Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

20090821

Kuiz 1 Malaysia

Jika untuk pelajar sekolah rendah dan tadika diadakan Mewarna 1 Malaysia. Untuk pelajar sekolah menengah diadakan Kuiz 1 Malaysia. Soalannya tak banyak tetapi mungkin ada yang terlepas pandang sehinggakan soalan ini dirasakan susah. Untuk mendapatkan makluman lanjut peserta boleh mencari maklumat dengan klik DISINI.

Kuiz 1 Malaysia ini turut di adakan di:
Perpustakaan Desa Batu Papan.
Perpustakaan Desa Bandar 32.
Perpustakaan Desa Seri Buntar.
Perpustakaan Desa Seri Hamzah.

Bagi perpustakaan desa yang tersebut, sila gunakan soalan ini untuk Kuiz 1 Malaysia peringkat desa masing-masing.
21.08.09

Mewarna 1 Malaysia

Sempena sambutan Kemerdekaan Ke-52 Peringkat Daerah Bera, Perpustakaan Awam Daerah Bera telah mengadakan aktiviti mewarna untuk kanak-kanak sekolah tadika dan sekolah rendah. Mereka yang berminat boleh datang ke Perpustakaan Awam Daerah Bera pada setiap hari Jumaat untuk menyertai AKTIVITI MEWARNA 1 MAALAYSIA dan lain-lain 'Aktiviti Hari Jumaat". Pelbagai aktiviti telah diadakan, untuk melihat aktiviti yang telah dijalankan sila klik DISINI (sinarpintar.blogspot.com).

Aktiviti mewarna 1 Malaysia ini turut di adakan di:
Perpustakaan Desa Batu Papan.
Perpustakaan Desa Bandar 32.
Perpustakaan Desa Seri Buntar.
Perpustakaan Desa Seri Hamzah.


Bagi perpustakaan desa yang tersebut, sila gunakan gambar ini untuk aktiviti/pertandingan Mewarna 1 Malaysia peringkat desa masing-masing.
21.8.2009

20090807

Kg Asli Temuan Sg Tuang


Semalam iaitu 6.8.2009 (Khamis) sepatutnya saya bersama Lizune menghadiri
Majlis Perasmian Penutup Program Ziarah Dakwah dan Pemantapan Akidah Masyarakat Orang Asli Daerah Bera 2009 [link ke Laman Kerayong]
Disebabkan Amrul tidak sihat dan diberikan MC oleh HA Klinik Triang jadi kami tak pergi. Tak boleh tinggalkan Nani seorang. Kesian dia.

Program ini sebenarnya telah berlangsung pada 4 dan 5 Ogos 2009. Pada 6 Ogos 2009 adalah penutupnya. Perpustakaan Awam Daerah Bera telah diminta membuat pengisian dalam tempoh program ini. Saya bersama Lizune telah menjalankan program Kenali Perpustakaan di Kampung Asli Temuan Sungai Tuang ini pada 4.8.2009. Kami tiba disana jam 4.00 petang setelah tersesat. Rupanya kami sampai lebih awal daripada kumpulan penggerak JAKIM dan Pejabat Agama Islam Daerah Bera (PAID Bera).

Cadangan PAID Bera meminta kami membuat pertandingan mewarna. Tetapi di kampung Sungai Tuang ini tak ada tadika. Penduduk disini bersekolah di Felda Bukit Puchong. Lebih kurang 3 km dari kampung Sungai Tuang. (Untuk sampai ke Kampung Sungai Tuang ini pun perlu melalui Felda Bukit Puchong.)

Berdasarkan maklumat pihak JHEOA Bera, terdapat 36 orang pelajar Orang Asli Temuan Sg. Tuang bersekolah di SK Felda Bukit Puchong. Lelaki 15 orang dan perempuan 21 orang. Pecahan lebih tepat adalah: Pra - 0 orang, Tahun 1 - 5 orang, Tahun 2 - 8 orang, Tahun 3 - 4 orang, Tahun 4 - 9 orang, Tahun 5 - 3 orang dan Tahun 6 - 7 orang. Pelajar Orang Asli yang paling ramai adalah di SK Bukit Rok (203 orang) seterusnya adalah SK Iskandar (213) dan SK Bukit Gemuruh (150 orang). Lain-lain sekolah yang mempunyai pelajar orang asli adalah SK LKTP Triang 2 (24 orang), SK Mayam (16 orang), SK LKTP Rentam (4 orang), SK LKTP Kumai (1 orang), SK LKTP Tembangau 6 (75 orang) dan SK Sebertak (1 orang).

