Ada ketikanya dengan mudahnya kita bercakap tentang senangnya membuat satu-satu keputusan. Ada yang kata "Apa susah-susah, beri aku yang buat keputusan". Ada yang kata "Kalau ikut aku, bagi aja semua, pas tu tengok aja apa nak jadi". Ada yang kata "Bagi aja satu sorang, habis cerita". Dan macam-macam orang akan berkata betapa mudahnya kalau dia yang buat keputusan.
Melihat dari sudut peranan pula, sebenarnya bukan senang untuk membuat sesuatu keputusan jika menjawat jawatan yang besar seperti Perdana Menteri, Menteri Besar, Pengarah Negeri atau pun Pegawai Daerah. Juga bukan senang untuk membuat keputusan jika menjadi isteri kepada seorang suami, jika menjadi suami kepada banyak isteri, jadi anak kepada seorang ibu dan seorang bapa, jadi anak kepada beberapa orang ibu atau beberapa orang bapa. Juga bukan senang menjadi ibu bapa kepada seorang anak atau menjadi ibubapa kepada ramai anak.
Kita selalu fikirkan keputusan yang kita suka. Kadang-kadang keputusan yang kita suka akhirnya berakhir dengan duka. Ada juga antara kita yang amat marah dengan keputusan yang diterima. Akhirnya keputusan tersebut memberikan kegembiraan kepada kita, keluarga kita, kawan kita dan jabatan kita.
Untuk cuba membuat keputusan yang terbaik sudah tentu kita kena banyak membaca. Selain membaca, pengalaman juga membantu kita membuat keputusan yang bijak. Ibubapa, ketua, pemimpim, kawan, keluarga dan pasangan juga dapat membantu memudahkan membuat keputusan.
Banyak buku-buku yang berkaitan dengan cara membuat keputusan yang terbaik boleh di dapati di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Kalau nak pinjam kenalah jadi ahli dahulu. Kalau sekadar nak baca-baca di perpustakaan, tak perlu jadi ahli.
Membacalah bila ada masa-masa lapang di pejabat, rumah, taman permainan dan dimana-mana yang sesuai. Kalau tak tau nak baca apa. Disini Perpustakaan Awam Daerah Bera cadangkan membaca buku tentang cara-cara membuat keputusan atau cara-cara membuat pilihan. Supaya kita dapat membuat keputusan dengan tenang.
Marilah kita membaca sesuatu yang berguna untuk masa depan kita, keluarga kita dan jabatan kita. Jangan asyik nak termenung, berangan-angan atau main games atau main handphone. Buatlah
keputusan menjadi orang yang cemerlang. (nanti kita akan bercerita pasal
tindakan yang perlu untuk menjadi orang cemerlang).
-Soalan asal ini sebenarnya ditujukan kepada JP Mohd Nor. Untuk membaca jawapan yang diberikan oleh JP Mohd Nor sila klik
DISINI.