Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090715

Kg Asli Bongkok 14.7.09

Pada 14.7.2009 (Selasa) Perpustakaan Awam Daerah Bera telah mengadakan Pertandingan Bina Menara untuk pelajar Tadika Kemas Kg Bongkok. Sepatutnya pergi berdua dengan Lizune. Barulah senang untuk kendalikan program. Nani terpaksa bercuti pada hari ini kerana ayah mertuanya masih di hospital Temerluh. Tiba-tiba Amrul juga tak dapat datang. Terpaksalah Lizune pergi seorang ke Kg Asli Bongkok. Nasib baik orang Kampung Bongkok dan Guru Tadika boleh menjadi jurugambar.

Terpaksalah saya yang bertugas di kaunter. Dalam masa yang sama orang Peladang Bera datang nak sambung belajar tentang pengandalian blog mereka (http://peladangbera.blogspot.com/)
05
Sebenarnya ramai ibubapa yang datang untuk memberikan sokongan kepada program Perpustakaan Awam Daerah Bera ini. Tetapi maklum lah, ramai yang malu-malu untuk bergambar.
04
Terima kasih kepada pembantu guru Tadika Kemas Kg Bongkok kerana memberikan kerjasama. Berulang setiap hari dari Felda Purun ke Kampung Bongkok.
03
Terima kasih daun keladi kepada guru Tadika Kemas Kg Bongkok kerana tetap memberikan kerjasama dan sokongan kepada Perpustakaan Awam Daerah Bera. Beliau tetap memberikan sokongan kepada mana-mana jabatan atau organisasi yang ingin memajukan masyarakat Kg. Bongkok.
02
Inilah Johan Pertandingan Bina Menara Sempena Sambutan Bulan Dakwah Peringkat Daerah Bera, Izrol a/l Salim. Izrol telah mengalahkan Raziman pada peringkat akhir dengan 2-1. Izrol seorang kanak-kanak yang tenang semasa membina menara, tangisan dan jeritan kanak-kanak yang lain tidak mengganggu tumpuan Izrol.

Raziman seorang kanak-kanak lasak dan aktif. Kerja-kerja membina menara dilakukan dengan cepat dan pantas tetapi kurang teliti. Aspek kurang teliti inilah yang menyebabkan Raziman kalah kepada Izrol.

Dalam pada itu ada juga kanak-kanak yang takut-takut dan ada yang menangis apabila tiba masa nak berlawan. Pertandingan Bina Menara ini memang boleh menyebabkan kanak-kanak yang tiada keberanian dan keyakinan diri takut untuk bertanding. Permainan ini memang direka cipta untuk mengesan keberanian, ketenangan, kepantasan dan teliti. Untuk menang, kanak-kanak perlu mata yang tajam, tangan yang pantas, hati yang tenang dan fokus yang tetap.
01
Johan Kedua adalah Raziman a/l Wi, Johan Ketiga adalah Norsyakina a/p Mayudin, Johan Keempat adalah Elisa a/p Ramli. Lain-lain peserta adalah Faiz a/l Ismadi, Lamri a/l O, Norsafiza a/p Jamri, Nursamilah a/p Badri, Razlan a/l Udin, Rusdina a/p Rosli, Surina a/p Acing, Emy Natasa a/p Hairi, Syazarina a/p Amani, Syarizal a/l Hazizan, Yusma Syah a/l Nizal dan Mohd Adi Putra Bin Rosli.

Semua peserta menerima hadiah.