Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.
Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

20091109

Sebelum Ke Janda Baik

Bila dapat tahu kursus yang akan diadakan adalah di Janda Baik, rasa seronok sungguh. Maklumlah tak pernah sampai di Janda Baik. Nak tunggu orang Bentong ajak tak tau bila. Dalam seronok-seronok tu inilah bendanya yang tak seronok.
04
Tak seronoknya kerana pada masa itu (sebelum pergi) terkena penyakit bijik-bijik pada kaki, tangan, badan dan kepala. Sebelum timbul bijik tu dia rasa panas je pada tempat nak tumbuh. Lepas dua hari jadi makin banyak. Hati mula risau tak menentu. Terus pergi Klinik Triang, jumpa dengan HA baru yang saya belum pernah kenal. HA sebelum ini adalah HA Seow (Ah Hock) adalah rakan baik dalam sukan lasak. HA baru minta pergi makmal buat ujian darah. Sekejap aja dah dapat keputusan. Jumpa semula HA, kata nya tak ada apa-apa. HA tu bagi ubat. Balik ke pejabat dan kerja seperti biasa. (Tak ingat dah bila tahun terakhir saya MC)
03
Bila HA dah kata tak ada apa-apa hati rasa senang sikit. Ada ubat sapu, ubat antibiotik, ubat kurangkan bengkak dan ubat tahan sakit. Keesokan harinya bijik-bijik makin banyak. Kursus di Janda Baik makin hampir. Takkan nak gi dengan bijik-bijik macam ni. Bijik ni kalau dia pecah dia akan keluarkan air dan akan merebak ke tempat yang terkena airnya. Kata orang. Kata hati saya pula ini tak boleh jadi.
02
Pergi cari rodong. Tanya apa nama penyakit ni. Dengan bersemangatnya rodong tu kata berkata 'kompom' kayak. Katanya "Dulu koi kena keliling pinggang. Dekat setahun koi merana. Macam-maca petua orang tua koi cuba. Dua tiga klinik koi pergi. Bila malam makin teruk makin panas makin tak dapat tidur. Lepas tu koi gi kat farmasi Mercury. Bukak seluar (hilang dan malu) tunjuk penyakit tu.". Petugas kedai farmasi kata "kayak, ubat ada tapi mahal. RM75 satu tiub". Kata rodong koi "Tak apa. 75 75 lah. Pakai ubat tu berangsur kurang. Habis dua tiub sembuh. Sekarang tinggal parut-parut hitam."
01
Saya ingat nak nak cuba cara kampung dahulu. Orang pandai yang saya tahu dan biasa adalah Pak Cik Hasan Buntut Pulau. Pergi sekali tak jumpa. Pergi kali kedua jumpa. Bila dia tengok dia kata "Bukan kayak. Kalau kayak kita kena keliling pinggang. Kata oran tua kalau bercantum keliling pinggang kita, boleh mati". Lega juga hati bila Pak Cik Hassan Buntut Pulau kata gitu.

Dia kata saya ni orang yang ketiga datang dengan penyakit serupa ni dalam tempoh seminggu ni. "Kita jampi air kelapa." kata Pak Cik Hassan Buntut Pulau seterusnya. Orang yang sebelum ni (semalam) ada bawa lebih kelapa. Tompang guna kelapa yang lebih tu, tak payah nak pergi kait.

Siap jampi, Pak Cik Hassan Buntut Pulai kata "Minum semua, sampai habis. Tapi air kelapa yang dah jampi memang tak sedap". Lepas minum dalam 10 minit (tunggu air kelapa tu meresap ke seluruh badan) Pak Cik Hassan tengok semula bijik-bijik tersebut. Katanya dah nampak surut, dah hilang merahnya. Beberapa hari lagi baik la tu.

Alhamdulilah, sampai masa nak ke Janda Baik bijik-bijik tu semuanya dah mengecut. Baru seronok nak gi kursus. Rupa-rupanya sampai di sana ada rodong (ahli de_ _ _) yang baru lepas pecah bisul. Huuuuuuu sakitnya bila nak berjalan nak duduk. Cubalah teka siapa ahli debat yang terkena bisul tersebut. Yang tau jangan bocorkan rahsia.

Nanti kita boleh tanya rodong tersebut, petua untuk cepat sembuh.

20091002

Benefits of Origami

Origami adalah sesuatu yang menarik untuk dibuat. The Educational Benefits of Origami By George Levenson adalah sesuatu yang menarik untuk dibaca. Rupanya ada manafaat tersenbunyi disebalik aktiviti origami. Kalau orang cina menghantar anak mereka belajar muzik supaya pandai matematik, orang Jepun mengajar anak mereka origami untuk menjadikan minda anak mereka kreatif. Bezanya, "In Japan, children learn origami at their mothers' knees. In the West, children are learning it at school".