Tugas kami di Sungai Tuang adalah untuk menyelitkan budaya membaca disamping beramah mesra dengan penduduk kampung Sungai Tuang ini. Kalau Penggerak Jakim dan PAID Bera melakukan ziarah untuk berdakwah supaya Penduduk Kampung ini tertarik untuk masuk Islam. Kami pula berkempen untuk menyedarkan penduduk kampung ini tentang peranan membaca dan perpustakaan awam.

Kami hanya berjaya mendekati kumpulan kanak-kanak perempuan dan kaum wanita mereka. Kanak-kanak lelaki dan kaum bapa sukar sikit untuk didekati. Memang ada juga dikalangan kanak-kanak mereka yang tak tau membaca. Namu begitu, apabila diberikan hadiah buku mereka amat gembira. Kumpulan yang takut-takutkan kami sibuk bertanya dari jauh tentang hadiah yang diterima. Bila dipanggil dekat mereka masih juga malu-malu.

Kumpulan yang dah mesra dengan kami ini pun hampir-hampir terlepas. Ketika kami mula-mula sampai, mereka segera hendak menjauhkan diri dari kami. Setelah berjaya menyakinkan mereka bahawa kami adalah kawan, barulah mereka menjadi mesra. Seterusnya kami dibawa ke kawasan rumah mereka den bertemu dengan mak dan kakak mereka.

Kumpulan ini juga telah membawa kami ke sekitar kampung mereka. Kalau siapa yang takutkan anjing jangan cuba-cuba datang ke kawasan perkampungan Orang Asli. Malah, bila kami dan 'pemandu pelancong' sampai di satu-satu rumah, anjing-anjing semuanya menyalak dan berlari meluru kearah kami. Gementar juga mulanya. Kumpulan 'pemandu pelancong' kami buat tau tau aja kat anjing tu. Rupanya itulah cara anjing-anjing tersebut menunjukkan kegembiraan mereka bila ada tetamu datang berkunjung (agaknya).

Sebelum balik kami berusaha mendapatkan seorang yang telah bersekolah menengah. Katanya ada seorang yang bersekolah sampai tingkatan satu. Kami bercadang nak berikan buku Peribahasa PMR yang diberikan oleh Puan Rohaida. Bila diminta untuk berjumpa dengan pelajar tersebut kata 'pemandu pelancong', "Dia tak ada, pergi tangkap ikan." Kami bertanya lagi, "Dia sekolah tak?". Terus dijawab, "Sekolah. Tetapi, dah lama tak pergi sekolah". Maknanya dah berhenti sekolah la tu.

Pada masa akan datang, kami berharap akan dapat membantu kanak-kanak disini membina budaya membaca. Mungkin Bengkel Teknik Bercerita boleh digunakan disini.

Akhir sekali, apa yang boleh kami katakan adalah Kampung Sungai Tuang ini kelihatan sungguh bersih. Jika berpeluang mungkin kami nak buat kembara ilmu di tempat mereka bersama PD yang ada di Daerah Bera.

Sekian.

20090719

Kg Asli Bongkok 16.7.2009

Pada 16hb julai 2009 saya bersama Lizuni telah menghadiri majlis penutup program 3 hari di Kampung Bongkok bersama pejabat Agama Islam Daerah Bera. Pada hari ini diadakan pemeriksaan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Bera. saya dan Lizuni mengambil kesempatan untuk membuat pemeriksaa. Alhamdulilah kami berdua sihat dan tiada penyakit.

