Pada 5hb Mac 2014, kakitangan dan pegawai di Perbadanan Perpustakaan
Awam Pahang telah berpeluang melihat teknologi produk Leap Motion. Apa
yang selami ini dapat dilihat dalam cerita-cerita wayang rupanya telah
menjadi nyata melalui produk Leap Motion.
Leap Motion , Inc adalah sebuah syarikat di Amerika yang mengeluarkan
dan memasarkan peranti/sensor bagi perkakasan komputer yang membolehkan
tangan dan jari digunakan sebagai ganti kepada penggunaan 'mouse'
sehingga tidak memerlukan sentuhan tangan kepada komputer.
Leap Motion telah bekerjasama dengan ASUS untuk mengeluarkan 'high-end
notebooks dengan fungsi all-in-one PCs (AIO PCs)" serta mempunyai
teknologi terbaru Leap Motion.
Leap Motion juga mempunyai perjanjian dengan Hewlett Packard untuk
menerapkan teknologi terbaru ini dalam komputer HP. Dilaporkan juga Leap
Motion akan memasukkan teknologi ini dalam sebelas peranti HP, termasuk
keyboard dan komputer riba.
'Leap Motion Controller' adalah alat persisian USB kecil yang direka
bagi membolehkan pengguna menikmati teknologi 'dalam wayang'. Alat ini
disambungkan pada komputer dengan menghadap ke atas
'Leap Motion controller' menggunakan dua kamera IR monokromatik dan
tiga LED inframerah , peranti ini akan berfungsi dalam jarak kira-kira 1
meter ( 3 kaki). LED 'controller' akan menjana corak 3D inframerah
dan kameranya menghasilkan gambar 300 bingkai sesaat yang ditunjukkan
dalam bentuk data.
Puan Rosmaliza sedang mencuba 'tarian' tangan yang diperlukan untuk
menikmati teknologi Leap Motion. Puan Marian dan Puan Rosmawati kagum
melihat kelembutan 'tarian' jari-jari Puan Rosmaliza. Saiz jari tidak
menjadi syarat untuk mahir menggunakan teknologi Leap Motion ini.
En. Mohd Noor dan Puan Rosamaliza sedang bersaing dalam mengerakkan
jari-jemari masing. Jari-jari En. Mohd Noor kelihatan lebih keras dan
tegar berbanding dengan gaerakan jari Puan Rosmaliza. Walaupun saiz jari
dikatakan tiada kaitan dengan kecekapan penggunaan teknologi Leap
Motion ini.tetapi lembut atau keras jari ada sedikit kesan.
En. Faizal En. Firadus Vespa, En. Saiful KNP dan En. Amer Koporat kagum
dan terpegun melihat teknik yang digunakan oleh Puan Rosmaliza dan En.
Mohd Noor. Tetapi masing-masing masih malu-malu untuk 'menari'
dihadapan kawan-kawan.
Manakala Puan Nadzirah IT dan Puan Hawa Katalog tidak sabar-sabar untuk
menunggu giliran untuk mencuba 'tarian' jejari lentik mereka dalam
menggunakan teknologi Leap Motion.. Keadan penggunaan sekarang lebih
kepada pengunaan jari tetapi dengan Leap Motion kita perlu mahir
mengerakkan jari dan tangan sekali gus. Pembekal akan memberikan latihan
'menari' untuk melembutkan tangan-tangan yang keras dan kaku.
Mungkin satu masa nanti, setelah penggunaan teknologi Leap Motion ini
telah meluas sampai ke kampung-kampung, kita akan melihat orang
seakan-akan bersilat seorang diri ketikan menggunakan komputer. Sebab
orang menggunakan komputer tidak lagi duduk dan tunduk. Dengan Leap
Motion mereka akan bersilat dan menari. sama-samalah kita tunggu.
Harga yang ditawarkan adalah lebih kurang RM500.