Masih terbayang lagi keseronokan menjadi budak-budak semasa Cikgu Saki Sasamori mengajar aktiviti lipat dan gunting.

Menurut George Levenson lagi "Origami is not only fun, but also an innovative method for developing vital skills." Origami mampu membentuk:
1. Behavioral skills
2.
A Link to Math
3.
Cognitive Development
4.
Multi-cultural Awareness
5.
Community Building

Tetapi, masalahnya bagaimana nak jadikan aktiviti origami ini menyeronokan kepada ahli kanak-kanak?

20090930

Ops Sikap

Kemalangan jalanraya mempunyai beberapa punca. Kita jangan campur adukkan punca-punca tersebut. Kita fokus pada sikap pengguna jalanraya. Maksud penguna jalanraya ni adalah orang yang berjalan kaki sampai kepada orang yang memandu lori yang mempunyai berbelas-belas tayar.

Tetapi kenapa sikap pengguna jalanraya tak dapat diubah. Kenapa kemalangan masih banyak. Apa yang menyebabkan ianya susah sangat nak diubah.
10
Apakah itu sikap ...
09
Sikap adalah pendekatan kita
Sikap adalah pandangan kita
Sikap adalah cara kita berperilaku
Sikap adalah pendirian kita
Sikap adalah bagaimana posisi kita
08
Sikap adalah cara kita merasakan
Sikap adalah pikiran kita
Sikap adalah arah pemikiran kita
Sikap adalah cara kita berpikir
Sikap adalah pendapat kita
07
Sikap adalah cara kita memandang
Sikap adalah titik pandang kita
Sikap adalah di sisi mana kita berdiri
Sikap adalah jalan pemikiran kita
Sikap adalah bentuk kita
06
Sikap adalah cara kita mengayakan diri
Sikap adalah cara kita berperilaku
Sikap adalah cara kita memikul suatu masalah
Sikap adalah cara kita meletakkan diri
Sikap kita merupakan kerangka berfikir kita

sumber rujukan (dengan sedikit pindaan) : http://blog.bukukita.com/users/smart/?postId=960
05
Sikap juga boleh dijelaskan lebih lanjut dengan petikan ini:

Approach :
bagaimana kita mendekati suatu masalah

Bearing :
bagaimana kita memikul suatu masalah

Feeling :
bagaimana kita merasakan

Manner :
bagaimana kita berperilaku

Mind-set :
bagaimana landasan fikiran kita

Oppinion :
bagaimana berpendapat kita

Outlook :
bagaimana kita memandang keseluruhan

Point of view :
bagaimana sudut pandang kita

Pose :
bagaimana kita menempatkan diri

Position :
bagaimana posisi kita

Posture :
bagaimana gayakannya kita

Standpoint :
disisi mana kita berdiri

Thought :
bagaimana pikiran kita
*
View :
bagaimana kita memandang

Way of behaving :
bagaimana perbuatan kita

Way of thinking :
bagaimana cara kita berpikir

Way of believing :
bagaimana kita meyakini sesuatu

sumber rujukan (dengan sedikit pindaan) : http://kibrotoi.blogspot.com/2000/04/3-definisi-sikap.html
04
Kalau kita merujuk kepada info dalam blog.bukukita.com dan kibrotoi.blogspot.com ... sikap ni satu perkara yang akhirnya menentukan siapa kita. Disatu pihak bercerita tentang usaha untuk menyedarkan masyarakat tentang akibat atau kesan kemalangan terhadap keluarga dan cara menggunakan jalanraya dengan selamat. Satu pihak lagi bercerita tentang filem, drama atau video yang menunjukkan bagaimana memandu laju. Seterusnya mereka bercerita mana model kenderaan yang laju, bagaimana nak ubah suai supaya lebih laju dan jalan raya yang mana sedap memecut laju. Itulah kita.
03
Sedar atau tak sedar, sebenarnya bila bercakap pasal sikap pengguna jalan raya ni, kita bukan cakap pasal sikap dijalan raya sahaja. Sikap ditempat lain juga sukar diubah. Dan yang lebih sukar lagi untuk diubah adalah kerana kdang-kadang sikap kita berubah-ubah. Akhirnya tak tau apa yang nak diubah.

