.
Sesi pertama dimulakan dengan sesi goyang badan. Maklumlah pagi-pagi mungkin ada otot-otot ada yang ketat. Mungkin juga ada sendi-sendi yang terlampau longgar. Lihatlah gaya masing-masing untuk mendapatkan 'mood' untuk bertukar daripada orang dewasa kepada kanak-kanak. Kalau kita nak bercerita kepada kanak-kanak, kita kena masuk dalam alam kanak-kanak. Baru mereka seronok nak dengar cerita kita.
Ada yang bercekak pinggang dan ada juga yang dah mula gulung (seng-seng) lengan baju. Mungkin ada yang mengenangkan nasib (terpaksa jadi budak-budak hari ni)
Tolonggggg, jangan tembak. Saya menyerah diri, cakap aja apa yang nak, nak duit saya tak ada. Kalau nak pinjam dengan Bank Dunia atau Bank Rakyat saya boleh tolong dapatkan borang.
Ini bukan sejuk, ini menari cara Jepun.
Peluklah daku. Sayanglah daku. Cintaku memang telah terpaku di hati mu seorang sahaja. Aku kaku sejenak bila terasa kau menjelingku.
Mari kita menari. Jangan malu. Ada yang macam dan biasa gi aerobik. Ada juga yang macam dan biasa gi goyang kat dandut. Ada juga yang goyang tangan aja, kaki keras macam tiang letrik TNB.
Tarik nafas dalam-dalam. Jadikan diri kita budak-budak sekolah rendah hari ini. Cikgu Saki Sasamori yang dah berumur 50 tahun nampak budak-budak 5 tahun bila mengajak kita menari. Kita pulak yang dah berumur 30 tahun nampak macam umur 60 tahun. Tak secergas Cikgu Saki Sasamori. Lupa pulak nak tanya cikgu petua beliau. (Ada yang macam 'Akulah Superman')
Ikut betul-betul macam mana cikgu buat. Tetapi ada juga yang menari siap angkat sebelah tangan (mungkin tak sabar nak laungkan Merdeka). Ada juga yang menari macam Ngajat. Ngajat Jepun bukan Ngajat Sarawak.
Gaya tarian ini untuk kuatkan kepala lutut. Betul ke cara Ruzimah buat tu? Macam tak selesa je. Mungkin tengah 'kontrol' ayu supaya nampak jelita, maklumlah nak masuk dalam blog.
Kalau nak tau yang mana satu Ruzimah, kena perhati betul-betul. Kalau tak nampak itu tandanya gambar ini telah kelabu atau mata anda yang telah kelabu. Atau lagi satu, bila dan ada cikgu Jepun dah tak nampak Ruzimah, Siti, Juwahi dan yang sejantina dengan mereka.
Tiru macam saya. Tangan boleh diluruskan kebawah atau dirapatkan. Tapi jangan serius sangat, nanti tak jadi macam budak-budak.
Bang! Bang! dah kena tembak. Pakai peluru betul ke peluru kapur ni. Tapi ... nampak macam tak ada peluru je. Lupa pulak nak tanya, tembak pakai senapang atau pakai pistol? Untuk menjawabnya sila klik pada 'comments' dibawah.