Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090905

PD Mengkarak - orang baru

Pada 20hb Ogos 2009 telah diadakan temuduga untuk jawatan Pembantu Perpustakaan untuk Perpustakaan Desa Mengkarak. Yang memohon semuanya perempuan. Antara mereka adalah: Azlin, Tun, Imah, Fina, Ate dan Mar. Jawatan ada satu sahaja. Sesiapa yang tak dapat tu maksudnya belum ada rezeki disini. Mungkin ada rezeki yang lebih baik di tempat lain. Kita tak tau, hanya Allah SWT yang maha mengatahui.

Antara yang menghadiri temuduga tersebut adalah Nor Azlin Binti Abdullah.
02 Wajah ketika belum bertugas di PPAP.

Nor Azlin pernah bersekolah di SMK Mengkarak. Tak jauh daripada Perpustakaan Desa Mengkarak. Tamat di SMK Mengkarak beralih ke Politeknik Merlimau Melaka. Semasa belajar di Politeknik, Nor Azlin pernah mewakili Politeknik dalam Teakwando. Dapat pula menjadi johan.

Selain tu, mewakili Pahang dalam Kejohanan Silat Kebangasaan. Mewakili Daerah bera dalam Sukan Remaja Pahang. Itu adalah sumbangan beliau pada Pegeri Pahang dan Daerah Bera pada tahun 2007.

Tahun-tahun sebelumnya pula, Mewakili Pahang dalam Acara Silat Seni di Sukma Kedah 2006. Mewakili Pahang di Festival Silat Seni di Terangganu 2006. Mewakili Pahang ke Pendekar Seabad di Universiti Malaya 2006. Mewakili Pahang di Kejohanan Silat Remaja Kebangasaan 2005. Mewakili Pahang di Festival Silat Diraja Pahang 2005. Pendek kata banyak kali mewakili Pahang dan Daerah Bera. (Kita mewakili Pahang setakat Kejohanan Sukan Perpustakaan Awam Semelaysia sahaja)

Dengan izin Allah SWT Nor Azlin ditawarkan jawatan sebagan Pembantu Perpustakaan di Perpustakaan Desa Mengkarak. Nor Azlin melaporkan diri di Perpustakaan Awam Daerah Bera pada 1 September 2009.

Kini bermulalah detik-detik Nor Azlin bersilat pula dengan buku-buku.
01 Wajah yang ceria kerana dapat berkhidmat dengan PPAP.

Kepada sesiapa (kumbang nakal) yang ingin berkenalan lebih rapat dengan Nor Azlin pastikan anda pandai bersilat atau bertekwando. Silat mata tak boleh diambil kira sebagai salah satu kategori silat.

20090904

Kursus Di Janda Baik (01) siapa saya?

Nak kenal saya?. Saya lelaki sejati. Saya dah 2 tahun kawin. Kawin pulak dengan wanita sejati. Saya dah pun ada seorang anak berumur 10 bulan, namanya Muhammad Rayyan Fitri.

Saya suka memikirkan sebelum melakukan sesuatu perkara. Saya akan menilai sebelum bertindak. Saya juga suka baca buku. Suka cerita komedi, CSI dan saluran astro 104, 105, 551, 553, 555, 556, 611, 701, 707, 708, 811, 812, 813 & 816. Saya suka muzik, muzik orang lama macam siaran Klasik FM. Saya suka Motivasi Dato Fadzilah Kamsah dan Siti.

Saya suka blogspot, blog saya adalah Mohdhazairi B. Ariffin, lawatlah kalau ada masa. Saya suka ramai rodong. Lelaki pempuan tak ada masalah. Kat blog saya dan ada 31 orang rodong: illa, wawa's, Lina, irniefazlinaismail. ladolceina, Kang Fatur, BigMama, Sisdayan, lala, rozie, shazmida, POSH76, Si Tedi, Are'Ja, QueeN, Ida syahida, bluehart, Haruan Tasek, Umi Nani, ChenTalyaa, Syakiela, Neezareef, pdbantura, B'ju Coner, myle@my, jalilah_jy, Ayen, Mama ayin_Fasha, Ena Qaisya, Muhammad Azli Shukrie dan Nyawati Abd Jalil.

Selain tu, saya suka Menirap, Bergayut, Memanjat, Meniti, Bersenam, Berpegangan, Mendaki, Menyerah, Memerhati dan Menghantar. Ini adalah gambar-gambar saya semasa kursus di Janda Baik Bentong Pahang pada 10 hingga 12 Ogos 2009. Saya rasa gambar no. 02 paling cantik. Setuju tak?
10 Menirap atas jalan.
09 Bergayut.
08 Memanjat tangga.
07 Meniti batu.
06 Bersenam menguatkan otot.
05 Berpegangan surat khabar.
04 Mendaki dinding.
03 Menyerah diri.
02 Memerhati burung.
01 Menghantar Email gantung.
4.9.2009

20090903

Gambar Satu Malaysia SK Kemayan

Untuk makluman PD Seri Hamzah, gambar Satu Malaysia pelajar SK Kemayan telah diletakkan dalam Blog Sinar Pintar. Harap dapat bantu pelajar yang bergambar melayari Blog Sinar Pintar untuk melihat, mencetak atau 'save as' gambar masing-masing.

Klik SINAR PINTAR. [http://sinarpintar.blogspot.com/]

Sekian. Terima Kasih.

PD Batu Papan - Pemantauan 16.08.09

Setelah menjenguk bangunan PD Bandar 32 di Felda Tementi, saya terus ke PD Batu Papan. Jalan yang dipilih adalah melalui jalan kampung Orang Asli. Melalui jalan ini kita tak perlu kembali ke Kerayong. Jalan kampung orang asli ini agak sempit dan melalui kawasan tanaman kelapa sawit dan getah. Laluannya muat-muat untuk satu kereta walaupn jalan tar. Melalui jalan ini kita akan menempuh Kampung Orang Asli Ibam, Kampung Orang Asli Bukit Rok, Bukit Serdang, Kuala Bera dan seterusnya sampai ke Batu Papan. Sebelum sampai di PD Batu Papan kita akan berjumpa dengan Pejabat Penghulu, jambatan panjang, Balai Polis Batu Papan, Klinik Desa Batu Papan, Risda Batu Papan dan PD Batu Papan.
05
04
03
02
01

20090902

Terima Kasih PD Batu Sawar

Terima Kasih kepada PD Batu Sawar (http://pdbatusawar.blogspot.com/) kerana telah mendaftar sebagai penyokong blog Satu Hati (http://perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com/).

Tak kurang hebat juga Blog PD Batu Sawar. Ada macam-macam perkara yang berkaitan dengan Kampung Batu Sawar dan aktiviti galakan membaca boleh kita baca. Sehingga kini sebanyak 17 bahan telah diterbitkan dalam Blog PD Batu Sawar.

Antara bahan yang menarik adalah:
-Keindahan Gunung Senyum
-Petugas di Gigit Ular??
-Gendang Pahang versi Kg Batu Sawar
-Bagi.. bagi.. bagi ambil bagi... BAMMM!!!!

Jika ada sesiapa yang berminat untuk berkunjung ke PD Batu Sawar atau Gunung Senyum boleh hubungi: TK azhar- 017-9825609 atau KU abib - 013-9680464.