-Ada orang bawa kenderaan laju dan kelam kabut. Masa tak bawa kenderaan pun gitu juga.
-Ada orang bawa kenderaan laju dan kelam kabut. Masa tak bawa kenderaan tenang, perlahan dan bersopan.
-Ada yang bawa kenderaan perlahan dan selamba. Masa jalankan tugas pun perlahan dan selamba aja.
-Ada yang bawa kenderaan perlahan dan selamba. Masa jalankan tugas selalu marah, masam muka dan kelam kabut.
02
Macam mana nak selesaikan masalah ini. Maksudnya macam mana nak ubah sikap yang kadang-kadang berubah ini. Yang pertama sikap yang perlu diubah bukanlah sikap pengguna dijalan raya. Perlu diubah sikap tak sukakan ilmu kepada sikap sukakan ilmu. Kalau sikap tak sukakan ilmu masih menebal, mereka tak akan serap apa yang dilaungkan dalam pelbagai kempen.

Kedua, bagaimana nak ubah sikap tak sukakan ilmu kepada sukakan ilmu. Pengguna jalan raya perlu digalakan tanam minat membaca. Bukan membaca masa pandu kenderaan. Tetapi, jadualkan satu waktu untuk kita membaca. Macam kita ada wakut minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam. Macam juga waktu kita solat subuh, solat zohor, solat asar, solat magrib dan solat isyak. Begitu juga dengan membaca. Apa susahnya untuk jadualkan waktu membaca pada salah satu waktu antara waktu-waktu tersebut. Jadualkan sahaja. Samada kita berkemampuan untuk mengikutinya atau tidak bergantung pula kepada kesungguhan kita.

Ketiganya, mana nak dapatkan buku-buku yang sesuai? Tentulah di perpustakaan awam yang banyak disediakan oleh kerajaan. Mendaftar menjadi ahli perpustakaan awam adalah salah satu tanda bahawa kita cintakan ilmu. Kalau dan ada jadual untuk membaca, sekarang kena ada jadual untuk berkunjung ke perpustakaan awam untuk meminjam buku. Jadualkan hari dan masanya. Kalau kita tak dapat nak ke perpustakaan, boleh mintak tolong kenalan kita. Gotong royong dalam membina budaya membaca.

Gotong royong macam mana? Berpakatlah dengan jiran untuk bergilir membawa anak masing-masing ke perpustakaan awam. Minggu ini kita bawa anak-anak kita dan anak-anak jiran. Minggu depan giliran jiran kita pula. Atau minta kenalan pilihkan buku untuk kita. Bulan depan kita pilihkan buku untuk mereka.

Keempatnya, bila dah kerap berkunjung ke perpustakaan awam, kena juga pandai pilih buku yang dapat mengubah sikap kita. Orang lain tak akan dapat mengubah diri kita jika kita tak benarkan diri kita berubah. Untuk berubah kena ada sumber informasi yang jitu. Mungkin pengguna boleh mencari buku motivasi di rak 158.

Kelimanya, kita perlu bercerita tentang buku yang kita baca. Cerita dengan kawan-kawan, anak-anak, keluarga atau kakitangan Perpustakaan Awam Daerah Bera. Baru ilmu yang kita serap dari buku-buku tersebut akan melakat dalam dinding dan lantai otak kita.

Dan yang akhirnya, jangan takut penghinan orang kerana kita rajim membaca. Jangan kita susah hati jita orang perli anak kita rajin sangat meminjam buku. Biar orang kata kita mat buku atau minah buku. Jangan biarkan orang kata kita mat rempit atau minah rempit. Biarkan orang dengan minat masing-masing, kita teruskan dengan minat membaca kita. Kita pilihlah buku-buku yang baik dan dapat dimanafaatkan untuk masyarakat dan keluarga. Jangan terbabas memilih buku-buku yang menghitamkan muka dan masa depan kita.

Minat membaca ni macam memandu juga. Ada buku yang lurus, ada buku yang bengkang bengkok, ada buku yang dalam pembinaan, ada buku sehala, ada buku dua hala dan macam-macam lagi.

Berhati-berhati semasa membaca.
Anda boleh mengubahnya.

01

Links:
1. http://www.jkjr.gov.my/statistik.html
2. http://www.panducermat.org.my/my.html

20090924

Jamuan Raya Durian Tawar 2009

Hari semalam (23.09.09) dan hari ini (24.09.09) saya kerja berdua dengan Lizune. Tak ada masalah. Tanggungjawab mesti diutamakan. Jangan kata tak ada orang lepas-lepas raya ni. Soal ada orang tak ada orang, soal lain. Perkhidmatan diberikan seperti biasa. Di Perpustakaan Awam Daerah Bera, kedatangan pengunjung pada 23hb adalah 11 orang. Sementara pada 24hb pula adalah sekali ganda iaitu 22 orang. Ada yang datang pulang buku, pinjam buku, baca akhbar, guna internet dan ada juga yang nak siapkan tugasan. Ada juga yang datang bawa anak-anak.

