Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20080811

Hari Pertama Pasar Tani Daerah Bera

"Pasar Tani adalah institusi pemasaran baru bagi memberi peluang kepada para petani untuk memasarkan hasil pertanian mereka secara terus kepada pengguna. la terkenal sebagai "medan pertemuan pengeluar-pengguna dan merupakan suatu sistem sosial yang boleh memajukan keadilan dalam pasaran di samping membantu membangunkan ekonomi golongan berpendapatan rendah dan miskin." -petikan dari Laman Web Rasmi FAMA
Pada 1hb Ogos, 2008 (Jumaat) FAMA Daerah Bera telah melancarkan Pasar Tani Daerah Bera. Perpustakaan Awam Daerah Bera turut sama memeriahkan hari pelancaran Pasar Tani Daerah Bera dengan mengadakan Promosi Keahlian Kelab Membaca Sinar Pintar dan pertandingan mewarna. Lokasi Pasar Tani Daerah Bera adalah berhampiran Pasaraya Big10 dan Sekolah Menengah Kebangasaan Bandar Kerayong. Pasar Tani Daerah Bera akan beroperasi bermula jam 4.00 petang hingga 9.00 malam pada setiap hari Jumaat. Kepada sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan Pejabat FAMA Daerah Bera.

LINKS MENGENAI PASAR TANI