Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20081020

Galeri Foto Sejarah Daerah Bera

Pembinaan Galeri Foto-Foto Bersejarah Daerah Bera masih lagi dalam pembinaan di peringkat akhir. Terlebih dahulu Perustakaan Awam Daerah Bera mengucapakan jutaan terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang kerana telah menyediakan peruntukan untuk membina satu galeri foto di daerah Bera. Adalah diharapkan geleri ini menjadi tempat rujukan mengenai:

1. Perkara bersejarah di daerah Bera.
2. Tokoh bersejarah di daerah Bera.
3. Tempat bersejarah di daerah Bera.
4. Tarikh Bersejarah di daerah Bera.
5. Peristiwa Bersejarah di daerah Bera.

Pihak Perpustakaan Awam Daerah Bera juga akan berusaha mengumpul foto-foto bersejarah Daerah Bera yang berada di Daerah Bera atau pun yang berada di luar Daerah Bera. Galeri ini akan dibuka kepada orang ramai setelah sempurna pembinaannya.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

20081007

ONLINE: Kuiz Jawi 4

Aktiviti Online Bagi:


Terbuka kepada Ahli Kanak-kanak, Ahli Kelab Membaca Sinar Pintar dan Ahli Kelab ICT Negeri Pahang di: Perpustakaan Awam Daerah Bera, Perpustakaan Desa Mengkarak, Perpustakaan Desa Batu Papan, Perpustakaan Desa Bandar 32, Perpustakaan Desa Seri Buntar dan Perpustakaan Desa Seri Hamzah sahaja.
------------------------------------------------------------------------------
Soalan 1 > Soalan 2 > Soalan 3 > SOALAN 4
------------------------------------------------------------------------------

SOALAN 4. Pilih jawapan yang BETUL sahaja.

CARA MEMILIH JAWAPAN:
1. Cari titik atau susunan huruf yang salah.
2. Huruf diterbalikkan tetapi masih betul.
3. Periksa susunan semua huruf dan titik
4. Tiada huruf yang diubah bentuknya.
------------------------------------------------------------------------------
A
------------------------------------------------------------------------------
B
------------------------------------------------------------------------------
C
------------------------------------------------------------------------------
D
------------------------------------------------------------------------------
E
------------------------------------------------------------------------------
Untuk menjawab Ahli Kanak-kanak, Ahli Kelab Membaca Sinar Pintar dan Ahli Kelab ICT Negeri Pahang perlu tuliskan:

(1) Nama Perpustakaan (2) Nama Ahli (3) No Ahli Perpustakaan (4) Nama Sekolah (5) Jawapan

------------------------------------------------------------------------------
contoh:
(1)PD Mengkarak (2)Abdullah (3)K1234 (4)SK Durian Tawar (5)ABCD
------------------------------------------------------------------------------

Sila klik pada 'Post a Comment' untuk menjawab.

20080811

Hari Pertama Pasar Tani Daerah Bera

"Pasar Tani adalah institusi pemasaran baru bagi memberi peluang kepada para petani untuk memasarkan hasil pertanian mereka secara terus kepada pengguna. la terkenal sebagai "medan pertemuan pengeluar-pengguna dan merupakan suatu sistem sosial yang boleh memajukan keadilan dalam pasaran di samping membantu membangunkan ekonomi golongan berpendapatan rendah dan miskin." -petikan dari Laman Web Rasmi FAMA
Pada 1hb Ogos, 2008 (Jumaat) FAMA Daerah Bera telah melancarkan Pasar Tani Daerah Bera. Perpustakaan Awam Daerah Bera turut sama memeriahkan hari pelancaran Pasar Tani Daerah Bera dengan mengadakan Promosi Keahlian Kelab Membaca Sinar Pintar dan pertandingan mewarna. Lokasi Pasar Tani Daerah Bera adalah berhampiran Pasaraya Big10 dan Sekolah Menengah Kebangasaan Bandar Kerayong. Pasar Tani Daerah Bera akan beroperasi bermula jam 4.00 petang hingga 9.00 malam pada setiap hari Jumaat. Kepada sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan Pejabat FAMA Daerah Bera.