Semalam terima fax jemputan ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2009M/1430H anjuran Pusat Khidmat Rakyat ADUN Guai, Pertubuhan Peladang Kawasan Bera dengan kerjasama Premier Agro Sdn Bhd. Acara berlangsung di Tapak Pekan Sehari Durian Tawar. Pada tahun lepas acara telah diadakan di Sekolah Kebangasaan Durian Tawar. Rasanya elok diadakan di Sekolah Kebangasaan Durian Tawar. Tempat letak kereta banyak. Tak bahayakan orang yang datang atau pengguna jalan raya.

Ramai yang datang pada hari ini. Pelbagai kaum tidak mahu ketinggalan untuk beramah mesra dengan YB mereka. Dianggarkan lebih kurang 1,000 telah hadir. Malah ada yang datang dengan bot dari seberang Sungai Pahang. Katanya lebih jimat masa dan duit.
06
Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah sungguh menyambut Aidilfitri
Ramai sungguh sahabat bertandang
pantun ini ada sedikit pindaan
05
Udara dingin dihening pagi
Tabuh berbunyi memulakan hari
Raya Aidilfitri menjelma lagi
Semua memakai pakai berseri
pantun ini ada sedikit pindaan
04
Tanpa mengira miskin kaya
Besar kecil semua ceria
Sama-sama menyambut raya
Bermaaf-maafan dihari bahagia
pantun ini ada sedikit pindaan
03
Aidilfitri hari kemenangan
Setelah menempuh pelbagai halangan
Supaya merasa sedikit kesenangan
Zakat diberi kepada yang kekurangan
pantun ini ada sedikit pindaan
02
Aidilfitri hari kita bermafan
Menebus kesalahan sesama insan
Pupuklah perpaduan dan keinsafan
Supaya kukuh tali persaudaraan
pantun ini ada sedikit pindaan
01
Cincin disarung hati berdebar
Jari nan lembut wajah pemurah
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut penuh meriah
pantun ini ada sedikit pindaan

sumber asal pantun:
budiey.com [http://www.budiey.com/pantun-lawak-hari-raya-dan-pantun-aidilfitri/]

Kawasan tumpuan ponteng

Kalau kita rujuk buku Koleksi Bacaan Sosial: Gejala Ponteng & Melawan Ibu Bapa dan Guru oleh Irfan Hakimi b Sahazwan, jangan terkejut jika penulis menyatakan bahawa kawasan tumpuan ponteng yang pertama adalah perpustakaan.

Jika kita rujuk halaman pertama, ada dinyatakan tempat-tempat yang menjadi tumpuna pelajar ponteng adalah (a) Perpustakaan (b) Kantin Sekolah (c) Tandas (d) Kawasan Sekolah (e) Pusat Bandar.

Mungkin yang dimaksudkan oleh Irfan Hakimi bukan perpustakaan awam, mungkin perpustakaan lain-lain. Kelompok yang ponteng di perpustakaan juga tidak dinyatakan. Samada ponteng sekolah atau ponteng kelas atau ponteng kuliah.

Pada masa dahulu pernah dilakukan beberapa percubaan oleh pelajar-pelajar sekolah menangah (beruniform sekolah dan pada waktu sekolah) untuk ponteng di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Tetapi kami dengan cepat melakukan 'ramah mesra' dengan mereka. Setelah dapat kepastian bahawa mereka kaki ponteng, kami segera tidak membenarkan mereka masuk. Kami minta mereka pergi ponteng ke tempat lain. Kalau tidak pihak sekolah akan salahkan Perpustakaan Awam Daerah Bera kerana benarkan pelajar mereka ponteng sekolah di perpustakaan awam.

Sehingga kini tiada lagi cubaan pelajar berpakaian sekolah menengah untuk ponteng di Perpustakaan Awam Daerah Bera.

Buku Siri Koleksi Bacaan Sosial: Gejala Ponteng & Melawan Ibu Bapa dan Guru adalah terbitan EDU Quest Publisher yang dicetak pada tahun 2006. Buku ini boleh didapati di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Untuk maklumat lanjut tentang buku ini klik DISINI.

Menjilid Buku Peringkat Amat Lanjutan

Pada suatu masa dahulu, telah ada antara kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang yang telah mengikuti kursus menjilid asas dan lanjutan. Kursus tersebut adalah kerjasama antara Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dengan Arkib Negara Malaysia. Mintak maaf la kerana tak sempat nak siapkan gambar sekitar kursus tersebut.

Tetapi jika nak tau apa yang dibuat di Library and Information Science In Kuwait sila klik DISINI. [http://liskw.wordpress.com/2009/09/10/wikipedia-printed/]. Lihatlah berapa tebalnya buku yang dijilid oleh mereka.

