Pagi ini 6 Julai 2009 (Isnin) kakitangan kerajaan di Negeri Pahang berpeluang sekali lagi mendengar nasihat dan amanat Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Adnan bin Haji Yaakob Menteri Besar Pahang.
Apa yang paling menarik adalah pasal along. Kadang-kadang kita tak sangka, masih ada diantara kawan-kawan kita yang meminjam dengan along. Kalau dulu jika kita meminjam dengan lintah darat sebegini, pinjam RM1,000 kita dapat RM900. Sekarang pinjam RM1,000 kita dapat RM1,000 tetapi kena balik balik berkali-kali ganda.
Meninjam dengan along ni macam isap dadah. Senang nak mula tetapi amat susah nak berhenti. Berulang-ulang kali diingatkan jauhi dadah, najis dadah, dadah membawa padah dan macam-macam lagi. Macan tu juga dengan meminjam dengan along. Kita kempen siang malam jauhi along, tepis along, along membawa polong dan macam-macam lagi. Kesannya tetap sama. Yang tidak, tidak lah. Yang kaki hutang, hutang juga.
Dulu mak ayah cukup risau kalau anak-anak mereka terjebak dengan dadah. Sekarang ni anak-anak pula cukup risau kalau mak ayah mereka terjebak dengan along.
Kenapa ada yang terdesak sangat nak meminjam duit. Duit yang ada tak cukup ke. Kalau tak cukup pasal apa?
Mungkin jawab mereka, 'Orang lain ada hobi, aku ada juga hobi, aku suka berjudi. Kalau menang, menangnya besar, anak isteri boleh tompang senang'
Mungkin ada juga yang menjawab 'Orang lain boleh pakai kereta besar atau handphone mahal. Aku pun nak pakai juga. Pangkat dan gaji aku yang kecil tak boleh dijadikan halangan. Ingat orang macam akau tak boleh berlagak macam orang berpangkat atau bergaji besar. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih'
Mungkin ada yang menjawab 'Aku nak buat business. Kalau tak pinjam kat along nak pinjam kat sapa?. Kat along cepat dan mudah'
Mungkin ada yang menjawab 'Nenek sakit. Aku tak sanggup tengok nenek sakit (walaupun bukan nenek aku). Duit simpan tak ada. Apa lagi jumpa along la'.
Kalau difikirkan jawapan-jawapan yang mungkin diberikan oleh orang yang ketagih along ini, jawapannya lebih kurang dengan orang yang ketagih dadah. Kalau mereka ni bertaubat macam sungguh-sungguh punya taubat. Kalau orang yang tak cukup ilmu psikologi, memang dengan mudah percaya.
Bagi yang dan terkena penyakit ini berusahalah bersungguh-sungguh-sungguh untuk membuangnya. Bagi yang belum terkena berhati-hati-hati, jangan terikut denga cara hidup orang lain.
Kalau orang pakai baju berharga RM333, biarkan biarkan kita pakai baju RM3 sahaja. Itupun beli baju terpakai kat pasar malam. Kalau orang pakai handphone RM2,500, biarkan biarkan kita pakai yang harga RM500 sahaja. Yang penting kewangan kena jaga. Hidup kena kreatif. Satu masa nanti kita tetap akan berpeluang hidup senang tanpa berhutang dengan along.
Sekarang pakai handphone RM2,500, pendapatan bersih sebulan RM500. Harga handphone adalah 5 kali pendapat bersih. Ada yang beli kereta sampai berhutang RM80,000. Duit sinpanan dalam Tabung Haji adanya cuma RM800 sahaja. Tinggal pula di rumah yang berharga RM40,000, separuh daripada harga kereta. Sampai masa kereta dan tak ada harga.
Untuk tidak terikut-ikut dengan cara orang lain memang amat susah. Hati kena betul kuat. Kalau diberikan kesempatan oleh Allah swt, ingin saya berjumpa dengan Encik Yunus bekas pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Nak belajar ilmu-ilmu besar tentang berjimat cermat.
Akhir sekali sama-sama kita berterima kasih pada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Adnan bin Haji Yaakob Menteri Besar Pahang atas nasihat dan ingatan yang diberikan. Terima kasih daun keladi.