Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20080517

PERPUSTAKAAN DESA SERI BUNTAR

SELAMAT DATANG
Foto bangunan Perpustakaan Desa Seri Buntar, Triang.
1 2 3
Perpustakaan Desa Seri Buntar berada dalam kawasan DUN Triang. Ahli Parlimen bagi kawasan ini adalah Y.B. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri belia dan Sukan Malaysia.

KAKITANGAN


SEJARAH BANGUNAN
Pada asalnya bangunan Perpustakaan Desa Seri Buntar adalah bangunan kedai untuk Taman Seri Buntar. Oleh kerana tak ada orang Taman Seri Buntar yang nak berniaga maka Ketua Kampungnya En. Abu Bakar b Abdul Kadir (Tok Empat Zul) telah menjadikannya dewan serbaguna.
Ketika Perpustakaan Negara Malaysia sedang mencari tapak untuk dibina perpustakaan desa di Daerah Bera, Ketua Kampung Seri Buntar telah menerima peluang ini. JKR Daerah Bera telah dipertanggungjawabkan untuk menjadikan Dewan Orang Ramai Kampung Seri Buntar sebagai sebuah perpustakaan Desa. Dibangunan yang sama juga terdapat Pejabat Rela Seri Buntar.
Setelah bangunan siap diubah suai oleh JKR Daerah Bera, bangunan tersebut menjalankan dua fungsi. Pertama sebagai Perpustakaan Desa Seri Buntar untuk kegunaan masyarakat Seri Buntar dan khususnya anak-anak Taman Seri Buntar. Kedua sebagai tempat mesyuarat JKKK Seri Buntar. Hampir kesemua aktiviti penduduk seri Buntar dipusatkan berhampiran dengan Perpustakaan Desa Seri Buntar. Sebagai kebiasaannya Perpustakaan Desa Seri Buntar akan digunakan sebagai tempat makan vip.
Kini penduduk kampung Seri Buntar telah mendapat sebuah lagi bangunan iaitu bangunan Komuniti. Bangunan ini berjauhan sedikit dangan Perpustakaan desa Seri Buntar. kawasan Perpustakaan Desa Seri Buntar masih menjadi kawasan utama kerana di kawasan bersebelahan dengan Perpustakaan desa seri Buntar terdapat Tadi Kemas Seri Buntar dan Surau seri Buntar.
---------------------------------------------------------------
[17.05.08][05.03.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar