Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090714

Kampung Asli Bongkok


Semalam 13.7.2009 (Isnin) saya bersama Lizune telah membuat tinjauan di Kampung Asli Bongkok bagi mengadakan aktiviti sempena Sambutan Bulan Dakwah Peringkat Daerah Bera. Terpaksa ditinggalkan Amrul seorang (dengan tukan sapu) sebab Nani bergegas ke Hospital Temerloh kerana ayah mertua Nani dimasukkan ke ICU jantung.

Sampai di Kampung Asli Bongkok kami berselisih dengan lori Majlis Daerah Bera (MDT) menghantar kerusi bagi perasmian pada 16.7.2009 (Khamis). Di Kg Asli Bongkok kami terus tuju ke Tadika Kemas Kg Bongkok berjumpa dengan cikgunya. Cikgu terkejut dengan kedatangan kami kerana beliau tidak dimaklumkan tentang program yang akan berlangsung.

Walau bagaimanapun perbincangan diteruskan. Cikgu kata budak-budak Tadika Bongkok dah selalu sangat mewarna, beliau berharap Perpustakaan Awam Daerah Bera adakan pertandingan yang lain. Akhirnya kami memutuskan untuk adakan pertandingan bina menara.

Dalam pada berbincang tentang perlaksanaan aktiviti yang akan dijalankan, cikgu sempat bercerita tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk Islam di Kampung Asli Bongkok.