Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20140620

Demo produk 'Leap Motion Controller' di Perpustakaan Awam Pahang, Kuantan

Pada 5hb Mac 2014, kakitangan dan pegawai di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah berpeluang melihat teknologi produk Leap Motion. Apa yang selami ini dapat dilihat dalam cerita-cerita wayang rupanya telah menjadi nyata melalui produk Leap Motion.
 Leap Motion , Inc adalah sebuah syarikat di Amerika yang mengeluarkan dan memasarkan peranti/sensor bagi perkakasan komputer yang membolehkan tangan dan jari digunakan sebagai ganti kepada penggunaan 'mouse' sehingga tidak memerlukan sentuhan tangan kepada komputer. 
 Leap Motion telah bekerjasama dengan ASUS untuk mengeluarkan 'high-end notebooks dengan fungsi all-in-one PCs (AIO PCs)" serta mempunyai teknologi terbaru Leap Motion. 
Leap Motion juga mempunyai perjanjian dengan Hewlett Packard untuk menerapkan teknologi terbaru ini dalam komputer HP. Dilaporkan juga Leap Motion akan memasukkan teknologi ini dalam sebelas peranti HP, termasuk keyboard dan komputer riba.
'Leap Motion Controller' adalah alat persisian USB kecil yang direka bagi membolehkan pengguna menikmati teknologi 'dalam wayang'. Alat ini disambungkan pada komputer  dengan menghadap ke atas 
  'Leap Motion controller'  menggunakan dua kamera IR monokromatik dan tiga LED inframerah , peranti ini akan berfungsi dalam jarak kira-kira 1 meter ( 3 kaki). LED  'controller'  akan menjana corak 3D inframerah  dan kameranya  menghasilkan gambar 300 bingkai sesaat yang ditunjukkan dalam bentuk data.
Puan Rosmaliza sedang mencuba 'tarian' tangan yang diperlukan untuk menikmati teknologi Leap Motion. Puan Marian dan Puan Rosmawati kagum melihat kelembutan 'tarian' jari-jari Puan Rosmaliza. Saiz jari tidak menjadi syarat untuk mahir menggunakan teknologi Leap Motion ini.
En. Mohd Noor dan Puan Rosamaliza sedang bersaing dalam mengerakkan jari-jemari masing. Jari-jari En. Mohd Noor kelihatan lebih keras dan tegar berbanding dengan gaerakan jari Puan Rosmaliza. Walaupun saiz jari dikatakan tiada kaitan dengan kecekapan penggunaan teknologi Leap Motion ini.tetapi lembut atau keras jari ada sedikit kesan.
En. Faizal En. Firadus Vespa, En. Saiful KNP dan En. Amer Koporat kagum dan terpegun melihat teknik yang digunakan oleh Puan Rosmaliza dan En. Mohd Noor.  Tetapi masing-masing masih malu-malu untuk 'menari' dihadapan kawan-kawan.
Manakala Puan Nadzirah IT dan Puan Hawa Katalog tidak sabar-sabar untuk menunggu giliran untuk mencuba 'tarian' jejari lentik mereka dalam menggunakan teknologi Leap Motion.. Keadan penggunaan sekarang lebih kepada pengunaan jari tetapi dengan Leap Motion kita perlu mahir mengerakkan jari dan tangan sekali gus. Pembekal akan memberikan latihan 'menari' untuk melembutkan tangan-tangan yang keras dan kaku.
Mungkin satu masa nanti, setelah penggunaan teknologi Leap Motion ini telah meluas sampai ke kampung-kampung, kita akan melihat orang seakan-akan bersilat seorang diri ketikan menggunakan komputer. Sebab orang menggunakan komputer tidak lagi duduk dan tunduk. Dengan  Leap Motion mereka akan bersilat dan menari. sama-samalah kita tunggu.
Harga yang ditawarkan adalah lebih kurang RM500.

