Kulit Buku : Membumikan Erti Kasih Sayang oleh Aziz Jamaludin Mhd. Tahir
No Perolehan : DPEK 03923
Call No. : 297.567 AZI
ISBN : 978-967-5126-22-6
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama
Ulasan :
Melalui
tajuknye jelas difahami buku ini ialah tentang manusia sebagai makhluk
Allah yang mempunyai sifat kasih sayang. Al-Quran menjelaskan kepada
manusia tentang dirinya dan dunianya. Namun, sebahagian manusia
mempunyai kecenderungan membahas masalah-masalah yang luar daripada
dirinya dan meninggalkan kesedaran untuk mengenal hakikat kewujudannya
serta misi yang dipikulnya. Melalui buku ini, penulis berusaha
mengingatkan kembali erti kasih sayang yang ada di dalam hati sanubari
manusia untuk disedari dan direnungkan.
Diharapkan, goresan pena
dalam buku Membumikan Erti Kasih Sayang ini dapat memberi manfaat kepada
kita semua dan mendapat keredhaan daripada Allah SWT.” SELAMAT
MEMBACA”.
Judul : Membumikan Erti Kasih Sayang
Pengarang : Aziz Jamaludin Mhd. Tahir
Penerbit : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Tahun Terbit : 2012
Harga : RM 21.00
Muka surat : 529
Rating : 3/5
Disediakan Oleh :
Pn. Rohaida bt. Zainudin
KPD Pekan
Blog ini sudah tidak aktif. Kandungan yang ada hanya untuk simpan peribadi.
20140627
Pusat Seni Setempat Kuantan Pahang
Pusat Seni Setempat 2014 akan berlangsung di Ruang Legar Tingkat 3,
Berjaua Megamalla Kuantan. PSS 2014 Kuantan ini akan berlangsung dari
Mac hinga Ogos 2014.
Pusat Seni Setempat adalah ruang setempat yang disediakan untuk:
Mencungkil bakat seni
Mempromosikan dan memasarkan produk seni budaya
Ruang persembahan kesenian dan permainan rakyat
Medium penyebaran maklumat seni budaya.
1 Mac - PSS kembali lagi
29 Mac - Muzikal Pantai Timur
5 April - Panorama Pahang
26 April - Expresi Muzik
3 Mei - Suara orang kita
31 Mei - Riang ria cuti sekolah
7 Jun - Ikut rentak
21 jun - Rindu Ramadhan
9 Ogos - Akustika Raya
30 Ogos - I Love Malaysia
Perasmian penutup Program Pusat Seni Setempat pada 29 Mac 2014 telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JKKN Pahang.
Peserta lumba kereta bergambar selepas majlis penyampaian hadiah.
20140620
Demo produk 'Leap Motion Controller' di Perpustakaan Awam Pahang, Kuantan
Pada 5hb Mac 2014, kakitangan dan pegawai di Perbadanan Perpustakaan
Awam Pahang telah berpeluang melihat teknologi produk Leap Motion. Apa
yang selami ini dapat dilihat dalam cerita-cerita wayang rupanya telah
menjadi nyata melalui produk Leap Motion.
Leap Motion , Inc adalah sebuah syarikat di Amerika yang mengeluarkan
dan memasarkan peranti/sensor bagi perkakasan komputer yang membolehkan
tangan dan jari digunakan sebagai ganti kepada penggunaan 'mouse'
sehingga tidak memerlukan sentuhan tangan kepada komputer.
Leap Motion telah bekerjasama dengan ASUS untuk mengeluarkan 'high-end
notebooks dengan fungsi all-in-one PCs (AIO PCs)" serta mempunyai
teknologi terbaru Leap Motion.
Leap Motion juga mempunyai perjanjian dengan Hewlett Packard untuk
menerapkan teknologi terbaru ini dalam komputer HP. Dilaporkan juga Leap
Motion akan memasukkan teknologi ini dalam sebelas peranti HP, termasuk
keyboard dan komputer riba.