20090918

Kad Raya (09)

Kami kakitangan di Perpustakaan Awam Daerah Bera mengucapkan terima kasih kepada Nor Azlina Bt Mamat & Nor Hafiza Bt Md Nor kerana sudi mengirimkan kad Selamat Hari Raya kepada kami.

02
01
Perpustakaan Desa Kg Dato Sri Hamzah, 28380 KEMAYAN. Pahang DM

Selamat Berpuasa, Selamat Bertarawih, Selamat Berzakat serta

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin

Kad Raya (08)

Kami kakitangan di Perpustakaan Awam Daerah Bera mengucapkan terima kasih kepada Encik Mohd Azizan Che Omar, Setiausaha Politik Kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kerana sudi mengirimkan kad Selamat Hari Raya kepada kami

Terima kasih juga kepada Norawinda Hamzah serta Aiman Hakim, Anis Faqihah, Aqila Batrisyia dan Adwa Zafira.


Pejabat Setiausaha Politik, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Aras 13 (Menara), No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. 62623 PUTRAJAYA

Selamat Berpuasa, Selamat Bertarawih, Selamat Berzakat serta

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin

Kad Raya (07)

Kami kakitangan di Perpustakaan Awam Daerah Bera mengucapkan terima kasih kepada Encik Md Ismail Bin Md Ibrahim kerana sudi mengirimkan kad Selamat Hari Raya kepada kami.

Terima kasih juga kepada Abd Mubin Bin Yaakub.
02
01
Akademi Memandu Bera Express Track, Lot 13190, Jalan Kerayong, 28200 Bera. Pahang DM

Selamat Berpuasa, Selamat Bertarawih, Selamat Berzakat serta

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin

Kad Raya (06)

Kami kakitangan di Perpustakaan Awam Daerah Bera mengucapkan terima kasih kepada Pusat Tuisyen Warisan Anda (PuTWA) kerana sudi mengirimkan kad Selamat Hari Raya kepada kami.
02
01
No 27, Tingkat 1, Jalan Kerayong 5, 28200 Bandar Bera. Pahang Darul Makmur.

Selamat Berpuasa, Selamat Bertarawih, Selamat Berzakat serta

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin

Kad Raya (05)

Kami kakitangan di Perpustakaan Awam Daerah Bera mengucapkan terima kasih kepada Hamitaf Bin Mustafa kerana sudi mengirimkan kad Selamat Hari Raya kepada kami.

Terima kasih juga kepada Shamsurul Akmar Binti Mansor dan keluarga.
02
01
Pejabat Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Selamat Berpuasa, Selamat Bertarawih, Selamat Berzakat serta

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin

Kad Raya (04)

Kami kakitangan di Perpustakaan Awam Daerah Bera mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Ahmad Bin Haji Daud AAP., PKC. Pegawai Daerah Dan Tanah Bera kerana sudi mengirimkan kad Selamat Hari Raya kepada kami.
02
01
Pejabat Daerah Dan Tanah Bera, 28200 Bandar Bera. Pahang Darul Makmur. Tel: 09-255 3190 /5364 /5575. Fax: 09-2553444

Selamat Berpuasa, Selamat Bertarawih, Selamat Berzakat serta

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin

Kad Raya (03)

Kami kakitangan di Perpustakaan Awam Daerah Bera mengucapkan terima kasih kepada YB Mohd Fadil Bin Osman Adun Kawasan Kemayan N39 kerana sudi mengirimkan kad Selamat Hari Raya kepada kami.

Terima kasih juga kepada Puan Hamidah Bt Sulaiman serta Farina Hafiza, Farina Hamiza dan Farina Hanisa.
02
01
No. 8, Lot 2926 Bandar Baru, Jalan Triang, 28380 Kemayan. Pahang Darul Makmur.

Selamat Berpuasa, Selamat Bertarawih, Selamat Berzakat serta

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin

Kad Raya (02)

Kami kakitangan di Perpustakaan Awam Daerah Bera mengucapkan terima kasih kepada Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin, Adun Kuala Sentul & keluarga kerana sudi mengirimkan kad Selamat Hari Raya kepada kami.
02
01
Rumah Rakyat Felda Dahlia Jengka 3, 26400 Bandar Jengka. Pahang Darul Makmur, Malaysia. Tel:09-476 5326 Fax:09-476 5326
Selamat Berpuasa, Selamat Bertarawih, Selamat Berzakat serta

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin

Kad Raya (01)

Kami kakitangan di Perpustakaan Awam Daerah Bera mengucapkan terima kasih kepada Dato' Sri Haji Adnan Bin Haji Yaakob SSAP., DSAP., DGSM. Menteri Besar Pahang kerana sudi mengirimkan kad Selamat Hari Raya kepada kami.