20140613

10 Bird Count 2014 - tarian piring

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang

Penari piring menari dengan membawa dua buah piring. Cincin dipakai pada hujung telunjuk untuk dilagakan kepada piring bagi menghasilkan bunyi di sepanjang tarian selari dengan rentak gong.
Tarian dititikberatkan kepada cara duduk, bunga tarian dan pergerakan ketika menimang piring. Dalam pergerakan menimang piring, penari bergerak ke empat penjuru iaitu hadapan, belakang, kiri dan kanan. Cara duduk pula boleh berlutut atau bertimpuh.
   
Tarian piring dipercayai salah satu seni tarian Minangkabau yang diamalkan penduduk Negeri Sembilan keturunan Minangkabau. Kini, tarian piring giat dimainkan di beberapa buah kampung di negeri Pahang.
1.Jenis burung merpati adalah Burung Merpati Kayu dan Burung Merpati Raja Kelabu.
2.Jenis-jenis burung murai adalah: Burung Murai Bakau, Burung Murai Batu Siul, Burung Murai Batu Tarung, Burung Murai Batu, Burung Murai Belanda, Burung Murai Belukar, Burung Murai Biru Leher Putih, Burung Murai Biru Siberia, Burung Murai Cegar, Burung Murai Cegar Belukar, Burung Murai Dada Oren, Burung Murai Ekor Gading, Burung Murai Ekor Putih, Burung Murai Everett, Burung Murai Gajah, Burung Murai Hijau, Burung Murai Hitam, Burung Murai Hitam Siberia, Burung Murai Jepun, Burung Murai Kakap, Burung Murai Kampung, Burung Murai Rimba, Burung Murai Sampah, Burung Murai Sawa, Burung Murai Sawah, Burung Murai Tanah Kepala Perang, Burung Murai Tanah Putih dan Burung Murai Tiong Batu
3.Jenis burung olak adalah Burung Olak Ekor Tirus, Burung Olak Ekor Pendek dan Burung Olak Berjalur
4.Jenis burung pacat adalah: Burung Pacat Besar, Burung Pacat Bukit, Burung Pacat Ekor Biru, Burung Pacat Gembala Pelandok, Burung Pacat Kepala Biru, Burung Pacat Kepala Merah dan Burung Pacat Sayap Biru
5. Antara burung yang jarang didengar adalah Burung Paha Keladi, Burung Pakiak, Burung Pangling Hitam, Burung Pangling, Burung Pasir Padang, Burung Pasir Terumbu, Burung Patuk, Burung Patuk Baldu, Burung Patuk Gunung, Burung Pedendang dan Burung Pegar.
6.   Jenis burung pelanduk adalah: Burung Pelanduk Dada Putih dan Burung Pelanduk Ekor Pendek
7. Jenis burung pelangi adalah Burung Pelangi Antartik, Burung Pelangi Artik, Burung Pelangi Ekor Panjang dan Burung Pelangi Pomarin

20140606

09 Bird Count 2014 - pertandingan suara burung

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang

Sebelum majlis penutup berlangsung telah diadakan pertandingan meiru suara burung. Sebanyak lapan peserta telah menyertai Pertandingan Meniru Suara Burung.
1.Nama burung yang jarang didengar Burung Lengguak, Burung Lutut Tebal dan Burung Madu Sriganti
2.Jenis Burung Mas adalah :  Burung Mas Dagu Kelabu, Burung Mas Ekor Panjang, Burung Mas Padang dan Burung Mas Tulin
3.Dua jenis burung mata adalah Burung Mata Putih dan Burung Mata Putih Timur
4.Jenis burung merak adalah: Burung Merak Hijau dan Burung Merak Pongsu
5.Antara burung yang kita jarang jumpa ialah Burung Menjerit, Burung Meragi dan Burung Merah Mata
6.Jenis-jensi burung merbah: Burung Merbah Batu,  Burung Merbah Belukar,  Burung Merbah Beringin, Burung Merbah Berjanggut, Burung Merbah Bersisik, Burung Merbah Gila, Burung Merbah Gila Gunung, Burung Merbah Jambul Hitam, Burung Merbah Kapur, Burung Merbah Kelabu, Burung Merbah Kunyit, Burung Merbah Lorek Gunung, Burung Merbah Mata Merah, Burung Merbah Mata Putih, Burung Merbah Rimba, Burung Merbah Sampah Kuning, Burung Merbah Suti, Burung Merbah Tanduk, Burung Merbah Telinga Lurus, Burung Merbah Telinga Merah, Burung Merbah Tengkuk Belang, Burung Merbuk Aman dan Burung Merbuk Balam

