Pada minggu lepas saya telah pergi ke pejabat Pos Mini Kerayong. Masa berbaris, tiba-tiba ada panggilan masuk. Lepas menjawab panggilan saya simpan kembali telefon dalam poket seluar. Lelaki yang berbaris didepan saya tiba-tiba berpusing kearah belakang dan bertanya, "PDA ke tu?". Saya jawab "Ya, O2 XDA ll, jenis lama. Orang dan tak pakai". Dia terus bercerita, "Saya dah booking PDA HTC, RM2000, tapi belum sampai lagi".
Kemudian dia terus bercerita pasal baru tukar dari Bentong. Pasal kesusahan yang dihadapi ketika bertugas di Daerah Bera berbanding di Daerah Bentung. Sedang seronok mendengar pengalaman orang baru bertukar ke Daerah Bera, tiba satu kaunter dibuka khas untuk pembayaran bill sahaja (kerana petugasnya masih dalam latihan). Saya segera beralih ke kaunter tersebut. Urusan saya siap lebih dahulu daripada lelaki tersebut.
Sebelum keluar dari Pejabat Pos Mini Kerayong saya bersalam dengan lelaki tersebut. Terus saya mengambil kesempatan untuk promosi Perpustakaan Awam Daerah Bera. Kata saya "Kalau ada masa singgah la di perpustakaan". Lelaki tersebut terkejut dengan pelawaan saya, dia terus bertanya "Buat apa?". Saya pula terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh lelaki tersebut, dengan tenang saya menjawab "Di perpustakaan ada internet percuma, boleh dapatkan maklumat lanjut tentang PDA HTC." Lelaki tersebut bertambah terkejut dengan jawapan saya, lalu bertanya "Nak buat apa?"
Blog ini sudah tidak aktif. Kandungan yang ada hanya untuk simpan peribadi.
20090612
20090608
Bulan Dakwah 2009 (02) Buku Pameran
Inilah buku-buku yang dipamirkan di Pameran Koleksi Buku-buku Dakwah sempena Sambutan Bulan Dakwah Peringkat Daerah Bera 2009.
10
Wali Songo. Perjuangan dalam Dakwah Islam.
09
Peranan Ulama' Dalam Pembangunan Menjelang Abad Ke-21.
08
Pendakwah Masa Kini. Sikap & Pendekatan
07.
Dakwah Masyarakat Orang Negeri Pahang.
06.
Yakin & Ikhlas. Kisah-kisah Nabi Muhammad di Madinah
05
Kefahaman Orang-orang Bukan Islam Tentang Islam dan Pembangunan Imej Islam.
04
Intelektualisme & Dakwah Masa Kini
03
Dakwah Islamiah Malaysia Masa Kini.
02
Isu Dakwah dan Kemanusiaan Dalam Era Globalisasi
01
Berdakwah Dengan Efektif
10Wali Songo. Perjuangan dalam Dakwah Islam.
09Peranan Ulama' Dalam Pembangunan Menjelang Abad Ke-21.
08Pendakwah Masa Kini. Sikap & Pendekatan
07.Dakwah Masyarakat Orang Negeri Pahang.
06.Yakin & Ikhlas. Kisah-kisah Nabi Muhammad di Madinah
05Kefahaman Orang-orang Bukan Islam Tentang Islam dan Pembangunan Imej Islam.
04Intelektualisme & Dakwah Masa Kini
03Dakwah Islamiah Malaysia Masa Kini.
02Isu Dakwah dan Kemanusiaan Dalam Era Globalisasi
01Berdakwah Dengan Efektif
20090603
Bulan Dakwah 2009 (01) Sudut Pameran
Sebagai menyokong usaha Jawatankuasa Program Bulan Dakwah 2009 Peringkat Daerah Bera, Perpustakaan Awam Daerah Bera telah mengadakan Pameran Buku-buku Dakwah di Perpustakaan Awam Daerah Bera.
.
Buku-buku yang dipilih adalah yang mempunyai kaitan dengan perkataan "DAKWAH". Bila buku-buku ini diletakkan setempat barulah ada pengunjung perasan mengenai buku-buku berkaitan. Kadang-kadang ada juga pengunjung yang pergi ke perpustakaan tetapi tiada cadangan khusus tentang buku yang hendak dibaca. Bila diadakan pameran sebegini mereka difokuskan kepada tema "DAKWAH". Tanpa berfikir panjang mereka menetapkan niat untuk membaca buku-buku sebegini.
.
Mungkin jika keadah pameran sebegini sesuai diperluaskan kepada buku-buku bagi kategori lain. Cara sebegini akan dapat menarik minat pengunjung untuk mengunjungi perpustakaan. Keadah yang sama sering digunakan oleh Pasaraya Tunas Manja Bera, Big 10 Bera, Aktif Bera, Sakan Bera dan Eng Hong Bera. Pasaraya-pasaraya ini akan meletakkan barangan terpilih dibahagian tertentu untuk menarik perhatian pembeli. Pembeli yang asalnya ingin membeli satu barang, akhirnya terpujuk untuk membeli dua barang.
http://hariridaud.wordpress.com/2009/02/19/semarakkan-bulan-dakwah-2009/
Subscribe to:
Posts (Atom)