Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090903

PD Batu Papan - Pemantauan 16.08.09

Setelah menjenguk bangunan PD Bandar 32 di Felda Tementi, saya terus ke PD Batu Papan. Jalan yang dipilih adalah melalui jalan kampung Orang Asli. Melalui jalan ini kita tak perlu kembali ke Kerayong. Jalan kampung orang asli ini agak sempit dan melalui kawasan tanaman kelapa sawit dan getah. Laluannya muat-muat untuk satu kereta walaupn jalan tar. Melalui jalan ini kita akan menempuh Kampung Orang Asli Ibam, Kampung Orang Asli Bukit Rok, Bukit Serdang, Kuala Bera dan seterusnya sampai ke Batu Papan. Sebelum sampai di PD Batu Papan kita akan berjumpa dengan Pejabat Penghulu, jambatan panjang, Balai Polis Batu Papan, Klinik Desa Batu Papan, Risda Batu Papan dan PD Batu Papan.
05
04
03
02
01