Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090708

Sakit gigi


Beberapa bulan dulu Amrul terkena sakit gigi. Untuk menamatkan zaman kesakitan giginya Amrul pergi klinik gigi "T" di Triang. Sudah tentu klinik swasta. Cadang nak tampal aja gigi. Kalau cabut bukan boleh tumbuh semula. Doktor gigi "T" tu bercerita kepada Amrul tentang jenis kerosakan gigi tersebut. Doktor "T" tu siap keluar gambar dan carta untuk menceritakan keadaan gigi yang rosak tersebut. Kos semua sekali untuk tampal gigi tersebut adalah lebih kurang RM2,000 (dua ribu ringgit). Terkejut teramat sangat Amrul. Pendek cerita terus buat keputusan cabut gigi, bayar RM50 sahaja. Tamat cerita sakit gigi Amrul.

Bermula bulan lepas, saya pula menerima dugaan untuk merasa betapa nikmatnya sakit gigi. Nak makan takut-takut. Terpaksa la lebihkan minum. Amrul cadangkan saya pergi ke klinik gigi "T". Saya tak mahu pasal saya nak tampal bukan nak cabut. Maklumlah gigi bukan boleh tumbuh semula macam rambut. Sebagai kakitangan kerajaan elok juga kita pergi ke klinik gigi kerajaan. Pergi lah saya ke Klinik Pergigian Padang Luas. Sampai di klinik Pergigian Padang Luas, jururawatnya dengan sopan mengatakan hari ini boleh buat pemeriksaan sahaja di Klinik Pergigian Triang. Sebelah petangnya saya terus ke Klinik Pergigian Triang. Seorang doktor lelaki memeriksa dan mengesahkan ada gigi yang rosak dan boleh ditampal. Bila kerja-kerja menampal tersebut dapat dilakukan? Saya kena tunggu pihak Klinik Pergigian Triang menelefon saya.

Oleh kerana tidak tahan sakit dan tarih temujanji belum ada maka saya pergi k klinik gigi swasta. Klinik Gigi "G" juga di Triang. Doktor klinik "G" kata, gigi ini tak boleh ditampal pasal lubang dia sangat besar. Kalau bentu-betul mahu tampal dia boleh cuba tetapi tak jamin berjaya. Untuk melakukan rawatan tampalan saya kena datang dua kali ke klinik "G". Kalau tampalan tak berjaya mesti kena cabut dan melibatkan dua kali bayar. Kata doktor "G" lagi, gigi tersebut berlubang di tepi bukan di tengah. Susah nak tampal. Doktor tu minta saya balik dan fikirkan dahulu kalau bentu-betul nak tampal.

Selang dua hari, saya terpaksa pergi ke klinik yang Amrul pergi, iaitu klinik "T". Rupanya bila sebut nak tampal dia buka cerita yang serupa yang Amrul dengar. Jumlah bayaran bagi kerja tampalan lebih kurang RM2,000 (dua ribu).

Bersyukur kepada Allah swt kerana dengan izinNYA pada hari ini (8.7.2009) Klinik Pergigian Triang menelefon untuk temu janji pada hari ini. Sampai di Klinik Pergigian Triang saya terus dirawat oleh seorang doktor wanita lepasan UKM. Rawatan tampalan berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah. Tak ada pula doktor Klinik Pergigian Triang tersebut bercerita macam doktor "T" dan doktor "G". Berbeza betul asas pertimbangan antara doktor kerajaan dengan doktor swasta.

Bercerita dari sudut perpustakaan pula (di daerah Bera), memang tak ada perkhidmatan perpustakaan swasta yang mampu berikan perkhidmatan yang lebih baik daripada Perpustakaan Awam Daerah Bera. Usaha kerajaan memberikan perkhidmatan ini belum dapat ditandingi oleh pihak swasta atau NGO. Promosi budaya membaca banyak dilakukan secara sendirian atau dengan kerjasama jabatan kerajaan yang lain. Penduduk daerah Bera sedang berangsur-angsur menerima budaya membaca sebagai satu keperluan.

Sama-samalah kita tunggu bila Perpustakaan Awam Daerah Bera akan penuh sepanjang masa beroperasi.