini berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka menggunakannya sebagai satu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan mengenai sasaran. Alat tersebut kemudian direka bentuk sedemikian rupa hinggalah seperti bentuk seperti gasing yang terdapat pada hari ini.
PERKEMBANGAN PERMAINAN GASING:
Permainan gasing di Malaysia bukanlah perkara baru tetapi ia telah dimainkan sejak sebelum perang dunia lagi. Kini mula diminati kembali oleh pencinta seni warisan yang berusaha memperkenalkannya di kalangan masyarakat. Pada dasarnya pelbagai jenis permainan gasing boleh didapati di seluruh Malaysia. Gasing bukan sahaja dimainkan oleh orang dewasa, tetapi juga di kalangan remaja dan kanak-kanak. Kalau dahulu gasing hanya dimainkan di pertunjukan kebudayaan peringkat antarabangsa dan di sekolah-sekolah melalui program pengenalan. Permainan gasing di Malaysia pada dasarnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gasing tradisional dan gasing sukan. Permainan gasing tradisional terdapat pelbagai jenis dan bntuk dan hanya dimainkan di sesuatu tempat tertentu oleh golongan tertentu sahaja. Peraturan dan cara mengendalikannya juga berlainan mengikut kampung, daerah dan ketua permainan. Namun begitu kaedah asas permainan gasing adalah sama iaitu memusing, meangkahdan dan membela uri. Hanya yang membezakan ialah kaedah membela uri, melilit tali, peralatan tambahan dan bilangan pemain yang bermain. Inilah yang menimbulkan pelbagai bentuk dan sara permainan gasing. Umpamanya terdapat perbezaan dalam permainan gasing timah dan gasing leper di negeri Kelantan; gasing peyek dan gasing tempayan di Selangor serta gasing paku di Kedah.Di Nusantara sendiri, gasing bolehlah dikaitkan dengan pengaruh penghijrahan, peperangan dan perdagangan terbuka sejarah lampau. Andaian ini berdasarkan bentuk-bentuk gasing yang berlainan mengikut negeri yang pernah dijajahi oleh kerajaan lain. Umpamanya gasing timah dan gasing leper Kelantan tidak terdapat di negeri lain. Begitu juga dengan gasing paku yang dimainkan oleh masyarakat Kuala Selangor, ternyata adalah sama dengan gasing yang dimainkan pemain gasing Kedah dan Patani. Gasing Riau mempunyai persamaan dengan gasing Melaka dan jika ditinjau di Riau sendiri, ramai yang memang berasal dari Melaka. Pengaruh ini jelas menunjukkan bahawa ada pertalian yang penting antara aliran pengaruh dan gaya permainan masyarakat tempatan dengan tempat lain.Selain Malaysia, permainan gasing turut terdapat di negara-negara lain di Asia , Afrika serta Eropah. Cuma yang membezakannya adalah corak permainan, bentuk gasing, nama serta golongan yang memainkannya. Oleh itu, ternyatalah permainan gasing ini adalah sejenis permainan tua yang dimiliki oleh hampir semua tamadun.Walaupun gasing ini merupakan permainan masyarakat serumpun Melayu, namun pelbagai masalah telah timbul akibat ketidakseragaman peraturan, bentuk gasing serta corak permainan gasing. Hasil kesedaran betapa pentingnya kesergaman dalam permainan gasing ini maka pihak yang bertanggungjawab telah mengambil tindakan yang bijak iaitu mengadakan Kongres Kebudayaan Melayu pada tahun 1972, di Universiti Malaya yang kemudiannya diikuti dengan Seminar Penyatuan Undang-Undang Gasing, di Sekolah Dato' Seri Amar DiRaja, Muar, Johor, pada tahun berikutnya. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan permainan gasing.
PERMAINAN GASING MASA KINI
Kini permainan gasing tidak begitu mendapat tempat seperti permainan lain yang diperkenalkan oleh penjajah. Pemain dan peminat permainan gasing mula memikirkan cara untuk menyebarkan permainan ini secara meluas dan menyeluruh. Peristiwa ini bermula pada 16 April 1971 dalam Kongres Kebudayaan Malaysia Pertama yang diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Antara kertas kerja yang dibentangkan ialah tentang pertukangan wau, gasing dan patung wayang kulit. yang dibentangkan oleh Tan Sri Datuk Haji Mubin Sheppard. Terlalu sedikit hal tentang gasing sebenarnya merupakan permainan yang terkenal di kalangan orang Melayu sejak zaman dahulu. Ekoran kongres itu, beberapa orang peminat dan penyokong permainan ini dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (kini Kementerian Belia dan Sukan) telah berusaha menganjurkan Seminar Undang-Undang Permainan Gasing yang bertempat di Sekolah Dato' Seri Amar Diraja, Muar, Johor. Tujuan seminar ini ialah untuk menyatu dan mencari persamaan terhadap beberapa masalah permainan gasing. Pada peringkat awal perbincangan ini beberapa negeri telah membantah dan tidak menerima resolusi ini kerana mereka tidak mahu menukar bentuk dan peraturan gasing yang dihasilkan. Sebagai langkah awal dalam melaksanakan amalan permainan bersama, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan pada 23 September 1972 iaitu kira-kira lima bulan selepas seminar Penyatuan Undang-undang Gasing dibentuk di Muar. Mesyuarat pertama yang diadakan di Rumah Persinggahan Melaka akhirnya bersetuju untuk mencuba peraturan yang telah digubal. Langkah ini telah dilaksanakan pada 5 Ogos 1973 dalam pertandingangasing di negeri Melaka yang disertai oleh tiga buah negeri.Kemudian dua mesyuarat penyelaras lagi telah dibentuk,iaitu di Wisma Belia, Kuala Lumpur pada 10 Februari 1974 dan di Bangunan Majlis Perbandaran Johor Bahru, Johor pada 10 Julai 1974. Cadangan menubuhkan Lembaga Pengadil Gasing telah dibuat dalam mesyuarat penyelaras kali ketiga pada 20 Mei 1975, di Wisma Belia. Majlis penubuhan Lembaga Pengadil Gasing telah berlangsung di Pejabat Daerah Kelang pada 20 Jun 1975. Bersamaan penubuhan ini juga telah diadakan diadakan perbincangan tentang penubuhan Persekutuan Gasing Malaysia. Pada 5 Disember 1977, Persekutuan Gasing Malaysia telah ditubuhkan dan didaftarkan di Melaka setelah melalui beberapa perbincangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)