Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090612

Cerita buat apa

Pada minggu lepas saya telah pergi ke pejabat Pos Mini Kerayong. Masa berbaris, tiba-tiba ada panggilan masuk. Lepas menjawab panggilan saya simpan kembali telefon dalam poket seluar. Lelaki yang berbaris didepan saya tiba-tiba berpusing kearah belakang dan bertanya, "PDA ke tu?". Saya jawab "Ya, O2 XDA ll, jenis lama. Orang dan tak pakai". Dia terus bercerita, "Saya dah booking PDA HTC, RM2000, tapi belum sampai lagi".

Kemudian dia terus bercerita pasal baru tukar dari Bentong. Pasal kesusahan yang dihadapi ketika bertugas di Daerah Bera berbanding di Daerah Bentung. Sedang seronok mendengar pengalaman orang baru bertukar ke Daerah Bera, tiba satu kaunter dibuka khas untuk pembayaran bill sahaja (kerana petugasnya masih dalam latihan). Saya segera beralih ke kaunter tersebut. Urusan saya siap lebih dahulu daripada lelaki tersebut.

Sebelum keluar dari Pejabat Pos Mini Kerayong saya bersalam dengan lelaki tersebut. Terus saya mengambil kesempatan untuk promosi Perpustakaan Awam Daerah Bera. Kata saya "Kalau ada masa singgah la di perpustakaan". Lelaki tersebut terkejut dengan pelawaan saya, dia terus bertanya "Buat apa?". Saya pula terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh lelaki tersebut, dengan tenang saya menjawab "Di perpustakaan ada internet percuma, boleh dapatkan maklumat lanjut tentang PDA HTC." Lelaki tersebut bertambah terkejut dengan jawapan saya, lalu bertanya "Nak buat apa?"