20140530

08 Bird Count 2014 - Sewang, kelicap, kesumba, kuang, lang dan padi

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang

Berikut adalah gambar semasa Majlis penutup Bird Count Taman Negara Jerantut Pahang. Peserta Bird Count telah disediakan persembahan tarian sewang. Tarian sewang pada asalnya untuk tujuan pemujaan dan dilakukan dalam bentuk tarian serta nyanyian yang diketuai oleh seorang tok bomoh ..

Kini masyarakat orang asli mengadaptasi lagu sewang dengan kehidupan hari ini. Tetapi masih kekalkan nilai tradisional tarian berkenaan dengan mengekalkan irama ketukan buluh dan tanjak berasaskan daun kelapa.

Tarian sewang yang dipersembahkan oleh penduduk Orang Asli juga boleh menjadi produk pelancongan yang dapat dipromosikan sehingga ke peringkat antarabangsa.
1. Jenis burung kelicap: Burung Kelicap, Burung Kelicap Bakau, Burung Kelicap Belukar, Burung Kelicap Berjambul, Burung Kelicap Bukit, Burung Kelicap Buluh, Burung Kelicap Bunga Kantan dan Burung Kelicap Gunung
2.Jenis burung kelicap jantung : Burung Kelicap Jantung Bukit, Burung Kelicap Jantung Gunung, Burung Kelicap Jantung Kecil, Burung Kelicap Jantung Paruh Panjang, Burung Kelicap Jantung Paruh Tebal dan Burung Kelicap Jantung Telinga Kuning
3.Burung Kelicap Kelabu, Burung Kelicap Kunyit, Burung Kelicap Mas, Burung Kelicap Mayang Kelapa, Burung Kelicap Merah, Burung Kelicap Nibung, Burung Kelicap Perepat, Burung Kelicap Pucat Pisang, Burung Kelicap Ranting, Burung Kelicap Rimba dan Burung Kelicap Sepah Raja Kesumba.
4.Jenis burung kesumba: Burung Kesumba Batang, Burung Kesumba Diard, Burung Kesumba Gunung, Burung Kesumba Harimau, Burung Kesumba Pelanduk dan Burung Kesumba Puteri.
5.Antara nama-nama burung yang jarang didengar adalah: Burung Kendi Kerdil, Burung Keria, Burung Kipasan Belang,   Burung Kiwi, Burung Kosa dan Burung Krak
6.Jenis-jensi burung kuang: Burung Kuang, Burung Kuang Cermin, Burung Kuang Kelabu, Burung Kuang Pongsu, Burung Kuang Raya Gunung dan Burung Kuang Raya
7.Jenis burung kunyit: Burung Kunyit Belukar, Burung Kunyit Besar dan Burung Kunyit Ma
8.Jenis-jenis burung lang: Burung Lang, Burung Lang Bangkai, Burung Lang Baza Hitam, Burung Lang Baza, Burung Lang Belalang, Burung Lang Bintik, Burung Lang Blythe, Burung Lang Cikra, Burung Lang Ekor Putih, Burung Lang Gempal, Burung Lang Gunung, Burung Lang Gurun, Burung Lang Hantu, Burung Lang Hantu Kasturi, Burung Lang Harpy, Burung Lang Hindik, Burung Lang Hitam, Burung Lang Junam, Burung Lang Kangok, Burung Lang Kepala Besar, Burung Lang Kepala Kelabu, Burung Lang Kinabalu, Burung Lang Kuik, Burung Lang Lebah, Burung Lang Maharaja, Burung Lang Malam, Burung Lang Merah, Burung Lang Monyet, Burung Lang Nelayan, Burung Lang Padang, Burung Lang Paya, Burung Lang Peregrine, Burung Lang Perut Coklat Kemerahan, Burung Lang Perut Merah, Burung Lang Pipit, Burung Lang Rajawali, Burung Lang Rimba, Burung Lang Sawah, Burung Lang Sawah Beasr, Burung Lang Selat, Burung Lang Sewah, Burung Lang Sewah Cina, Burung Lang Sewah Hitam-putih, Burung Lang Sewah Kelabu, Burung Lang Sikap, Burung Lang Siput, Burung Lang Tangling, Burung Lang Tegap, Burung Lang Telinga Hitam, Burung Lang Tikus, Burung Lang Tiram, Burung Lang Tompok Besar, Burung Lang Uban,  Burung Lang Ular dan Burung Lang Utara

