Pada 1hb Ogos, 2008 (Jumaat) telah diadakan Pelancaran Kelab Membaca SINAR PINTAR bagi keahliah di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Pada hari tersebut diadakan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak tadika dan sekolah rendah. Penyertaan dihadkan kepada 60 orang sahaja, akan tetapi kami terpaksa menerima sehingga 78 orang peserta. Terpaksa pula mencari tambahan hadiah saguhati untuk mereka yang mendaftar lewat. Kalau tidak benarkan anak-anak masuk, tak sampai hati rasanya, ada yang dah nak menangis kerana tak dapat masuk.
Perlancaran Kelab Membaca SINAR PINTAR bagi Daerah Bera, buka diadakan di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Tetapi diadakan di Pasar Tani FAMA Daerah Bera, bersempena dengan pelancaran Pasar Tani FAMA Daerah Bera pada hari yang sama. Pihak FAMA telah mengadakan pertandingan memasak ikan talipia.
Pada hari tersebut Yang Berbahagia Datin Asmah bt Wagio (Isteri kepada bekas Pegawai Daerah Bera) telah sudi untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Mewarna Kelab Membaca Sinar Pintar (Perpustakaan Awam Daerah Bera) dan Pertandingan Memasak Ikan Talipia.
Pada minggu kedua Pasar Tani Fama Daerah Bera, Perpustakaan Awam Daerah Bera telah sekali lagi mengadakan promosi Kelab Membaca SINAR PINTAR. Mungkin ada yang tiada kesempatan untuk hadir minggu lepas boleh mengatahui mengenai Kelab Membaca SINAR PINTAR pada minggu ini.
Foto:
1. Sekitar Pendaftaran http://sinarpintar.blogspot.com/2008/10/bera-perlancaran-sinar-pintar-daftar.html
2. Sekitar Pertandingan Mewarna http://sinarpintar.blogspot.com/2008/10/bera-perlancaran-sinar-pintar.html
3. Sekitar Penyampaian Hadiah http://sinarpintar.blogspot.com/2008/10/bera-perlancaran-sinar-pintar_21.html
4. Sekitar Promosi Lanjutan http://sinarpintar.blogspot.com/2008/10/bera-promosi-sinar-pintar.html