LINKS MENGENAI PASAR TANI




SINAR PINTAR di Daerah Bera

Pada 1hb Ogos, 2008 (Jumaat) telah diadakan Pelancaran Kelab Membaca SINAR PINTAR bagi keahliah di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Pada hari tersebut diadakan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak tadika dan sekolah rendah. Penyertaan dihadkan kepada 60 orang sahaja, akan tetapi kami terpaksa menerima sehingga 78 orang peserta. Terpaksa pula mencari tambahan hadiah saguhati untuk mereka yang mendaftar lewat. Kalau tidak benarkan anak-anak masuk, tak sampai hati rasanya, ada yang dah nak menangis kerana tak dapat masuk.


Perlancaran Kelab Membaca SINAR PINTAR bagi Daerah Bera, buka diadakan di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Tetapi diadakan di Pasar Tani FAMA Daerah Bera, bersempena dengan pelancaran Pasar Tani FAMA Daerah Bera pada hari yang sama. Pihak FAMA telah mengadakan pertandingan memasak ikan talipia.


Pada hari tersebut Yang Berbahagia Datin Asmah bt Wagio (Isteri kepada bekas Pegawai Daerah Bera) telah sudi untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Mewarna Kelab Membaca Sinar Pintar (Perpustakaan Awam Daerah Bera) dan Pertandingan Memasak Ikan Talipia.

Pada minggu kedua Pasar Tani Fama Daerah Bera, Perpustakaan Awam Daerah Bera telah sekali lagi mengadakan promosi Kelab Membaca SINAR PINTAR. Mungkin ada yang tiada kesempatan untuk hadir minggu lepas boleh mengatahui mengenai Kelab Membaca SINAR PINTAR pada minggu ini.

Foto:
1. Sekitar Pendaftaran http://sinarpintar.blogspot.com/2008/10/bera-perlancaran-sinar-pintar-daftar.html
2. Sekitar Pertandingan Mewarna http://sinarpintar.blogspot.com/2008/10/bera-perlancaran-sinar-pintar.html
3. Sekitar Penyampaian Hadiah http://sinarpintar.blogspot.com/2008/10/bera-perlancaran-sinar-pintar_21.html
4. Sekitar Promosi Lanjutan http://sinarpintar.blogspot.com/2008/10/bera-promosi-sinar-pintar.html

20080701

ONLINE: Kuiz Jawi 3

Aktiviti Online AHLI KELAB MEMBACA SINAR PINTAR.


Terbuka kepada Ahli Kanak-kanak dan AHLI KELAB MEMBACA SINAR PINTAR di: Perpustakaan Awam Daerah Bera, Perpustakaan Desa Mengkarak, Perpustakaan Desa Batu Papan, Perpustakaan Desa Bandar 32, Perpustakaan Desa Seri Buntar dan Perpustakaan Desa Seri Hamzah sahaja.
------------------------------------------------------------------------------

Soalan 1 > Soalan 2 > SOALAN 3 > Soalan 4
------------------------------------------------------------------------------
SOALAN 3.
Nyatakan jawapan yang BETUL sahaja.


contoh: A atau B atau C atau D atau E atau gabungan AB atau ABC atau ABCD atau lain-lain.

TIP MEMILIH JAWAPAN YANG BETUL:
1. Ada yang mempunyai TITIK dan SUSUNAN HURUF yang salah.
2. Ada yang DITERBALIKKAN hurufnya tetapi masih betul titik dan susunan hurufnya.
3. Periksa susunan semua huruf.
4. Periksa kedudukan semua titik dan tanda.
5. Tiada huruf yang diubah bentuknya.


------------------------------------------------------------------------------
A


------------------------------------------------------------------------------
B


------------------------------------------------------------------------------
C


------------------------------------------------------------------------------
D


------------------------------------------------------------------------------
E


------------------------------------------------------------------------------
Untuk menjawab AHLI KELAB MEMBACA SINAR PINTAR perlu tuliskan:
(1) Perpustakaan Mana (2) Nama Peserta (3) No Ahli Peserta (4) Sekolah Peserta (5) Jawapan
------------------------------------------------------------------------------
contoh: (1) PD Mengkarak (2) Abdullah (3) K1234 (4) SK Durian Tawar (5) Jawapan: ABCDE
------------------------------------------------------------------------------
Sila klik pada Post a Comment untuk menjawab.