9.Terdapat dua jenis burung padi iaitu Burung Kubung Padi dan Burung Laki Padi

20140523

07 Bird Count 2014 -itik, Jampuk dan Kedidi

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang
1.Jenis-jenis itik adalah: Itik Baer, Itik Belibis, Itik Bemban, Itik Berjambul,Itik Berkik,Itik Ekor ,Runcing, Itik Eropah, Itik Garganey, Itik Muara, Itik Paruh Bajak, Itik Paruh Sudu, Itik Puteri, Itik Serati Hutan, Itik Teal, Itik Wigeon dan Itik Kapas.
2. Jenis burung jempuk: Burung Jampuk, Burung Jampuk Kecil, Burung Jampuk Pantai dan Burung Jampuk Putih
3.Jenis-jenis Burung Kedidi, Burung Kedidi Batu, Burung Kedidi Biasa, Burung Kedidi Bintik, Burung Kedidi Dada Merah, Burung Kedidi Dian Besar, Burung Kedidi Dian Kecil, Burung Kedidi Dunlin, Burung Kedidi Ekor Berjalur, Burung Kedidi Ekor Hitam, Burung Kedidi Ekor Kelabu, Burung Kedidi Ekor Tajam, Burung Kedidi Hijau,  Burung Kedidi Jari Panjang, Burung Kedidi Kaki Hijau Berbintik, Burung Kedidi Kaki Hijau,  Burung Kedidi Kaki Merah, Burung Kedidi Kaki Panjang, Burung Kedidi Kapak, Burung Kedidi Kayu, Burung Kedidi Kecil, Burung Kedidi Kendi, Burung Kedidi Kendi Timur, Burung Kedidi Kerikil, Burung Kedidi Laut, Burung Kedidi Leher Merah, Burung Kedidi Malam, Burung Kedidi Merah,     Burung Kedidi Nordmann, Burung Kedidi Padang, Burung Kedidi Padang Kecil, Burung Kedidi Paruh Jarum, Burung Kedidi Paruh Lebar,  Burung Kedidi Paruh Panjang, Burung Kedidi Paruh Sudu, Burung Kedidi Pasir Hijau, Burung Kedidi Pasir Kendi, Burung Kedidi Pasir, Burung Kedidi Paya, Burung Kedidi Pisau Raut, Burung Kedidi Ropol, Burung Kedidi Sawah, Burung Kedidi Sereng, Burung Kedidi Temminck dan Burung Kedidi Timor
4.Berikut adalah nama burung yang jarang-jarang didemgar: Burung Julang Mas, Burung Kaing-kaing Rimba, Burung Kekep Babi dan Burung Kelabu Sayap Hitam.