Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20081029

Galeri Foto Sejarah Daerah Bera: Lampu

Pada hari semalam, 28hb. Ogos, 2008 hari Selasa, kontraktor telah datang semula untuk kerja-kerja pemasangan lampu. Mereka telah berjaya sampai lebih kurang pukul tujuh malam, terpaksalah saya tunggu dari jam lima petang sampai tujuh setengah malam. Dalam masa menunggu tersebut saya sempat kemaskini blog Kelab ICT Pahang, siapa yang nak tengok gambar masa kursus portal ICT klik http://kelabictpahang.blogspot.com/ . Siap 'upload' gambar dalam blog Kelab ICT Pahang saya tinggalkan mereka bertiga untuk siapkan kerja-kerja pemasangan lampu.
.
Inilah lampunya yang akan menceriakan galeri foto Perpustakaan Awam Daerah Bera. Lampu asal bilik serbaguna dinyalakan, lampu galeri tidak dinyalakan.
1 2 3 4 5 6 7
8

Kalau ada yang 'tertanya' lampu tu nyala ke tidak. Buat pamiran macam gambar aja ke? Berikut adalah keindahan lampu tersebut apabila dinyalakan.
9 10 11 12 13
Berkesan ke pada foto yang dipamirkan? Seterusnya kita lihatlah betapa cantiknya pencahayaan yang dihasilkan oleh lampu tersebut. Lampu asal tidak dinyalakan supaya kita dapat nikmati kesan lampu galeri.
14 15 16 17 18 19 20 21 22
Kalau nak bagi kongsi ilham, boleh la klik pada 'comments'. Bagi la tip macam mana nak bagi orang ramai suka datang. Kena ada buku pelawat ke, perlu ada cenderamata ke atau apa-apa ilham yang mustajab dan mujarab.

20081020

Galeri Foto Sejarah Daerah Bera

Pembinaan Galeri Foto-Foto Bersejarah Daerah Bera masih lagi dalam pembinaan di peringkat akhir. Terlebih dahulu Perustakaan Awam Daerah Bera mengucapakan jutaan terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang kerana telah menyediakan peruntukan untuk membina satu galeri foto di daerah Bera. Adalah diharapkan geleri ini menjadi tempat rujukan mengenai:

1. Perkara bersejarah di daerah Bera.
2. Tokoh bersejarah di daerah Bera.
3. Tempat bersejarah di daerah Bera.
4. Tarikh Bersejarah di daerah Bera.
5. Peristiwa Bersejarah di daerah Bera.

Pihak Perpustakaan Awam Daerah Bera juga akan berusaha mengumpul foto-foto bersejarah Daerah Bera yang berada di Daerah Bera atau pun yang berada di luar Daerah Bera. Galeri ini akan dibuka kepada orang ramai setelah sempurna pembinaannya.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

20081007

ONLINE: Kuiz Jawi 4

Aktiviti Online Bagi:


Terbuka kepada Ahli Kanak-kanak, Ahli Kelab Membaca Sinar Pintar dan Ahli Kelab ICT Negeri Pahang di: Perpustakaan Awam Daerah Bera, Perpustakaan Desa Mengkarak, Perpustakaan Desa Batu Papan, Perpustakaan Desa Bandar 32, Perpustakaan Desa Seri Buntar dan Perpustakaan Desa Seri Hamzah sahaja.
------------------------------------------------------------------------------
Soalan 1 > Soalan 2 > Soalan 3 > SOALAN 4
------------------------------------------------------------------------------

SOALAN 4. Pilih jawapan yang BETUL sahaja.

CARA MEMILIH JAWAPAN:
1. Cari titik atau susunan huruf yang salah.
2. Huruf diterbalikkan tetapi masih betul.
3. Periksa susunan semua huruf dan titik
4. Tiada huruf yang diubah bentuknya.
------------------------------------------------------------------------------
A
------------------------------------------------------------------------------
B
------------------------------------------------------------------------------
C
------------------------------------------------------------------------------
D
------------------------------------------------------------------------------
E
------------------------------------------------------------------------------
Untuk menjawab Ahli Kanak-kanak, Ahli Kelab Membaca Sinar Pintar dan Ahli Kelab ICT Negeri Pahang perlu tuliskan:

(1) Nama Perpustakaan (2) Nama Ahli (3) No Ahli Perpustakaan (4) Nama Sekolah (5) Jawapan

------------------------------------------------------------------------------
contoh:
(1)PD Mengkarak (2)Abdullah (3)K1234 (4)SK Durian Tawar (5)ABCD
------------------------------------------------------------------------------

Sila klik pada 'Post a Comment' untuk menjawab.