Akhir sampai kepada saat-saat yang ditunggu-tunggu. Salah seorang daripada ibu telah bertanya bagaimana hendak menjadi ahli perpustakaan Awam Daerah Bera. Lizuni telah menerangkan kepada ibu tersebut dalam bahasa Semelai. Kelihatannya ibu tersebut berminat untuk datang datang ke Perpustakaan Awam Daerah Bera. Kerana selama ini dia sangkan hanya budak sekolah sahaja yang boleh pergi ke perpustakaan.

Sekurang-kurangnya soalan ini menunjukkan tahap ilmu masyarakat Semelai telah meningkat. Beberapa hari lepas ketika minum di Restoran Kerana Mu, saya telah ditanya oleh pembuat roti canai (Melayu) di Restoran Kerana Mu dengan soalan "Kerja bahagian apa?". Saya jawab "Perpustakaan" Setelah termenung beberapa ketika dia bertanya lagi "Perpustakaan ni buat apa?".

20090716

Kampung Asli Bongkok 15.7.2009

01
02
03
Pada jam 4.00 ptg saya sampai di Kampung Bongkok. pasukan Bomba Triang ada membuat sedikit tentang bahaya api dirumah. Saya mengambil kesempatan untuk ramah mesra dengan kanak-kanak dan remaja di Kampung Bongkok. Ada yang telah berhenti sekolah setakat darjah empat dan lima sahaja.

Pada jam 5.30 pth diadakan permainan sepak takraw. Sementara pada sebelah malamnya diadakan pertandingan 'Kara OK'.

20090715

Kg Asli Bongkok 14.7.09

Pada 14.7.2009 (Selasa) Perpustakaan Awam Daerah Bera telah mengadakan Pertandingan Bina Menara untuk pelajar Tadika Kemas Kg Bongkok. Sepatutnya pergi berdua dengan Lizune. Barulah senang untuk kendalikan program. Nani terpaksa bercuti pada hari ini kerana ayah mertuanya masih di hospital Temerluh. Tiba-tiba Amrul juga tak dapat datang. Terpaksalah Lizune pergi seorang ke Kg Asli Bongkok. Nasib baik orang Kampung Bongkok dan Guru Tadika boleh menjadi jurugambar.

Terpaksalah saya yang bertugas di kaunter. Dalam masa yang sama orang Peladang Bera datang nak sambung belajar tentang pengandalian blog mereka (http://peladangbera.blogspot.com/)
05
Sebenarnya ramai ibubapa yang datang untuk memberikan sokongan kepada program Perpustakaan Awam Daerah Bera ini. Tetapi maklum lah, ramai yang malu-malu untuk bergambar.
04
Terima kasih kepada pembantu guru Tadika Kemas Kg Bongkok kerana memberikan kerjasama. Berulang setiap hari dari Felda Purun ke Kampung Bongkok.
03
Terima kasih daun keladi kepada guru Tadika Kemas Kg Bongkok kerana tetap memberikan kerjasama dan sokongan kepada Perpustakaan Awam Daerah Bera. Beliau tetap memberikan sokongan kepada mana-mana jabatan atau organisasi yang ingin memajukan masyarakat Kg. Bongkok.
02
Inilah Johan Pertandingan Bina Menara Sempena Sambutan Bulan Dakwah Peringkat Daerah Bera, Izrol a/l Salim. Izrol telah mengalahkan Raziman pada peringkat akhir dengan 2-1. Izrol seorang kanak-kanak yang tenang semasa membina menara, tangisan dan jeritan kanak-kanak yang lain tidak mengganggu tumpuan Izrol.

Raziman seorang kanak-kanak lasak dan aktif. Kerja-kerja membina menara dilakukan dengan cepat dan pantas tetapi kurang teliti. Aspek kurang teliti inilah yang menyebabkan Raziman kalah kepada Izrol.

