Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090716

PD Mengkarak 15.7.2009

Pada hari semalam 15.7.2009 saya sempat juga melihat perkembangan kerja kerja mengecat di bangunan PD Mengkarak. Selain itu pintu juga telah diganti dengan pintu kayu yang baru.
01
02
03
04
05

Kampung Asli Bongkok 15.7.2009

01
02
03
Pada jam 4.00 ptg saya sampai di Kampung Bongkok. pasukan Bomba Triang ada membuat sedikit tentang bahaya api dirumah. Saya mengambil kesempatan untuk ramah mesra dengan kanak-kanak dan remaja di Kampung Bongkok. Ada yang telah berhenti sekolah setakat darjah empat dan lima sahaja.

Pada jam 5.30 pth diadakan permainan sepak takraw. Sementara pada sebelah malamnya diadakan pertandingan 'Kara OK'.

20090715

Kg Asli Bongkok 14.7.09

Pada 14.7.2009 (Selasa) Perpustakaan Awam Daerah Bera telah mengadakan Pertandingan Bina Menara untuk pelajar Tadika Kemas Kg Bongkok. Sepatutnya pergi berdua dengan Lizune. Barulah senang untuk kendalikan program. Nani terpaksa bercuti pada hari ini kerana ayah mertuanya masih di hospital Temerluh. Tiba-tiba Amrul juga tak dapat datang. Terpaksalah Lizune pergi seorang ke Kg Asli Bongkok. Nasib baik orang Kampung Bongkok dan Guru Tadika boleh menjadi jurugambar.

Terpaksalah saya yang bertugas di kaunter. Dalam masa yang sama orang Peladang Bera datang nak sambung belajar tentang pengandalian blog mereka (http://peladangbera.blogspot.com/)
05
Sebenarnya ramai ibubapa yang datang untuk memberikan sokongan kepada program Perpustakaan Awam Daerah Bera ini. Tetapi maklum lah, ramai yang malu-malu untuk bergambar.
04
Terima kasih kepada pembantu guru Tadika Kemas Kg Bongkok kerana memberikan kerjasama. Berulang setiap hari dari Felda Purun ke Kampung Bongkok.
03
Terima kasih daun keladi kepada guru Tadika Kemas Kg Bongkok kerana tetap memberikan kerjasama dan sokongan kepada Perpustakaan Awam Daerah Bera. Beliau tetap memberikan sokongan kepada mana-mana jabatan atau organisasi yang ingin memajukan masyarakat Kg. Bongkok.
02
Inilah Johan Pertandingan Bina Menara Sempena Sambutan Bulan Dakwah Peringkat Daerah Bera, Izrol a/l Salim. Izrol telah mengalahkan Raziman pada peringkat akhir dengan 2-1. Izrol seorang kanak-kanak yang tenang semasa membina menara, tangisan dan jeritan kanak-kanak yang lain tidak mengganggu tumpuan Izrol.

Raziman seorang kanak-kanak lasak dan aktif. Kerja-kerja membina menara dilakukan dengan cepat dan pantas tetapi kurang teliti. Aspek kurang teliti inilah yang menyebabkan Raziman kalah kepada Izrol.

Dalam pada itu ada juga kanak-kanak yang takut-takut dan ada yang menangis apabila tiba masa nak berlawan. Pertandingan Bina Menara ini memang boleh menyebabkan kanak-kanak yang tiada keberanian dan keyakinan diri takut untuk bertanding. Permainan ini memang direka cipta untuk mengesan keberanian, ketenangan, kepantasan dan teliti. Untuk menang, kanak-kanak perlu mata yang tajam, tangan yang pantas, hati yang tenang dan fokus yang tetap.
01
Johan Kedua adalah Raziman a/l Wi, Johan Ketiga adalah Norsyakina a/p Mayudin, Johan Keempat adalah Elisa a/p Ramli. Lain-lain peserta adalah Faiz a/l Ismadi, Lamri a/l O, Norsafiza a/p Jamri, Nursamilah a/p Badri, Razlan a/l Udin, Rusdina a/p Rosli, Surina a/p Acing, Emy Natasa a/p Hairi, Syazarina a/p Amani, Syarizal a/l Hazizan, Yusma Syah a/l Nizal dan Mohd Adi Putra Bin Rosli.

Semua peserta menerima hadiah.

20090714

PD Mengkarak: kerja-kerja pembaikan.

Sebelah pagi pergi ke Kg Asli Bongkok untuk mengatur program Perpustakaan Awam Daerah Bera sempena Sambutan Bulan Dakwah Peringkat Daerah Bera di kampung tersebut. Sebelah petang membuat tinjuan ringkas bagi melihat kerja-kerja pembaikan di Perpustakaan Desa Mengkarak. Kerja-kerja mengecat telah siap dijalankan. Pintu telah diganti dan nampak cantik. Cuma warna atap sahaja nampak pudar.

Kampung Asli Bongkok


Semalam 13.7.2009 (Isnin) saya bersama Lizune telah membuat tinjauan di Kampung Asli Bongkok bagi mengadakan aktiviti sempena Sambutan Bulan Dakwah Peringkat Daerah Bera. Terpaksa ditinggalkan Amrul seorang (dengan tukan sapu) sebab Nani bergegas ke Hospital Temerloh kerana ayah mertua Nani dimasukkan ke ICU jantung.

Sampai di Kampung Asli Bongkok kami berselisih dengan lori Majlis Daerah Bera (MDT) menghantar kerusi bagi perasmian pada 16.7.2009 (Khamis). Di Kg Asli Bongkok kami terus tuju ke Tadika Kemas Kg Bongkok berjumpa dengan cikgunya. Cikgu terkejut dengan kedatangan kami kerana beliau tidak dimaklumkan tentang program yang akan berlangsung.

Walau bagaimanapun perbincangan diteruskan. Cikgu kata budak-budak Tadika Bongkok dah selalu sangat mewarna, beliau berharap Perpustakaan Awam Daerah Bera adakan pertandingan yang lain. Akhirnya kami memutuskan untuk adakan pertandingan bina menara.

Dalam pada berbincang tentang perlaksanaan aktiviti yang akan dijalankan, cikgu sempat bercerita tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk Islam di Kampung Asli Bongkok.