Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090721

SMK Chemomoi (01)


Pada 20hb Julai, 2009 hari Isnin, Perpustakaan Awam Daerah Bera telah menerima kunjungan tak rasmi oleh pelajar dan guru SMK Chemomoi. Cikgu ini pernah membawa pelajar SMK Chemomoi ke Perpustakaan Awam Daerah Bera beberapa tahun dahulu. Mungkin ada sedikit kelapangan masa, maka pada tahun ini cikgu ini berkesempatan untuk berkunjung kembali ke Perpustakaa Awam Daerah Bera pada tahun ini.

Pelajar yang di bawa beberapa tahun dahulu, kini semuanya telah berada di universiti. Harap-harap pelajar yang di bawa kali ini akan membina masa depan yang cemerlang juga.

Nak tulis banyak sikit, rasanya tak sempat. Tiba-tiba Lizune dapat panggilan menyatakan ada saudara meninggal di Kampung Teluk Burung (Dekat Kampung Bukit Rok). Sebagai ahli yang bermasyarakat, Lizune perlu segera melawat untuk menunjukkan sifat-sifat kemasyarakatan sesama Orang asli. Nani pula tiba-tiba dapat panggilan telefon menyatakan ayah mertua kembali tenat semula. Tentulah susah hati. Mungkin ayah mertua Nani perlu segera dihantar ke Hospital Temerloh. Lagi susah hati. Susah hati juga Nani bila fikirkan Lizune terpaksa pergi melawat saudara meninggal dan Amrul pula belum masuk kerja akhirnya saya prelu bertugas di kaunter seorang. Amrul mungkin ada juga hal yang amat mustahak, sehingga tak berkesempatan untuk memaklumkan kepada kami. Biarlah dia selesaikan masalah-masalah yang dihadapinya. Jika masalah tersebut telah selesai mungkin dia dapat memberikan tumpuan 100% pada kerja sebenar. Mana-mana pekerja cemerlang pun pernah menghadapi masa-masa sukar, begitu juga dengan Amrul dan Lizune.

Lizune kata dia sekejap aja pergi melawat. Nani tak perlu risau pasal tak cukup kakitangan pagi ni. Saya boleh tunggu seorang diri di kaunter, bukan tak biasa. Semasa bertugas di Perpustakaan Awam Cawangan Temerloh dulu pun biasa bertugas seorang di kaunter. Maklumlah masa tu bertugas berdua dengan Napi.

Eh! ... lain cerita pulak. Tajuk, lawatan guru dan pelajar SMK Chemomoi, tiba-tiba tertulis cerita lain. Lain kali kita sambung cerita lawatan guru dan pelajar SMK Chemomoi. Ada sesuatu yang menarik.

Buku-buku Lizune dah sempat susun masuk rak. Rekod pinjaman dan pemulangan semalam Nani tak sempat masukkan kemaskini dalam Sistem Pengurusan Kaunter Berkomputer. Saya perlu sambung kerja Nani.

Sekian.
9.25 pagi. 21.07.2009 (Selasa)