Dalam pada itu ada juga kanak-kanak yang takut-takut dan ada yang menangis apabila tiba masa nak berlawan. Pertandingan Bina Menara ini memang boleh menyebabkan kanak-kanak yang tiada keberanian dan keyakinan diri takut untuk bertanding. Permainan ini memang direka cipta untuk mengesan keberanian, ketenangan, kepantasan dan teliti. Untuk menang, kanak-kanak perlu mata yang tajam, tangan yang pantas, hati yang tenang dan fokus yang tetap.
01
Johan Kedua adalah Raziman a/l Wi, Johan Ketiga adalah Norsyakina a/p Mayudin, Johan Keempat adalah Elisa a/p Ramli. Lain-lain peserta adalah Faiz a/l Ismadi, Lamri a/l O, Norsafiza a/p Jamri, Nursamilah a/p Badri, Razlan a/l Udin, Rusdina a/p Rosli, Surina a/p Acing, Emy Natasa a/p Hairi, Syazarina a/p Amani, Syarizal a/l Hazizan, Yusma Syah a/l Nizal dan Mohd Adi Putra Bin Rosli.

Semua peserta menerima hadiah.

20090714

Kampung Asli Bongkok


Semalam 13.7.2009 (Isnin) saya bersama Lizune telah membuat tinjauan di Kampung Asli Bongkok bagi mengadakan aktiviti sempena Sambutan Bulan Dakwah Peringkat Daerah Bera. Terpaksa ditinggalkan Amrul seorang (dengan tukan sapu) sebab Nani bergegas ke Hospital Temerloh kerana ayah mertua Nani dimasukkan ke ICU jantung.

Sampai di Kampung Asli Bongkok kami berselisih dengan lori Majlis Daerah Bera (MDT) menghantar kerusi bagi perasmian pada 16.7.2009 (Khamis). Di Kg Asli Bongkok kami terus tuju ke Tadika Kemas Kg Bongkok berjumpa dengan cikgunya. Cikgu terkejut dengan kedatangan kami kerana beliau tidak dimaklumkan tentang program yang akan berlangsung.

Walau bagaimanapun perbincangan diteruskan. Cikgu kata budak-budak Tadika Bongkok dah selalu sangat mewarna, beliau berharap Perpustakaan Awam Daerah Bera adakan pertandingan yang lain. Akhirnya kami memutuskan untuk adakan pertandingan bina menara.

Dalam pada berbincang tentang perlaksanaan aktiviti yang akan dijalankan, cikgu sempat bercerita tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk Islam di Kampung Asli Bongkok.

20080811

SINAR PINTAR di Daerah Bera

Pada 1hb Ogos, 2008 (Jumaat) telah diadakan Pelancaran Kelab Membaca SINAR PINTAR bagi keahliah di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Pada hari tersebut diadakan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak tadika dan sekolah rendah. Penyertaan dihadkan kepada 60 orang sahaja, akan tetapi kami terpaksa menerima sehingga 78 orang peserta. Terpaksa pula mencari tambahan hadiah saguhati untuk mereka yang mendaftar lewat. Kalau tidak benarkan anak-anak masuk, tak sampai hati rasanya, ada yang dah nak menangis kerana tak dapat masuk.


Perlancaran Kelab Membaca SINAR PINTAR bagi Daerah Bera, buka diadakan di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Tetapi diadakan di Pasar Tani FAMA Daerah Bera, bersempena dengan pelancaran Pasar Tani FAMA Daerah Bera pada hari yang sama. Pihak FAMA telah mengadakan pertandingan memasak ikan talipia.


Pada hari tersebut Yang Berbahagia Datin Asmah bt Wagio (Isteri kepada bekas Pegawai Daerah Bera) telah sudi untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Mewarna Kelab Membaca Sinar Pintar (Perpustakaan Awam Daerah Bera) dan Pertandingan Memasak Ikan Talipia.

Pada minggu kedua Pasar Tani Fama Daerah Bera, Perpustakaan Awam Daerah Bera telah sekali lagi mengadakan promosi Kelab Membaca SINAR PINTAR. Mungkin ada yang tiada kesempatan untuk hadir minggu lepas boleh mengatahui mengenai Kelab Membaca SINAR PINTAR pada minggu ini.