Terima kasih juga kepada Datin Sri Dato' Hajjah Junaini Binti Kassim, SIMP. serta Awang Osman, Jamaliah Lee Abdullah, Yang Azizah, Yang Aisyah dan Awang Umar.

02
01
Pejabat Menteri Besar Pahang. Wisma Sri Pahang, 25502 Kuantan.

Selamat Berpuasa, Selamat Bertarawih, Selamat Berzakat serta

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin

20090910

Kuih Raya 2009

Inilah gambar kuih raya yang diterima oleh kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang pada tahun 2009 ini. Semuanya sedap-sedap. Rasa tak cukup pula. Nampak gayanya kena beli lagi.

"Siapa wakil penjualnya? Berapa harga sekilo? Boleh bagi nombor telefon pejabatnya? Pejabatnya kat mana? Nak ambil banyak ni. Nak bagi mak ayah. Nak bagi adik beradik. Nak bagi kat kekasih. Kat bakal ayah dan mak mertua. Juga nak bagi kat bakal kekasih dan bekas kekasih. Kalau ambil banyak ada diskaunt tak? Boleh hutang? Bayar berapa sebulan? Bunga berapa persen? Kalau lewat bayar dua bulan terus kena tarik tak? Boleh tak nak overlap dengan kuih raya tahun depan? Lagi satu, tak ada hadiah percuma ke?" - Macam pernah dengar ayat ni yee. Ayat sapa ...? Apa penjualnya nak jawab? Macam soalan sastera STPM.
06
Setiap kakitangan terima satu bag. Dalam satu bag ada empat bungkus kuih goreng-goreng. Dalam satu bungkus ada 100 biji karipap kecil. Dalam satu karipap kecil ada 0.5 gram inti ikan.
05 Rapuh
04 Pedas
03 Berminyak
02 Rangup

Seterusnya ni bukan kuih raya. Jangan suap kat mulut anak bedak tu. Sapu aja kat muka dan badan. Hadiah ini untuk kakitangan perempauan yang bersalin. Yang tak bersalin kena bersalin dulu. Pakat molek-molek dengan suami. Yang tak ada suami kena cari suami dulu, jangan gi pakat-pakat dengan suami orang. Berdosa. Boleh kena sebat, masuk penjara dan masuk neraka. Ya Allah Ya Tuhanku jauhilah kami dari azab tersebut.

Untuk kakitangan lelaki yang bersalin tak disediakan. Bersalin pakaian. Bersalin .....
01

Sekian
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin

20090909

Gambar Majlis Khidmat Cemerlang 6.9.2009

Ada yang dah bertanyakan gambar Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang yang dilangsungkan di Hotel Seri Malaysia Kuantan pada 6.9.2009.

Gambar tu kalau nak siapkan cepat memang tak dapat. Belum siap gambar kursus bercerita di Temerloh orang dah tanya. Tak sempat siap lagi orang dah tanya pasal gambar di Janda Baik pula. Tak sempat siap ada yang bertanyakan gambar Khidmat Cemerlang. Itu gambar yang berkaitan dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Belum lagi yang berkaitan dengan program-program peringkat daerah Bera. Belum juga berkaitan dengan individu-individu. Tokoh-tokoh tempatan. Belum lagi berkaitan dengan jabatan-jabatan yang mereka nampak saya ada mengambil gambar berkaitan dengan jabatan mereka. Itupun saya tak ambil gambar orang kawin melainkan keluarga/rodong rapat.

Dahulu saya hairan tengok kalau ada orang sibuk tak tentu arah sepanjang masa. Tetiba kena pada diri sendiri. Rasa-rasa terbayang masa tak sibuk. Boleh baca banyak buku. Petang-petang kayuh basikal sampai Triang atau Durian Tawar. Hari Sabtu atau Ahad boleh kayuh sampai Temerloh. Sekarang ni kalau baca buku maknanya terpaksa tinggalkan kerja lain. Kalau gi kayuh basikal ada kerja lain tak siap. Isteri pula terpaksa jadi jam loceng ingatkan macam-macam benda.

Balik cerita gambar. Gambar-gambar tu semuannya kena buat ikut giliran. Dalam masa yang sama gambar-gambar baru terus dirakamkan. Setiap gambar memang kena tunggu giliran. Kalau tak, nanti ada yang tertinggal. Kena tunggu ada masa lapang. Kena tunggu mood edit gambar datang. Kena sabar. Lagi pun lengoh tangan kalau edit gambar lama-lama. Harap bersabar. Kalau mengikut jadual, dijangkankan giliran gambar Majlis Khidmat Cemerlang 6.9.09 adalah pada penghujung bulan November 2009. Jangan marah. Jangan terkejut. Dan jangan keciwa. Kemungkinan bermula pada 25.11.2009. Jangan tak sabar. Kalau nak cepat mintak pada Izam.

