Tuan Haji Mohamad Yussop Ishak menerangkan tentang buku terbaru keluaran Utusan.
Tuan Haji Mohamad Yussop Ishak Pengarah DBP Wilayah Timur sedang mengalu-alukan kesudian Puan Saki Sasamori menjadi pembimbing bengkel.
Ucapan motivasi oleh Tuan Haji Mohamad Yussop Ishak. Beliau mahu kumpulan ini menjadi penggerak kepada gerakan membaca di Negeri Pahang. Satu susulan akan dibuat untuk melihat keberkesanan kumpulan ini.
Puan Saki Sasamori yang masih nampak cergas dan bersemangat walaupun telah berusia melebihi 50 tahun. Puan Saki Sasamori dilahirkan pada tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.
Bacaan doa disempurnakan oleh Encik Amizan.
Terima kasih kepada Puan Siti kerana dapat mengadakan Bengkel Teknik Bercerita Kanak-kanak untuk kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.