'Leap Motion Controller' adalah alat persisian USB kecil yang direka
bagi membolehkan pengguna menikmati teknologi 'dalam wayang'. Alat ini
disambungkan pada komputer dengan menghadap ke atas
'Leap Motion controller' menggunakan dua kamera IR monokromatik dan
tiga LED inframerah , peranti ini akan berfungsi dalam jarak kira-kira 1
meter ( 3 kaki). LED 'controller' akan menjana corak 3D inframerah
dan kameranya menghasilkan gambar 300 bingkai sesaat yang ditunjukkan
dalam bentuk data.
Puan Rosmaliza sedang mencuba 'tarian' tangan yang diperlukan untuk
menikmati teknologi Leap Motion. Puan Marian dan Puan Rosmawati kagum
melihat kelembutan 'tarian' jari-jari Puan Rosmaliza. Saiz jari tidak
menjadi syarat untuk mahir menggunakan teknologi Leap Motion ini.
En. Mohd Noor dan Puan Rosamaliza sedang bersaing dalam mengerakkan
jari-jemari masing. Jari-jari En. Mohd Noor kelihatan lebih keras dan
tegar berbanding dengan gaerakan jari Puan Rosmaliza. Walaupun saiz jari
dikatakan tiada kaitan dengan kecekapan penggunaan teknologi Leap
Motion ini.tetapi lembut atau keras jari ada sedikit kesan.
En. Faizal En. Firadus Vespa, En. Saiful KNP dan En. Amer Koporat kagum
dan terpegun melihat teknik yang digunakan oleh Puan Rosmaliza dan En.
Mohd Noor. Tetapi masing-masing masih malu-malu untuk 'menari'
dihadapan kawan-kawan.
Manakala Puan Nadzirah IT dan Puan Hawa Katalog tidak sabar-sabar untuk
menunggu giliran untuk mencuba 'tarian' jejari lentik mereka dalam
menggunakan teknologi Leap Motion.. Keadan penggunaan sekarang lebih
kepada pengunaan jari tetapi dengan Leap Motion kita perlu mahir
mengerakkan jari dan tangan sekali gus. Pembekal akan memberikan latihan
'menari' untuk melembutkan tangan-tangan yang keras dan kaku.
Mungkin satu masa nanti, setelah penggunaan teknologi Leap Motion ini
telah meluas sampai ke kampung-kampung, kita akan melihat orang
seakan-akan bersilat seorang diri ketikan menggunakan komputer. Sebab
orang menggunakan komputer tidak lagi duduk dan tunduk. Dengan Leap
Motion mereka akan bersilat dan menari. sama-samalah kita tunggu.
Harga yang ditawarkan adalah lebih kurang RM500.
20140613
10 Bird Count 2014 - tarian piring
Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang
Penari piring menari dengan membawa dua buah piring. Cincin dipakai pada hujung telunjuk untuk dilagakan kepada piring bagi menghasilkan bunyi di sepanjang tarian selari dengan rentak gong.
Tarian dititikberatkan kepada cara duduk, bunga tarian dan pergerakan ketika menimang piring. Dalam pergerakan menimang piring, penari bergerak ke empat penjuru iaitu hadapan, belakang, kiri dan kanan. Cara duduk pula boleh berlutut atau bertimpuh.
Tarian piring dipercayai salah satu seni tarian Minangkabau yang diamalkan penduduk Negeri Sembilan keturunan Minangkabau. Kini, tarian piring giat dimainkan di beberapa buah kampung di negeri Pahang.
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang
Penari piring menari dengan membawa dua buah piring. Cincin dipakai pada hujung telunjuk untuk dilagakan kepada piring bagi menghasilkan bunyi di sepanjang tarian selari dengan rentak gong.
Tarian dititikberatkan kepada cara duduk, bunga tarian dan pergerakan ketika menimang piring. Dalam pergerakan menimang piring, penari bergerak ke empat penjuru iaitu hadapan, belakang, kiri dan kanan. Cara duduk pula boleh berlutut atau bertimpuh.
Tarian piring dipercayai salah satu seni tarian Minangkabau yang diamalkan penduduk Negeri Sembilan keturunan Minangkabau. Kini, tarian piring giat dimainkan di beberapa buah kampung di negeri Pahang.
