Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20091124

PD Bandar 32 5.9.2009 (Sabtu)

Setelah siap melawat PD Batu Papan, saya meneruskan perjalanan ke PD Bandar 32. Sekali lagi saya memilih jalan melalui kampung Orang Asli. Sampai di PD Bandar 32 jam 11.05 pagi, banyak motosikal dan selipar di luar bangunan. Ini menandakan PD Bandar 32 memang mendapat sambutan penduduk sekitar terutamanya penduduk Felda Tementi.
13
Di PD Bandar 32 ada dua kakitangan, seorang kakitangan PPAP dan seorang lagi kakitangan PPIK. Bila dah ada dua kakitangan ini tentulah memudahkan PD Bandar 32 menjalankan aktiviti galakan membaca. Kenalah satu hati. Tanggungjawab perlu diutamakan.
12
Kalau kakitangan PPAP sibuk dengan banyak kerja-kerja memproses dan merekod, bolehlah kakitangan PPIK bantu jalankan apa aktiviti. Kalau merasakan masih perlu minta kebenaran penyelia PPIK, minta la kebenaran.
11
Jangan sampai duduk dalam bangunan yang sama tetapi buat hal yang tak sama.
10
Adik ni sedang main puppet seorang diri.
09
Cerita puppetnya bertajuk 'Senyap dan sunyi'.
08
Inilah penonton kanak-kanak yang sesekali menjeling-jeling kearah persembahan puppet.
07
Pelajar perempuan sedang membuat ulangkaji.
06
Mendaftar sebagai ahli baru. Keseluruhan ahli di PD Bandar 32 adalah 929 orang. Ahli dewasa 424 orang. Ahli kanak-kanak 210 orang. Ahli belia 295 orang.
05
Kelihatannya masing-masing benar-benar membuat ulangkaji pelajaran. Suasana tak la bising sangat macam pasar. Sesuai untuk membuat kerja sekolah.
04
Si baju kuning menutup muka ketika diambil gambar. Bimbang dikenali oleh seseorang, mungkin kerana terlalu kacak macam Awal Ashaari.
03
Dahulu ramai budak-budak nakal yang menggunakan bangunan perpustakaan. Bukan menggunakan perkhidmatan perpustakaan. Pening kepala Su nak selesaikannya. Sampai peringkat terpaksa beritahu kat balai polis (sebelah perpustakaan, berkongsi pagar).
02
Kini semuanya aman.
01
Kini ramai kanak-kanak telah selesa menggunakan perkhidmatan PD Bandar 32. Harapkan perkara begini berterusan.