Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20091107

Kampung Asli Bukit Rok, Pahang. Malaysia


Pada hari ini 7.11.09 (Sabtu) Perpustakaan Awam Daerah Bera telah diminta mengadakan pameran di Pelancaran Rakan Alam Sekitar Parlimen Bera. Perpustakaan Desa yang paling hampir dengan Kg Asli Bukit Rok ini adalah PD Afzan iaitu, Perpustakaan Desa Batu Papan.

Kalau saya nak siapkan gerai pameran berdua sahaja tentu tak larat. Lizune tak boleh kemana-mana sekarang ni, tengah 'on call'. Nani pula 'alah sangat' masa ni. Amrul .......... tak boleh nak gerak pulul 7 pagi dari pejabat. Terpaksalah minta bantuan PD Zura (PD Seri Buntar) dan PD Azlin (PD Mengkarak). Dengan adanya mereka bertiga dan seorang lagi sukarelawan maka dapatlah kami menyiapkan gerai pameran yang ala kadar. dan tak kurang hebatnya dibandingkan dengan orang lain.

Tetapi .... baru sahaja siap susun buku , gerai kami dah diserbu oleh kanak-kanak. Rupanya mereka nak sangat buku-buku cerita.

Afzan ditugaskan menjaga pendaftaran ahli baru untuk PD Batu Papan. Zura pula ditugaskan menjaga buku-buku PD Batu Papan yang boleh dipinjam. Kalau dah pinjam mereka kena pulangkan di PD Batu Papan. Azlin pula menjaga buku-buku yang tidak boleh dipinjamkan. Saya menjaga pameran foto-foto lama.

Turut diadakan adalah pertandingan yang mudah-mudah dan senang-senang. Sambutan sungguh menggalakkan. Stok-stok lama hadiah yang ada dikeluarkan pada hari ini. Awal-awal pagi lagi gerai perpustakaan dah bising dengan budak-budak. Ada gerai lain yang belum siapkan bahan pameran masing-masing.

Mengikut perancangan saya memang beginilah. Tak nak kami disibukkan dengan kerja-kerja menghias dan mencantikkan gerai sahaja. Kami mahu disibukkan dengan asakan budak-budak yang inginkan buku-buku. Buku yang dibawa pula adalah buku untuk kanak-kanak sahaja.

Saya pula diasak dengan pelbagai pertanyaan tentang gambar-gambar lama.
Siapa orang ni? Dia buat apa? Tahun bila gambar ni? Polis ni lelaki ke perempuan? Ini patung batu apa?. Kenapa penggantin ni hisap rokok? Saya pula tak dapat nak layan mereka sepenuhnya kerana selain mengadakan pameran saya juga diminta untuk oleh urusetia untuk tangkap gambar semasa berlangsung program ini. Sekejap-sekeja di gerai dan sekejap-sekejap gi ambil gambar.

Ada juga yang memanjangkan cerita-cerita tentang gambar-gambar lama yang ada. Ada yang kagum melihat gambar-gambar lama. Sanggup membelek satu demi satu. Tak sangka rama orang asli yang tertarik dengan gambar-gambar lama. Gambar yang paling menari adalah: gambar buaya sungai triang yang telah ditembak, gambar banjir tahun 1971 di kawasan Kompleks Rakan Muda Daerah Bera, gambar kereta lama (kelihatannya tertarik dengan nombor kereta tersebut, mungkin nak buat sesuatu dengan nombor tersebut). Paling menghairankan Orang Asli Semelai Kg bukit Rok dan Ibam ini adalah gambar adat menghisap rokok oleh pengantin Malayu. Pada sangkaan mereka, hanya mereka yang ada adat hisap rokok ini. Rupanya telah ada dikalangan orang Melayu cuma kini tidak diteruskan dikalangan orang Melayu. Tetapi masih diteruskan oleh Orang Asli Semelai.

Paling saya seronok pada hari ini adalah, akhirnya saya bertemu dengan Orang Asli Abbas Lubuk Burung. Telah beberapa tahun saya cuba mencari dan merapatkan diri dengan Orang Asli Abbas Lubuk Burung. Tetapi YB dah sampai dan kami terpaksa menyambung cerita di lain kali.

Turut diadakn pada hari ini adalah pertandingan menyumpit kategori: lelaki dewasa, perempuan dewasa, remaja perempuan dan remaja lelaki. Hebat sungguh melihat mereka menyumpit. Kembang kuncup kembang kuncup pipi bila menyumpit.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Afzan, Zura dan Azlin kerana menjayakan geri pameran di Sk Bukit Rok kali ini. Terima kasih juga kepada YB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob kerana melantik orang perpustakaan sebagai Jawatankuasa Rakan Alam Sekitar (RAS) Parlimen Bera.

Jika ada kesempatan masa saya akan masukkan gambar-gambar sekitar gerai perpustakaan di Pelancaran Rakan Alam Sekitar Parlimen Bera pada 7 November 2009.

Sekian.