1.Jenis burung merpati adalah Burung Merpati Kayu dan Burung Merpati Raja Kelabu.
2.Jenis-jenis burung murai adalah: Burung Murai Bakau, Burung Murai Batu
Siul, Burung Murai Batu Tarung, Burung Murai Batu, Burung Murai
Belanda, Burung Murai Belukar, Burung Murai Biru Leher Putih, Burung
Murai Biru Siberia, Burung Murai Cegar, Burung Murai Cegar Belukar,
Burung Murai Dada Oren, Burung Murai Ekor Gading, Burung Murai Ekor
Putih, Burung Murai Everett, Burung Murai Gajah, Burung Murai Hijau,
Burung Murai Hitam, Burung Murai Hitam Siberia, Burung Murai Jepun,
Burung Murai Kakap, Burung Murai Kampung, Burung Murai Rimba, Burung
Murai Sampah, Burung Murai Sawa, Burung Murai Sawah, Burung Murai Tanah
Kepala Perang, Burung Murai Tanah Putih dan Burung Murai Tiong Batu
3.Jenis burung olak adalah Burung Olak Ekor Tirus, Burung Olak Ekor Pendek dan Burung Olak Berjalur
4.Jenis burung pacat adalah: Burung Pacat Besar, Burung Pacat Bukit,
Burung Pacat Ekor Biru, Burung Pacat Gembala Pelandok, Burung Pacat
Kepala Biru, Burung Pacat Kepala Merah dan Burung Pacat Sayap Biru
5. Antara burung yang jarang didengar adalah Burung Paha Keladi,
Burung Pakiak, Burung Pangling Hitam, Burung Pangling, Burung Pasir Padang, Burung
Pasir Terumbu, Burung Patuk, Burung Patuk Baldu, Burung Patuk Gunung, Burung
Pedendang dan Burung Pegar.
6. Jenis burung pelanduk adalah: Burung Pelanduk Dada Putih dan Burung Pelanduk Ekor Pendek
7. Jenis burung pelangi adalah Burung Pelangi Antartik, Burung Pelangi
Artik, Burung Pelangi Ekor Panjang dan Burung Pelangi Pomarin
20140606
09 Bird Count 2014 - pertandingan suara burung
Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang
Sebelum majlis penutup berlangsung telah diadakan pertandingan meiru suara burung. Sebanyak lapan peserta telah menyertai Pertandingan Meniru Suara Burung.
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang
Sebelum majlis penutup berlangsung telah diadakan pertandingan meiru suara burung. Sebanyak lapan peserta telah menyertai Pertandingan Meniru Suara Burung.
1.Nama burung yang jarang didengar Burung Lengguak, Burung Lutut Tebal dan Burung Madu Sriganti
2.Jenis Burung Mas adalah : Burung Mas Dagu Kelabu, Burung Mas Ekor Panjang, Burung Mas Padang dan Burung Mas Tulin
3.Dua jenis burung mata adalah Burung Mata Putih dan Burung Mata Putih Timur
4.Jenis burung merak adalah: Burung Merak Hijau dan Burung Merak Pongsu
5.Antara burung yang kita jarang jumpa ialah Burung Menjerit, Burung Meragi dan Burung Merah Mata
6.Jenis-jensi burung merbah: Burung Merbah Batu, Burung Merbah
Belukar, Burung Merbah Beringin, Burung Merbah Berjanggut, Burung
Merbah Bersisik, Burung Merbah Gila, Burung Merbah Gila Gunung, Burung
Merbah Jambul Hitam, Burung Merbah Kapur, Burung Merbah Kelabu, Burung
Merbah Kunyit, Burung Merbah Lorek Gunung, Burung Merbah Mata Merah,
Burung Merbah Mata Putih, Burung Merbah Rimba, Burung Merbah Sampah
Kuning, Burung Merbah Suti, Burung Merbah Tanduk, Burung Merbah Telinga
Lurus, Burung Merbah Telinga Merah, Burung Merbah Tengkuk Belang, Burung
Merbuk Aman dan Burung Merbuk Balam
Subscribe to:
Posts (Atom)