Akhir sekali kepada semua pembaca blog ini saya ucapkan Selamat Habiskan Berpuasa, Selamat Bertarawikh, Selamat Menyambut Hari Raya dan mohon Maaf Zahir dan Batin. Kalau ada apa-apa yang terguris dihati harap maafkan. Kalau sudi bagi la tau supaya saya boleh baiki diri.

Sekian

Cerita lain sikit.

Semalam amrul tak datang kerja katanya cuti. Nani tolong buatkan laporan ke beberapa tempat pasal rumah mertuanya terbakar. Pergi balai polis, Majlis Daerah Bera, Pejabat Kebajikan Masyarakat, JPJ dan Pejabat pendaftaran. Hari ini Amrul cuti lagi. Nani nak mencari orang yang menyelamatkan nyawa mak dan ayah mertuanya. Dah pun jumpa orangnya. Kalau sesiapa nak tengok gambar rumah mertua Nani yang terbakar sila klik DISINI.

Sekian lagi sekali.

20090825

Pertandingan Tak Jadi


Ini adalah iklan Pertandingan Foto 1Malaysia peringkat Daerah Bera. Tetapi pertandingan ini tak jadi. Nasib baik iklan ini tak sempat diedarkan (walaupun dah ada yang telefon kami bertanyakan tentang pertandingan ini). Memang pada awalnya Perpustakaan Awam Daerah Bera diminta untuk mengadakan Pertandingan Foto 1Malaysia. Disebabkan tiada duit untuk mengadakannya maka tak jadilah pertandingan ini. (kami baru sahaja menerima makluman tentang ketiadaan duit untuk mengadakan pertandingan ini).

Kalau ada yang dah bersedia dengan foto yang nak dipertandingkan, boleh la hantar pada kami. Boleh disiarkan dalam blog untuk dikongsi bersama. Setakat cenderamata kecil-kecil atau sijil penyertaan boleh kami berikan. Hadiah tak ada.

Untuk melihat pemenang pertandingan Foto 1Malaysia anjuran 1malaysia.com.my klik DISINI.

20090713

Susahnya buat keputusan

Ada ketikanya dengan mudahnya kita bercakap tentang senangnya membuat satu-satu keputusan. Ada yang kata "Apa susah-susah, beri aku yang buat keputusan". Ada yang kata "Kalau ikut aku, bagi aja semua, pas tu tengok aja apa nak jadi". Ada yang kata "Bagi aja satu sorang, habis cerita". Dan macam-macam orang akan berkata betapa mudahnya kalau dia yang buat keputusan.

Melihat dari sudut peranan pula, sebenarnya bukan senang untuk membuat sesuatu keputusan jika menjawat jawatan yang besar seperti Perdana Menteri, Menteri Besar, Pengarah Negeri atau pun Pegawai Daerah. Juga bukan senang untuk membuat keputusan jika menjadi isteri kepada seorang suami, jika menjadi suami kepada banyak isteri, jadi anak kepada seorang ibu dan seorang bapa, jadi anak kepada beberapa orang ibu atau beberapa orang bapa. Juga bukan senang menjadi ibu bapa kepada seorang anak atau menjadi ibubapa kepada ramai anak.

Kita selalu fikirkan keputusan yang kita suka. Kadang-kadang keputusan yang kita suka akhirnya berakhir dengan duka. Ada juga antara kita yang amat marah dengan keputusan yang diterima. Akhirnya keputusan tersebut memberikan kegembiraan kepada kita, keluarga kita, kawan kita dan jabatan kita.

Untuk cuba membuat keputusan yang terbaik sudah tentu kita kena banyak membaca. Selain membaca, pengalaman juga membantu kita membuat keputusan yang bijak. Ibubapa, ketua, pemimpim, kawan, keluarga dan pasangan juga dapat membantu memudahkan membuat keputusan.

Banyak buku-buku yang berkaitan dengan cara membuat keputusan yang terbaik boleh di dapati di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Kalau nak pinjam kenalah jadi ahli dahulu. Kalau sekadar nak baca-baca di perpustakaan, tak perlu jadi ahli.

Membacalah bila ada masa-masa lapang di pejabat, rumah, taman permainan dan dimana-mana yang sesuai. Kalau tak tau nak baca apa. Disini Perpustakaan Awam Daerah Bera cadangkan membaca buku tentang cara-cara membuat keputusan atau cara-cara membuat pilihan. Supaya kita dapat membuat keputusan dengan tenang.

