Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20091109

Sebelum Ke Janda Baik

Bila dapat tahu kursus yang akan diadakan adalah di Janda Baik, rasa seronok sungguh. Maklumlah tak pernah sampai di Janda Baik. Nak tunggu orang Bentong ajak tak tau bila. Dalam seronok-seronok tu inilah bendanya yang tak seronok.
04
Tak seronoknya kerana pada masa itu (sebelum pergi) terkena penyakit bijik-bijik pada kaki, tangan, badan dan kepala. Sebelum timbul bijik tu dia rasa panas je pada tempat nak tumbuh. Lepas dua hari jadi makin banyak. Hati mula risau tak menentu. Terus pergi Klinik Triang, jumpa dengan HA baru yang saya belum pernah kenal. HA sebelum ini adalah HA Seow (Ah Hock) adalah rakan baik dalam sukan lasak. HA baru minta pergi makmal buat ujian darah. Sekejap aja dah dapat keputusan. Jumpa semula HA, kata nya tak ada apa-apa. HA tu bagi ubat. Balik ke pejabat dan kerja seperti biasa. (Tak ingat dah bila tahun terakhir saya MC)
03
Bila HA dah kata tak ada apa-apa hati rasa senang sikit. Ada ubat sapu, ubat antibiotik, ubat kurangkan bengkak dan ubat tahan sakit. Keesokan harinya bijik-bijik makin banyak. Kursus di Janda Baik makin hampir. Takkan nak gi dengan bijik-bijik macam ni. Bijik ni kalau dia pecah dia akan keluarkan air dan akan merebak ke tempat yang terkena airnya. Kata orang. Kata hati saya pula ini tak boleh jadi.
02
Pergi cari rodong. Tanya apa nama penyakit ni. Dengan bersemangatnya rodong tu kata berkata 'kompom' kayak. Katanya "Dulu koi kena keliling pinggang. Dekat setahun koi merana. Macam-maca petua orang tua koi cuba. Dua tiga klinik koi pergi. Bila malam makin teruk makin panas makin tak dapat tidur. Lepas tu koi gi kat farmasi Mercury. Bukak seluar (hilang dan malu) tunjuk penyakit tu.". Petugas kedai farmasi kata "kayak, ubat ada tapi mahal. RM75 satu tiub". Kata rodong koi "Tak apa. 75 75 lah. Pakai ubat tu berangsur kurang. Habis dua tiub sembuh. Sekarang tinggal parut-parut hitam."
01
Saya ingat nak nak cuba cara kampung dahulu. Orang pandai yang saya tahu dan biasa adalah Pak Cik Hasan Buntut Pulau. Pergi sekali tak jumpa. Pergi kali kedua jumpa. Bila dia tengok dia kata "Bukan kayak. Kalau kayak kita kena keliling pinggang. Kata oran tua kalau bercantum keliling pinggang kita, boleh mati". Lega juga hati bila Pak Cik Hassan Buntut Pulau kata gitu.

Dia kata saya ni orang yang ketiga datang dengan penyakit serupa ni dalam tempoh seminggu ni. "Kita jampi air kelapa." kata Pak Cik Hassan Buntut Pulau seterusnya. Orang yang sebelum ni (semalam) ada bawa lebih kelapa. Tompang guna kelapa yang lebih tu, tak payah nak pergi kait.

Siap jampi, Pak Cik Hassan Buntut Pulai kata "Minum semua, sampai habis. Tapi air kelapa yang dah jampi memang tak sedap". Lepas minum dalam 10 minit (tunggu air kelapa tu meresap ke seluruh badan) Pak Cik Hassan tengok semula bijik-bijik tersebut. Katanya dah nampak surut, dah hilang merahnya. Beberapa hari lagi baik la tu.

Alhamdulilah, sampai masa nak ke Janda Baik bijik-bijik tu semuanya dah mengecut. Baru seronok nak gi kursus. Rupa-rupanya sampai di sana ada rodong (ahli de_ _ _) yang baru lepas pecah bisul. Huuuuuuu sakitnya bila nak berjalan nak duduk. Cubalah teka siapa ahli debat yang terkena bisul tersebut. Yang tau jangan bocorkan rahsia.

Nanti kita boleh tanya rodong tersebut, petua untuk cepat sembuh.