Foto:
1. Sekitar Pendaftaran http://sinarpintar.blogspot.com/2008/10/bera-perlancaran-sinar-pintar-daftar.html
2. Sekitar Pertandingan Mewarna http://sinarpintar.blogspot.com/2008/10/bera-perlancaran-sinar-pintar.html
3. Sekitar Penyampaian Hadiah http://sinarpintar.blogspot.com/2008/10/bera-perlancaran-sinar-pintar_21.html
4. Sekitar Promosi Lanjutan http://sinarpintar.blogspot.com/2008/10/bera-promosi-sinar-pintar.html

20080625

AKTIVITI: Telekom Pahang

15hb. April, 2008.

Bagi memperlihatkan kesungguhan, minat dan tanggungjawab sosial Telekom Pahang dalam menjadikan masyarakat berilmu, bermaklumat dan berbudaya membaca, Telekom Pahang telah mengadakan Kempen Kenali Perpustakaan dan Budaya Membaca. Kempen ini telah diadakan di Perpustakaan Awam Daerah Bera.

Pihak Telekom Pahang telah menjemput pelanggan-pelanggan mereka di sekitar Daerah Bera untuk melawat Perpustakaan Awam Daerah Bera. Ramai yang menerima jemputan tersebut menghargainya kerana berpeluang mengunjungi Perpustakaan Awam Daerah Bera. Kebanyakannya tidak pernah terfikir untuk melapangkan masa bagi mengunjungi perpustakaan.

Semasa program tersebut, turut diadakan penerangan dan jualan barang-barang serta perkhidmatan yang disediakan oleh Telekom Malaysia.

Pihak Perpustakaan Awam Daerah Bera berterima kasih kepada Telekom Pahang kerana turut menyediakan jamuan makan tengahari untuk peserta yang datang. Turut sudi melapangkan masa untuk hadir pada program ini adalah Pengurus Besar, TM Negeri Pahang, Y. Bhg. Dato' Hj. Wan Danial Bin Wan Ibrahim.

Kami di Perpustakaan Awam Daerah Bera amat terharu dengan minat dan usaha yang ditunjukkan oleh Y. Bhg. Dato' Hj. Wan Danial Bin Wan Ibrahim dalam usaha menyemai budaya membaca di peringkat daerah. Bera.

Kesungguhan Y. Bhg. Dato' Hj. Wan Danial Bin Wan Ibrahim untuk mempromosikan Perpustakaan Awam Daerah Bera, seharusnya menjadi dorongan kepada masyarakat dan pemimpin di daerah Bera untuk menggunakan perkhidmatan yang ada disediakan oleh kerajaan di Perpustakaan Awam Daerah Bera .

-------------------------------------------------------------------------------
Bagi menghargai jasa Y. Bhg. Dato' Hj. Wan Danial Bin Wan Ibrahim berikut kami carikan links internet yang berkaitan dengan nama Y. Bhg. Dato' Hj. Wan Danial Bin Wan Ibrahim:
-------------------------------------------------------------------------------
(1) tm.com.my - GURU MENANGI PAKEJ PERCUTIAN KE ENGLAND DARIPADA TM
(2) bakit.com.my -Senarai Ahli Jawatankuasa BAKTI (Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia) Pusat dan Perwakilan Negeri Bagi Sesi 2007-2009
(3) thestar.com.my -Telekom Malaysia Berhad (TM) will hold its second road tour carnival in Jerantut on Saturday.
(4) thestar.com.my - Pahang MB explains delay in issuing land titles.
(5) sccyberworld.blogspot.com - TM Signs Agreement With Universiti Malaysia Pahang To Upgrade Its Internet Leased Line Capacity.
(6) archive.wn.com -This page was originally published on Thursday 24 April, 2008 at World News Network 'Telekom Malaysia Berhad (TM) will hold its second road tour carnival in Jerantut on Saturday'.
(7) oscc.org.my - SEMINAR CABARAN IMPLIMENTASI ICT KEPADA KETUA-KETUA JABATAN DAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
(8) zakatpahang.com.my - majlis serahan zakat korporat (Kuantan, 08 Mac 2004 )

20080624

LAWATAN: Felda Bukit Mendi

Satu lawatan telah dianjurkan oleh Pihak Literasi Felda Bukit Mendi.


























































AKTIVITI: Cari Maklumat