Marilah kita membaca sesuatu yang berguna untuk masa depan kita, keluarga kita dan jabatan kita. Jangan asyik nak termenung, berangan-angan atau main games atau main handphone. Buatlah keputusan menjadi orang yang cemerlang. (nanti kita akan bercerita pasal tindakan yang perlu untuk menjadi orang cemerlang).

-Soalan asal ini sebenarnya ditujukan kepada JP Mohd Nor. Untuk membaca jawapan yang diberikan oleh JP Mohd Nor sila klik DISINI.

20090708

Sakit gigi


Beberapa bulan dulu Amrul terkena sakit gigi. Untuk menamatkan zaman kesakitan giginya Amrul pergi klinik gigi "T" di Triang. Sudah tentu klinik swasta. Cadang nak tampal aja gigi. Kalau cabut bukan boleh tumbuh semula. Doktor gigi "T" tu bercerita kepada Amrul tentang jenis kerosakan gigi tersebut. Doktor "T" tu siap keluar gambar dan carta untuk menceritakan keadaan gigi yang rosak tersebut. Kos semua sekali untuk tampal gigi tersebut adalah lebih kurang RM2,000 (dua ribu ringgit). Terkejut teramat sangat Amrul. Pendek cerita terus buat keputusan cabut gigi, bayar RM50 sahaja. Tamat cerita sakit gigi Amrul.

Bermula bulan lepas, saya pula menerima dugaan untuk merasa betapa nikmatnya sakit gigi. Nak makan takut-takut. Terpaksa la lebihkan minum. Amrul cadangkan saya pergi ke klinik gigi "T". Saya tak mahu pasal saya nak tampal bukan nak cabut. Maklumlah gigi bukan boleh tumbuh semula macam rambut. Sebagai kakitangan kerajaan elok juga kita pergi ke klinik gigi kerajaan. Pergi lah saya ke Klinik Pergigian Padang Luas. Sampai di klinik Pergigian Padang Luas, jururawatnya dengan sopan mengatakan hari ini boleh buat pemeriksaan sahaja di Klinik Pergigian Triang. Sebelah petangnya saya terus ke Klinik Pergigian Triang. Seorang doktor lelaki memeriksa dan mengesahkan ada gigi yang rosak dan boleh ditampal. Bila kerja-kerja menampal tersebut dapat dilakukan? Saya kena tunggu pihak Klinik Pergigian Triang menelefon saya.

Oleh kerana tidak tahan sakit dan tarih temujanji belum ada maka saya pergi k klinik gigi swasta. Klinik Gigi "G" juga di Triang. Doktor klinik "G" kata, gigi ini tak boleh ditampal pasal lubang dia sangat besar. Kalau bentu-betul mahu tampal dia boleh cuba tetapi tak jamin berjaya. Untuk melakukan rawatan tampalan saya kena datang dua kali ke klinik "G". Kalau tampalan tak berjaya mesti kena cabut dan melibatkan dua kali bayar. Kata doktor "G" lagi, gigi tersebut berlubang di tepi bukan di tengah. Susah nak tampal. Doktor tu minta saya balik dan fikirkan dahulu kalau bentu-betul nak tampal.

Selang dua hari, saya terpaksa pergi ke klinik yang Amrul pergi, iaitu klinik "T". Rupanya bila sebut nak tampal dia buka cerita yang serupa yang Amrul dengar. Jumlah bayaran bagi kerja tampalan lebih kurang RM2,000 (dua ribu).

Bersyukur kepada Allah swt kerana dengan izinNYA pada hari ini (8.7.2009) Klinik Pergigian Triang menelefon untuk temu janji pada hari ini. Sampai di Klinik Pergigian Triang saya terus dirawat oleh seorang doktor wanita lepasan UKM. Rawatan tampalan berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah. Tak ada pula doktor Klinik Pergigian Triang tersebut bercerita macam doktor "T" dan doktor "G". Berbeza betul asas pertimbangan antara doktor kerajaan dengan doktor swasta.

Bercerita dari sudut perpustakaan pula (di daerah Bera), memang tak ada perkhidmatan perpustakaan swasta yang mampu berikan perkhidmatan yang lebih baik daripada Perpustakaan Awam Daerah Bera. Usaha kerajaan memberikan perkhidmatan ini belum dapat ditandingi oleh pihak swasta atau NGO. Promosi budaya membaca banyak dilakukan secara sendirian atau dengan kerjasama jabatan kerajaan yang lain. Penduduk daerah Bera sedang berangsur-angsur menerima budaya membaca sebagai satu keperluan.

Sama-samalah kita tunggu bila Perpustakaan Awam Daerah Bera akan penuh sepanjang masa beroperasi.